Tag: #HariKebangsaan2025

  • McDonald’s Malaysia Menyemarakkan Semangat Patriotisme, Bersama Rakyat Malaysia Meraikan Bulan Kemerdekaan

    McDonald’s Malaysia Menyemarakkan Semangat Patriotisme, Bersama Rakyat Malaysia Meraikan Bulan Kemerdekaan

    McDonald’s Malaysia Serlahkan Semangat Patriotik Sepanjang Bulan Kemerdekaan. Dalam semangat menyambut Hari Kebangsaan ke-68, McDonald’s Malaysia memperkukuhkan komitmennya sebagai jenama tempatan dengan menyertai pelbagai inisiatif patriotik sepanjang bulan kemerdekaan. Menyedari pentingnya perpaduan dan cinta kepada negara, McDonald’s menyertai program Kembara Merdeka Jalur Gemilang 2025 anjuran Kementerian Komunikasi, di mana konvoi motosikal menjelajah ke 88 lokasi di seluruh negara, termasuk 15 restoran McDonald’s terpilih sebagai lokasi persinggahan rasmi.

    Bermula di McDonald’s Pandu-Lalu Kluang pada 28 Julai dan berakhir di McDonald’s Pandu-Lalu Pantai Sentral Park pada 16 Ogos, konvoi ini disambut meriah dengan pelbagai aktiviti bertemakan kemerdekaan seperti agihan Jalur Gemilang, aiskrim percuma, baucar edisi khas, serta aktiviti keluarga. Selain itu, rakyat Malaysia juga dijemput untuk menyambut Ambang Merdeka di McDonald’s Putrajaya Presint 2 dari 29 hingga 31 Ogos, diikuti penyertaan McDonald’s dalam sambutan Hari Kebangsaan di Dataran Putrajaya dengan pengedaran 50,000 baucar makanan dan 2,500 hadiah edisi khas. Sebagai penghargaan kepada wira negara, McDonald’s turut menyediakan hidangan percuma kepada anggota badan beruniform di lebih 370 cawangannya. Selari dengan prinsip “Syarikat Malaysia untuk rakyat Malaysia, demi Malaysia”, McDonald’s terus mengutamakan rakyat dengan menyediakan peluang pekerjaan, pendidikan kepada belia, menyokong vendor tempatan dan menyantuni komuniti seluruh negara.