Tag: #eFootBall

  • PENGAKHIRAN EPIK: MEL23, PERINGKAT KEBANGSAAN MENINGGALKAN JEJAK GEMILANG.

    MEL23 atau Liga E-sukan Malaysia 2023 Peringkat Kebangsaan mencapai puncak keseronokan dengan penutupan berjaya. Pertandingan Mobile Legends: Bang Bang (MLBB) Peringkat Kebangsaan berlangsung selama dua hari bermula pada 21 Oktober dan berakhir semalam. Kejayaan Negeri Selangor telah menyaksikan mereka memenangi gelaran Juara MLBB Peringkat Kebangsaan, manakala pemain yang paling berprestij dari negeri yang sama dinobatkan sebagai MVP. L23 Peringkat Kebangsaan mempertandingkan tiga (3) kategori judul permainan iaitu PUBG Mobile, eFootball Mobile dan MLBB. Pertandingan kategori PUBG Mobile dan eFootball telah pun berlangsung pada 14 dan 15 Oktober lalu juga di ESI Hub.

    Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur telah dinobatkan sebagai Juara PUBG Mobile Peringkat Kebangsaan manakala MVP PUBG Mobile turut dirangkul oleh pemain dari pasukan yang sama. Untuk kategori eFootball Mobile pula, Pahang menjadi juara manakala pemain dari Johor diangkat sebagai MVP.

    Berbeza dengan tahun sebelumnya, Finals MEL23 Peringkat Negeri tahun ini dijalankan secara fizikal di lokasi negeri masing-masing dan juara negeri masing-masing juga dapat bertanding secara fizikal semasa di Peringkat Kebangsaan. Tahun ini juga MEL memperkenalkan pingat baru iaitu Most Valuable Player (MVP) untuk semua judul permainan dari Peringkat Negeri, Kebangsaan dan Siri Terbuka.

    Keputusan penuh MEL23 Peringkat Kebangsaan adalah seperti berikut:

      PUBG Mobile eFootball MLBB
    Juara WP Kuala Lumpur Pahang Selangor
    Naib Juara Negeri Sembilan Johor Pulau Pinang
    Tempat Ketiga Selangor Perlis Putrajaya
    Tempat Keempat Kedah Putrajaya Johor
    Tempat Kelima Sabah Perak Melaka
    MVP WP Kuala Lumpur Johor Selangor

    “MEL23 Peringkat Negeri dan Kebangsaan telah berakhir dengan jayanya. Saya amat gembira melihat bakat-bakat muda dalam kategori-kategori e-sukan yang muncul menerusi platform MEL23, dan persaingan sihat yang mereka bawa untuk membanggakan negeri dan wilayah persekutuan mereka sememangnya amat memberangsangkan. Pertandingan berprestij kebangsaan seperti inilah yang boleh membantu lebih banyak bakat-bakat baru untuk cemerlang dalam dunia e-sukan,” kata Ahmed Faris Amir, Ketua Pegawai Eksekutif Esports Integrated (ESI).

    Seterusnya, MEL23 akan diteruskan lagi dengan Siri Terbuka MEL23 yang akan turut memperkenalkan judul permainan baru seperti eFootball (konsol) dan Counter Strike 2. Siri Terbuka bakal berlangsung seperti berikut:

    Jadual Siri Terbuka MEL23

    Tarikh Akhir Pendaftaran 26 Oktober 2023
    Siri Terbuka – eFootball Console 3 – 4 November 2023
    Siri Terbuka – Valorant 3 – 5 November 2023
    Siri Terbuka – Counter Strike 2 10 – 11 November 2023

    Bagi kesemua enam (6) judul permainan yang dipertandingkan di MEL23, wang hadiah yang terkumpul adalah berjumlah RM 317,400.00.

    MEL23 merupakan sebuah platform persaingan e-sukan yang kompetitif dan inklusif bagi bakat-bakat akar umbi tempatan yang dianjurkan oleh Kementerian Belia dan Sukan dan Esports Integrated (ESI) bersama-sama dengan 16 Persatuan e-sukan Negeri dan Wilayah Persekutuan, serta disokong oleh susu Goodday (Rakan Minuman Rasmi), Rakan Muda (Rakan Pelaksana) dan disokong oleh Rakita 107.0 serta MPL Malaysia.

  • SESI PIALA MEL23 EFOOTBALL: KILAUAN JUARA MALAYSIA TERPILIH.

    This image has an empty alt attribute; its file name is DSC04545.JPG

    PINGAT

    NAMA PASUKAN

    NEGERI

    JUARA

    AZRDN7XGAMING

    PAHANG

    NAIB JUARA

    NATHAN

    JOHOR

    TEMPAT KETIGA

    RIEFS GAMING

    PERLIS

    TEMPAT KEEMPAT

    MIR

    PUTRAJAYA

    TEMPAT KELIMA

    SKODOII

    PERAK

    MVP

    NATHAN

    JOHOR

    TONTON SEMULA SIARAN LANGSUNG 15 OKTOBER 2023: MALAYSIA ESPORTS LEAGUE 2023 PERINGKAT KEBANGSAAN (EFOOTBALL)

    Siaran langsung MEL23 Peringkat Kebangsaan boleh ditonton menerusi:

     

     

    Untuk mengikuti perkembangan MEL23 Peringkat Kebangsaan: Instagram – Esports Integrated.

    Untuk pertanyaan lanjut mengenai MEL23 Peringkat Kebangsaan boleh menghubungi Perhubungan Awam Esports Integrated, Mia Amira Ishak – mia@impact.my / klik di sini untuk chat https://wa.me/60146896068.

    Sekian, terima kasih.