Tag: #drama

  • ‘Satu Hari Nanti’: gandingan Hebat Bella Astillah, Ezaidi Aziz, dan Eyka Farhana di iQIYI – 2024

    ‘Satu Hari Nanti’: gandingan Hebat Bella Astillah, Ezaidi Aziz, dan Eyka Farhana di iQIYI – 2024

    Aplikasi penstriman terkenal, iQIYI, kembali dengan drama bersiri terbaharu, ‘Satu Hari Nanti’, yang bakal mencuri perhatian ramai.

    Dibintangi oleh pelakon-pelakon popular seperti Bella Astillah, Ezaidi Aziz, dan Eyka Farhana drama ini dijangka membawa sentuhan emosi yang mendalam kepada penonton dengan tema cinta, pengorbanan, dan penghijrahan jiwa.

    Drama arahan pengarah terkenal Pali Yahya ini turut mendapat tajaan eksklusif daripada jenama kecantikan Nivea dan telefon pintar Honor, memberikan tambahan kredibiliti kepada produksi tersebut.

    ‘Satu Hari Nanti’ mengisahkan tentang Noah Lee (lakonan Ezaidi Aziz), seorang mualaf berbangsa Cina yang sedang melalui fasa getir dalam hidupnya selepas kekecewaan besar dalam cinta.

    Untuk mengubati hatinya, Noah mula melibatkan diri dalam aktiviti kebajikan dan di situ, dia bertemu dengan Marissa Safiyyah (lakonan Eyka Farhana), seorang wanita Muslim yang bersemangat tinggi memperjuangkan hak-hak wanita.

    Walaupun Noah semakin tertarik dengan Marissa, kehadiran Aulia Jane (lakonan Bella Astillah) menambahkan lapisan komplikasi dalam kehidupan dan hubungan mereka. Apakah rahsia di sebalik kehadiran Aulia? Mampukah Noah mencari cinta sejati yang melepasi batas perbezaan agama?

    Ezaidi Aziz berkongsi bagaimana watak Noah memberikan satu cabaran besar dalam karier lakonannya. Menurutnya, membawa watak seorang mualaf yang mencari tujuan hidup bukanlah mudah.

    “Watak Noah mengajar saya tentang pentingnya kita tidak menghukum seseorang tanpa benar-benar mengenali mereka.

    Ada lapisan dalam diri setiap individu yang perlu kita fahami sebelum membuat penilaian,” jelas Ezaidi. Pengalaman ini telah membuka perspektif baru kepadanya, di mana lakonannya bukan sahaja untuk hiburan tetapi juga membawa mesej mendalam kepada penonton.

    Sementara itu, Eyka Farhana, yang memegang watak Marissa, menceritakan kegembiraannya apabila diberi peluang untuk menjalani penggambaran di Mekah dan Madinah.

    “Pengalaman berada di Tanah Suci sememangnya memberikan satu dimensi rohani yang berbeza dalam lakonan saya.

    Drama ini bukan hanya tentang cinta, tetapi juga tentang pencarian makna hidup dan kekuatan iman,” kata Eyka. Dia menambah bahawa wataknya sebagai Marissa mencabar dirinya untuk membawa mesej penting tentang wanita yang berdiri teguh memperjuangkan keadilan dan hak.

    Bagi Bella Astillah, wataknya sebagai Aulia Jane dalam drama ini membawanya ke perjalanan emosi yang kompleks.

    “Aulia bukan sahaja simbol kepada cinta yang rumit tetapi juga membawa tema penerimaan dan pengorbanan.

    Saya sendiri dapat merasakan kesamaan antara watak ini dengan pengalaman hidup saya, terutama dari segi cinta yang tidak selalu berjalan lancar,” kongsi Bella Astillah. Beliau turut menyatakan bahawa penggambaran di Mekah telah memberi kesan mendalam dalam kehidupannya, menjadikannya ruang untuk refleksi dan penyembuhan diri.

    Pengarah Pali Yahya, yang terkenal dengan kepekaannya terhadap naratif yang penuh emosi, menyatakan bahawa pemilihan pelakon adalah faktor utama dalam menjayakan drama ini.

    “Mengadaptasi sebuah novel ke dalam bentuk visual adalah satu cabaran besar, tetapi dengan kombinasi bakat seperti Ezaidi, Eyka, dan Bella, saya percaya ‘Satu Hari Nanti’ akan mampu menyentuh hati penonton,” kata Pali. Drama ini, menurutnya, bukan sahaja mengisahkan cinta antara dua insan tetapi juga menyentuh hubungan manusia dengan Sang Pencipta dan perjuangan mencari makna dalam kehidupan.

    Menurut Jony Dengan Pengurus Besar iQIYI Malaysia & Singapura, drama ini dijangka menjadi salah satu hit besar di platform tersebut.

    “Dengan gabungan cerita yang kuat, pelakon berbakat, dan pengajaran hidup yang berharga, kami berharap ‘Satu Hari Nanti’ akan menjadi tontonan wajib pada bulan September ini,” katanya.

    Deng turut menambah bahawa drama ini menawarkan lebih daripada sekadar hiburan – ia memberi ruang kepada penonton untuk merenung nilai cinta, agama, dan kehidupan.

    Jangan lepaskan peluang untuk menonton drama ‘Satu Hari Nanti’, eksklusif di iQIYI bermula 18 September 2024, jam 9:00 malam.

    Muat turun aplikasi iQIYI di App Store atau Play Store, taipkan ‘Satu Hari Nanti’, dan klik ‘Pesan’ untuk menerima notifikasi tontonan awal. Saksikan sendiri bagaimana cinta dan penghijrahan jiwa dapat membentuk kehidupan baru dalam kisah yang penuh emosi ini.

  • SAKSIKAN DRAMA TERBAHARU MALANG SI PUTERI

    Drama Malang Si Puteri, terbitan Radius One dan diarahkan oleh Uchee Fukada, akan bersiaran setiap hari Isnin hingga Jumaat pukul 6 petang di slot Tiara Astro Ria. Anda juga boleh menyaksikannya melalui strim di Astro GO mulai 11 March 2024.

    Drama Astro Ria terbaru bersiri 50 episod ini merupakan karya Uchee Fukada terbitan syarikat produksi Radius One Sdn. Bhd. Idea asalnya daripada Shahrulezad Mohameddin @Budak Ijat. Manakala skrip pula disediakan oleh Syed Mohamad Taufik Syed Abdul Jalil. Drama ini menampilkan barisan pelakon hebat seperti Fasha Sandha, Hafreez Adam, Malek Mccrone, Wan Raja, Fahrin Ahmad, Raja Azura dan ramai lagi.

    SINOPSIS MALANG SI PUTERI

    Drama ini berkisarkan tentang Puteri yang ditimpa malang apabila ibunya berkahwin dengan Ayah Leh (Sahronizam) yang sering cuba mengambil kesempatan keatasnya. Puteri juga sering dihina orang kampung kerana pekerjaan ibunya sebagai penari. Hanya si capek Sulaiman (Hafreez Adam) yang memahaminya dan sering membantu Puteri dalam apa jua keadaan.

    Kehadiran Johan (Malek) dari bandar menawan hati Puteri yang naif. Walau diluahkan kasih sayang oleh Sulaiman, Puteri tetap memilih Johan yang rupanya seorang bapa ayam, maka malanglah hidup si Puteri semenjak hari itu.

    Kehidupanya di bandar penuh pancaroba sehinggalah dijual oleh suaminya sendiri kepada Arman (Wan Raja), seorang penjenayah yang merancang sesuatu untuk Puteri. Perjalanan yang dipenuhi ranjau kemudian membawa Puteri kepada Fattah, seorang guru berhati mulia dari kampung. Namun bahagia bukanlah berpihak kepada Puteri.

                       

    Drama: Malang Si Puteri
    Produksi: Radius One Sdn. Bhd.
    Pengarah: Uche Fukada
    Idea Asal: Sharulezad Mohameddin @Budak Ijat
    Penulis Skrip: Syed Mohamad Taufik
    Siaran: Astro Ria
    Mula Tayangan: 11 Mac 2024
    Masa: Isnin hingga Jumaat | 6 petang
    Episod: 50

  • DALAM DRAMA ‘ALICE KAMPUNG BARU’ SERRA KAMAL MENYANYIKAN LAGU BARU ‘BILA KAU ADA’

    DALAM DRAMA ‘ALICE KAMPUNG BARU’ SERRA KAMAL MENYANYIKAN LAGU BARU ‘BILA KAU ADA’

    Petaling Jaya, 17 November 2023 – Lagu terbaru Serra Kamal iaitu Bila Kau Ada akan berkumandang dalam drama “Alice Kampung Baru”. Lagu ini berirama modern dan menjadi lagu runut drama terbaru ini. Drama ini akan ditayangkan di Tv3 sebentar sahaja lagi. Nantikan lagu terbaru Serra dalam drama “Alice Kampung Baru” pasti dapat menarik perhatian penonton drama ini.

     

    Minat Serra Kamal dalam bidang seni amat mendalam dan telah mula menceburkan diri sejak berusia 5 tahun dengan menyertai pertandingan nyanyian sempena Hari Malaysia. Kebolehan Serra Kamal dalam bidang nyanyian telah digilap oleh Hazama selaku mentor menerusi program realiti “Mentor Milenia 2017”. Serra Kamal juga turut menjadi peserta dalam program realiti Lagu Cinta Kita 2 (LCK2) pada tahun 2021 berpasangan dengan Syafiq. Serra Kamal bukan sahaja berkebolehan dalam bidang nyanyian, malah dia juga aktif berlakon drama, filem dan juga teater. 

     

    Lagu terbaharunya ‘Bila Kau Ada’ mengisahkan tentang nilai persahabatan, kasih sayang, kesetiaan dan kepercayaan dalam persahabatan. Menurut Serra Kamal, “Saya berbesar hati dapat menyanyikan lagu “Bila Kau Ada” dan melodinya sangat sesuai dengan jiwa saya. Liriknya nampak ringkas tetapi membawa seribu makna! Shazee Ishak dan Audi Mok selaku komposer dan penulis lirik, begitu komited menjayakan rakaman lagu ini dan kami telah mengambil masa sebulan untuk menyelesaikan rakaman. Saya berpuas hati dengan lagu rentaknya lebih fresh dan berbeza dengan lagu lain. Saya berharap lagu ini mendapat tempat di hati pendengar dan semoga lagu ini dapat menceriakan hati semua pendengar.”

     

    Kepada peminat Serra Kamal, pastikan tidak ketinggalan mendengar lagi ‘Bila Kau Ada’ berkumandang dalam drama “Alice Kampung Baru” di platform Tonton yang turut dibintangi oleh Serra Kamal. Drama ini mengandungi 20 episod berkisarkan tentang persahabatan, masalah remaja dan juga konflik keluarga. Antara barisan pelakon adalah Amelia Christie, Sharifah Rose, Serra Kamal, Aniq Durar, Alif Muhaimin dan Muntazar Ghufran

     

    Jangan lepaskan peluang anda untuk muat turun lagu Bila Kau Ada di iTunes atau melalui aplikasi penstriman atas talian seperti Spotify, Apple Music, YouTube Music, Tidal dan Deezer. Untuk mendapatkan maklumat terkini tentang Alternate Records & Talents, layari akaun rasmi media sosial Alternate Records & Talents di Facebook, @alternate.my_ di Instagram, dan @alternate.rt_ di TikTok. 

    Turut disertakan lirik lagu Bila Kau Ada:

    (verse 1) 

    Gaya bergaya

    Denim lusuh

    Siap ku siap

    Sedia

    Masanya kita

    Menentang dunia

    Jalan ku jalan

    Tak sehala

    Lencong melencongnya ada

    Ada kau ada

    Senang atau susah

    (pre chorus)

    Kasut all star

    Gayaku macam superstar

    Bila susah

    Ku koyak

    Kalau hidupku drama

    Kamu heronya

    Kerana

    (chorus)

    Bila bila langit

    Ku nak runtuh

    Kau selamatkan ku

    Semua a-o-k

    Semua a-o-k

    Kau beri kata

    Yang meyakiniku

    Semua a-o-k

    Semua a-o-k

    (post chorus)

    Bila bila bila bila kau

    Ada ada ada ada

    Bila bila bila bila kau

    Ada ada

    (verse 2)

    Sama bersama

    Kasi jadi

    Angan beranganlah kita

    Takde ku takde rasa

    Kekurangan

    Keras oh keras

    Kepalaku

    Masih ku masih

    Mendengar

    Pedasnya pedas

    Setiap teguran

    (verse 2)

    Sama bersama

    Kasi jadi

    Angan beranganlah kita

    Takde ku takde rasa

    Kekurangan

    Keras oh keras

    Kepalaku

    Masih ku masih

    Mendengar

    Pedasnya pedas

    Setiap teguran

    (pre chorus & chorus)

    (bridge)

    Jika awanku mendung

    Kau pelangi

    Warna terindah

    Bmi takkan 

    Semeriah atau megah

    Tanpa kamu

    (chorus)

  • SLOT AKASIA KINI DENGAN  ILYS

    SLOT AKASIA KINI DENGAN ILYS

    Petaling Jaya, 14 November 2023 – Iris ingin menghilangkan kesepian hatinya dengan mencari seseorang yang sering menghantui hidupnya. Sikapnya yang ego menyebabkan dia sanggup mengorbankan orang lain demi kepentingan diri sendiri dan tidak suka bergantung dengan orang lain.

     

    Tetapi, semuanya berubah bila dia menemukan seorang inspektor yang sering mencabar kesabaran dirinya. Nantikan slot akasia malam ini di kaca tv anda semua.Selamat menonton semoga dapat mengisi malam penonton dengan drama yang mencuit hati ini.

     

    ILYS, drama adaptasi novel karya Melur Jelita ‘I Love You, Stupid’ kini mendarat ke kaca televisyen TV3 untuk menemani para penonton menerusi slot Akasia bermula hari ini (14 November 2023), setiap hari Isnin hingga Jumaat pada pukul 7.00 malam. 

     

    Drama terbitan Global Station Sdn.Bhd sebanyak 40 episod ini diarahkan oleh Eyra Rahman dan penulisan skrip oleh Siti Jasmina Ibrahim. Lebih menarik, drama ini menampilkan gandingan serasi Ezzanie Jasny dengan penyanyi rap popular tanah air, MK K-Clique di samping barisan pelakon tanah air berbakat seperti Haidar Hasanudin, Fauzi Nawawi, Marisa Yasmin, Lisdawati, dan ramai lagi!

    ILYS mengisahkan tentang Iris Nur (Ezzanie Jasny), seorang wanita ‘diva’ yang pernah bersengketa dengan Inspektor Ebrahim (MK K-Clique) apabila cubaan dia untuk melepaskan diri daripada saman memandu secara berbahaya telah gagal. Iris tidak menyangka bahawa dia akan bertemu kembali dengan Inspektor Ebrahim yang dilantik sebagai Pegawai Penyelarasan Kor Suksis di universitinya. 

     

    Kemudian, Iris terputus hubungan dengan Inspektor Ebrahim selepas tamatnya majlis penyampaian sijil Kor Suksis. Iris mahu membuka lembaran baharu dengan menyertai misi kemanusiaan di Ijora. Tanpa disedari oleh orang lain, Iris sebenarnya mempunyai misi lain. Iris juga tidak menyangka hidupnya bakal bertukar selepas bertemu dengan Firman di situ. Firman diupah oleh ayah Iris sebagai pengawal peribadi Iris. Siapakah sebenarnya Firman dan apakah yang bakal berlaku antara mereka berdua?

     

    MK K-Clique, penyanyi rap yang kini merentas bidang sebagai pelakon utama dalam drama ini berkata, “Saya memang rasa sangat bersyukur kerana dapat menerima tawaran untuk berlakon dalam drama ini. Bagi saya, saya bukanlah hebat dalam lakonan tapi saya jenis orang yang suka ambil cabaran dan mencuba bidang baharu. Jadi motif saya untuk berlakon bukan saja-saja, sejak saya berlakon, percakapan bahasa Melayu ‘semenanjung’ makin fasih! Lagi satu, banyak juga orang komen yang saya ni muka garang macam mana boleh berlakon drama cinta kan. Kalau korang nak tahu sangat, jangan lupa saksikan drama ini sebab saya jamin insyaAllah korang tidak akan menyesal.”

     

    Untuk mendapatkan info terkini tentang drama kegemaran anda, layari laman sosial Facebook, Twitter, YouTube dan Instagram TV3 iaitu @TV3Malaysia, Instagram rasmi Drama Sangat iaitu @dramasangat.

     

  • Dara Gangster Lagi Berbahaya, Bila Bertiga!!

    Dara Gangster Lagi Berbahaya, Bila Bertiga!!

    Shasha Abedul yang diiktiraf sebagai seorang yang cantik dan ayu sedang diuji dalam slot Sakura “Dara & The Gang” oleh seorang watak yang menunjukkan personaliti gelap! Penggambaran Shasha sebagai Dara pasti membuatkan penonton menangis, bersama-sama geng sekampungnya Busu (Erysha Emyra) dan Bedah (Arena Wan), serta Chubb-E, Cat Farish, Enot, dan ramai lagi.

    Drama komedi 13 episod ini merupakan terbitan Wiranusa Corporation Sdn Bhd dan diinspirasikan oleh novel yang berjudul Dara Gangster And The Gangs nukilan Amarilis Rahim. Drama yang diarahkan oleh Zul Huzaimy dan penulisan skrip oleh Dr. Mohd Shahremy Ikmal ini akan menemui penonton bermula 28 September 2023, setiap hari Rabu dan Khamis, pukul 6.00 petang di TV3 dan strim HD secara eksklusif di platform penstriman Tonton www.tonton.com.my.

    Kenakalan Dara, Busu dan Bedah ini telah menyebabkan mereka sangat terkenal dalam kalangan orang kampung. Terutamanya Dara, yang mendapat gelaran ‘Dara Gangster’ yang diberikan oleh Wan Saari (Apit Wan Lebo) kerana nampak Dara sedang bermain mercun dan secara tidak sengaja menyebabkan motosikal Pak Imam terbabas ke dalam parit. Sejak insiden itu, nama ‘Dara Gangster’ terus melekat di mulut penduduk kampung! 

    Namun, kehadiran Rizal (Chubb-E), seorang posmen yang kacak, telah menjadi titik permulaan bagi Dara untuk membuka buku baharu dan berubah perangai menjadi lebih sopan. Kenakalan Dara menarik perhatian Rizal dan tanpa disedari dia telah jatuh hati kepada Dara. 

    Menurut Shasha Abedul, dia seronok dengan watak yang diberikan oleh pengarah. “Watak Dara yang saya pegang kali ini adalah lebih sempoi dan kelakar dan membuatkan saya terkenang zaman nakal masa kecil dulu. Ramai yang kata raut wajah saya yang lembut dan tertanya-tanya  boleh ke Shasha ni bawakan watak lain? Sudah tentulah boleh! Sebab impian saya nak menjadi pelakon yang versatil yang boleh bawakan pelbagai watak seperti serius, naif, antagonis dan macam-macam lagi. Dapat pula gang sekepala seperti Erysha Emyra dan Arena Wan, buatkan penggambaran ni rasa enjoy sangat. Jangan lupa tau untuk tengok Shasha sebagai Dara Gangster nanti.”

    Jangan terlepas menyaksikan lakonan Shasha Abedul dan barisan pelakon yang kini melonjak naik di pesada seni. Tandakan kalendar anda dengan slot Sakura ‘Dara & The Gang’ bermula 28 September 2023 setiap hari Rabu dan Khamis pada pukul 6.00 petang di TV3 dan strim HD secara eksklusif di platform penstriman Tonton. 

    Untuk mendapatkan info terkini tentang drama kegemaran anda, layari laman sosial Facebook, Twitter, YouTube dan Instagram TV3 iaitu @TV3Malaysia, Instagram rasmi Drama Sangat iaitu @dramasangat.