Tag: dapurtempurselebriti

  • Pertarungan Sengit Antara Dua Bintang Vokal Hebat Dalam Dapur Tempur Selebriti di TV3

    Pertarungan Sengit Antara Dua Bintang Vokal Hebat Dalam Dapur Tempur Selebriti di TV3

    Lan Solo dan Siti Sairah, dua bakat hebat, tak lagi hanya bersaing dalam vokal. Kini, mereka bersaing di dapur bersama pasangan masing-masing! Episod terakhir Dapur Tempur Selebriti memunculkan pertarungan sengit antara Seragam Hitam (Lan Solo & Sheila Hassim) dan Dapur Jiran Sebelah Rumah (Siti Sairah & Mohd Edane). Mampukah mereka menakluki tantangan dapur ini?

    Episod lalu telah menyaksikan pasukan Double D, pelakon Didie Alias dan anaknya, Nur Diyana dinobatkan sebagai pemenang selepas menerima pujian kedua juri Cef Naem dan Michael Ang dengan masakan mereka “Stroganoff Daging”, sesuatu yang berbeza dan kreatif. Pasukan Double D telah membawa pulang hadiah wang tunai sebanyak RM1,000 dan barangan tajaan Prego selama setahun. Manakala bagi pasukan The Sumandak, penyanyi Wani Kayrie dan ibunya, Mama Kay pula membawa pulang hadiah saguhati berupa barangan tajaan Prego selama tiga bulan

    Pasangan Dapur Tempur Selebriti digemparkan dengan cabaran “Yang Mana Satu?” pada episod kali ini di mana mereka perlu menukar dapur setiap kali juri dan hos membunyikan loceng! Lebih menarik lagi, peserta juga perlu menyiapkan hidangan tanpa mengetahui hidangan mana yang akan dihidangkan kepada juri pada masa terakhir.

    Apabila ditemu bual tentang kepakaran memasak mereka, Lan Solo berkata, “Selama ni kami berdua masak untuk diri sendiri sahaja. Itu pun bahan mudah untuk digoreng seperti mi segera, sosej dan nugget. Dek kesibukan kerja, saya dan isteri banyak mengharapkan ibu Sheila untuk masak di rumah.”

    Siti Sairah pula meletakkan kepercayaan memasak kepada suaminya. Suaminya juga banyak membantu memberi nasihat kepada pasukan Seragam Hitam. Tambah Siti Sairah, “Kebanyakannya suami saya yang akan masak di rumah, tugas saya hanyalah sebagai pembantu di dapur. Kadang-kadang saya hanyalah bantu dari segi lihat dan makan.”

    Yakinkah kedua-dua pasangan peserta ini melengkapkan masakan barat mereka di hadapan juri profesional Cef Naem dan Michael Ang? Dan dapatkah pasukan Lan Solo dan isteri Sheila, serta Siti Sairah dan suami, Mohd Edane menampilkan masakan terhebat mereka mengikut tema yang ditetapkan?

    Nantikan episod terakhir dan terhangat Dapur Tempur Selebriti ini yang dihoskan oleh Fiza Frizzy pada 9 Disember 2023, Sabtu ini, 8.30 malam di TV9 atau strim melalui Tonton di www.tonton.com.my atau aplikasi Tonton yang boleh dimuat turun dari Google Play atau App Store.

    Dapur Tempur Selebriti menampilkan Prego sebagai penaja. Pemenang mingguan akan ditentukan oleh juri berdasarkan rasa, persembahan hidangan, kreativiti dan kebersihan. Pemenang minggu ini akan membawa pulang wang tunai RM1,000 berserta hamper tajaan Prego selama setahun.

    Penonton turut berpeluang memenangi wang tunai RM200 dengan menyertai Peraduan Tonton & Menang untuk kali terakhir melalui tontonan Dapur Tempur Selebriti. Untuk dapatkan maklumat lanjut, ikuti media sosial rasmi Facebook, Instagram & X di @TV9Malaysia serta TikTok @TV9MalaysiaOfficial. Dapatkan juga perkembangan terkini di www.myresipi.com selaku Rakan Digital Rasmi.

  • DAPUR TEMPUR SELEBRITI PASANGAN IBU DAN ANAK YANG MANAKAH LEBIH GEMPAK?

    DAPUR TEMPUR SELEBRITI PASANGAN IBU DAN ANAK YANG MANAKAH LEBIH GEMPAK?

    Petaling Jaya, 29 November 2023 – Pertempuran yang sengit! Episod terbaru dalam Dapur Tempur Selebriti minggu ini bakal menyaksikan dua pasangan ibu dan anak iaitu seorang,pelawak,pengacara dan penyanyi Didie Alias dan anaknya Diyana (Double D) lawan penyanyi popular Wani Kayrie dan ibunya Mama Kay (The Sumandak). Hubungan ibu dan anak yang manakah lebih kuat apabila memasak di dapur?

    Pada minggu lepas, kita menyaksikan pasukan Geng Pandai Masak Nasi (Bella Astillah & Mama Ina) iaitu pasukan anak dan ibu juga berjaya bergelar juara mingguan sekaligus membawa pulang wang tunai RM1,000 dan barangan tajaan Prego serta Vinda selama setahun. Mereka berjaya menyiapkan hidangan tanpa menggunakan peralatan memasak yang paling penting iaitu pisau! Pasukan Kerang (Shuib & Watie) tumpas dalam cabaran tersebut tetapi tetap berjaya membawa pulang barangan tajaan Prego selama 3 bulan. 

    Cabaran episod ini yang dipanggil ‘Bayangan Gurauan’ lebih mendebarkan! Peserta yang kalah dalam cabaran ini harus menyediakan hidangan mereka tanpa bahan utama masakan. Cabaran ini membuatkan situasi di dapur menjadi lebih riuh apabila melihat gelagat pasangan mengganggu antara satu sama lain ketika menyiapkan hidangan mereka. 

    Wani Kayrie berasa sedikit goyah apabila mendapat tahu bahawa Didie Alias bakal menjadi saingan mereka, “Wani selalu masak sama-sama dengan mama. Selepas kami tahu bahawa Didie Alias akan jadi saingan kami, kami agak risau kerana kita tahu yang orang Melaka ini memang pandai masak. Namun, memandangkan tema adalah masakan barat, kami akan redah sahaja.”

    Anak perempuan Didie Alias, Diyana yang merupakan seorang Cef Pastri tampil yakin dengan mengatakan, “Jika di rumah, saya merupakan sous chef manakala mummy pula executive chef. Wani menyanyi boleh lah, dia pandai masak ke? Berani ke?”

    Keyakinan mereka membuatkan persaingan ini lebih hangat! Pasangan manakah yang bakal menang dalam persaingan kali ini? Nantikan episod ketiga Dapur Tempur Selebriti yang dihoskan oleh Fiza Frizzy, 2 Disember 2023, pada hari Sabtu, 8.30 malam di TV9 atau strim melalui Tonton di www.tonton.com.my atau aplikasi Tonton yang boleh dimuat turun dari Google Play atau App Store.

    Dapur Tempur Selebriti menampilkan Prego sebagai penaja. Pemenang mingguan akan ditentukan oleh juri berdasarkan rasa, persembahan hidangan, kreativiti dan kebersihan. Pemenang minggu ini akan membawa pulang wang tunai RM1,000 berserta hamper tajaan Prego selama setahun. 

    Penonton juga berpeluang untuk memenangi wang tunai RM200 dengan menyertai peraduan Tonton & Menang setiap minggu. Untuk dapatkan maklumat lanjut, ikuti media sosial rasmi Facebook, Instagram & X di @TV9Malaysia serta TikTok @TV9MalaysiaOfficial untuk maklumat yang terkini tentang program TV9. Dapatkan juga perkembangan terkini di www.myresipi.com selaku Rakan Digital Rasmi.

     

     

  • DAPUR TEMPUR SELEBRITI  DAPUR BERASAP DENGAN PASANGAN SELEBRITI EPISOD PERTAMA

    DAPUR TEMPUR SELEBRITI DAPUR BERASAP DENGAN PASANGAN SELEBRITI EPISOD PERTAMA

    Petaling Jaya, 15 November 2023 – Dapur tempur kembali lagi dengan musim terbaru, yang akan menarik hati penonton dirumah. Program memasak yang terkenal ini akan mendebarkan dengan gelagat selebriti baru yang hadir. Selebriti pertama dalam episod pertama iaitu Achey dengan isteri, Anne bakal menentang Ain Edruce dengan suaminya Amirul. Jadi, siapakah yang bakal mendapatkan takhta juara di episod pertama dan mendapatkan wang tunai sebanyak RM1,000?nantikan episode terbaru dapur tempur selebriti di kaca tv anda.

     

    Nantikan selebriti kegemaran anda bertempur di Dapur Tempur Selebriti yang akan bersiaran bermula pada 18 November 2023 ini, setiap hari Sabtu, pukul 8.30 malam selama satu jam di TV9. Penonton juga boleh strim melalui Tonton di www.tonton.com.my atau aplikasi Tonton yang boleh dimuat turun dari Google Play atau App Store.

     

    Kedua-dua pasangan selebriti ini terkenal dengan personaliti mereka yang sering membuatkan penonton tak kering gusi. Pasangan episod pertama kali ini tampil dengan nama kumpulan yang juga mencuit hati, 50-50 (Ain Edruce & Amirul) dan Mok Strong (Achey & Anne). Gelagat mereka beraksi di dapur lebih menghiburkan kerana mereka tidaklah begitu mahir dalam bidang masakan sehingga menyebabkan dapur berasap dan sudip yang digunakan menjadi cair. Agak-agak, pasangan manakah yang menimbulkan huru-hara ini? 

    Ain Edruce tampil berkeyakinan kerana dia mendakwa dirinya pandai memasak dan hari-hari ada menu baharu untuk suaminya. Ada sebarang strategi atau rahsia ke? Ain Edruce berkongsi, “Alhamdulillah saya dah praktis seminggu sebelum sertai Dapur Tempur Selebriti. Setiap malam saya dah masakkan untuk suami saya, Amirul.” Berjayakah Ain Edruce dan Amirul tempuh segala cabaran yang diberi? 

     

    Achey juga tidak mengalah dan berkongsi pengalamannya di dapur dengan mengatakan, “Saya tidak kisah orang ragu-ragu dengan saya kerana di rumah memang saya yang sediakan barang-barang prep dan saya juga yang membeli barangan memasak yang lain.”

     

    Dapur Tempur Selebriti kali ini menampilkan tema yang berbeza berbanding edisi Dapur Tempur & Dapur Tempur Ra-Ra sebelum ini. Kebiasaannya, Dapur Tempur menguji peserta untuk menyediakan menu masakan Melayu tetapi untuk edisi kali ini, setiap pasangan perlu menyediakan hidangan bertemakan masakan barat.

     

    Dapur Tempur Selebriti tidak lengkap tanpa cabaran dan cabaran pertama untuk episod pertama Dapur Tempur Selebriti ialah cabaran ‘Misteri Ke?’. Cabaran ini memerlukan setiap pasangan menggunakan bahan misteri yang telah dipilih. Mereka perlu untuk menambah baik atau improvisasi hidangan mereka dengan masa yang diberikan hanya 30 minit sahaja. Jadi, pasangan manakah yang lebih handal menunjukkan skil di dapur? Bolehkah mereka menerima komen-komen pedas daripada juri Michael Ang dan Cef Naem? 

     

    Dapur Tempur Selebriti menampilkan Prego dan Vinda sebagai penaja. Pemenang mingguan akan ditentukan oleh juri berdasarkan cita rasa, persembahan hidangan, cara kerja berpasukan dan kebersihan. Pemenang mingguan akan membawa pulang wang tunai RM1,000 berserta hamper tajaan Prego selama setahun. Vinda turut menyumbang hamper barangan selama setahun khusus untuk pemenang episod 1 dan 2. 

    Ayuh saksikan Dapur Tempur Selebriti yang dihoskan oleh Fiza Frizzy, mulai 18 November, setiap Sabtu, 8.30 malam di TV9 atau strim melalui Tonton di www.tonton.com.my atau aplikasi Tonton yang boleh dimuat turun dari Google Play atau App Store.

     

    Ikuti media sosial rasmi Facebook, Instagram & Twitter di @TV9Malaysia serta TikTok @TV9MalaysiaOfficial untuk maklumat yang terkini tentang program TV9.

  • SHUIB BAWA ISTERI DALAM PROGRAM DAPUR TEMPUR SELEBRITI

    SHUIB BAWA ISTERI DALAM PROGRAM DAPUR TEMPUR SELEBRITI

    Petaling Jaya, 21 November 2023 – Shuib sebagai pelawak dan penyampai radio bersama isteri Watie (Pasukan Kerang) dalam program “Dapur Tempur Selebriti”. Mereka akan menentang pasukan lawan iaitu Geng Pandai Masak Nasi terdiri daripada Bella Astillah dengan ibunya Mama Ina. Pasukan manakah yang akan menang? Yang manakah akan bersaing dengan penuh gaya untuk menambat hati para juri?nantikan episode kali ini pasti membuat anda tertawa di kaca televisyen anda.

    Minggu pertama kita menyaksikan kumpulan 50-50 (Ain Edruce & Amirul) telah dinobatkan sebagai juara mingguan setelah menumpaskan kumpulan Mok Strong (Achey & Anne) dan sekaligus membawa pulang wang tunai berjumlah RM1,000 serta barangan tajaan Prego dan Vinda selama setahun.

    Shuib berkongsikan perasaan beliau dan isteri ketika ditawarkan untuk menyertai Dapur Tempur Selebriti, “Saya terima tawaran buat program ini kerana ia program masakan yang julung kali tampilkan kami berdua. Watie juga boleh tahan pandai memasak. Saya memang suka dengan program masakan seperti ini kerana ketika bersama arwah isteri, Siti Sarah dulu pun kami selalu terbabit dalam program bercorak kekeluargaan seperti ini. Dua tiga hari sebelum rakaman, Watie juga beritahu dia berasa gementar kerana tema program ini adalah masakan barat yang dia jarang masak di rumah. Maklumlah, saya suka masakan kampung dan tradisional sebab itu dia jarang masak masakan barat di rumah.”

    Cabaran minggu ini ‘Macam Mana Ni?’ memerlukan kedua-dua pasukan menyediakan hidangan tanpa menggunakan satu peralatan masak yang sangat penting! Namun, cabaran ini tidak mematahkan semangat mereka untuk beraksi di dapur dengan keyakinan yang tinggi. 

    “Kami ingin cakap yang keyakinan kami tidak boleh beli di mana-mana, kami sangat yakin. InsyaAllah kami boleh menang kerana saya merupakan seorang lelaki yang sering masuk ke dapur untuk tolong isteri memasak” tambah Shuib. 

    Mama Ina turut yakin bahawa pasukan mereka mempunyai peluang yang besar untuk menang, “Bella memang seorang yang rajin ke dapur dan memang hebat memasak. Jika kami memasak makanan barat, Bella yang akan masak dan Mama Ina yang akan membantu. Tetapi untuk masakan lauk pauk kampung pula, Mama Ina yang akan memasak dan Bella pula yang akan membantu.”

    Keyakinan kedua-dua pasukan membuatkan juri turut tidak sabar untuk melihat hasil tangan daripada mereka. Apakah reaksi Cef Naem dan Michael Ang apabila merasa hidangan daripada kedua-dua pasangan selebriti ini? Jika episod pertama bertemakan ‘bebas’, apakah tema atau bahan utama untuk minggu ini?

    Ayuh saksikan episod kedua Dapur Tempur Selebriti yang dihoskan oleh Fiza Frizzy, 25 November 2023, pada hari Sabtu, 8.30 malam di TV9 atau strim melalui Tonton di www.tonton.com.my atau aplikasi Tonton yang boleh dimuat turun dari Google Play atau App Store.

    Dapur Tempur Selebriti menampilkan Prego dan Vinda sebagai penaja. Pemenang mingguan akan ditentukan oleh juri berdasarkan cita rasa, persembahan hidangan, cara kerja berpasukan dan kebersihan. Pemenang mingguan akan membawa pulang wang tunai RM1,000 berserta hamper tajaan Prego selama setahun. Vinda turut menyumbang hamper barangan selama setahun khusus untuk pemenang episod ini. 

    Penonton juga berpeluang untuk memenangi wang tunai RM200 dengan menyertai peraduan Tonton & Menang setiap minggu. Untuk dapatkan maklumat lanjut, ikuti media sosial rasmi Facebook, Instagram & Twitter di @TV9Malaysia serta TikTok @TV9MalaysiaOfficial untuk maklumat yang terkini tentang program TV9.