Tag: #artisindonesia

  • MALIQ & D’Essentials Bakal Gegar Kuala Lumpur dengan ‘CAN MACHINES FALL IN LOVE? ALBUM TOUR’ Disember 2024 ini

    MALIQ & D’Essentials Bakal Gegar Kuala Lumpur dengan ‘CAN MACHINES FALL IN LOVE? ALBUM TOUR’ Disember 2024 ini

    Peminat muzik jazz dan soul Malaysia bakal disajikan dengan satu persembahan istimewa apabila Kharisma Music membawa band terkenal dari Indonesia, MALIQ & D’Essentials, ke Kuala Lumpur.

    Konsert yang diberi nama ‘CAN MACHINES FALL IN LOVE? ALBUM TOUR‘ ini akan diadakan pada 29 Disember 2024 di Megastar Arena, bermula jam 8:00 malam. K

    onsert ini adalah sebahagian daripada siri jelajah mereka untuk mempromosikan album terbaru, sekaligus memberikan peminat peluang merasai pengalaman muzik yang luar biasa.

    Ditubuhkan pada 15 Mei 2002, MALIQ & D’Essentials terkenal dengan gabungan genre jazz, soul, dan pop yang unik, serta lirik yang menyentuh hati.

    Album terbaru mereka, ‘Can Machines Fall In Love?’ (CMFIL?), dilancarkan pada Mei 2024, menandakan pencapaian 22 tahun band ini dalam industri muzik.

    Konsert ini juga merupakan siri jelajah pertama mereka yang merentasi dua negara, Indonesia dan Malaysia, menutup tirai dengan persembahan terakhir di Kuala Lumpur. “Kami sangat teruja untuk kembali ke Malaysia dan memberikan persembahan terbaik buat semua peminat kami di sini,” kata Widi Puradiredja, pemain dram dan ahli teras band ini.

    Widi turut menyatakan bahawa konsert ini akan membawa kelainan dengan gabungan visual dan audio yang memukau, selain gubahan muzik yang istimewa.

    Selama lebih dua jam, mereka akan mempersembahkan lebih daripada 20 lagu, termasuk lagu-lagu dari album terbaru dan beberapa lagu hits dari album sebelumnya.

    Antara lagu yang bakal dipersembahkan adalah ‘Kita Bikin Romantis’, ‘Aduh’, dan ‘Begini Begitu’ yang pasti akan mengimbau kenangan manis para peminat. “Kami mahu pastikan setiap penonton menikmati persembahan ini, sama ada mereka peminat setia lagu-lagu baru kami atau yang lama,” tambah Widi lagi.

    Konsert ini bukan sekadar persembahan muzik, malah ia menjadi satu platform interaksi di antara MALIQ & D’Essentials dan peminat setia mereka.

    Menurut En. Ahmad Jeffny, Ketua Pengarah Eksekutif Kharisma Music, konsert ini dijangka mendapat sambutan hangat kerana Malaysia adalah salah satu pasaran utama bagi band ini.

    “Kami berharap peminat yang hadir akan merasai sendiri pengalaman yang tak dapat dilupakan melalui persembahan MALIQ & D’Essentials yang penuh dengan emosi, nostalgia, dan keindahan muzik,” kata beliau.

    Bagi yang berminat untuk hadir, tiket konsert ini telah mula dijual sejak 3 September 2024 melalui laman web www.ticket2u.com/maliq&d’essentials.

    Harga tiket adalah seperti berikut: Begini [Standing] pada RM288, Begitu [Standing] pada RM188, Kita Bikin Romantis [Seated] pada RM338, Aduh [Seated] pada RM258, dan Meet & Greet [Add-On] pada RM298.

    Tiket dijual dalam pelbagai kategori untuk memudahkan peminat memilih tempat yang sesuai dan memberikan mereka peluang untuk merasai persembahan eksklusif ini.

    Jangan lepaskan peluang untuk menyaksikan sendiri kehebatan MALIQ & D’Essentials dalam ‘CAN MACHINES FALL IN LOVE? ALBUM TOUR’.

    Dengan muzik yang romantis, bertenaga dan memukau, pastikan anda hadir ke konsert ini untuk menikmati malam yang penuh dengan memori dan perasaan.

  • KONSERT FARMASI SOUNDZATION: BCL, GHEA INDRAWARI, DAN ELLY MAZLEIN BERGABUNG DI SATU PENTAS IKONIK, 30 NOVEMBER INI

    KONSERT FARMASI SOUNDZATION: BCL, GHEA INDRAWARI, DAN ELLY MAZLEIN BERGABUNG DI SATU PENTAS IKONIK, 30 NOVEMBER INI

    Bersiaplah untuk malam penuh keajaiban di Megastar Arena, Kuala Lumpur, pada 30 November 2024.

    Konsert FARMASI Soundzation bakal menggegarkan pentas dengan gabungan luar biasa antara tiga bintang terkenal, Bunga Citra Lestari (BCL), Ghea Indrawari, dan Elly Mazlein, dalam sebuah persembahan epik yang menggabungkan seni muzik dan kecantikan.

    Acara ini bukan hanya sekadar konsert, tetapi juga simbolik pelancaran jenama kosmetik terkenal dari Turkiye, FARMASI, ke pasaran Asia, menandakan detik penting dalam industri hiburan dan kecantikan.

    BCL, diva Indonesia yang terkenal dengan vokal penuh emosi, akan mengetuai malam ini dengan persembahan yang dijangka membangkitkan kenangan dan menyentuh hati penonton.

    Dengan lagu-lagu hits seperti Cinta Sejati, BCL akan membawa pesona dan auranya yang tiada tandingan ke atas pentas. Mengiringi BCL ialah Ghea Indrawari, bintang muda yang sedang meledak dengan lagu Jiwa Yang Bersedih.

    Penampilannya yang segar dan berbakat menjanjikan persembahan yang tidak boleh dilepaskan. Sementara itu, Elly Mazlein, penghibur serba boleh Malaysia, akan memastikan malam ini terus hidup dengan celoteh dan nyanyiannya, menjadikan suasana lebih mesra dan menyeronokkan.

    oplus_32

    Konsert FARMASI Soundzation adalah lebih daripada sekadar hiburan; ia adalah perayaan tentang kecantikan dan kekuatan wanita. Ellie G, Pengarah Projek dan Konsert, menekankan bahawa acara ini bertujuan untuk menyampaikan mesej pemerkasaan wanita melalui gabungan muzik dan kecantikan.

    “BCL dipilih bukan sahaja kerana popularitinya, tetapi juga kerana beliau mewakili semangat wanita yang kuat dan berdaya tahan. FARMASI pula berpegang pada prinsip kecantikan yang bukan sahaja luaran, tetapi juga dalaman, sesuai dengan nilai yang ingin kami tonjolkan dalam konsert ini,” kata Ellie G.

    Menambah lagi keterujaan malam tersebut, setiap penonton berpeluang memenangi hadiah menarik termasuk sebuah kereta Perodua Bezza melalui cabutan bertuah.

    Tambahan pula, semua pemegang tiket akan menerima hadiah eksklusif dari rangkaian produk FARMASI, menjadikan malam ini lebih bermakna dan penuh ganjaran.

    Ellie G menambah, “Konsert ini adalah cara kami mengucapkan terima kasih kepada peminat yang sentiasa menyokong industri hiburan dan kecantikan. Kami mahu setiap orang pulang dengan kenangan indah dan hadiah istimewa.”

    Acara ini turut mendapat sokongan penuh dari pasukan kreatif yang berpengalaman, termasuk pemuzik legenda Man Kidal sebagai Pengarah Konsert dan Muzik, serta Jerry Hend sebagai Pengarah Kreatif.

    Dengan persiapan rapi dari Mewah Event Management dan urusan tiket oleh iLasso Tickets, Konsert FARMASI Soundzation dijangka menjadi acara yang paling dinantikan pada tahun ini, membawa pengalaman hiburan yang tidak terlupakan.

    Presiden FARMASI, Emre Tuna, turut hadir dalam sidang media yang berlangsung di Menara Kuala Lumpur, menzahirkan rasa bangganya terhadap kehadiran FARMASI di Malaysia sebagai langkah pertama dalam penaklukan pasaran Asia.

    “Kami memilih Malaysia kerana potensinya yang besar dalam menyokong perkembangan jenama kami di Asia. Kami yakin bahawa kombinasi antara produk berkualiti dan nilai kecantikan yang sebenar akan mencipta kejayaan yang luar biasa di sini,” kata Emre.

    Tiket untuk Konsert FARMASI Soundzation kini dijual pada harga bermula dari RM288 hingga RM1,088. Pastikan anda tidak terlepas peluang untuk menjadi sebahagian daripada malam yang penuh dengan kejutan dan inspirasi ini.

    Dapatkan tiket anda di www.ilassotickets.com dan ikuti perkembangan terkini di platform media sosial rasmi Soundzation. Saksikan sendiri gabungan seni dan kecantikan yang memukau, dan rasai pengalaman konsert yang tidak akan anda lupakan.

  • Dalam Musik Latar Drama “Malang Si Puteri”, Lagu “Dursila” Yang Dinyanyikan oleh Meiska Adinda Menjadi Pusat Perhatian Utama

    Dalam Musik Latar Drama “Malang Si Puteri”, Lagu “Dursila” Yang Dinyanyikan oleh Meiska Adinda Menjadi Pusat Perhatian Utama

    Penyanyi dan pencipta lagu muda, Meiska Adinda, dari Bali, Indonesia, telah meraih pengiktirafan di Malaysia. Single debutnya, “Hilang Tanpa Bilang”, telah meraih sanjungan Platinum tahun lalu. Kejayaan ini tidak hanya mencerminkan pencapaian individu Meiska Adinda, tetapi juga mengukuhkan kedudukan Sony Music Entertainment Indonesia. Lagunya diklarifikasi dengan jayanya dalam penjualan menerusi platform streaming digital di Malaysia pada tahun 2023.

    Pada tahun ini pula Meiska kembali menyediakan satu sajian karyanya kepada pendengar di Malaysia dengan keluaran lagu “Dursila” dan juga merupakan original soundtrack (OST) untuk drama tempatan yang bertajuk “Malang Si Puteri” yang bakal ditayangkan tidak lama lagi. Selain itu, lagu ini telah ditulis oleh Adrianna Cinta yang juga merupakan penyanyi dan penulis lirik di bawah naungan Sony Music Entertainment Malaysia, serta komposor berbakat dari Malaysia iaitu, Farouk Roman. 

    “Meiska sangat teruja apabila menerima tawaran untuk menyanyikan lagu tema drama “Malang Si Puteri” di Malaysia. Kerjasama bersama rakan syarikat  Sony Music Malaysia adalah permulaan yang baik untuk perjalanan seni saya pada tahun baru ini,” kata Meiska Adinda dengan meluahkan rasa terujanya ketika ditanya perasaannya tentang tawaran lagu ini.

    Meiska juga kongsikan pengalaman dalam menghasilkan lagu “Dursila”, dia mengalami beberapa cabaran. Meiska merasakan lagu ini berat dengan emosi dan sarat dengan makna yang mendalam serta memerlukan penghayatan yang mendalam. Walau bagaimanapun hasil daripada sokongan dan tunjuk ajar daripada guru vokal dan juga dikenali sebagai penyanyi yang berbakat dari Indonesia iaitu Barsena Bestandhi.

    “Awalnya, saya menghadapi cabaran untuk menyampaikan perasaan lagu ini, tetapi semasa proses rakaman, semuanya berjalan dengan lancar dan saya merasa begitu selesa pada waktu itu. Aku juga berterima kasih kepada Barsena Bestandhi yang bersama saya dalam menjayakan lagu indah ini.” Katanya

    Tambahan pula, Meiska menjelaskan maksud lagu “Dursila” juga mempunyai makna yang kuat dan mampu membawa pendengar dalam cerita lagu ini. Menurut Meiska lagu ini  menceritakan tentang seseorang yang sudah letih dalam menjalani hubungan yang tidak berjalan seperti yang dirancang.

    “Walaupun kisah ini tidak berkaitan langsung dengan diri saya, tetapi saya juga merasakan seksa perasaan dan  emosi seseorang yang derita dalam sebuah perhubungan ini. Saya juga berharap lagu ini dapat menjadi penghibur kalian dan mampu memberi pengajaran dan jalan penyelesaian kepada mereka yang mengalami kesukaran dalam hubungan,” jelas Meiska.

    Selain itu, drama Malang Si Puteri mengisahkan tentang kisah seorang gadis yang menerima malang bertimpa-timpa hingga mengalami tekanan perasaan dan emosi, dia di sabit kesalahan membunuh sehingga membawa hukuman gantung sampai mati. Drama yang bergenre meruntun jiwa ini telah dilakonkan oleh pelakon yang hebat seperti Fasha Sandha, Hafreez Adam, Wan Raja dan ramai lagi. Drama ini terbitan Radius One Sdn. Bhd dan diarahkan oleh Uchee Fukada. 

    Meiska turut berkongsi bahawa antara kegemarannya dalam lagu ini adalah pada korus terakhir, di mana Meiska memberi sepenuh tumpuan bagi menekankan emosi yang lebih mendalam. Selain itu, Meiska Adinda berhasrat untuk melebarkan sayapnya sebagai penyanyi di Malaysia dan Indonesia. Meiska mengambil peluang ini sebagai langkah penting untuk lebih dikenali di peringkat antarabangsa. Beliau mengucapkan terima kasih kepada pendengar yang sentiasa menyokongnya, dan berharap lagu ‘Dursila’ dapat memberi inspirasi dan kebahagiaan kepada semua peminat muzik tanah air.

    Lagu ‘Dursila’ boleh dimuat turun di iTunes dan dinikmati menerusi semua platform penstriman muzik terpilih seperti Apple Music, Deezer, KKBox, Spotify, YouTube dan YouTube Music.  

    Kredit: 

    Artis: Meiska Adinda  

    Tajuk: Dursila

    Produser: Farouk Roman

    Komposer: Farouk Roman

    Penulis Lirik: Adrianna Cinta

    Akaun Media Sosial Meiska Adinda

    Instagram: https://instagram.com/meiskaadindap/  

    TikTok: https://www.tiktok.com/@meiskaadindap 

    YouTube: https://www.youtube.com/@meiskaadindap 

     

    Tentang Meiska Adinda: 

    Meiska Adinda, lahir pada 20 Mei 2003 dan gadis yang baru berumur 20 tahun ini mempunyai bakat dalam nyanyian dan menulis lagu dan dibesarkan di Bali, Indonesia. Meiska membina minat mendalam terhadap muzik sejak usia muda dan merupakan peserta The Voice Kids Indonesia musin ketiga. Meiska Adinda, juga dikenali sebagai Meiska, mencipta nama dalam arena muzik Malaysia dengan single sulungnya, “Hilang Tanpa Bilang,” dengan pencapaian Anugerah Platinum hasil jualan strim di saluran digital.

    Tentang Syarikat Sony Music Entertainment Malaysia Sdn Bhd: 

    Sony Music Entertainment Malaysia Sdn Bhd adalah anak syarikat Sony Music, kumpulan hiburan muzik terbesar di dunia, yang beroperasi di Malaysia. Syarikat ini memiliki lebih daripada 200 label muzik dan mempunyai kehadiran di lebih daripada 50 negara dan kawasan di seluruh dunia, menjadikannya pemain utama dalam industri muzik global. Selama bertahun-tahun, Sony Music telah menghasilkan muzik dan produk berkaitan dengan muzik yang meliputi sembilan genre utama di dunia, termasuk muzik pop, rock, tarian, alternatif, hip hop, jazz, klasik, country, dan muzik baru. Kumpulan Sony Music sentiasa menggalakkan pertukaran seni muzik melintasi sempadan negara, dengan membawa muzik pop dunia yang terbaik ke pasaran Malaysia, sambil secara aktif mencari, membangunkan, dan mempromosikan bakat-bakat muzik dari kalangan rakyat Malaysia ke pentas dunia.