Skim Bantuan Tadika RM50 Sebulan. Berita baik untuk ibu bapa atau penjaga di Negeri Selangor yang mempunyai anak di Tadika untuk mendapatkan Skim Bantuan Tadika Selangor (TUNAS). Melalui skim ini, ibu bapa atau penjaga iberikan bantuan untuk membayar yuran tadika anak-anak mereka di tadika. Yayasan Warisan Anak Selangor (YAWAS) merupakan syarikat dibawah seliaan Menteri Besar (PEMERBADANAN). YAWAS telah ditubuhkan pada 05 Februari 2009 dibawah Program Merakyatkan Ekonomi Selangor (MES).
Kerajaan negeri Selangor akan menyumbangkan bantuan bernilai RM50 setiap bulan untuk mereka yang benar-benar layak. Bantuan ini akan disalurkan secara terus kepada TADIKA yang diberi sijil pendaftaran dari Jabatan Pendidikan Negeri Selangor (JPNs), Jabatan Agama Islam Selangor (JAIS), Jabatan Kemajuan Masyarakat (KEMAS), Jabatan Perpaduan Negara (JPN).
Syarat Permohonan Skim Bantuan Tadika
Syarat kelayakan untuk memohon Skim Bantuan Tadika adalah :
- Pemohon mestilah warganegara Malaysia
- Pemohon mestilah sama ada : Ibu ATAU bapa yang lahir di Selangor dan sedang menetap di Selangor
- ATAU anak yang lahir di Selangor dan sedang menetap di Selangor
- ATAU ibu dan bapa yang bermastautin di Selangor secara sah sekurang kurangnya 5 tahun. Perlu mendapat pengesahan bermastautin daripada Ketua Kampung / Penghulu / Pengerusi Taman Perumahan / Senator / ADUN / Ahli Majlis Pihak Berkuasa Tempatan di kawasan tempat tinggal
- Pendapatan isi rumah RM3,000 ke bawah
- Suami dan isteri bekerja atau tidak bekerja
- Anak yang berumur 5 dan 6 tahun sahaja
- Untuk Anak yang belajar di TADIKA BERDAFTAR sahaja.
Untuk Senarai Tadika yang berdaftar, anda boleh terus ke pautan : http://tunasv2.yawas.my/admin/list_tadika.php
Cara Permohonan
Untuk membuat permohonan Skim Bantuan Tadika , anda boleh terus ke pautan rasmi di :
[adinserter block=”11″]Isi borang yang diberikan dan lampirkan salinan dokumen yang diperlukan iaitu :
- Cetak Borang Permohonan
- Salinan Sijil Lahir / Mykid Anak
- Salinan MyKad Ibu
- Salinan MyKad Bapa
- Salinan Perakuan Anak Angkat / Sijil Kematian / Sijil Cerai (Jika Perlu)
- Salinan Slip Gaji / Surat Akuan Pengesahan Pendapatan IBU Sekiranya Ibu Tidak Bekerja *Perlu pengesahan oleh Penghulu /Ketua Kampung / Ketua Taman Perumahan / Ketua Masyarakat
- Salinan Slip Gaji / Surat Akuan Pengesahan Pendapatan BAPA sekiranya Bapa Tidak Bekerja*Perlu pengesahan oleh Penghulu /Ketua Kampung / Ketua Taman Perumahan / Ketua Masyarakat
- Cop Pengesahan Tadika Tempat Anak Belajar
- Bagi Pemohon Yang Bukan Kelahiran Selangor, Berikut Adalah Dokumen Tambahan Yang Perlu Dilampirkan : Salinan Bil Air / Bil Elektrik / TM / ASTRO / Muka Depan Buku Merah IBU
- Cop Pengesahan Bermastautin(Bagi Permohonan Baru Sahaja)
Maklumat Lanjut
Untuk maklumat lanjut berkenaan Skim Bantuan Tadika RM50 TUNAS, anda boleh layari http://www.tunas.yawas.my/web/
atau hubungi :
Alamat
Aras 5, Kompleks Generasi Muda & Sukan Negeri Selangor,
Lot 4, Jalan Platinum 7/52,
Seksyen 7, Persiaran Kayangan,
40000 Shah Alam, Selangor.
03 5481 8800
emel : mailto:pertanyaan.yawas@gmail.com
Isnin Hingga Jumaat
10pagi – 2petang
Klik Disini untuk lagi info semakan bantuan dan permohonan untuk anda.