Rumah Mesra Rakyat RM75,000 – Permohonan Masih Dibuka Hingga Disember 2022

Syarikat Perumahan Negara Berhad (SPNB) merupakan sebuah syarikat milik Menteri Kewangan Diperbadankan (MOF Inc.) yang menawarkan Skim Rumah Mesra Rakyat (RMR).

Selaras dengan Dasar Perumahan Negara, SPNB diletakkan di bawah pengurusan Kementerian Perumahan dan Kerajaan Tempatan (KPKT) yang menyediakan rumah mampu milik dan berkualiti serta mampan kepada setiap keluarga di Malaysia.

Harga & Reka Bentuk RMR

Harga bagi setiap tempat adalah berbeza namun konsep binaannya adalah sama iaitu 1 tingkat dengan 3 bilik tidur dan 2 bilik air. Berikut adalah harga Rumah Mesra Rakyat mengikut tempat :

1. Keluasan Rumah 1,000 KPS (Semenanjung)

  • Harga : RM75,000
  • Subsidi pembinaan : RM20,000
  • Jumlah Pinjaman : RM55,000
  • Anggaran Bayaran Bulanan (16 tahun) : RM300

2. Keluasan Rumah 850 KPS (Pulau di Semenanjung)

  • Harga : RM85,000
  • Subsidi Pembinaan : RM20,000
  • Jumlah Pinjaman : RM65,000
  • Anggaran Bayaran Bulanan (16 tahun) : RM350

3. Kelulusan Rumah 750 KPS (Sabah / Sarawak / Labuan)

  • Harga : RM75,000 – RM106,000
  • Subsidi pembinaan : RM20,000
  • Jumlah Pinjaman : RM55,000 – RM86,500
  • Anggaran Bayaran Bulanan (16 tahun) : RM300 – RM470

Syarat Kelayakan Permohonan

Berikut adalah syarat kelayakan untuk membuat permohonan Rumah Mesra Rakyat (RMR) :

  • Warganegara Malaysia.
  • Pemohon berumur 18 tahun ke atas.
  • Pendapatan bulanan seisi rumah tidak melebihi RM3,000.
  • Pemohon dan pasangan tidak memiliki rumah sendiri atau memiliki rumah usang / tidak sempurna.
  • Tapak / tanah bersesuaian dan bebas daripada gadian / bebenan ke atasnya. Jika pemohon bukan pemilik tanah, pemohon mestilah mendapat kebenaran pemilik.
  • Keluasan tanah tidak kurang daripada 3,600 KPS (tertakluk kepada rekabentuk).

Cara Membuat Permohonan RMR

Berikut dikongsikan cara untuk membuat permohonan Rumah Mesra Rakyat :

Secara Online

  • Buka laman web SPNB di https://rmr.spnbonline.com.my/ @ https://spnb.com.my/
  • Klik Pendaftaran Baru dan isikan borang pendaftaran dengan lengkap.
  • Setelah itu, ID Login dan Kata Laluan akan dihantar ke emel yang didaftar.
  • Log masuk ke SPNB dengan id dan kata laluan yang diberikan.
  • Lengkapkan borang yang dikehendaki.
  • Setelah selesai mengisi borang, klik Selesai Pendaftaran dan Cetak Borang.
  • Hantar borang beserta dokumen lengkap ke Pejabat SPNB atau cawangan SPNB yang berdekatan.

Secara Manual

  • Borang permohonan boleh didapatkan di cawangan SPNB dan dihantar kembali kepada SPNB selepas permohonan beserta dokumen sokongan dilengkapkan.

Dokumen Yang Diperlukan

Berikut adalah dokumen yang perlu disertakan ketika menghantar borang Rumah Mesra Rakyat (RMR) :

  • Salinan kad pengenalan pemohon dan pasangan (jika berkenaan).
  • Salinan kad pengenalan tuan tanah
  • Salinan kad pengenalan pemohon kedua (jika berkaitan)
  • Salinan geran hakmilik tanah terbaru dan sijil carian rasmi dari Pejabat Tanah yang Terbaru.
  • Slip gaji terkini (3 bulan) / surat akuan sumpah pendapatan / surat pengesahan pendapatan pemohon / pemohon kedua*
  • Surat akuan sumpah / surat pengesahan tidak memiliki rumah atau memiliki rumah yang usang*
  • Surat akuan kebenaran pelepasan tuan tanah
  • Salinan sijil nikah pemohon
  • Borang laporan tapak bergambar

NOTA :

Surat pengesahan pendapatan / tidak memiliki rumah / memiliku rumah usang perlu disahkan melalui Penghulu Ketua Kampung / Pegawai Profesional Kelas A.

SPNB berhak untuk mendapatkan dokumen tambahan tertakluk kepada keperluan dari semasa ke semasa.

Rumah Mesra Rakyat

Semakan Status Kelulusan

Maklum balas permohonan akan diberikan dalam tempoh 3 bulan dan kelulusan hanya akan dibuat tertakluk kepada peruntukan kewangan tahunan.

Bagi pembinaan Rumah Mesra Rakyat, tempoh yang diperuntukkan adalah selama 18 bulan dari tarikh penyerahan tapak kosong dan perjanjian tertakluk kepada terma dan syarat.

Tanggungjawab Pemohon

Pemohon Rumah Mesra Rakyat bertanggungjawab untuk :

  • Mengisi dan melengkapkan borang permohonan.
  • Menyediakan jalan masuk ke tapak dan tapak pembinaan mengikut spesifikasi.
  • Menyediakan sumber bekalan air dan elektrik.
  • Membuat penyambungan bekalan utama ke bangunan.
  • Membuat pinjaman kepada bank / institusi kewangan jika perlu.

Maklumat Lanjut Tentang Rumah Mesra Rakyat

Sebarang pertanyaan dan maklumat lanjut mengenai RMR SPNB, anda boleh hubungi :

Ibu Pejabat
Syarikat Perumahan Negara Berhad
Tingkat 8, Wisma Perkeso
Jalan Tun Razak
50400 Kuala Lumpur
Telefon: 03-2618 5555 / 03-2618 5556 (Talian Am)
Emel: aduan@spnb.com.my

Senarai Cawangan

Cawangan Kedah
No. 28 & 29, Jalan UJ 2 Taman Universiti Jaya, Semeling, 08100 Bedong, Kedah
Telefon: 04-4500375 / 04-4500376
Faks: 04-4500379
Emel: spnb_semeling@spnb.com.my

Cawangan Melaka
No 76 & 78 Jalan LP 2, Taman Limbongan Permai, 75200 Melaka.
Telefon: 06-3369751 / 06-3369752
Faks: 06-3369753
Emel: spnb_melaka@spnb.com.my

Cawangan Negeri Sembilan
No 24, Jalan Pusat Komersial Saujana 1, Pusat Komersial Saujana, Seremban 2 Height, 70300
Seremban, Negeri Sembilan
Telefon: 06-601 4498 / 06-6-1 4350
Faks: 06-601 3507

Cawangan Terengganu
No. K-5, Ruang Niaga Semarak Felda, Kompleks Felda Wilayah Terengganu, Mukim Kuala Nerus, 21060 Kuala Terengganu, Terengganu
Telefon: 09-6660010 / 09-6660054
Faks: 09-6627312
Emel: spnb_kualaterangganu@spnb.com.my

Cawangan Perak
No.9 & 9A, Jalan Meru Bestari A6, Medan Meru Bestari, Bandar Meru Raya, 30200 Ipoh, Perak.
Tel: 05-5264188 / 05-5263876
Faks: 05-5264319
E-mail: spnb_ipoh@spnb.com.my

Cawangan Pahang
A-53 – G & 1, Jalan IM 7/18, Bandar Indera Mahkota, 25200 Kuantan, Pahang.
Tel: 09-573 3222
Faks: 09-573 3666
E-mail: spnb_pahang@spnb.com.my

Cawangan Johor
Lot 6 & 7, Tingkat 13, Menara Tabung Haji, Jalan Ayer Molek, 80000 Johor Bahru, Johor.
Tel: 07-2259900 / 07-2259911
Faks: 07-2223233
E-mail: spnb_plentong@spnb.com.my

Cawangan Kelantan
No. PT2240, Taman Merbau Utama, Batu Tinggi Bukit Merbau, 16810 Pasir Puteh, Kelantan.
Tel: 09-7886546 / 09-788754509-7886546 / 09-7887545
Faks: 09-7885545
E-mail: spnb_koklanas@spnb.com.my

Cawangan Sarawak
Lot 13319, Sublot No 3, Section 65 KTLD, Riveredge Commercial Centre, Jalan Tun Abdul Rahman Yaakub,
93050 Kuching, Sarawak.
Tel: 082-230032 / 082-240032
Faks: 082-230055
E-mail: spnb_kuching@spnb.com.my

Cawangan Sabah
Lot S01, S02 & S03, Vista Seri Melalin, Jalan Kompleks JKR Tuaran, 89208 Tuaran, Sabah.
Tel: 088-791610 / 088-791612
Faks: 088-791613
E-mail: spnb_melalin@spnb.com.my

Klik Disini untuk lagi info semakan dan permohonan bantuan untuk anda

Leave a Comment