PROGRAM JELAJAH JUALAN RAHMAH PERINGKAT NEGERI MELAKA MEMIKAT 40,000 PENGUNJUNG.

Terkini, Yang Berhormat Senator Puan Hajah Fuziah Salleh, Timbalan Menteri Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup, telah mengumumkan pembukaan Program Jelajah Jualan RAHMAH Peringkat Negeri Melaka bagi tahun 2023. Acara ini berlangsung di Dataran Sejarah, Ayer Keroh, Melaka.

Pada hari ini, Program Jelajah Jualan RAHMAH yang dilaksanakan di Dataran Sejarah, Ayer Keroh, Melaka ini mensasarkan sekurang-kurangnya 40,000 orang pengunjung. Program impak berskala besar ini bukan sahaja mensasarkan kumpulan kategori B40, malahan semua lapisan masyarakat kerana ini adalah platform untuk rakyat Melaka dan sekitarnya mendapatkan bekalan barang-barang keperluan harian. Untuk makluman, seramai 34 pemain industri sektor peruncitan dan 9 agensi Kerajaan terlibat menjayakan Program Jelajah Jualan RAHMAH Negeri Melaka bagi tahun 2023.

 

 

Program Jualan RAHMAH yang diadakan pada hari ini menawarkan sehingga 15 sehingga 25 item barang keperluan harian yang terdiri daripada barangan kering dan basah yang ditawarkan dengan harga 10 hingga 30 peratus lebih murah daripada harga pasaran tempatan.

Antara barang keperluan yang ditawarkan pada hari ini ialah ayam bulat RM6.30 sekilogram; minyak masak botol 5 kilogram RM23.00; telur gred C RM9.00 sepapan; tepung serbaguna RM2.00 sepaket; beras super import 5 kilogram RM13.00; daging segar RM32.00 sekilogram; susu pekat RM2.00 satu tin dan banyak lagi barangan keperluan asas yang lain.

Sehingga 29 September 2023, Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup (KPDN) Negeri Melaka telah melaksanakan Program Jualan RAHMAH di sebanyak 111 lokasi di seluruh 6 parlimen dan 28 DUN di Negeri Melaka. Pecahan mengikut model iaitu di dalam premis sebanyak 82 lokasi, di luar premis sebanyak 3 lokasi dan secara bergerak sebanyak 26 lokasi dengan bilangan pengunjung melebihi 258 ribu orang. Manakala penganjuran PJR di seluruh Negara pula telah merekodkan kehadiran melebihi 3.4 juta orang.

Selain Program Jualan RAHMAH, Menu RAHMAH juga turut ditawarkan di sini dengan penglibatan seramai 12 peniaga dan food truck yang menawarkan pelbagai menu masakan tempatan dan barat pada harga RM5.00 dan ke bawah.

Pada masa yang sama, 90 set Bakul RAHMAH turut diserahkan kepada kumpulan sasar pada pagi ini. Usaha ini adalah dengan kerjasama Gerakan Pengguna Negeri Melaka dan beberapa pemain industri sektor peruncitan.

KPDN mengajak dan menggalakkan lebih ramai lagi pemain industri khususnya hypermarket dan pasar raya supaya dapat bersama-sama menjayakan aspirasi ini dalam mengurangkan tekanan terhadap kos sara hidup rakyat.

Leave a Comment