Blog

  • Perubahan jawatan tertinggi reformasi perkhidmatan awam – 2024

    Perubahan jawatan tertinggi reformasi perkhidmatan awam – 2024

    Kerajaan mengumumkan beberapa perubahan penting jawatan dalam penempatan dan pelantikan baharu bagi jawatan Pengurusan Tertinggi Perkhidmatan Awam, memberi nafas baharu kepada sektor ini.

    Ketua Setiausaha Negara, Datuk Seri Shamsul Azri Abu Bakar, dalam kenyataannya berkata, perubahan ini melibatkan 12 tokoh penting yang bakal memainkan peranan utama dalam memacu sektor awam ke hadapan.

    Shamsul Azri menjelaskan bahawa perubahan ini selaras dengan usaha kerajaan untuk melaksanakan Reformasi Perkhidmatan Awam, yang memerlukan kepantasan, ketangkasan, dan inovasi dalam kepimpinan sektor awam bagi menghadapi cabaran masa depan.

    Beliau turut menambah, langkah ini adalah sejajar dengan pengumuman Sistem Saraan Perkhidmatan Awam (SSPA) yang disampaikan oleh Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim, yang berhasrat meningkatkan kecekapan serta kualiti perkhidmatan awam di negara ini

    Berikut merupakan senarai penempatan dan pelantikan baharu bagi jawatan Pengurusan Tertinggi Perkhidmatan Awam:

    1. Ketua Setiausaha Kementerian Pertahanan, Datuk Lokman Hakim Ali.
    2. Ketua Setiausaha Kementerian Pertanian dan Keterjaminan Makanan, Datuk Seri Isham Ishak.
    3. Ketua Setiausaha Kementerian Perpaduan, Datuk Seri Hasnol Zam Zam Ahmad.
    4. Ketua Setiausaha Kementerian Kesihatan, Datuk Seri Suriani Ahmad.
    5. Ketua Setiausaha Kementerian Pendidikan, Datuk Ruji Ubi.
    6. Ketua Setiausaha Kementerian Sumber Manusia, Datuk Azman Mohd Yusoff.
    7. Ketua Setiausaha Kementerian Pembangunan Usahawan dan Koperasi, Datuk Seri Khairul Dzaimee Daud.
    8. Ketua Setiausaha Kementerian Dalam Negeri, Datuk Awang Nik Jeman.
    9. Timbalan Ketua Setiausaha Kanan, Jabatan Perdana Menteri, Datuk Abd Shukor Mahmood.
    10. Ketua Pengarah Unit Penyelarasan Pelaksanaan, Jabatan Perdana Menteri, Datuk Nik Nasarudin Mohd Zawawi.
    11. Ketua Setiausaha Kementerian Kerja Raya, Datuk Seri Azman Ibrahim.
    12. Ketua Pengarah Unit Kerjasama Awam Swasta Jabatan Perdana Menteri, Muhammad Razman Abu Samah.

    Mengulas lanjut, Shamsul Azri berkata, perubahan ini juga adalah manifestasi kepada sinergi jalinan kerjasama antara agensi serta penghayatan kepada prinsip taat setia yang meletakkan keutamaan kepada kesetiaan kepada Raja dan Negara dalam merealisasikan aspirasi Kerajaan Madani.

  • Achey & Tantari Cipta Gelombang dengan ‘Biar’, Trending di YouTube!

    Achey & Tantari Cipta Gelombang dengan ‘Biar’, Trending di YouTube!

    Dua bintang popular industri hiburan tanah air, Achey dan Tantari, telah bergabung buat pertama kali dalam sebuah karya baru yang dinanti-nantikan oleh peminat.

    Lagu kolaborasi mereka, bertajuk “Biar”, dilancarkan pada 30 Ogos 2024 dan mendapat sambutan hangat di kalangan pendengar seluruh negara. Selepas hanya beberapa hari dimuat naik ke YouTube pada hari Jumaat, muzik video rasmi “Biar” telah berjaya memasuki carta Top 30 Trending untuk muzik di platform tersebut, dengan lebih daripada 60,000 tontonan dalam masa 3 hari.

    Achey, seorang selebriti yang versatil, terkenal bukan sahaja sebagai pelawak, pelakon, dan pengacara, tetapi juga sebagai penyanyi dan penulis lagu berbakat. Beberapa karya sebelumnya seperti “Sakit” (45 juta tontonan di YouTube) dan “Yang Terindah” (35 juta tontonan di YouTube) telah mendapat sambutan luar biasa. Di sisi lain, Tantari, atau nama sebenarnya Naufal Zahirul Azahael Mohd Alfian, merupakan penyanyi muda berusia 7 tahun yang mencipta fenomena melalui single debutnya, “Rindu Hatiku Rindu”, yang menduduki carta #1 Trending di YouTube selama 20 hari berturut-turut dengan lebih 8 juta tontonan.

    Kolaborasi antara Achey dan Tantari ini menyatukan bakat luar biasa mereka dan menghasilkan sebuah karya muzik yang penuh keunikan. Single “Biar” ditulis sepenuhnya oleh Achey, sama seperti lagu-lagu hit terdahulu yang dihasilkannya. Menurut Achey, 38, atau nama sebenarnya Mohd Nasir Hamzah, lagu duet ini menceritakan tentang seorang lelaki yang terus berusaha mencari kesempurnaan dalam perhubungannya, namun menyedari bahawa kesempurnaan tidak wujud dalam kehidupan ini.

    “Lagu ini menyampaikan mesej bahawa, walaupun kita cuba mencapai kesempurnaan, kita harus terima kenyataan bahawa ketidaksempurnaan adalah sebahagian daripada kehidupan. Melalui lirik-lirik yang bermakna, lagu ini meneroka aspek kehidupan yang kompleks, di mana kesempurnaan adalah sesuatu yang tidak realistik. Saya mahu menggalakkan pemahaman bahawa kelemahan dan kekurangan sebenarnya membawa kita lebih dekat kepada kebahagiaan yang sejati,” jelasnya.

    Biar” membawa tema perpisahan dan ketabahan dalam menghadapi liku-liku hidup. Lirik yang mendalam serta melodi yang menyentuh hati menjadikan lagu ini segera mendapat tempat di hati peminat. Gabungan vokal emosional Achey dengan gaya nyanyian unik Tantari menghasilkan sebuah karya yang penuh makna.

    achey

    Sementara itu, Tantari menyatakan rasa terharu dengan peluang untuk bekerjasama dengan Achey, seorang penulis lagu dan penyanyi terkenal, walaupun dia masih baru dalam industri muzik. “Tantari seronok dapat jemputan daripada abang Achey untuk berduet. Ramai orang kenal abang Achey, dan ada juga yang kata saya macam abang Achey bila besar nanti,” katanya sambil berseloroh.

    Dia turut berterima kasih kepada semua pihak yang menyokong perjalanan karier muziknya sehingga kini. “Sokongan peminat sangat memberi inspirasi kepada Tantari untuk memberikan yang terbaik dalam setiap persembahan. Saya banyak belajar daripada abah yang juga sering buat persembahan di majlis-majlis kahwin,” ujarnya.

    Tantari turut berharap kedua ibu bapanya bangga dengan pencapaiannya dan berjanji akan terus fokus pada pelajaran di sekolah, mengikuti nasihat abahnya untuk mendapatkan keputusan cemerlang dalam peperiksaan.

    Single “Biar” yang diterbitkan oleh Nova Music dan Seventeen Eleven Music kini boleh didengarkan di semua platform penstriman muzik di Malaysia. Muzik video rasmi “Biar” boleh ditonton di saluran YouTube Seventeen Eleven Music melalui pautan berikut: [https://www.youtube.com/watch?v=d2KLaUi-xq8](https://www.youtube.com/watch?v=d2KLaUi-xq8).

  • MotorManiac 2024: Mengumumkan Deretan Acara Menarik dan Kolaborasi Baharu

    MotorManiac 2024: Mengumumkan Deretan Acara Menarik dan Kolaborasi Baharu

    Sidang media MotorManiac 2024 yang berjaya diadakan hari ini di Bateriku Podium telah mencetuskan keterujaan ramai terhadap festival automotif yang dinanti-nantikan ini.

    Acara yang dijadualkan berlangsung pada 7 dan 8 September di atas bumbung MyTownKL ini menjanjikan sebuah hujung minggu yang penuh aksi, menampilkan pameran kereta yang mengagumkan, pertandingan-pertandingan yang mendebarkan, dan persembahan langsung yang memukau.

    Berlangsung selama dua hari, MotorManiac 2024 akan mengubah bumbung MyTownKL menjadi syurga bagi peminat automotif dan penggemar gaya hidup. Acara ini menjanjikan pelbagai aktiviti dan tarikan yang akan memenuhi minat setiap pengunjung.

    Pameran kereta yang menampilkan lebih 400 buah kereta pelbagai jenis pastinya akan menjadi tumpuan utama. Daripada kereta klasik yang menawan hingga ke supercar terkini, pameran ini pasti akan memukau setiap pengunjung.

    Bagi mereka yang dahagakan aksi, pertandingan-pertandingan automotif unik seperti 2-Step, Limbo, dan Fire Competitions pastinya akan menaikkan adrenalin. Pertandingan ini akan mempamerkan kemahiran dan ketepatan pemandu serta kehebatan jentera mereka.

    Selain daripada kereta, MotorManiac 2024 turut meraikan budaya urban dengan persembahan hip hop secara langsung oleh bakat-bakat tempatan seperti Killa Driz, Chronicalz, Nakalness, dan DJ Stucee. Pertandingan B-Boy (Breakdance) yang bertenaga juga akan memeriahkan suasana, menyediakan platform dinamik untuk ekspresi diri dan kreativiti. Bagi mereka yang meminati model kereta, sebuah ekspo diecast mini juga akan diadakan.

    motor

    Tiket untuk acara dua hari ini boleh didapati secara dalam talian dengan harga RM 30.00 di www.bateriku.com. Dengan jangkaan kehadiran seramai 30,000 hingga 40,000 pengunjung, penganjur menggalakkan orang ramai untuk membeli tiket secara dalam talian bagi mengelakkan barisan panjang di tempat acara.

    Wan Mikhail Faizi (“Mike”) dari Bateriku.com dan MotorManiac melahirkan rasa teruja beliau terhadap acara ini, menekankan bahawa penambahan bilangan kereta yang dipamerkan dan konsert hip hop merupakan penambahbaikan utama pada edisi tahun ini. Beliau juga mengucapkan terima kasih kepada penganjur acara, Bateriku.com, serta rakan strategik, penaja, dan pelbagai pihak yang telah menyumbang kepada kejayaan MotorManiac 2024.

    Salah satu pengumuman penting dalam sidang media ini ialah kerjasama antara Bateriku.com dan GGR yang menghasilkan jenama bateri motosikal mereka sendiri: “GGR By Bateriku.com”. Azarol Faizi Bin Zakaria Ansari, Ketua Pegawai Eksekutif Bateriku.com, menekankan bahawa kerjasama ini mencerminkan komitmen syarikat untuk terus berinovasi dan memenuhi keperluan pelanggan di pasaran Malaysia.

    Selain itu, satu cabutan bertuah akan diadakan semasa acara utama, menawarkan peluang kepada para hadirin untuk memenangi sebuah motosikal elektrik GGR. Hadiah menarik ini pastinya akan meningkatkan lagi keterujaan pengunjung terhadap MotorManiac 2024.

    motor

    Mike mengakhiri sidang media dengan menegaskan bahawa matlamat utama MotorManiac 2024 adalah untuk menyatukan komuniti dan mewujudkan pengalaman yang tidak dapat dilupakan. Dengan pelbagai acara menarik, penambahan baharu yang mengujakan, dan penekanan terhadap penglibatan komuniti, acara ini dijangka akan menjadi penanda aras baharu bagi festival automotif di Malaysia.

    Untuk maklumat lanjut dan pembelian tiket, sila layari www.bateriku.com atau ikuti saluran media sosial MotorManiac untuk mendapatkan perkembangan terkini.

  • Meriahkan Merdeka: Fiesta Belia 2024 Tampilkan Kreativiti dan Patriotisme Luar Biasa

    Meriahkan Merdeka: Fiesta Belia 2024 Tampilkan Kreativiti dan Patriotisme Luar Biasa

    Fiesta Belia Merdeka 2024 bakal menggegarkan Dataran Merdeka, Kuala Lumpur pada 8 September 2024!

    Dengan kerjasama padu antara agensi kerajaan dan NGO belia seperti IYC, DBKL, KL Care, dan MBWP, fiesta ini bertujuan untuk menyemarakkan semangat patriotisme dalam kalangan belia serta memupuk bakat kepimpinan dan kesedaran sosial mereka.

    Bersiap sedia untuk pelbagai acara menarik seperti:

    • Fitness Dance Marathon: Gabungan tarian dan kecergasan yang bakal menceriakan suasana.
    • Karnival Kerjaya PERKESO: Peluang keemasan untuk belia meneroka pelbagai peluang pekerjaan dan latihan.
    • Bike Show Belia Permotoran: Pameran kenderaan bermotor yang mempamerkan kreativiti dan inovasi belia.
    • Forum Belia Berisiko: Sesi perbincangan bertajuk “Peluang Kedua” yang dikendalikan oleh Izzad Daniel, memberi harapan dan bimbingan kepada belia yang memerlukan.
    • Pertandingan Filem Pendek: Platform untuk belia mengekspresikan idea mereka tentang kemerdekaan dan patriotisme melalui karya kreatif.
    • Hari Rock Negara: Persembahan mantap dari artis-artis rock legenda tanah air.
    • Sambutan 50 Tahun Hubungan Diplomatik Malaysia-China: Mengukuhkan lagi hubungan erat antara kedua-dua negara serta membuka peluang untuk belia Malaysia di persada global.

    Fiesta ini turut mendapat sokongan padu daripada tokoh-tokoh terkemuka negara seperti Dato’ Seri Dr. Wan Azizah Wan Ismail dan Datuk Azman bin Hj Abidin, serta kehadiran pelbagai menteri dan agensi kerajaan.

    Fiesta Belia Merdeka 2024 bukan sahaja menjadi medan untuk meraikan kemerdekaan, tetapi juga platform untuk memupuk semangat perpaduan dan melahirkan generasi belia yang berwawasan. Jangan lepaskan peluang untuk menjadi sebahagian daripada acara bersejarah ini!

  • Watsons Celebrates 14 Years of Loyalty with App-Exclusive Rewards and a Chance to Win a Dream Home

    Watsons Celebrates 14 Years of Loyalty with App-Exclusive Rewards and a Chance to Win a Dream Home

    Watsons Malaysia is celebrating the 14th anniversary of its Club loyalty program with a bang! The “Watsons APP-RYTHING For You APP-RYDAY” campaign offers members exclusive rewards, incredible deals, and the chance to win a luxurious brand-new home.

    The Watsons MY app is your gateway to this world of benefits. It’s more than just an online shopping platform; it’s a comprehensive loyalty and rewards program with app-clusive daily deals, W rewards, and an e-Stamp program that turns purchases into prizes. The W Mall feature even lets you shop beyond products.

    watsons

    One lucky member will win a dream home at the prestigious LBS Bayu Hills Residence in Genting Highlands. This 2-bedroom haven offers a tranquil and exclusive living experience amidst breathtaking views.

    The celebration doesn’t stop there! The W Rewards program lets you redeem over 5,000 merchant vouchers, while the Watsons e-Stamp Rewards offer exclusive products, including limited-edition Jom Pic-Nik items featuring Unik the Cat. Plus, enjoy exclusive online discounts every Monday, Tuesday, and Wednesday.

    With over 8 million members, Watsons Club is committed to enhancing your experience and providing unparalleled value. Download the Watsons MY app today and unlock a world of rewards with the “APP-RYTHING For You APP-RYDAY” campaign!

    watsons

    Don’t miss out on this extraordinary opportunity! Remember, spend a minimum of RM100 in-store or online using any Visa card to participate in the grand prize draw.

    Visit here for more information and let’s make this 14th anniversary a celebration to remember !