Blog

  • Rumah IKRAM KPKT Permohonan Rumah Serendah RM124 Sebulan

    Rumah IKRAM KPKT Permohonan Rumah Serendah RM124 Sebulan

    Rumah IKRAM KPKT. Untuk makluman, Kementerian Perumahan dan Kerajaan Tempatan (KPKT) telah menyediakan satu bentuk inisiatif program iaitu dikenali sebagai Program Kediaman Rumah Keluarga Malaysia (Rumah IKRAM KPKT) yang bertujuan untuk membantu mereka yang tidak mempunyai tempat kediaman atau tempat berteduh akibat Pandemik Covid-19 untuk mendapatkan tempat tinggal.

    Bagi mereka yang terkesan akibat pandemic Covid-19 disebabkan oleh kehilangan pendapatan / kurang pendapatan serta kehilangan pekerjaan yang menyebabkan mereka terpaksa keluar dari rumah sewa akibat tidak mampu membayar sewa rumah, anda boleh cuba untuk memohon Program Kediaman Rumah Keluarga Malaysia (Rumah IKRAM KPKT) yang disediakan oleh pihak Kementerian Perumahan dan Kerajaan Tempatan (KPKT) ini.

    CIRI-CIRI RUMAH IKRAM KPKT

    1. Bagi rumah yang terletak di Kawasan bandar besar, jenis rumah adalah bertingkat antara 5 hingga ke 18 tingkat.
    2. Rumah yang terletak di Kawasan pinggir bandar adalah jenis rumah teres.
    3. Keluasan rumah adalah tidak kurang daripada 700 kaki persegi.
    4. Struktur binaan rumah adalah terdiri daripada:
      -Tiga (3) bilik tidur
      -Satu (1) ruang tamu
      -Satu (1) ruang dapur
      -Dua (2) bilik air
    5. Kemudahan asas termasuklah:
      -Dewan komuniti/ruang orang ramai
      -Surau/ruang solat
      -Gerai makan/ruang niaga
      -Tadika
      -Kemudahan OKU
      -Taman permainan/Kawasan lapang
      -Rumah Sampah
    6. Kadar sewaan minimum adalah RM124 Sebulan

    SENARAI PPR RUMAH IKRAM KPKT YANG TERLIBAT

    Terdapat sebanyak 1,000 unit yang ditawarkan melalui inisiatif ini. Berikut adalah senarai rumah PPR yang boleh didapati di bawah Rumah IKRAM KPKT ini:

    • PPR Sentul Murni, Kuala Lumpur
    • PPR Lembah Subang 2, Selangor
    • PPR Amanjaya, Kedah
    • PPR kota Setar, Kedah
    • PPR Sinar Intan 3, Kedah
    • PPR Kota Bharu, Kelantan
    • PPR Gua Musang, Kelantan
    • PPR Sg. Melana 2 Johor

    Rumah IKRAM KPKT: Permohonan Rumah Sewa Serendah RM124

    SYARAT-SYARAT PERMOHONAN RUMAH IKRAM KPKT

    • Pemohon serta pasangan mestilah warganegara Malaysia
    • Permohon mestilah berumur 18 tahun dan ke atas
    • Pemohon adalah mereka yang tidak memiliki rumah / rumah sedia ada telah dilelong / tempoh sewaan ditamatkan oleh tuan rumah / seumpamanya
    • Pendapatan isi rumah hendaklah tidak melebihi RM3,000 sebulan

    CARA PERMOHONAN

    Untuk membuat permohonan Rumah IKRAM KPKT, permohonan boleh dibuat di laman web rasmi TEDUH di pautan berikut: [Klik Disini]

    MAKLUMAT LANJUT

    Untuk sebarang persoalan atau kemusykilan mengenai projek perumahan di bawah TEDUH ini, anda boleh terus hubungi pihak TEDUH di laman web rasmi TEDUH di https://teduh.kpkt.gov.my/contact

    Rumah Ikram untuk rakyat terkesan akibat Covid-19

    Klik Disini untuk lagi info bantuan dan permohonan untuk anda

  • Persediaan Ke PPV Oleh Ibubapa Penjaga Dan Remaja

    Persediaan Ke PPV Oleh Ibubapa Penjaga Dan Remaja

    Persediaan Ke PPV Oleh Ibubapa Penjaga Dan Remaja. Pemberian vaksinasi bagi remaja dilakukan berdasarkan peringkat umur iaitu 17 tahun dan ke bawah. Buat masa ini, tiada dasar berkenaan pemberian vaksinasi secara bersama dalam keluarga yang sama. Program Imunisasi COVID-19 Kebangsaan (PICK) akan diperluaskan kepada remaja-remaja bagi kategori seperti berikut:

    • Individu berumur 12 hingga 15 tahun dengan masalah kesihatan tertentu; dan
    • Semua individu berumur 16-17 tahun dengan atau tanpa masalah kesihatan tertentu.

    Walau bagaimanapun, implementasi pemberian vaksinasi untuk remaja berumur 12-17 tahun ini adalah bergantung kepada bekalan vaksin yang tersedia. Sehingga kini, vaksin COVID-19 yang telah disetujui untuk didaftarkan melalui mesyuarat Pihak Berkuasa Kawalan Dadah (PBKD) untuk diberikan kepada remaja berusia 12-17 tahun di Malaysia di bawah Program Imunisasi COVID-19 Nasional (PICK) adalah Pfizer-BioNTech.

    PERSEDIAAN KE PPV OLEH IBUBAPA PENJAGA DAN REMAJA

    Ibubapa / Penjaga

    Selepas anak anda telah mendapat tarikh janji temu untuk mendaptkan vaksinasi. Berikut adalah senarai semak oleh ibubapa atau penjaga kepada anak remaja jagaan mereka sebelum, semasa dan selepas pengambilan vaksinasi di PPV terpilih. Pastikan anak remaja jagaan anda :

    Sebelum 

    1. Tidur dan rehat secukupnya
    2. Makan secukupnya sebelum ke pusat pemberian vaksin
    3. Jika anak tidak sihat bawa jumpa doktor dahulu untuk penilaian kesihatan

    Semasa

    1. Pakai baju yang longgar dan sesuai
    2. Pakai pelitup muka
    3. Bawa kad pengenalan/ dokumen pengenalan diri

    Selepas

    1. Beritahu jika tidak sihat atau tidak selesa
    2. Tetap mematuhi SOP sedia ada
    3. Ingat tarikh janji temu dos kedua anak anda
    4. Pastikan anak tidak melakukansenama atau aktiviti berat dalam masa seminggu selepas vaksinasi

    Remaja

    Didalam Persediaan Ke PPV Oleh Ibubapa Penjaga Dan Remaja ini juga persediaan yang perlu remaja lakukan apabila telah mendapat temujanji vaksinasi :

    Sebelum

    1. Tidur atau rehat secukupnya
    2. Makan secukupnya sebelum ke Pusat Pemberian Vaksin
    3. Maklumkan kepada Ibu bapa / penjaga jika anda tidak sihat

    Semasa

    1. Pakai baju yang longgar dan sesuai
    2. Pakai pelitup muka
    3. Bawa kad pengenalan/ passport semasa hari vaksinasi

    Selepas

    1. Terus amalkan SOP untuk elakkan jangkitan COVID-19
    2. Jangan melakukan senaman atau aktiviti berat dalam masa seminggu selepas vaksinasi
    3. Beritahu ibu bapa / penjaga jika badan berasa tidak sihat atau tidak selesa.
    4. Jangan lupa untuk menyimpan kad vaksinasi dengan selamat dan tidak lupa untuk hadir ke temujanji dos kedua.

    Untuk info lanjut berkaitan Persediaan Ke PPV Oleh Ibubapa Penjaga Dan Remaja boleh terus ke portal rasmi Kementerian Kesihatan Malaysia [Klik Disini]

    Klik Sini untuk info lanjut berkaitan program vaksinasi negara untuk remaja

  • Senarai Lokasi Pemberian Vaksin Secara Walk-In Seluruh Negeri

    Senarai Lokasi Pemberian Vaksin Secara Walk-In Seluruh Negeri

    Senarai Lokasi Pemberian Vaksin Secara Walk-In Seluruh Negeri. Program Vaksinasi secara Walk-In telah pun diperkenalkan secara meluas di seluruh negara dan mula mendapat perhatian oleh ramai pihak. Program ini diadakan oleh kerana sesetengah pengguna MySejahtera masih tidak dapat temujanji untuk mendapatkan vaksin. Dengan adanya program seperti ini, ia dapat memudahkan semua warganegara Malaysia mendapatkan vaksin Covid-19 dalam usaha kerajaan memutuskan rantaian Virus Covid-19.

    Program pemberian Vaksin ini mengutamakan dan memfokuskan beberapa golongan seperti warga emas atau OKU dan juga ibu mengandung. Selain itu terdapat juga PPV yang menghadkan masa dan tarikh untuk pemberian vaksin secara walk-in ini.

    SENARAI LOKASI PEMBERIAN VAKSIN SECARA WALK-IN

    Disertakan lokasi-lokasi PPV seluruh negara mengikut negeri-negeri yang terlibat :

    Negeri Kelantan

    20210919_vaksinwalkin-kelantan1

    vaksinwalkin-kelantan

    Negeri Pahang

    20210917_WalkinPAHANG1

    20210917_WalkinPAHANG2

    Negeri Sembilan

    20210915_WalkinN9

    Kawasan Lembah Klang

    20210915_WalkinLEMBAHKELANG

    Negeri Perak

    20210915_WalkinPERAK

    Negeri Johor

    20210915_WalkinJOHOR

    Negeri Sabah

    Negeri Kedah

    20210909_WalkinKEDAH

    Negeri Pulau Pinang

    20210908_WalkinPenang

    Negeri Terengganu

    20210908_WalkinTerengganu

    Negeri Perlis

    20210907_WalkinPerlis

    Negeri Melaka

    20210907_WalkinMelaka

     

    MAKLUMAT LANJUT

    Untuk maklumat lanjut boleh terus layarai portal rasmi KKM : [Klik Disini]

    Klik Disini untuk lebih info berkaitan Program Vaksinasi di seluruh negara

     

  • Program Dana Didik Johor YPJ

    Program Dana Didik Johor YPJ

    Program Dana Didik Johor YPJ (Yayasan Pelajaran Johor) adalah program yang memberikan caruman percuma sebanyak RM100 bagi setiap kelahiran bayi di negeri Johor dalam akaun SSPN-i. Simpanan berkenaan boleh dikeluarkan apabila penerima manfaat berusia 18 tahun.

    SYARAT KELAYAKAN DANA DIDIK JOHOR YPJ

    Syarat-syarat kelayakan untuk mengambil bahagian dalam program ini adalah :

    1. Ibu dan bapa adalah warganegara Malaysia
    2. Bayi yang dilahirkan di Negeri Johor mulai 1hb Januari 2021 sehingga 31 Disember 2021
    3. Pendapatan ibu dan bapa di bawah RM 7,000 sebulan. Pendapatan merujuk kepada semua bentuk ganjaran hasil daripada pekerjaan, perniagaan, upah, gaji, komisyen, bonus, elaun, sewa dan lain-lain.

    CARA PERMOHONAN

    Untuk ibubapa yang ingin memohon dan menepati syarat-syarat yang diberikan, boleh terus mengisi borang secara atas talian melalui pautan ini [Klik Disini]

    Untuk pengisian borang secara bertulis, borang boleh didapati di :

    1. Wad-wad bersalin hospital utama di Negeri Johor
    2. Jabatan Pendaftaran Negara di Negeri Johor
    3. Pejabat PTPTN Cawangan di Negeri Johor
    4. Pejabat Yayasan Pelajaran Johor

    Permohonan yang lengkap boleh dihantar melalui :

    • Emel ke danadidikjohor@ypj.gov.my ( borang yang telah lengkap diisi bersama dokumen sokongan yang telah discan dalam bentuk PDF sebelum dihantar melalui emel )
    • Atau ; serahan di pejabat Yayasan Pelajaran Johor dan semua cawangan pejabat Perbadanan Tabung Pendidikan Tinggi Nasional (PTPTN) Negeri Johor dan Jabatan Pendaftaran Negara Negeri Johor.

    May be an image of child and text that says 'TABUNG DANA DIDIK Η OR YAYASAN PELAJARAN JOHOR Syarat-syarat kelayakan PERCUMA CARUMAN RM100 BAGI SETIAP KELAHIRAN BAYI DI NEGERI JOHOR DALAM AKAUN SSPN- BERMULA JANUARI 2021 01 Ibu dan adalah warganegara Malaysia 02 yang dilahirkan di Negeri Johor mulai Januari 2021 03 Pendapatan ibu dan bapa di bawah RM sebulan 04 Simpanan boleh dikeluarkan apabila manfaat 18 tahun dilaman web boleh Wad-wad bersalin hospital Jabatan Pendaftaran Pejabat PTPTN Cawangan Pejabat Yayasan Permohonan boleh dibuat atau borang permohonan kaunter Negeri Negeri Johor Negeri Johor ১ච> Permohonan lengkap berikut: Emel danadidikjohor@ypj.gov.my sesawang www.ypj.gov.my 07-234 4355 Permohonan dibuka 1Januari 7-236 1081 2021'

    MAKLUMAT LANJUT

    Untuk maklumat lanjut boleh terus ke laman sesawang Yayasan Pelajaran Johor : [Klik Disini]

    atau terus ke pautan Program Dana Didik Johor YPJ : [Klik Disini]

    Klik Disini untuk banyak lagi bantuan dan permohonan untuk anda

  • Jawatan Kosong Guru Kelas Al-Quran Dan Fardhu Ain (KAFA) Menengah Pulau Pinang

    Jawatan Kosong Guru Kelas Al-Quran Dan Fardhu Ain (KAFA) Menengah Pulau Pinang

    Guru Kelas Al-Quran Dan Fardhu Ain (KAFA) Menengah Pulau Pinang. Permohonan dibuka kepada semua warganegara Malaysia dan diberikan keutamaan kepada anak jati Negeri Pulau Pinang bagi mengisi kekosongan jawatan berikut :

    MAKLUMAT JAWATAN

    Jawatan : Guru Kelas Al-Quran Dan Fardhu Ain (KAFA) 24 kekosongan
    Lokasi Jawatan : Pulau Pinang
    Nama Majikan : Yayasan Islam Pulau Pinang
    Kadar Elaun : RM 700 (3 Jam x 3 Hari Seminggu)
    Kelayakan Minima : (Rujuk info dibawah)
    Taraf Lantikan : Kontrak / Sambilan
    Tarikh Tutup Permohonan : 30 September 2021

    EMOLUMEN MAJIKAN :

    Caruman KWSP Majikan : RM91.00
    Caruman SOCSO Majikan : RM11.35

    SYARAT UTAMA LANTIKAN

    Syarat utama lantikan bagi jawatan Guru Kelas Al-Quran Dan Fardhu Ain (KAFA) Menengah adalah :

    1. Warganegara Malaysia
    2. Berumur tidak kurang dari 20 tahun  dan tidak lebih 50 tahun pada tarikh tutup iklan jawatan.

    SYARAT LANTIKAN GURU KELAS AL-QURAN DAN FARDHU AIN (KAFA) MENENGAH

    Syarat lantikan untuk jawatan kosong ini memerlukan pemohon mempunyai lulusan seperti berikut :

    • Sekurang-kurangnya Sijil Tinggi Agama Islam Malaysia (STAM) atau Diploma dalam bidang Pengajian Islam atau Ijazah Sarjana Muda dalam bidang Pengajian Islam
    • Memiliki Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) dengan kepujian dalam mata pelajaran Bahasa Melayu atau Bahasa Malaysia
    • Tidak menjawat sebarang jawatan rasmi lain (mana-mana pemohon yang menjawat jawatan rasmi dan berhasrat untuk memohon jawatan guru hendaklah mengemukakan surat kebenaran bertulis daripada majikan)

    PERMOHONAN JAWATAN

    • Permohonan hendaklah dibuat secara dalam talian dengan mengisi borang melalui pautan ini : [Klik Disini]
    • Permohonan yang lewat / tidak mencukupi syarat/ tidak lengkap akan ditolak dan tidak akan dipanggil ke temuduga.
    • Hanya calon yang melepasi tapisan akan dipanggil ke temuduga

    MAKLUMAT LANJUT

    Untuk Maklumat lanjut berkenaan jawatan kosong Guru Kelas Al-Quran Dan Fardhu Ain (KAFA) Menengah Pulau Pinang boleh terus ke pautan : [Klik Disini]

    Klik Sini untuk lagi jawatan kosong dan peluang kerjaya untuk anda