Blog

  • Tarikh Bayaran BKC Fasa 2

    Tarikh Bayaran BKC Fasa 2

    Tarikh Bayaran BKC Fasa 2. BKC Fasa 2 telahpun mula dikreditkan ke dalam akaun bank masing-masing bermula hari ini (25 November 2021). Tetapi kemungkinan besar akan masuk ke akaun anda bermula minggu ini SECARA BERPERINGKAT.

    TARIKH BAYARAN BKC FASA 2

    Seperti ramai yang sedia maklum, BKC terbahagi kepada 3 fasa, iaitu Fasa 1, Fasa 2 & Fasa 3. Untuk Tarikh bayaran BKC Fasa 2 pula adalah 25 November 2021  dan amaun akan dikreditkan kepada akaun pengguna secara berperingkat sehingga selesai pada hujung bulan November.

    CARA SEMAKAN BKC

    Untuk membuat semakan status pembayaran BKC boleh terus ke pautan rasmi BKC : [Klik Disini]

    Untuk Info berkaitan, nilai Bantuan BKC nya adalah seperti berikut,

    • Miskin Tegar – RM500 (Isi Rumah)
    • Miskin Tegar – RM300 (Warga Emas)
    • Miskin Tegar – RM300 (Bujang)

    Klik Disini Untuk lagi info bantuan dan permohonan untuk anda

  • Jawatan Kosong Di LKIM

    Jawatan Kosong Di LKIM

    Jawatan Kosong Di LKIM. Jawatan kosong di Lembaga Kemajuan Ikan Malaysia kini telah dibuka kepada semua Warganegara Malaysia yang layak. Pengambilan pekerjaan ini adalah untuk kemasukan Disember 2021.

    Lembaga Kemajuan Ikan Malaysia (LKIM) adalah sebuah badan berkanun di bawah Kementerian Pertanian dan Industri Asas Tani yang diperbadankan menurut Akta 49, Akta Lembaga Kemajuan Ikan Malaysia 1971. Akta ini berkuatkuasa bagi negeri-negeri di Semenanjung pada 1 November 1971; di Sarawak pada 1 Julai 1973; dan di Sabah pada 1 Ogos 1995.

    MAKLUMAT JAWATAN

    Jawatan :

    1. Penolong Juruaudit Gred W29
    2. Pemandu Kenderaan Gred H11
    3. Pengawal Keselamatan Gred KP11
    4. Pembantu Operasi
    5. Pembantu Juruaudit Gred W19 (audit)
    6. Pembantu Khas, Pembantu Setiuasaha Pejabat/Setiausaha Pejabat Gred N19
    7. Pembantu Tadbir (Perkeranian Operasi) Gred N19
    8. Pembantu Hal Ehwal Ekonomi E19
    9. Juruteknik Komputer Gred FT19
    10. Pegawai Hal Ehwal Ekonomi Gred E41
    11. Jurutera Gred J41
    12. Penolong Jurutera Gred Ja29
    13. Pembantu Akauntan Gred W19
    14. Akauntan Gred W41
    15. PEmbantu Tadbir Kewangan W19
    16. Penolong Pegawai Ehwal Ekonomi Gred E29
    17. Penolong Pegawai Tadbir Gred N29

    Lokasi Jawatan : Seluruh Malaysia
    Nama Majikan : Lembaga Kemajuan Ikan Malaysia
    Gaji : (Rujuk Iklan)
    Kelayakan Minima : (Rujuk Iklan)
    Tarikh Tutup Permohonan : 3 Disember 2021

    SYARAT UTAMA LANTIKAN

    Syarat utama lantikan bagi jawatan kosong di LKIM untuk pengambilan kemasukan Disember 2021 adalah :

    1. Warganegara Malaysia
    2. Berumur tidak kurang dari 18 tahun pada tarikh tutup iklan jawatan
    3. Calon bagi lantikan hendaklah memiliki Kepujian (sekurang-kurangnya Gred C) dalam subjek Bahasa Melayu pada peringkat Sijil Pelajaran Malaysia / Sijil Vokasional Malaysia atau kelulusan yang diiktiraf setaraf dengannya oleh Kerajaan.

    KELAYAKAN DAN PERMOHONAN JAWATAN KOSONG DI LKIM

    Untuk membuat permohonan, pemohon boleh terus ke pautan rasmi untuk pengambilan jawatan kosong Lembaga Kemajuan Ikan Malaysia :

    Senarai jawatan kosong di LKIM dan syarat kelayakan memohon : [Klik Disini]

    Panduan pengguna untuk mendaftar dan memohon jawatan kosong di LKIM : [Klik Disini]

    Pendaftaran Dan Permohonan jawatan kosong di LKIM : [Klik Disini]

    MAKLUMAT LANJUT

    Untuk maklumat lanjut atau sebarang pertanyaan, boleh terus hubungi Seksyen Pengurusan Sumber Manusia, LKIM di talian 03-80649087, 03-80649108

    Klik Disini Untuk lebih lagi info peluang kerjaya dan jawatan kosong untuk anda MyPermohonan.com

  • Jawatan Kosong Di UiTM Terengganu

    Jawatan Kosong Di UiTM Terengganu

    Jawatan Kosong Di UiTM Terengganu 2021 kini dibuka. Universiti Teknologi MARA dengan ini mempelawa calon-calon yang layak dan Warganegara Malaysia berstatus Bumiputera/Bukan Bumiputera (Jawatan Akademik) yang berkelayakan dalam bidang yang berkaitan untuk mengisi jawatan tetap di Universiti Teknologi MARA Cawangan Terengganu.

    MAKLUMAT JAWATAN

    Jawatan :

    1. Profesor Gred VK7
    2. Profesor Madya Gred DM53
    3. Pensyarah Kanan Gred DM51
    4. Pensyarah Gred DM45

    Lokasi Jawatan : UiTM Terengganu
    Nama Majikan : Universiti Teknologi MARA
    Gaji : (Rujuk Info Dibawah)
    Kelayakan Minima : (Rujuk Info Dibawah)
    Tarikh Tutup Permohonan : 24 November 2021

    Bidang Jawatan :

    1. Perkhidmatan Pendidikan Kumpulan Perkhidmatan : Pengurusan Dan Profesional

    SYARAT UTAMA LANTIKAN

    Syarat utama lantikan bagi Jawatan Kosong Di UiTM Terengganu adalah :

    1. Warganegara Malaysia
    2. Berumur tidak kurang dari 18 tahun pada tarikh tutup iklan jawatan
    3. Calon bagi lantikan hendaklah memiliki Kepujian (sekurang-kurangnya Gred C) dalam subjek Bahasa Melayu pada peringkat Sijil Pelajaran Malaysia / Sijil Vokasional Malaysia atau kelulusan yang diiktiraf setaraf dengannya oleh Kerajaan.

    SYARAT LANTIKAN JAWATAN KOSONG DI UITM TERENGGANU

    Syarat lantikan untuk jawatan kosong di UiTM Terengganu ini memerlukan pemohon mempunyai lulusan seperti berikut :

    • KELAYAKAN LANTIKAN KE GRED DM45
      Keutamaan diberikan kepada calon yang memiliki Ijazah Doktor Falsafah (Ph.D)
      (i) Ijazah Sarjana dalam bidang berkaitan yang diiktiraf oleh Kerajaan daripada institusi – Institusi pengajian tinggi tempatan atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya; atau
      (Gaji permulaan ialah pada Gred DM45 : RM3,070.00); atau
      (ii) Ijazah Sarjana Muda Seni Bina atau diploma lanjutan dalam bidang berkenaan yang diiktiraf oleh Kerajaan daripada institusi-institusi pengajian tinggi tempatan atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya serta telah berdaftar penuh dengan Lembaga Arkitek Malaysia
      (Gaji permulaan ialah pada Gred DM45 : RM3,070.00); atau
      (iii) Ijazah Doktor Falsafah (Ph.D) dalam bidang berkaitan yang diiktiraf oleh Kerajaan daripada institusi-institusi pengajian tinggi tempatan atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya.
      (Gaji permulaan ialah pada Gred DM45 : RM3,380.37)
    • KELAYAKAN LANTIKAN KE GRED DM51
      (i) mempunyai kelayakan seperti di atas dan
      (ii) membuktikan tahap kecemerlangan akademik yang istimewa mutunya; dan
      (iii) mempunyai pengalaman berkaitan yang luas dalam bidang – bidang yang berkenaan.
      (Gaji permulaan ialah pada Gred DM51 : RM5,855.00).
    • KELAYAKAN LANTIKAN KE GRED DM53 (PROFESOR MADYA)
      (i) mempunyai kelayakan seperti di atas; dan
      (ii) membuktikan tahap kecemerlangan akademik yang istimewa mutunya; dan
      (iii) mempunyai pengalaman berkaitan yang luas dalam bidang – bidang yang berkenaan.
      (Gaji permulaan ialah pada Gred DM53 : RM6,162.00).
    • KELAYAKAN LANTIKAN KE GRED KHAS C (PROFESOR)
      (i) mempunyai kelayakan seperti di atas; dan
      (ii) membuktikan tahap kecemerlangan akademik yang istimewa mutunya; dan
      (iii) mempunyai pengalaman berkaitan yang luas dalam bidang – bidang yang berkenaan.
      (Gaji permulaan ialah pada Gred Khas C : RM7,676.00).

    SYARAT PERMOHONAN JAWATAN

    Syarat untuk membuat permohonan jawatan kosong di UiTM Terengganu adalah :

    1. Pemohon lantikan terus hendaklah berumur tidak kurang dari 18 tahun pada tarikh tutup iklan jawatan.
    2. Permohonan daripada calon yang sedang berkhidmat dengan Kerajaan atau Badan-badan Berkanun (MESTILAH MELALUI KETUA JABATAN dan hendaklah disertakan dengan SALINAN KENYATAAN PERKHIDMATAN YANG DIKEMASKINI)
    3. Setiap permohonan MESTILAH disertakan dengan SALINAN DOKUMEN berikut yang telah DISAHKAN TERKINI:
      ● Kad Pengenalan
      ● Sijil SPM/MCE, HSC/STPM atau setaraf
      ● Diploma, Ijazah Sarjana Muda, Sarjana, PhD (Skrol dan Transkrip Akademik Terperinci)
      ● Surat Pengesahan Perkhidmatan dari majikan sedia ada / terdahulu untuk mengambil kira pengalaman kerja / penetapan gaji
      ● Salinan Kenyataan Perkhidmatan yang dikemaskini (bagi kakitangan Kerajaan/ Badan Berkanun/ Separa Kerajaan yang sedang berkhidmat)
      ● Salinan Laporan Penilaian Prestasi Tahunan (LNPT) bagi tiga (3) tahun berturutturut (penjawat awam) yang sedang berkhidmat
      ● Laporan Rujukan (bukan penjawat awam – borang seperti di lampiran 1)
      ● Bukti Hasil Penulisan dan Penerbitan (jika ada)
    4. Bagi permohonan jawatan Pensyarah/Pensyarah Kanan/Profesor Madya/Profesor:
      ● Ijazah Sarjana hendaklah mencapai sekurang-kurangnya CGPA 3.00 dan ke atas (Kelas Kedua Tinggi) /Mumtaz/Jayyid Jiddan atau yang setaraf di peringkat Ijazah Sarjana Muda dan Sarjana. (Pengecualian bagi pemohon yang telah memiliki kelayakan Ijazah Doktor Falsafah (Ph.D) atau setara)
      ● Keutamaan diberikan kepada calon yang memiliki kelayakan Ijazah Doktor Falsafah (Ph.D).
    5.  Borang yang tidak lengkap dan permohonan calon dari jabatan kerajaan / badan berkanun / separa kerajaan yang tidak memohon melalui majikan tidak akan diproses.
    6. Hanya pemohon yang layak dan disenarai pendek akan dipanggil untuk proses temu duga.
    7. Pemohon yang tidak menerima jawapan daripada pihak Universiti selepas enam (6) bulan dari tarikh tutup iklan adalah dianggap tidak berjaya.
    8. Pemohon mestilah bersedia untuk berkhidmat di Universiti Teknologi MARA Cawangan Terengganu selepas berjaya didalam temuduga untuk jawatan kosong di Uitm Terengganu ini.

    CARA PERMOHONAN JAWATAN

    Untuk membuat permohonan jawatan kosong di UiTM Terengganu adalah :

    1. Seorang pemohon hanya boleh memohon untuk SATU jawatan yang diiklankan sahaja.
    2. Permohonan hendaklah dibuat menggunakan Borang Permohonan Jawatan Pensyarah (BORANG PERJAWATAN UiTM 76/13 (lll) Pindaan 8/2007) (Jawatan Akademik) [Klik Disini] yang boleh diperolehi dengan melayari laman sesawang UiTM Cawangan Terengganu di [Klik Disini]
    3. Tarikh tutup permohonan adalah pada 24 November 2021 (Rabu)
    4. Sila muatnaik borang permohonan dan dokumen berkaitan (PDF) melalui pautan berikut : [Klik Disini]

    MAKLUMAT LANJUT

    Untuk maklumat lanjut berkaitan jawatan kosong di UiTM Terengganu ini boleh terus hubungi :

    Tel : 09-8400 113 (Jawatan Akademik)(Whatsapp Business)

    Emel : bpuitmct@uitm.edu.my

    Iklan Penuh : [Klik Disini]

    Klik Disini Untuk lagi info jawatan kosong dan peluang kerjaya untuk anda.

  • Bayar Bil Utiliti Melalui JomPAY

    Bayar Bil Utiliti Melalui JomPAY

    Bayar Bil Utiliti Melalui JomPAY. JomPAY merupakan inisiatif yang disokong oleh Bank Negara Malaysia bagi memudahkan pembayaran bil kepada ratusan syarikat atau organisasi secara perbankan online. Dengan JomPAY, pengguna boleh membayar bil seperti Astro, TM, TNB, bil Air atau apa-apa jenis bil dengan mudah dan cepat. Jika anda mencari cara bayar bil menggunakan JomPAY boleh ikut panduan ringkas ini bagi memudahkan urusan anda.

    BAYAR BIL UTILITI MELALUI JOMPAY

    Untuk menggunakan kemudahan JomPAY ini, anda memerlukan platform atas talian perbankan pengguna seperti Maybank2u, CimbClick, dan juga platform atas talian perbankan yang lain. Untuk memulakan pembayaran, anda haruslah mengetahui “Biller Code” tertentu untuk sesebuah bil. Setiap “Biller Code” boleh didapatkan melalui kertas bil yang anda terima.

    Offer

    1. Cari dan pastikan logo JomPAY dan “Biller Code” di dalam bil atau invois
    2. Log masuk ke platform atas talian perbankan anda
    3. Masuk ke ruangan JomPAY dan masukkan “Biller Code”
    4. Masukkan amaun bayaran dan sahkan bayaran

    SENARAI BANK YANG MEMPUNYAI JOMPAY

    Untuk info lanjut mengenai Bayar Bil Utiliti Melalui JomPAY, anda boleh terus ke pautan berikut mengikut platform atas talian perbankan anda :

    1. Maybank : [Klik Disini]
    2. CIMB : [Klik Disini]
    3. Bank Islam : [Klik Disini]
    4. Public Bank : [Klik Disini]
    5. Hong Leong Bank : [Klik Disini]
    6. OCBC Bank : [Klik Disini]
    7. HSBC Bank : [Klik Disini]
    8. Ambank : [Klik Disini]
    9. Agrobank : [Klik Disini]
    10. RHB Bank : [Klik Disini]
    11. Bank Rakyat : [Klik Disini]
    12. Alliance Bank : [Klik Disini]
    13. Citybank : [Klik Disini]
    14. Affinbank : [Klik Disini]
    15. BSN : [Klik Disini]

    Selain itu juga, JomPAY mempunyai pelbagai lagi kemudahan di beberapa utiliti lain seperti TNB, PTPTN dan banyak lagi.

    Anda dinasihatkan untuk memuat turun atau menyimpan ‘PDF file’ bukti transaksi anda menggunakan JomPAY.

    KELEBIHAN MENGGUNAKAN JOMPAY

    Kelebihan JomPAY dan bayar bil utiliti melalui JomPAY adalah :

    1. Akses dengan mudah
    2. Tidak perlu beratur
    3. Tidak menggunakan kertas
    4. Cepat dan selamat
    5. Boleh bayar setiap masa
    6. Ia percuma tanpa caj tambahan

    Untuk maklumat lanjut boleh terus ke pautan rasmi JomPAY di pautan berikut : [Klik Disini]

    Klik Disini Untuk lagi info semakan dan permohonan untuk anda.

  • Pelaksanaan Vaksin Penggalak Covid-19

    Pelaksanaan Vaksin Penggalak Covid-19

    Pelaksanaan Vaksin Penggalak Covid-19. Melihat kepada pendekatan yang diambil negara seperti Singapura, United Kingdom serta beberapa negara lain yang lebih awal memulakan proses pemberian vaksin, mereka telah mula memberikan dos penggalak berdasarkan bukti-bukti saintifik. Pemberian dos penggalak serta dos tambahan juga adalah selari dengan saranan yang diberikan oleh Strategic Advisory Group of Experts on Immunization (SAGE), WHO terutamanya kepada golongan yang mempunyai imuniti yang rendah dan warga emas berusia 60 tahun dan ke atas. Kumpulan barisan hadapan juga diutamakan.

    PELAKSANAAN VAKSIN PENGGALAK COVID-19

    Panel Pakar Perubatan KKM meneliti keberkesanan serta keselamatan dos penggalak daripada pelbagai sumber dan mendapati satu (1) dos penggalak (booster) mampu meningkatkan tahap imuniti terhadap COVID-19. Golongan yang diberikan keutamaan untuk menerima dos tambahan serta dos penggalak telah diperincikan di dalam Surat Pekeliling Ketua Pengarah Kesihatan Bil 17/2021 bertarikh 17 Oktober 2021. Kini golongan tersebut sedang dalam fasa pemberian dos penggalak. Strategi KKM seterusnya adalah untuk meluaskan pemberian dos penggalak kepada golongan tersebut :

    • Individu berumur 18 tahun ke atas dengan komorbiditi
    • Individu yang berumur 40 tahun ke atas
    • Ibu mengandung
    • Petugas barisan hadapan (selain petugas kesihatan)

    Pemilihan vaksin bergantung kepada kelulusan regulatori dan kelulusan indikasi penggunaan oleh pakar perubatan merawat sama ada daripada jenis homologous atau heterologous dengan dos primer terakhir. Setakat ini hanya vaksin Comirnaty telah diberikan kelulusan sebagai dos penggalak secara homologous selepas tempoh 6 bulan menerima dos primer. Manakala vaksin-vaksin lain dalam proses semakan oleh panel pakar dan regulatori. Sehingga 11 November 2021, dianggarkan sebanyak 144.57 juta dos penggalak telah diberikan di peringkat global manakala sebanyak 825,497 dos telah diberikan di Malaysia.

    x5

    Untuk pelaksanaan Vaksin Penggalak Covid-19, KKM akan terus memantau perkembangan COVID- 19 dari semasa ke semasa dan pada masa yang sama akan meneruskan PICK dengan pemberian dos tambahan dan dos penggalak bagi memastikan Keluarga Malaysia menerima perlindungan yang optimum daripada COVID-19. Bagi yang langsung belum menerima vaksin namun tidak pernah dijangkiti COVID-19, anda kini berada dalam kumpulan paling berisiko mendapat jangkitan COVID-19. Nasihat KKM, segeralah mendaftar dan dapatkan vaksin COVID-19 agar anda dan keluarga dilindungi daripada virus merbahaya ini.

    Untuk info lanjut berkaitan Pelaksanaan Vaksin Penggalak Covid-19 boleh terus ke pautan rasmi [Klik Disini]

    Klik Disini untuk lagi informasi terkini dan kemaskini untuk anda