Blog

  • Jawatan Kosong Di Jabatan Diraja Johor

    Jawatan Kosong Di Jabatan Diraja Johor

    Jawatan Kosong Di Jabatan Diraja Johor. Jabatan Negeri Johor telah membuka peluang pekerjaan kepada semua warganegara Malaysia terutama kepada anak jati Johor untuk menyandang jawatan sperti dibawah :

    MAKLUMAT JAWATAN

    Jawatan :

    1. Pembantu Penyediaan Makanan Gred N19
    2. Pembantu Operasi Gred N11

    Lokasi Jawatan : Negeri Johor

    Nama Majikan : Jabatan Diraja Johor

    Gaji : (Rujuk Iklan)

    Tarikh Tutup Permohonan : 21 Disember 2021

    SYARAT UTAMA LANTIKAN

    Syarat utama lantikan bagi jawatan kosong di Jabatan Diraja Johor ini adalah :

    1. Warganegara Malaysia
    2. Berumur tidak kurang dari 18 tahun pada tarikh tutup iklan jawatan
    3. Calon bagi lantikan hendaklah memiliki Kepujian (sekurang-kurangnya Gred C) dalam subjek Bahasa Melayu pada peringkat Sijil Pelajaran Malaysia / Sijil Vokasional Malaysia atau kelulusan yang diiktiraf setaraf dengannya oleh Kerajaan.

    IKLAN PENUH JAWATAN KOSONG DI JABATAN DIRAJA JOHOR

    Untuk iklan penuh dan juga kadar gaji mengikut kelayakan lantikan jawatan kosong di Jabatan Diraja Johor ini, pemohon boleh terus ke pautan portal rasmi Kerajaan Negeri Johor Darul Ta’Zim [Klik Disini]

    CARA PERMOHONAN

    Jika pemohon memiliki kriteria yang disyaratkan seperti di dalam iklan penuh jawatan kosong di Jabatan Diraja Johor diatas, permohonan boleh dibuat melalui memuat turun borang di pautan berikut : [Klik Disini]

    Borang Permohonan yang lengkap dipenuhi hendaklah dihantar ke alamat :

    Pengelola Bijaya DiRaja Johor,
    Jabatan DiRaja Johor,
    Aras 1, Bangunan Sultan Ibrahim,
    Bukit Timbalan,
    80000 Johor Bahru,
    Johor Darul Ta’zim

    Tarikh tutup permohonan adalah pada 21 Disember 2021

    Catatan Am :

    1. Hanya calon-calon yang layak selepas tapisan sahaja akan dipanggil ke temuduga
    2. Permohonan yang tidak menerima sebarang jawapan selepas 3 bulan selepas tarikh tutup iklan, dianggap tidak berjaya.
    3. Segala perbelanjaan kerana menghadiri temuduga adalah tanggungjawab pemohon sendiri.

    Klik Disini untuk lagi info berkaitan peluang kerjaya dan jawatan kosong untuk anda

  • Program Rezeki Ternak Ruminan (DVS) Tahun 2022

    Program Rezeki Ternak Ruminan (DVS) Tahun 2022

    Program Rezeki Ternak Ruminan (DVS) Tahun 2022. Kepada para penternak yang berminat dan berkelayakan boleh membuat permohonan Skim Rezeki Ternak. Permohonan bagi tahun 2022 kini telah dibuka.

    SKIM PROGRAM REZEKI TERNAK RUMINAN (DVS)

    Program Rezeki Ternak Ruminan dibangunkan bertujuan membantu penternak bagi mengekalkan sumbangan mereka dalam bidang penternakan disamping mensasarkan peningkatan pendapatan bagi golongan penternak kecil.

    Skop bantuan adalah dalam bentuk bantuan induk ternakan ruminan (lembu, kambing, bebiri & kambing tenusu) – dengan konsep geran padanan 10:90) dan bantuan input penternakan, peralatan dan pembaikan kandang / reban.

    SYARAT PERMOHONAN PROGRAM REZEKI TERNAK RUMINAN

    Permohonan terbuka kepada semua penternak kecil ruminan yang mempunyai kriteria seperti berikut:

    1. Warganegara Malaysia yang berumur tidak kurang 18 tahun dan tidak melebihi 55 tahun pada 1 Januari tahun permohonan.
    2. Penternak kecil sedia ada yang berdaftar dengan e-vetpermit, Jabatan Perkhidmatan Veterinar Malaysia
    3. Mempunyai modal tunai sekurang-kurangnya 10% dari nilai perolehan induk ternakan (bagi geran padanan 10:90 bantuan induk ternakan ruminan)
    4. Mempunyai pengalaman menternak sekurang-kurangnya satu tahun dan masih aktif beroperasi
    5. Mempunyai kawasan menternak yang sah dan kemudahan yang sesuai
    6. Pemohon tidak menerima bantuan yang sama dari agensi / jabatan lain dan pemohon berupaya untuk melaksana dan mengurus projek.

    TARIKH PERMOHONAN DIBUKA BERMULA 1 DISEMBER 2021 SEHINGGA 31 DISEMBER 2021

    Jutawan ternakan tumpah ilmu kepada anak muda

    CARA PERMOHONAN

    Jika pemohon layak dan menepati kriteria yang telah disyaratkan seperti dinyatakan di atas, pemohon boleh memohon skim ini seperti dibawah :

    1. Muat turun borang permohonan secara percuma daripada Jabatan Perkhidmatan Veterinar Negeri [Klik Disini]
    2. Lengkapkan borang permohonan tersebut dan hantar ke Pejabat Perkhidmatan Veterinar Daerah berhampiran anda atau Pusat Operasi VetEC yang berhampiran.

    Dalam tempoh 3 tahun Perjanjian, peserta harus mencapai KPI atau sasaran prestasi keseluruhan ladang seperti yang dipersetujui di dalam perjanjian Pelaksanaan Program Reseki Ternak yang perlu ditandatangani oleh peserta.

    MAKLUMAT LANJUT

    Untuk maklumat lanjut dan pertanyaan mengeni Program Rezeki Ternak Ruminan Tahun 2022, anda boleh:

    • Layari website rasmi Jabatan Perkhidmatan Verterinar: http://www.dvs.gov.my/
    • Hubungi pihak urusetia: 03-88702406/ 03-88702421

    Klik Disini Untuk lagi info berkaitan semakan dan permohonan untuk anda

  • Kadar Ketelusan Cermin Gelap Terkini

    Kadar Ketelusan Cermin Gelap Terkini

    Kadar Ketelusan Cermin Gelap Terkini. Kepada pengguna kenderaan 4 roda, semestinya anda ingin memasang tinted cermin kenderaan anda bagi tujuan hindar kepanasan, kecurian, keselamatan dan sebagainya. Tetapi adakah anda mengetahui kada ketelusan cermin gelap terkini mengikut peraturan JPJ?

    KADAR KETELUSAN CERMIN GELAP TERKINI

    Berikut adalah merupakan jumlah peratusan tinted spec JPJ 2021 dan mengikut peraturan JPJ & Puspakom untuk Bahagian Cermin dan Kadar Ketelusan Cahaya Tampak:

    1. Cermin Hadapan : 70 peratus
    2. Cermin Sisi Pemandu : 50 peratus
    3. Cermin Sisi Belakang : Tiada Had
    4. Cermin Sisi Belakang Penumpang : Tiada Had

    kadar cermin gelap JPJ

    Pindaan baharu Kadar Ketelusan Cermin Gelap ini membenarkan lapisan cermin gelap bagi cermin sisi belakang di bahagian penumpang dan cermin utama belakang kenderaan mempunyai VLT yang tiada had kadar peratusan. Namun syaratnya kenderaan tersebut hendaklah dilengkapi dengan side mirrors (cermin sisi pandang belakang) di kedua-dua belah kenderaan.

    VLT untuk cermin hadapan dan cermin sisi kanan serta kanan bahagian pemandu masih sama seperti dahulu.

    Namun begitu, peraturan bagi kenderaan motor yang didaftarkan untuk pengangkutan awam serta barangan adalah berbeza. Ia hanya dibenarkan untuk memiliki kadar ketelusan cahaya tampak yang tidak kurang dari 70%.

    PERMOHONAN PENGECUALIAN UNTUK MENGGUNAKAN CERMIN GELAP

    Bagi individu yang ingin membuat permohonan pengecualian menggunakan cermin yang lebih gelap hendaklah merangkumi faktor keselamatan atau faktor kesihatan :

    1. Permohonan yang dikemukakan atas faktor keselamatan : RM50
    2. Permohonan yang diluluskan : RM5000 untuk tempoh sah laku 2 tahun. 

    Kepada individu yang telah mendapat kelulusan untuk penggunaan cermin lebih gelap, permohonan hendaklah dilakukan semula setelah tempoh sah laku tamat. Jumlah fi yang sama juga akan dikenakan pada setiap permohonan.

    Sekiranya ingin memohon pengecualian disebabkan faktor kesihatan, individu tersebut hendaklah memperoleh pengesahan bertulis daripada pakar perubatan kerajaan. Jika mereka berbuat demikian, mereka tidak akan dikenakan sebarang fi.

    MAKLUMAT LANJUT

    Untuk maklumat lanjut berkenaan Kadar Ketelusan Cermin Gelap Terkini, dan juga peraturan baharu Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ), anda boleh layari terus ke portal rasmi [Klik Disini]

    Klik Disini untuk lagi informasi baru dan terkini untuk anda

  • Semakan Status Permohonan Pencen

    Semakan Status Permohonan Pencen

    Status Permohonan Pencen. Semakan Status Permohonan Pencen untuk penjawat awam yang akan mencapai tarikh persaraan atau membuat persaraan pilihan, sudah semestinya ingin mengetahui cara permohonan dan semakan status permohonan pencen. Kepada penjawat awam yang berpencen tidak lama lagi, kami akan kongsikan cara untuk membuat semakan permohonan pencen.

    STATUS PERMOHONAN PENCEN

    Untuk membuat permohonan pencen atau persaraan, penjawat awam mempunyai 2 pilihan utama persaraan iaitu :

    1. Persaraan Wajib
    2. Persaraan Pilihan

    Persaraan Wajib

    1. Pegawai / pekerja yang berpencen dikehendaki bersara dari perkhidmatan awam
    2. Tidak perlu membuat permohonan kerana ini adalah persaraan wajib kerana cukup umur bersara mengikut opsyen yang dipilih

    Persaraan Pilihan

    1. Telah disahkan dalam jawatan
    2. Telah diluluskan Pemberian Taraf Berpencen
    3. Berumur 40 tahun dan ke atas
    4. Mempunyai Tempoh perkhidmatan tidak kurang daripada 10 tahun yang boleh dimasukira
    5. Permohonan persaraan pilihan disokong oleh Ketua Jabatan dan dikemukakan 3 bulan dari tarikh diperakukan untuk bersara oleh jabatan
    6. Perlu mengemukakan laporan tapisan keutuhan Badan Pencegah Rasuah (bagi Gred 27 dan ke atas sahaja)
    7. Hantar ke permohonan bertulis kepada pihak Sumber manusia jabatan dalam tempoh satu tahun sebelum tarikh persaraan pilihan.

    PERMOHONAN PENCEN DAN GANTIAN CUTI REHAT

    Untuk permohonan pencen wajib dan pilihan, borang permohonan boleh didapatkan melalui pautan ini [Klik Disini]

    PERANAN BAKAL PESARA

    Sekiranya anda ingin bersara/pencen, berikut adalah tanggungjawab anda:

    • Menyemak rekod perkhidmatan dan cuti bagi memastikan ianya telah di kemaskinikan
    • Buat opsyen memilih tempoh perkhidmatan dalam Borang JPA.BP.SPPP.B04
    • Buat pengakuan ahli Kumpulan Wang Simpanan dalam Borang JPA.BP.SPPP.B04
    • Sediakan salinan kad pengenalan, sijil nikah/cerai (jika berkenaan) dan surat beranak anak-anak di bawah umur 21 tahun dan belum berkahwin (bagi anak cacat, tiada had umur di tetapkan. Dapatkan laporan perubatan bagi mengesahkan keadaan tersebut)-JPA.BP.UMUM.B04.
    • Isi Borang JPA.BP.SPPP.B01a dengan membuat rujukan kepada Ketua Jabatan mengenai bank-bank yang menyertai Sistem Pembayaran Pencen Melalui Bank;
    • Lengkapkan dan tandatangan Borang JPA.BP.SPPP.B01a dan pastikan alamat yang diberi adalah alamat tempat tinggal selepas bersara.
    • Pastikan akaun cukai pendapatan/pinjaman perumahan adalah kemaskini dan selesaikan hutang Kerajaan lain
    • Memberi kerjasama sepenuhnya kepada Ketua Jabatan bagi melengkapkan kertas-kertas persaraan; dan
    • Pastikan Ketua Jabatan mengemukakan kertas-kertas persaraan kepada Bahagian Pencen JPA mengikut jadual masa yang ditetapkan.
    • Ringkasan fungsi dan tanggungjawab antara jabatan mengurus, bakal pesara, bank dan agensi lain dengan Jabatan Perkhidmatan Awam.

    75,352 pesara terima RM500 mulai esok

    SEMAKAN STATUS PERMOHONAN PENCEN

    Untuk membuat semakan status permohonan pencen, berikut adalah caranya:

    1. Layari pautan JPA : [Klik Disini] 
    2. Masukkan No Kad Pengenalan anda dan tekan Semak
    3. Status urusan permohonan anda akan terpapar
    4. Selesai

    MAKLUMAT LANJUT

    Untuk mengetahui maklumat lanjut mengenai semakan status pencen, anda boleh layari laman web rasmi Bahagian Pasca Perkhidmatan JPA di pautan ini [Klik Disini]

    Klik Disini Untuk lagi informasi baru dan terkini untuk anda

  • Pakej Penjagaan Covid-19 Untuk B40

    Pakej Penjagaan Covid-19 Untuk B40

    Pakej Penjagaan Covid-19 Untuk B40. Dalam usaha memastikan diri dan Keluarga Malaysia bebas daripada jangkitan Covid-19, Kerajaan Malaysia menerusi Kementerian Kesihatan (KKM) sedang melaksanakan pengagihan bantuan Pakej Penjagaan COVID-19 (PPC) secara percuma kepada Keluarga Malaysia B40 di seluruh negara.

    Menurut Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob dalam satu kenyataan medianya pada 19 September yang lalu, Pakej Penjagaan Covid-19 ini dirangka sebagai persediaan ke arah menghadapi era endemik Covid-19.

    PAKEJ PENJAGAAN COVID-19 (PPC)

    Untuk pengetahuan anda, PPC merupakan inisiatif terbaharu bantuan Keluarga Malaysia B40 yang diumumkan oleh Perdana Menteri, Dato Seri Ismail Sabri Yaakob dalam usaha memastikan diri dan keluarga bebas dari jangkitan COVID-19.

    Pek Penjagaan Covid-19 Untuk B40

    CARA PERMOHONAN

    Untuk PPC ini, TIADA PERMOHONAN diperlukan kerana pemberian bantuan ini berdasarkan data BANTUAN PRIHATIN RAKYAT (BPR2021)

    CARA SEMAKAN PPC DI DALAM DATA BPR

    Sekiranya anda adalah penerima Bantuan Prihatin Rakyat (BPR) dalam kalangan B40, anda layak untuk menerima bantuan penjagaan Covid-19 ini.

    Semakan kelayakan boleh dibuat di laman portal rasmi BPR di [Klik Disini]

    1. Klik Log Masuk
    2. Masukkan Nombor MyKad
    3. Pengesahan Kata Kunci Keselamatan
    4. Masukkan kata laluan
    5. Klik Menu Semakan Status
    6. Maklumat yang akan dipaparkan
      1. Status Permohonan
      2. Maklumat Pembayaran (Jika Ada)

    TARIKH PERLAKSANAAN PAKEJ PPC

    Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) dalam hantarannya di Facebook pada 30 November yang lalu memaklumkan Pakej Penjagaan COVID-19 dalam proses penghantaran pada Keluarga Malaysia B40

    Kerajaan Malaysia menerusi Kementerian Kesihatan (KKM) sedang melaksanakan pengagihan bantuan Pakej Penjagaan COVID-19 (PPC) secara percuma kepada Keluarga Malaysia B40 di seluruh negara.

    Pos Malaysia akan uruskan penghantaran PPC ini secara berperingkat-peringkat kepada 3.6 juta Keluarga Malaysia B40 di seluruh negara.

    SENARAI PAKEJ PPC

    Kerajaan akan mengagihkan bantuan PPC yang mengandungi :

    • Pek pelitup muka guna semula (4 keping setiap keluarga);
    • Kit ujian kendiri COVID-19 (4 kit setiap keluarga);
    • 1 pulse oximeter;
    • 1 termometer; serta
    • Risalah panduan penggunaan dan info kesihatan.

    Senarai Bantuan PPC

    KLIK DISINI untuk lagi info semakan dan permohonan untuk anda