Blog

  • Jawatan Kosong Di IKIM

    Jawatan Kosong Di IKIM

    Jawatan Kosong Di IKIM. Institut Kefahaman Islam (IKIM) telah membuka jawatan kosong dan peluang kerjaya kepada semua warganegara Malaysia untuk menyandang jawatan seperti maklumat dibawah :

    MAKLUMAT JAWATAN

    Jawatan : Pembantu Tadbir (Percetakan) Gred N19

    Lokasi Jawatan : Selangor

    Nama Majikan : Institut Kefahaman Islam Malaysia

    Gaji : RM1,488.00 Sehingga RM 4,230

    Elaun :

    1. Khas : RM115
    2. Perumahan : RM300
    3. Bantuan Sara Hidup : RM350

    Tarikh Tutup Permohonan : 10 Januari 2022

    SYARAT UTAMA LANTIKAN

    Syarat utama lantikan bagi Jawatan Kosong Di IKIM adalah :

    1. Warganegara Malaysia
    2. Berumur tidak kurang dari 18 tahun pada tarikh tutup iklan jawatan
    3. Calon bagi lantikan hendaklah memiliki Kepujian (sekurang-kurangnya Gred C) dalam subjek Bahasa Melayu pada peringkat Sijil Pelajaran Malaysia / Sijil Vokasional Malaysia atau kelulusan yang diiktiraf setaraf dengannya oleh Kerajaan.

    SYARAT LANTIKAN JAWATAN KOSONG DI IKIM

    1. Berumur tidak kurang dari 18 tahun pada tarikh tutup iklan jawatan;
    2. Memiliki Sijil Pelajaran Malaysia (SPM)/ Sijil Pelajaran Malaysia Vokasional (SPMV) atau atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya oleh IKIM;
    3. Mempunyai pengalaman kerja tidak kurang daripada 2 tahun di dalam bidang pentadbiran pejabat di sektor awam atau swasta;
    4. Keutamaan akan diberikan kepada calon-calon yang mempunyai kemahiran dalam membuat reka letak buku, penggunaan software ‘Adobe Photoshop’, ‘Illustrator’ dan ‘Indesign’.
    5. Kepujian Bahasa Malaysia (sekurang-kurangnya Gred C termasuk lulus Ujian Lisan) pada peringkat Sijil Pelajaran Malaysia atau kelulusan yang diiktiraf setaraf dengannya.
    6. Calon telah lengkap menerima 2 dos vaksin Covid-19.

    DESKRIPSI TUGAS

    Deskripsi tugas bagi jawatan kosong di IKIM adalah :

    1. Membuat reka bentuk kulit buku dan reka letak buku.
    2. Membantu Ketua Penerbit menguruskan pengeluaran spesifikasi buku.
    3. Membantu Ketua Penerbit memastikan kerja-kerja dilakukan oleh pereka (designer) dan pencetak luar adalah memuaskan dan menepati spesifikasi yang dikehendaki.
    4. Membantu Ketua Penerbit membuat penetapan harga buku.
    5. Membantu Ketua Penerbit memastikan bahan terbitan IKIM adalah berkualiti, menarik dan boleh dibaca.
    6. Membantu Ketua Penerbit dalam urusan permohonan International Standard Book Number (ISBN) dan Cataloguing in Publication (CIP) dari Perpustakaan Negara Malaysia (PNM).
    7. Membantu Ketua Penerbit dalam urusan dokumentasi dan perkeranian serta kerja-kerja berkaitan pentadbiran pejabat.

    Institut Kefahaman Islam Malaysia (IKIM) di bandar Kuala Lumpur

    CARA PERMOHONAN

    Calon-calon yang berminat untuk Jawatan Kosong Di IKIM dipelawa mengemukakan surat permohonan, keterangan peribadi dan latar belakang kerjaya diri yang lengkap (resume/curriculum vitae) mengenai kelayakan dan pengalaman, salinan sijil-sijil akademik dan transkrip, kad pengenalan, sijil kelahiran, slip gaji terakhir, nombor telefon untuk dihubungi dan sekeping gambar berukuran passport (tidak dikembalikan) kepada:

    Institut Kefahaman Islam Malaysia (IKIM)
    2, Langgak Tunku
    Off Jalan Tuanku Abdul Halim
    50480 KUALA LUMPUR
    (u.p.: Unit Modal Insan)
    Tel: 03-62046374 

    1. Salinan  sijil-sijil akademik dan transkrip, kad pengenalan, sijil kelahiran, slip gaji terakhir hendaklah disahkan terlebih dahulu.
    2. Sila nyatakan nama jawatan yang dipohon di penjuru kiri sampul surat.
    3. Permohonan hendaklah sampai ke IKIM sebelum atau selewat-lewatnya pada 10 Januari 2022.
    4. Permohonan yang tidak dilengkapi dengan dokumen-dokumen yang diperlukan tidak akan diproses.

    Calon-calon yang melepasi tapisan dan terpilih sahaja akan dipanggil temu duga. Permohonan calon dikira GAGAL sekiranya tidak menerima sebarang maklum balas daripada IKIM tiga (3) bulan dari tarikh iklan ditutup.

    Iklan penuh Jawatan Kosong Di IKIM : [Klik Disini]

    Klik Disini untuk lagi info jawatan kosong dan peluang kerjaya untuk anda

  • Jawatan Kosong Di MAIK

    Jawatan Kosong Di MAIK

    Jawatan Kosong Di MAIK. Majlis Agama Islam Adat Istiadat Melayu Kelantan telah membuka peluang kerjaya dan jawatan kosong kepada semua warganagera Malaysia terutama kepada anak jati Negeri Kelantan untuk menyandang jawatan seperti maklumat dibawah :

    MAKLUMAT JAWATAN

    Jawatan : Pegawai Masjid

    Lokasi Jawatan : Kelantan

    Nama Majikan : Majlis Agama Islam Dan Adat Istiadat Melayu Kelantan

    Gaji : Rm1,000 sehingga Rm1,850

    Tarikh Tutup Permohonan : 12 Januari 2022

    LOKASI JAWATAN KOSONG DI MAIK

    jawatan-disember

    jawatan-disember

    SYARAT LANTIKAN JAWATAN

    Syarat lantikan untuk Jawatan Kosong Di MAIK untuk jawatan pegawai masjid :

    IMAM TUA/IMAM MUDA

    1. Seorang lelaki beragama Islam yang sempurna akal.
    2. Berumur 25 tahun ke atas dan tidak melebihi 70 tahun mengikut kad pengenalan pada tarikh iklan dikeluarkan.
    3. Mempunyai pengetahuan agama yang baik.
    4. Keutamaan diberi kepada pemohon yang bermastautin atau bermukim dalam kawasan mukim masjid berkenaan;
    5. Warganegara Malaysia.
    6. Mempunyai latar belakang sosial yang baik serta dihormati oleh penduduk tempatan;
    7. Tiada rekod jenayah yang telah dijatuhkan hukuman oleh mana-mana mahkamah termasuk Mahkamah Syariah
    8. Mempunyai kesihatan tubuh badan yang baik.
    9. Keutamaan diberi kepada pemohon yang mempunyai Sijil Tahfiz Al-Quran daripada Pusat Tahfiz Al-Quran.
    10. Bagi pemohon yang berkhidmat sebagai Penjawat Awam hendaklah mendapat pelepasan daripada MAJIKAN.
    11. * Pengecualian daripada ujian Tahriri (bertulis) akan dikecualikan kepada pemohon-pemohon yang mempunyai kelayakan berikut;
        – Sijil IV Thanawi atau Sijil Menengah Ugama atau Sijil Tinggi Agama Malaysia (STAM) atau mana-mana sijil agama yang setaraf dengannya.
        – Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya oleh Kerajaan dengan kepujian dalam subjek Pendidikan Syariah Islam, Pendidikan Quran Dan Sunnah dan lulus Bahasa Arab.
    12.  Taraf Jawatan: Berelaun (disambung perkhidmatan setiap 2 tahun berdasarkan laporan prestasi perkhidmatan)
    13. Elaun Bulanan :
        – RM1,850.00 (Imam Tua – Masjid Mukim Katogeri “A”)
        – RM1,550.00 (Imam Tua – Masjid Mukim Besar)
        – RM1,150.00 (Imam Tua – Masjid Mukim Kecil – Sub Mukim)
        – RM1,350.00 (Imam Muda – Masjid Mukim Katogeri “A”)
        – RM1,150.00 (Imam Muda – Masjid Mukim Besar)
        – RM1,000.00 (Imam Muda – Masjid Mukim Kecil – Sub Mukim)

    BILAL

    1. Seorang lelaki beragama Islam yang sempurna akal.
    2. Mempunyai pengetahuan agama yang baik.
    3. Keutamaan diberi kepada pemohon yang bermastautin atau bermukim dalam kawasan mukim masjid berkenaan;
    4. Warganegara Malaysia
    5. Mempunyai latar belakang sosial yang baik serta dihormati oleh penduduk tempatan;
    6. Tiada rekod jenayah yang telah dijatuhkan hukuman oleh mana-mana mahkamah termasuk Mahkamah Syariah
    7. Mempunyai kesihatan tubuh badan yang baik.
    8. Pemohon jawatan Bilal tidak disyaratkan mempunyai sijil dan akan memasuki ujian safawi (lisan)
    9. Taraf Jawatan : Berelaun
    10. Elaun Bulanan :
        – RM800.00(Masjid Mukim Kategori ”A”)
        – RM700.00(Masjid Mukim Besar)
        – RM700.00(Masjid Mukim Kecil – Sub Mukim)

    CARA PERMOHONAN

    Untuk membuat permohonan Jawatan Kosong Di MAIK,

    1. Borang permohonan boleh didapati di Aras 2, Bahagian Agama, MAIK
    2. Borang permohonan juga boleh dimuat turun melalui pautan berikut : [Klik Disini]
    3. Borang permohonan Jawatan Kosong Di MAIK yang telah lengkap diisi dan menepati syarat-syarat yang diperlukan boleh dihantar ke alamat seperti dibawah :

    Timbalan Yang Dipertua,
    Majlis Agama Islam dan Adat Istiadat Melayu Kelantan,
    Kompleks Islam Darulnaim, Lundang,
    15200 KOTA BHARU.

    (u.p: Bahagian Agama)

    Image

    MAKLUMAT LANJUT

    Untuk maklumat lanjut berkenaan jawatan kosong di MAIK boleh terus hubungi :

    • Majlis Agama Islam dan Adat Istiadat Melayu Kelantan
      Kompleks Islam Darul Naim, Lundang
      Jalan Sultan Yahya Petra,
      15200 Kota Bharu, Kelantan

    • Telefon : +609-7481512

    • Bebas Tol : 1-800-88-6060

    • Faksmili : +609-7485512

    • Emel : maik@e-maik.my

    • Portal Rasmi : [Klik Disini]

    Klik Disini untuk lagi info jawatan kosong dan peluang kerjaya untuk anda

  • Jawatan Juruteknik Komputer Di LHDN Malaysia

    Jawatan Juruteknik Komputer Di LHDN Malaysia

    Jawatan Juruteknik Komputer Di LHDN Malaysia. Lembaga Hasil Dalam Negeri telah membuka peluang kerjaya dan juga jawatan kosong  terbuka kepada semua warganegara Malaysia yang layak untuk memenuhi jawatan seperti maklumat dibawah :

    MAKLUMAT JAWATAN

    Jawatan : Juruteknik Komputer (4 Kekosongan)

    Lokasi Jawatan : Kuala Lumpur, Kuching, Johor Bahru, Teluk Intan

    Nama Majikan : Lembaga Hasil Dalam Negeri

    Gaji : Permulaan RM1,734.00

    Tarikh Tutup Permohonan : 31 Disember 2021

    SYARAT UTAMA LANTIKAN

    Syarat utama lantikan bagi Jawatan Juruteknik Komputer Di LHDN Malaysia adalah :

    1. Warganegara Malaysia
    2. Berumur tidak kurang dari 18 tahun pada tarikh tutup iklan jawatan
    3. Calon bagi lantikan hendaklah memiliki Kepujian (sekurang-kurangnya Gred C) dalam subjek Bahasa Melayu pada peringkat Sijil Pelajaran Malaysia / Sijil Vokasional Malaysia atau kelulusan yang diiktiraf setaraf dengannya oleh Kerajaan.

    SYARAT LANTIKAN JAWATAN JURUTEKNIK KOMPUTER DI LHDN

    Syarat lantikan Jawatan Juruteknik Komputer Di LHDN Malaysia adalah :

    1. Sijil Pelajaran Malaysia atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya oleh kerajaan. Dan;
    2. Sijil dalam bidang Teknologi Maklumat/Aplikasi Perisian Komputer dari institusi pendidikan dan latihan teknikal dan vokasional (TVET) awam dari Kolej Komuniti atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya oleh kerajaan ; Atau;
    3. Sijil dalam bidang Sistem Komputer dan rangkaian dari institusi pendidikan dan latihan teknikal dan vokasional (TVET) awam dari Kolej Komuniti atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya oleh kerajaan ; Atau;
    4. Sijil dalam bidang Rangkaian Komputer dan rangkaian dari institusi pendidikan dan latihan teknikal dan vokasional (TVET) awam dari Kolej Komuniti atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya oleh kerajaan.

    CARA MEMOHON

    1. Permohonan tidak perlu dicetak / dipos ke LHDNM.
    2. Permohonan daripada orang awam dan pegawai LHDNM bertaraf kontrak harian hendaklah dibuat melalui sistem yang boleh dicapai melalui [Klik Disini] 
    3. Permohonan daripada calon yang merupakan pegawai LHDNM bertaraf tetap dan kontrak bulanan yang hendaklah dibuat melalui sistem yang boleh dicapai melalui [Klik Disini]

    MAKLUMAT TEMUDUGA

    Selepas memohon Jawatan Juruteknik Komputer Di LHDN Malaysia, Nama calon yang berjaya dipanggil menghadiri temu duga akan dimaklumkan di Portal Rasmi LHDNM (ruangan “Kerjaya”). Keputusan adalah muktamad. Pemohon dinasihatkan sentiasa menyemak Portal Rasmi untuk keputusan pemilihan.

    Sebarang perkembangan terkini dan maklumat lanjut berhubung tawaran Jawatan Juruteknik Komputer Di LHDN Malaysia ini ,sila emelkan pertanyaan ke alamat: kerjaya@hasil.gov.my

    Klik Disini untuk lagi info jawatan kosong dan peluang kerjaya untuk anda

  • Latihan Separa Perubatan Diploma Dan Sijil KKM

    Latihan Separa Perubatan Diploma Dan Sijil KKM

    Latihan Separa Perubatan Diploma Dan Sijil KKM. Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) telah membuka peluang kerjaya dan latihan untuk mengisi jawatan kosong kepada semua warganegara Malaysia untuk mengisi lebih 1,130 jawatan kosong seperti maklumat dibawah :

    MAKLUMAT LATIHAN

    Latihan : Latihan Separa Perubatan Bertaraf Diploma  Dan Sijil (Sesi Julai 2022)

    Lokasi Latihan : Seluruh Negara

    Nama Majikan : Kementerian Kesihatan Malaysia

    Tarikh Tutup Permohonan : 2 Januari 2022

    SYARAT UTAMA LANTIKAN

    Syarat utama lantikan bagi Latihan Separa Perubatan Diploma Dan Sijil KKM adalah :

    1. Warganegara Malaysia
    2. Berumur tidak kurang dari 18 tahun pada tarikh tutup iklan jawatan
    3. Calon bagi lantikan hendaklah memiliki Kepujian (sekurang-kurangnya Gred C) dalam subjek Bahasa Melayu pada peringkat Sijil Pelajaran Malaysia / Sijil Vokasional Malaysia atau kelulusan yang diiktiraf setaraf dengannya oleh Kerajaan.

    [icon name=”plus” prefix=”fas”] Jumlah kekosongan mengikut jantina calon adalah berdasarkan keperluan Kementerian Kesihatan Malaysia

    [icon name=”plus” prefix=”fas”] Calon yang telah mendaftarkan permohonan bagi Latihan Juru X-ray sebelum ini perlu mengemas kini semula permohonan sebelum atau pada tarikh tutup iklan berdasarkan 2 jenis latihan yang terkini iaitu latihan Juru X-ray (Diagnostik) dan Juru X-Ray (Terapi)

    SYARAT LATIHAN SEPARA PERUBATAN DIPLOMA DAN SIJIL KKM

    1. Warganegara Malaysia yang berumur :
      a) tidak kurang daripada 17 tahun dan tidak melebihi 25 tahun pada tarikh tutup iklan atau
      b) tidak melebihi 51 tahun pada tarikh tutup iklan bagi Pegawai Peningkatan Secara Lantikan (PSL) atau
      c) tidak melebihi 38 tahun pada tarikh tutup iklan bagi Pegawai Sedang Berkhidmat (Selain PSL)
    2. Mempunyai Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) serta memiliki Kepujian ( Sekurang-kurangnya gred C) dalam mata pelajaran Bahasa Melayu di peringkat SPM atau kelayakan yang diiktiraf setaraf denganya oleh Kerajaan dan
    3. Memenuhi syarat kelayakan akedemik minimum diperingkat SPM berdasarkan jenis latihan Separa Perubatan yang dimohon.

    MAKLUMAT LATIHAN SEPARA PERUBATAN DIPLOMA DAN SIJIL KKM

    Untuk maklumat lanjut berkenaan latihan yang disediakan, pemohon boleh terus ke pautan rasmi SPA untuk maklumat jawatan dan latihan yang disediakan : [Klik Disini]

    CARA PERMOHONAN

    Calon yang berminat dan memenuhi syarat yang ditetapkan hendaklah memohon secara dalam talian melalui Portal Rasmi Sistem Pendaftaran Pekerjaan Suruhanjaya Perkhidmatan Awam Malaysia (SPA9) [Klik Disini]

    Calon yang telah mendaftarkan permohonan bagi latihan di atas tidak perlu mendaftar semuala sekiranya permohonan masih dalam tempoh sah laku pada tarikh tutup iklan.

    Calon perlu memastikan pusat temu duga dikemaskini pada atau sebelum tarikh tutup iklan.

    Hanya permohonan calon yang diterima sebelum atau pada tarikh tutup iklan akan diproses.

    Tarikh tutup permohonan bagi urusan pengambilan latihan Separa Perubatan Diploma Dan Sijil KKM bagi kemasukan Julai 2022 adalah pada 2 Januari 2022

    Klik Disini Untuk lagi info jawatan kosong dan peluang kerjaya untuk anda

  • Bantuan Banjir Zakat Selangor RM600

    Bantuan Banjir Zakat Selangor RM600

    Bantuan Banjir Zakat Selangor RM600. Permohonan bantuan banjir daripada Zakat Selangor sebanyak RM600 (LZSPEDULI) telah dibuka kepada  warga penduduk negeri Selangor yang terkesan akibat banjir yang melanda negara baru baru ini.

    BANTUAN BANJIR ZAKAT SELANGOR RM600 LZSPEDULI

    Bantuan ZakatSelangor (LZSPeduli) diwujudkan untuk menyantuni golongan fakir, miskin dan muallaf serta orang awam yang terjejas teruk akibat banjir.

    TARIKH PERMOHONAN

    Permohonan boleh dibuat oleh penduduk / pemastautin Selangor secara online melalui Portal Lembaga Zakat Selangor mulai 23 hingga 30 Disember 2021 ini.

    Jumlah mangsa banjir menghampiri 70,000 - Utusan Digital

    SYARAT KELAYAKAN

    Berikut adalah merupakan syarat kelayakan permohonan LZSPeduli:

    • Beragama Islam
    • Warganegara Malaysia atau permastautinan tetap
    • Lahir dan menetap di Selangor (bermastautin) di negeri Selangor tidak kurang daripada tiga (3) tahun.

    [icon name=”info” prefix=”fas”] : Pemohon dalam kalangan Asnaf Fakir, Miskin dan Muallaf juga boleh membuat permohonan

    CARA PERMOHONAN

    Terdapat 2 jenis cara membuat permohonan Bantuan Banjir Zakat Selangor RM600 LZSPEDULI iaitu :

    Cara Permohonan Untuk Asnaf Fakir, Miskin & Muallaf

    1. Permohonan secara individu (ketua keluarga)
    2. Permohonan melalui Portal LZSPeduli : [Klik Disini]
    3. Lahir dan menetap di negeri Selangor/bermastautin di negeri Selangor tidak kurang daripada tiga (3) tahun
    4. Memuatnaik dokumen berikut: Laporan polis atau pengesahan pimpinan masyarakat

    Cara Permohonan Bukan Asnaf Fakir, Miskin & Muallaf

    1. Permohonan secara individu (ketua keluarga)
    2. Permohonan melalui Portal LZSPeduli : [Klik Disini]
    3. Lahir dan menetap di negeri Selangor / bermastautin di negeri Selangor tidak kurang daripada tiga (3) tahun
    4. Memuatnaik dokumen berikut: Mykad ketua keluarga, No. akaun bank dan Laporan polis atau pengesahan pimpinan masyarakat.

    [icon name=”list” prefix=”fas”] :

    • Kaedah Siasatan adalah berdasarkan dokumen lampiran.
    • Bagi pemohon yang tidak mempunyai akaun bank akan dipertimbangkan menggunakan kaedah bayaran secara tunai, baucer tunai atau pembayaran terus ke pihak ketiga, sila berhubung dengan pegawai operasi agihan daerah atau penolong amil kariah berhampiran.

    MAKLUMAT LANJUT

    Untuk maklumat lanjut mengenai permohonan Bantuan Banjir Zakat Selangor Rm600 (LZSPeduli), anda boleh Hubungi Talian Zakat Selangor : 1-300-88-4343

    Klik Disini Untuk lagi info semakan permohonan dan bantuan untuk anda