Blog

  • GAMMA : Aplikasi Urusan Rasmi Agensi Kerajaan

    GAMMA : Aplikasi Urusan Rasmi Agensi Kerajaan

    Aplikasi Urusan Rasmi Agensi Kerajaan Di GAMMA. Galeri Aplikasi Mudah Alih Kerajaan Malaysia (GAMMA) adalah merupakan satu inisiatif oleh MAMPU (Unit Permodenan Tadbiran Dan Perancangan Pengurusan Malaysia) yang bertujuan menghubungkan orang awam melalui teknologi interaktif dan memastikan akses yang berterusan dengan agensi kerajaan melalui telefon pintar.

    APA ITU GAMMA

    GAMMA adalah platform digital tunggal yang melibatkan koleksi applikasi urusan rasmi agensi Kerajaan melalui telefon pintar. Ia Juga merupakan pusat bagi platform M-Goverment untuk semua perkhidmatan aplikasi telefon pintar. Perkhidmatan ini memberi peluang orang awam melihat dan memuat turun aplikasi kerajaan terus melalui peranti telefon pintar.

    KATEGORI APLIKASI URUSAN RASMI AGENSI KERAJAAN

    Kategori aplikasi yang tersedia di dalam GAMMA adalah seperti berikut :

    1. Aduan
    2. Berita dan Majalah
    3. Buku dan Rujukan
    4. Cuaca
    5. Kembara dan Dalam Negeri
    6. Komunikasi
    7. Komuniti : Gaya Hidup
    8. Komuniti : Kesihatan dan Kecergasan
    9. Komuniti : Kewangan
    10. Komuniti : Pendidikan
    11. Komuniti : Pengangkutan
    12. Komuniti : Sosial
    13. Media dan Video
    14. Perbelanjaan
    15. Perkakasan
    16. Perniagaan
    17. Personalisasi
    18. Perubatan
    19. Peta dan Navigasi
    20. Produktiviti
    21. Sukan
    22. Utiliti

    GAMMA juga menyediakan aplikasi yang tersedia di majoriti platform di dalam Malaysia iaitu :

    1. Android
    2. IOS
    3. Huawei

    APLIKASI TUMPUAN DI GAMMA

    Antara aplikasi tumpuan yang telah mendapat muat turun tertinggi adalah seperti :

    1. MySejahtera : Kmenterian Kesihaan Malaysia
    2. MySPR SEMAK : Suruhanjaya Pilihan Raya Malaysia
    3. Volunteer Smartphone Patrol : Polis Diraja Malaysia
    4. Smart Quran : Jabatan Kemajuan Islam Malaysia
    5. Sistem Janji Temu Klinik KKM : Kementerian Kesihatan Malaysia

    CARA MENGGUNAKAN GAMMA

    1. Untuk menggunakan GAMMA dan mencari Aplikasi Urusan Rasmi Agensi Kerajaan, pengguna hanya perlu layari laman web rasmi GAMMA di [Klik Disini]
    2. Cari aplikasi tumpuan anda melalui kategori atau carian, atau juga melalui aplikasi tumpuan, muat turun tertinggi atau aplikasi terkini.
    3. Jika aplikasi carian anda sudah dijumpai, anda boleh ‘Click’ di icon pautan platform digital yang telah disediakan seperti gambar dibawah :
    4. Anda akan terus dibawa ke platform muat turun di platform yang tersedia.

    MAKLUMAT LANJUT

    Untuk maklumat lanjut berkenaan platform GAMMA dan Aplikasi Urusan Rasmi Agensi Kerajaan anda boleh terus pautan Soalan Lazim GAMMA di : [Klik Disini]

    Juga untuk menghubungi GAMMA :

    Alamat :
    Unit Pemodenan Tadbiran dan Perancangan Pengurusan Malaysia
    Aras 6, Blok B2,
    Kompleks Jabatan Perdana Menteri,
    Pusat Pentadbiran Kerajaan Persekutuan,
    62502 Putrajaya, Malaysia.

    Tel : +603-80008000

    Emel : supports-gamma@mampu.gov.my

    [Klik Disini] untuk lagi informasi baru dan terkini untuk anda

  • Semak Kelayakan PeKa B40 Anda

    Semak Kelayakan PeKa B40 Anda

    Semak Kelayakan PeKa B40 Anda. Skim Peduli Kesihatan untuk Kumpulan B40 (PeKa B40) adalah satu inisiatif Kerajaan melalui Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) yang bertujuan untuk menampung keperluan kesihatan golongan berpendapatan rendah, dengan memberi fokus terhadap penyakit tidak berjangkit (NCD).

    INFO PeKa B40

    PeKa B40 ditawarkan kepada rakyat Malaysia yang berada dalam lingkungan pendapatan isi rumah 40% terendah, yang dikenali sebagai kumpulan B40.

    Semak Kelayakan PeKa B40 : Penerima Bantuan Prihatin Rakyat (BPR) (sebelum ini dikenali sebagai Bantuan Sara Hidup (BSH)) dan pasangan mereka, yang berumur 40 tahun dan ke atas, secara automatik layak menyertai PeKa B40. Tiada pendaftaran khusus diperlukan untuk menyertai PeKa B40.

    MANFAAT PeKa B40

    Disenaraikan dibawah antara manfaat kepada golongan B40 didalam Skim Peduli kesihatan (PeKa B40)

    1. Saringan Kesihatan di Klinik Kesihatan Kerajaan dan Swasta
    2. Insentif melengkapkan rawatan Kanser
    3. Insentif tambang pengangkutan
    4. Bantuan Alat Perubatan

    PeKa B40: Bantuan Kesihatan & Perubatan Sehingga RM20,000 (2021)

    PROSEDUR MENDAPATKAN MANFAAT PeKa B40

    Untuk Semak Kelayakan PeKa B40 dan membuat permohonan, anda cuma perlu mengikuti langkah mudah dibawah :

    1. Semak Kelayakan
    2. Sekiranya layak, lawati Klinik PeKa B40 terdekat yang boleh dikenalpasti dengan pelekat logo PeKa B40. Pastikan anda membawa MyKad untuk pengesahan.
    3. Logo PeKa B40 seperti berikut :
    4. Pemeriksaan kesihatan akan dilakaukan semsa lawatan pertama di klinik
    5. Lawatan kali kedua untuk mengetahui keputusan makmal daripada doktor dan juga tindakan susulan sama ada rujukan ke Fasiliti KKm atau Program Sihat cergas KKM.

    KRITERIA KELAYAKAN

    Kelayakan untuk mendapatkan manfaat PeKa B40 adalah :

    1. Penerima Bantuan Rakyat (BPR) dan pasangan yang berdaftar
    2. Berumur 40 tahun dan keatas

    Untuk menyemak kelayakan PeKa B40 boleh terus ke pautan rasmi : [Klik Disini]

    MAKLUMAT LANJUT

    Untuk sebarang informasi lanjut dan terkini berkaitan Skim Peduli Kesihatan untuk kumpulan B40 (PeKa B40) dan Semak Kelayakan PeKa B40 , anda boleh terus ke portal rasmi di : [Klik Disini]

    Juga disertakan maklumat perhubungan :

    Alamat :

    F01 & F02, Tingkat 1, Blok 2300,
    Century Square, Jalan Usahawan,
    63000 Cyberjaya,
    Selangor Darul Ehsan​

    Talian Utama :

    +603-8687 2525
    8:30pagi – 5:30petang (Isnin – Jumaat)
    9:00pagi – 4:00petang (Ahad)

    Tutup pada Sabtu dan Cuti Umum

    Emel :

    info@protecthealth.com.my

    Emel Khas :

    pekab40@protecthealth.com.my
    vaksincovid@protecthealth.com.my
    spikpa@protecthealth.com.my

    [Klik Disini] Untuk lagi info semakan dan permohonan bantuan untuk anda

  • Semak Kelayakan Untuk Kadar Tambahan BKM Anda

    Semak Kelayakan Untuk Kadar Tambahan BKM Anda

    Semak Kelayakan Untuk Kadar Tambahan BKM Anda. BANTUAN KELUARGA MALAYSIA (BKM) adalah bantuan tunai Kerajaan yang lebih bersasar kepada golongan yang memerlukan bagi meringankan kos sara hidup dan beban rakyat berpendapatan rendah.

    BANTUAN KELUARGA MALAYSIA (BKM)

    Anda layak menerima Bantuan Keluarga Malaysia (BKM)?
    Pemohon layak menerima BKM sekiranya memenuhi kategori kelayakan seperti berikut :

    ISI RUMAH

    1. Berkahwin, atau
    2. Ibu atau Bapa Tunggal / Balu / Janda / Duda yang mempunyai anak yang menepati syarat; dan
    3. Pendapatan Isi Rumah adalah RM5,000 dan ke bawah.

    WARGA EMAS BUJANG/ TIADA PASANGAN

    1. Bujang atau Ibu atau Bapa Tunggal / Balu / Janda / Duda yang tidak mempunyai anak yang menepati syarat; dan
    2. Had umur adalah 60 tahun dan ke atas; dan
    3. Pendapatan Isi Rumah adalah RM5,000 dan ke bawah.

    BUJANG

    1. Bujang atau Ibu atau Bapa Tunggal / Balu / Janda / Duda yang tidak mempunyai anak yang menepati syarat; dan
    2. Had umur adalah 21-59 tahun; dan
    3. Pendapatan Bujang adalah RM2,500 dan ke bawah.

    PERMOHONAN BKM

    Data penerima BPR 2021, data penerima BKC B40 dan data pemohon BPR 2021 yang tidak lulus atas alasan menerima GKP akan dibawa secara automatik ke dalam sistem BKM untuk diverifikasi kelayakan.

    Permohonan baharu BKM perlu dibuat sekiranya tiada rekod dalam pangkalan data sedia ada LHDNM manakala bagi penerima sedia ada yang mempunyai sebarang perubahan maklumat, kemas kini hendaklah dibuat dalam tempoh yang ditetapkan.

    [Klik Disini] untuk SEMAK PERMOHONAN DAN KEMASKINI BKM ANDA DARI 1 JANUARI SEHINGGA 31 JANUARI 2022

    JUMLAH PEMBAYARAN DAN KADAR TAMBAHAN BKM

    Jumlah bayaran BKM yang akan diterima adalah seperti berikut:

    Kadar tambahan BKM hanya diberikan kepada penerima isi rumah seperti berikut :

    1. Tambahan RM500 kepada penerima kategori isi rumah berstatus Ibu Bapa Tunggal (IBT) yang mempunyai anak menepati syarat; atau
    2. Tambahan RM300 kepada penerima kategori isi rumah berstatus Warga Emas.

    [icon name=”plus” prefix=”fas”] Isi rumah berkenaan hanya layak menerima salah satu kadar tambahan sahaja

    JADUAL PEMBAYARAN

    Jadual pembayaran BKM termasuk kadar tambahan BKM adalah seperti maklumat berikut :

    MAKLUMAT LANJUT

    Untuk maklumat lanjut bekenaan Kadar Tambahan BKM, anda boleh terus ke pautan portal rasmi pertanyaan berkenaan BKM [Klik Disini]

    Info penuh terkini berkenaan BKM dan Kadar Tambahan BKM [Klik Disini]

    [Klik Disini] Untuk lagi info semakan dan permohonan bantuan untuk anda

  • BKM : Permohonan Baru Dan Kemaskini BKM Anda

    BKM : Permohonan Baru Dan Kemaskini BKM Anda

    Permohonan Baru Dan Kemaskini BKM Anda. Permohonan pendaftaran baru dan pengemaskinian maklumat untuk permohonan Bantuan Keluarga Malaysia (BKM) 2022 telah pun dibuka bermula 1 Januari 2022 sehingga 31 Jaunari 2022.

    PERMOHONAN BARU DAN KEMASKINI BKM ANDA

    Kemaskini ini adalah bertujuan untuk :

    1. Pengemaskinian maklumat : Untuk pemohon yang mempunyai perubahan makluamt
    2. Permohonan baru : Permohonan baru bagi yang masih tiada rekod dalam permohonan

    [icon name=”plus” prefix=”fas”] Perkhidmatan kaunter BKM LHDNM dibuka untuk Permohonan Baru Dan Kemaskini BKM Anda. [Klik Disini] untuk Jadual Kaunter Perkhidmatan BKM LHDNM.

    [icon name=”plus” prefix=”fas”] Bagi mengurangkan golongan yang tercicir (atau exclusion error), data berikut akan dibawa secara automatik ke dalam sistem BKM untuk disemak silang kelayakan mengikut syarat yang ditetapkan:

    1. Penerima Bantuan Prihatin Rakyat (BPR) 2021;
    2. Penerima Bantuan Khas COVID (BKC) B40 2021;
    3. Pemohon BPR 2021 yang tidak lulus atas alasan menerima Geran Khas Prihatin;
    4.  Data agensi Kerajaan yang lain merangkumi data e-Kasih, bantuan JKM, penghuni Perumahan Awam atau Projek Perumahan Rakyat di bawah DBKL dan KPKT, Orang Asli JAKOA, gelandangan berdaftar dengan KPWKM dan DBKL, ibu tunggal berdaftar dengan KPWKM, penerima Skim Insurans Pekerjaan PERKESO dan penerima zakat atau baitulmal di Lembah Klang.

    PERMOHONAN YANG PERLU DIKEMASKINI

    Permohonan Baru Dan Kemaskini BKM Anda :

    • Individu, pemohon BPR 2021 termasuk tidak lulus BPR 2021 disebabkan menerima GKP dan penerima BKC (B40) yang mempunyai rekod dalam sistem BKM boleh mengemaskini permohonan.

    PERMOHONAN BARU

    Permohonan Baru Dan Kemaskini BKM Anda :

    • Pemohon yang tiada rekod dalam sistem BKM atau tidak menerima BPR 2021, BKC (B40) dan GKP; serta
    • Berpendapatan isi rumah RM5,000 dan ke bawah; atau
    • Berpendapatan RM2,500 dan ke bawah untuk individu bujang / tiada pasangan / tiada anak menepati syarat

    [icon name=”check” prefix=”fas”] Pemohon disarankan untuk membuat semakan BKM 2022 secara dalam talian. Sekiranya tiada rekod BKM 2022 dan menepati syarat kelayakan, permohonan baharu BKM 2022 boleh dibuat.

    LOG MASUK MyBKM

    Untuk membuat Permohonan Baru Dan Kemaskini BKM Anda, boleh terus ke portal rasmi MyBKM di [Klik Disini]

    [icon name=”star” prefix=”fas”] Menu Log Masuk MyBKM merupakan kemudahan secara dalam talian untuk kemaskini permohonan dan semakan BKM 2022 bagi pemohon yang mempunyai rekod permohonan BKM 2022.

    • Log Masuk MyBKM memerlukan ID Pengguna dan Kata Laluan yang telah didaftarkan. Untuk makluman lanjut pendaftaran ID MyBKM, sila rujuk Soalan Lazim Pendaftaran MyBKM.

    • Bagi pemohon yang terlupa kata laluan dan gagal menjawab soalan keselamatan (percubaan sebanyak 3 kali diberikan). ID MyBKM akan disekat dan pemohon dibenarkan untuk mencuba semula selepas 24 jam. Sekiranya masih menghadapi masalah, pemohon boleh menghubungi Cawangan LHDNM berhampiran atau talian Hotline BKM LHDNM 1-800-88-2747.

    INFO TAMBAHAN

    Info tambahan untuk Permohonan BKM Dan Kemaskini BKM :

    [icon name=”user-secret” prefix=”fas”] LHDNM TIDAK MENYEDIAKAN perkhidmatan pendaftaran Bantuan Keluarga Malaysia (BKM) 2022 secara bergerak melalui Pegawai BKK, LHDNM yang hadir ke rumah pemohon.

    [icon name=”user-secret” prefix=”fas”] LHDNM menafikan ada membuat panggilan keluar menggunakan talian bebas tol 1-800-88-2747. Panggilan semula (jika perlu) hanya dibuat kepada individu yang ada membuat panggilan di talian bebas tol Bantuan Keluarga Malaysia (BKM) 2022. Di mana individu berkenaan akan dimaklumkan terlebih dahulu semasa aduan / semakan diterima.

    [icon name=”phone” prefix=”fas”] TIADA CAJ yang dikenakan bagi permohonan BKM 2022. Pemohon dinasihatkan untuk sentiasa berhati-hati dengan skim penipuan atau ‘scam’ yang aktif di media sosial. Pemohon dinasihatkan untuk merujuk Portal Rasmi BKM bagi sebarang semakan dan makluman terkini.

    Klik Disini untuk baca Bajet 2022 – Bantuan Keluarga Malaysia

  • Jawatan Kosong Di IKIM

    Jawatan Kosong Di IKIM

    Jawatan Kosong Di IKIM. Institut Kefahaman Islam (IKIM) telah membuka jawatan kosong dan peluang kerjaya kepada semua warganegara Malaysia untuk menyandang jawatan seperti maklumat dibawah :

    MAKLUMAT JAWATAN

    Jawatan : Pembantu Tadbir (Percetakan) Gred N19

    Lokasi Jawatan : Selangor

    Nama Majikan : Institut Kefahaman Islam Malaysia

    Gaji : RM1,488.00 Sehingga RM 4,230

    Elaun :

    1. Khas : RM115
    2. Perumahan : RM300
    3. Bantuan Sara Hidup : RM350

    Tarikh Tutup Permohonan : 10 Januari 2022

    SYARAT UTAMA LANTIKAN

    Syarat utama lantikan bagi Jawatan Kosong Di IKIM adalah :

    1. Warganegara Malaysia
    2. Berumur tidak kurang dari 18 tahun pada tarikh tutup iklan jawatan
    3. Calon bagi lantikan hendaklah memiliki Kepujian (sekurang-kurangnya Gred C) dalam subjek Bahasa Melayu pada peringkat Sijil Pelajaran Malaysia / Sijil Vokasional Malaysia atau kelulusan yang diiktiraf setaraf dengannya oleh Kerajaan.

    SYARAT LANTIKAN JAWATAN KOSONG DI IKIM

    1. Berumur tidak kurang dari 18 tahun pada tarikh tutup iklan jawatan;
    2. Memiliki Sijil Pelajaran Malaysia (SPM)/ Sijil Pelajaran Malaysia Vokasional (SPMV) atau atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya oleh IKIM;
    3. Mempunyai pengalaman kerja tidak kurang daripada 2 tahun di dalam bidang pentadbiran pejabat di sektor awam atau swasta;
    4. Keutamaan akan diberikan kepada calon-calon yang mempunyai kemahiran dalam membuat reka letak buku, penggunaan software ‘Adobe Photoshop’, ‘Illustrator’ dan ‘Indesign’.
    5. Kepujian Bahasa Malaysia (sekurang-kurangnya Gred C termasuk lulus Ujian Lisan) pada peringkat Sijil Pelajaran Malaysia atau kelulusan yang diiktiraf setaraf dengannya.
    6. Calon telah lengkap menerima 2 dos vaksin Covid-19.

    DESKRIPSI TUGAS

    Deskripsi tugas bagi jawatan kosong di IKIM adalah :

    1. Membuat reka bentuk kulit buku dan reka letak buku.
    2. Membantu Ketua Penerbit menguruskan pengeluaran spesifikasi buku.
    3. Membantu Ketua Penerbit memastikan kerja-kerja dilakukan oleh pereka (designer) dan pencetak luar adalah memuaskan dan menepati spesifikasi yang dikehendaki.
    4. Membantu Ketua Penerbit membuat penetapan harga buku.
    5. Membantu Ketua Penerbit memastikan bahan terbitan IKIM adalah berkualiti, menarik dan boleh dibaca.
    6. Membantu Ketua Penerbit dalam urusan permohonan International Standard Book Number (ISBN) dan Cataloguing in Publication (CIP) dari Perpustakaan Negara Malaysia (PNM).
    7. Membantu Ketua Penerbit dalam urusan dokumentasi dan perkeranian serta kerja-kerja berkaitan pentadbiran pejabat.

    Institut Kefahaman Islam Malaysia (IKIM) di bandar Kuala Lumpur

    CARA PERMOHONAN

    Calon-calon yang berminat untuk Jawatan Kosong Di IKIM dipelawa mengemukakan surat permohonan, keterangan peribadi dan latar belakang kerjaya diri yang lengkap (resume/curriculum vitae) mengenai kelayakan dan pengalaman, salinan sijil-sijil akademik dan transkrip, kad pengenalan, sijil kelahiran, slip gaji terakhir, nombor telefon untuk dihubungi dan sekeping gambar berukuran passport (tidak dikembalikan) kepada:

    Institut Kefahaman Islam Malaysia (IKIM)
    2, Langgak Tunku
    Off Jalan Tuanku Abdul Halim
    50480 KUALA LUMPUR
    (u.p.: Unit Modal Insan)
    Tel: 03-62046374 

    1. Salinan  sijil-sijil akademik dan transkrip, kad pengenalan, sijil kelahiran, slip gaji terakhir hendaklah disahkan terlebih dahulu.
    2. Sila nyatakan nama jawatan yang dipohon di penjuru kiri sampul surat.
    3. Permohonan hendaklah sampai ke IKIM sebelum atau selewat-lewatnya pada 10 Januari 2022.
    4. Permohonan yang tidak dilengkapi dengan dokumen-dokumen yang diperlukan tidak akan diproses.

    Calon-calon yang melepasi tapisan dan terpilih sahaja akan dipanggil temu duga. Permohonan calon dikira GAGAL sekiranya tidak menerima sebarang maklum balas daripada IKIM tiga (3) bulan dari tarikh iklan ditutup.

    Iklan penuh Jawatan Kosong Di IKIM : [Klik Disini]

    Klik Disini untuk lagi info jawatan kosong dan peluang kerjaya untuk anda