Blog

  • Skim Agihan Awal IPT 2022 LZNK : Semakan & Permohonan

    Skim Agihan Awal IPT 2022 LZNK : Semakan & Permohonan

    Skim Agihan Awal IPT 2022 LZNK. Lembaga Zakat Negeri Kedah (LZNK) telah menyediakan Skim Agihan Awal IPT Dalam Negara Dan Luar Negara yang merupakan agihan sekaligus (one-off) kepada pemohon di kalangan Anak Jati Negeri Kedah yang bakal memasuki tahun pertama pengajian tinggi di Institut Pengajian Tinggi di dalam atau luar negara mengikut syarat-syarat kelayakan tertentu.

    Skim Agihan Awal IPT 2022 LZNK

    Skim Agihan Awal IPT2022 oleh LZNK dibahagikan kepada 2 kategori permohonan iaitu Agihan IPT Dalam Nagara dan Agihan Awal IPT Luar Negara. Pelajar yang menerima surat tawaran melanjutkan pelajaran ke IPT hanya boleh membuat permohonan bagi setiap peringkat sekali sahaja sepanjang tempoh pengajian.

    Jumlah Agihan

    Jumlah bayaran Skim Agihan Awal IPT 2022 adalah seperti maklumat dibawah :

    Dalam Negara

    Peringkat PengajianJumlah Agihan
    Sijil/MatrikulasiRM300.00
    DiplomaRM600.00
    Ijazah PertamaRM800.00

    Luar Negara

    Peringkat PengajianJumlah Agihan
    Ijazah Pertama/Master/PhDRM1000.00

    Tarikh Tutup Permohonan

    Tarikh tutup permohonan bagi Skim Agihan Awal IPT 2022 LZNK adalah 31 Disember 2022

    Syarat Permohonan

    Untuk membuat permohonan Skim Agihan Awal IPT 2022 ini, pemohon perlu menepati syarat kelayakan seperti dibawah :

    Syarat Permohonan Skim Agihan Awal IPT Dalam Negeri

    1. Beragama Islam
    2. Pemohon adalah Anak Jati Negeri Kedah atau Bermastautin di Negeri Kedah (mengikut alamat surat tawaran ke IPT)
    3. Pemohon menerima surat tawaran melanjutkan pelajaran secara sepenuh masa bermula tahun 2021 sahaja, dan telah membuat pengesahan pengajian dengan pihak Universiti
    4. PASCA-SISWAZAH & SEPARUH MASA tidak layak memohon
    5. Tempoh minimum pengajian pemohon adalah sekurang-kurangnya setahun pengajian kecuali bagi bidang kemahiran sekurang-kurangnya 3 bulan pengajian
    6. Berumur 18 tahun sewaktu mengemukakan permohonan kecuali bagi kes-kes khas dimana pelajar memasuki IPT dibawah umur.
    7. Pemohon perlulah menyambung pengajian di peringkat Institut Pengajian Tinggi (IPT)
    8. Pemohon yang menyambung pengaijan dalam Program Persediaan Ijazah Sarjana Muda Perguruan ( PPISMP) adalah tidak layak memohon Agihan Awal IPTA
    9. Agihan ini hanya diberikan sekali sahaja sepanjang tempoh pengajian bagi setiap peringkat pengajian yang berbeza
    10. LZNK berhak menolak permohonan sekiranya permohonan tidak diisi dengan lengkap dan sempurna

    Syarat Permohonan Skim Agihan Awal IPT Luar Negara

    1. Beragama Islam
    2. Pemohon adalah Anak Jati Negeri Kedah atau Bermastautin di Negeri Kedah (mengikut alamat surat tawaran ke IPT)
    3. Pemohon menerima surat tawaran melanjutkan pelajaran secara sepenuh masa bermula tahun 2021 sahaja, dan telah membuat pengesahan dan pendaftaran awal pengajian
    4. Tempoh minimum pengajian pemohon adalah sekurang-kurangnya setahun pengajian
    5. Berumur 18 tahun sewaktu mengemukakan permohonan
    6. Bidang Pengajian diiktiraf oleh Malaysian Qualification Agancy (MQA) atau Kementerian Pendidikan Malaysia
    7. Agihan ini hanya diberikan sekai sahaja sepanjang tempoh pengajian bagi setiap peringkat pengajian yang berbeza
    8. LZNK berhak menolak permohonan sekiranya permohonan Skim Agihan Awal IPT 2022 LZNK tidak diisi dengan lengkap dan sempurna

    Cara Permohonan

    Untuk membuat permohonan Skim Agihan Awal IPT 2022 LZNK, anda boleh terus ke pautan rasmi LZNK di :

    [adinserter block=”11″]

    Dokumen Penting Bagi Permohonan

    Dokumen yang perlu dimuat-naik bersama permohonan Skim Agihan Awal IPT 2022 LZNK :

    1. Salinan Kad Pengenalan (pemohon)
    2. Salinan Kad Pengenalan ( Waris / Penjaga )
    3. Salinan surat tawaran melanjutkan pengajian ke Institut Pengajian Tinggi (IPT)
    4. Salinan Slip Bank / resit pembayaran pendaftaran awal pengajian, atau surat akuan pendaftaran masuk IPT yang dikeluarkan oleh IPT atau apa-apa dokumen bukti pengesahan masuk ke IPT
    5. Salinan akaun bank yang tertera nama pemohon
    6. Lain-lain dokumen khusus yang perlu disertakan bersama permohonan seperti Surat bermastautin/ Surat Rayuan Permohonan / Resit Zakat ( bagi yang berkaitan sahaja)

    Klik Disini untuk lagi info dan maklumat berkaitan bantuan pendidikan untuk anda

  • Permohonan Pasukan Simpanan Sukarela TLDM KD Sri Medini

    Permohonan Pasukan Simpanan Sukarela TLDM KD Sri Medini

    Permohonan Pasukan Simpanan Sukarela TLDM KD Sri Medini. Tentera Laut Diraja Malaysia (TLDM) KD Sri Medini Negeri Johor telah membuka peluang kerjaya sebagai Bakal Pegawai & Parajurit Muda Pasukan Simpanan Sukarela Tentera Laut Diraja Malaysia (PSSTLDM).

    Permohonan Pasukan Simpanan Sukarela TLDM

    Pasukan Simpanan Sukarela TLDM (PSSTLDM) adalah merupakan anggota simpanan dalam cabang Angkatan Tentera laut Diraja Malaysia. Secara asasnya, latihan kepada PSSTLDM dilaksanakan agar mereka berkeupayaan untuk melaksanakan peranan dan tugas, latihan yang dirancang juga dapat membentuk keperibadian pegawai dan askar laskar supaya bersiap sedia dari segi fizikal dan mental untuk dikerah tenaga apabila keadaan memerlukan pada suatu masa dan sentiasa bersedia.

    Kelebihan Pasukan Simpanan Sukarela TLDM

    Kelebihan dan juga faedah menjadi Pasukan Simpanan Sukarela TLDM adalah seperti dibawah :

    1. Elaun latihan RM8.00 / jam (LLP), RM9.80 / jam (pegawai)
    2. Saguhati Tahunan RM520.00
    3. Pakaian seragam percuma
    4. Berpeluang mengikuti pelayaran bersama kapal-kapal TLDM
    5. Pelbagai Aktiviti dan latihan ketenteraan yang menarik seperti latihan menembak, latihan renang, kem tahunan dan banyak lagi.
    6. Cuti tanpa rekod selama 30 hari dalam satu tahun apabila menyertai latihan (bagi kakitangan kerajaan sahaja).
    7. Layak mendapat kemudahan membeli barangan PERNAMA.
    8. Mendapat rawatan perubatan dan pergigian percuma di mana-mana hospital kerajaan jika kemalangan berlaku semasa bertugas.

    Syarat Permohonan Pasukan Simpanan Sukarela TLDM

    Syarat kelayakan bagi Pegawai :

    1. Warganegara Malaysia
    2. Berumur 18-45 Tahun
    3. Berkelulusan Sekurang-kurangnya Ijazah Sarjana Muda dengan CGPA 2.7 keatas dan mendapat kepujian dalam Bahasa Melayu, Bahasa Inggeris Dan matematik dalam Peperiksaan SPM/SPMV/SKM
    4. Mempunyai taraf kesihatan yang baik

    Syarat kelayakan bagi Anggota Lain-Lain Pangkat :

    1. Warganegara Malaysia
    2. Berumur 18-35 tahun
    3. Berkelulusan sekurang-kurangnya SPM dengan mendapat kepujian (minima gred C) dalam Bahasa Melayu, Matematik dan 3 Mata Pelajaran lain.
    4. Mempunyai taraf kesihatan yang baik

    Syarat Kelayakan Fizikal :

    1. Ketinggian minima: 1.62m (lelaki), 1.57m (wanita)
    2. Berat minima : 47.5kg (lelaki) , 45.0kg (wanita)
    3. Body Mass Index (BMI) : 18-26.9 (Lelaki & Wanita)
    4. Tahap penglihatan yang baik

    Cara Permohonan

    Untuk membuat permohonan, anda harus menghadirkan diri ke temuduga kecergasan fizikal yang akan diadakan pada :

    Tarikh : 19 Februari 2022 & 26 Februari 2022

    Masa : 7.30 pagi

    Pakaian : Pakaian sukan & berkasut

    Tempat : Pangkalan TLDM Sg Lunchoo, Johor

    Lokasi untuk Pangkalan TLDM Sg Lunchoo, Johor adalah seperti dibawah :

    [adinserter block=”11″]

    Dokumen Yang Perlu Dibawa :

    Untuk Permohonan Pasukan Simpanan Sukarela TLDM, sila hadir bersama dokumen yang perlu dibawa seperti dibawah :

    1. Gambar berukuran passport (4 Keping)
    2. Salinan Kad Pengenalan calon dan ibu bapa (4 Salinan)
    3. Salinan Sijil Kelahiran calon dan ibu bapa (4 Salinan)
    4. Sijil Kahwin dan MyKad Pasangan (4 Salinan)
    5. Salinan Sijil Ijazah/ Diploma dan transkrip beserta sijil SPM/SPMV/SKM (4 Salinan)
    6. Salinan Sijil Berhenti Sekolah Dan Pencapaian Akademik (4 Salinan)
    May be an image of 1 person and standing

    Maklumat Lanjut

    untuk maklumat lanjut berkenaan Permohonan Pasukan Simpanan Sukarela TLDM, anda boleh hubungi :

    1. 013-3574432 – Lt M Najib
    2. 017-7104599 – Lt M Syahidah
    3. 016-7578356 – Lt M Hazirah

    Atau layari laman Facebook KD Sri Medini : https://www.facebook.com/kdsrimedini

    Klik Disini untuk lagi info dan maklumat jawatan kosong dan peluang kerjaya untuk anda

  • Jawatan Kosong Tourism Johor Februari 2022

    Jawatan Kosong Tourism Johor Februari 2022

    Jawatan Kosong Tourism Johor Februari 2022. Tourism Johor telah membuka peluang kerjaya dan jawatan kosong kepada semua warganegara Malaysia terutama kepada Anak Jati Negeri Johor untuk menyandang jawatan seperti makluamt dibawah :

    MAKLUMAT JAWATAN

    Jawatan :

    1. Pembantu Hal Ehwal Ekonomi (E19)
    2. Pemandu Kenderaan (H11)
    3. Pembantu Operasi (N11)

    Lokasi Jawatan : Johor

    Nama Majikan : Tourism Johor

    Gaji : Rujuk Iklan Penuh

    Tarikh Tutup Permohonan : 17 Februari 2022

    Syarat Utama Lantikan

    Syarat utama lantikan bagi Jawatan Kosong Tourism Johor Februari 2022 adalah :

    1. warganegara Malaysia
    2. Beruur tidak kurang dari 18 tahun dari tarikh tutup iklan jawatan.
    3. Calon bagi lantikan hendaklah memiliki Kepujian (sekurang-kurangnya Gred C) dalam subjek Bahasa Melayu pada peringkat Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) / Sijil Vokasional Malaysia (SVM) atau kelulusan yang diiktiraf oleh kerajaan Malaysia
    Tourism Johor - YouTube

    Cara Permohonan

    Untuk Iklan penuh jawatan serta membuat permohonan Jawatan Kosong Tourism Johor Februari 2022 , anda boleh memuat turun borang permohonan secara atas talian di pautan dibawah :

    [adinserter block=”11″]

    Borang permohonan yang telah lengkap diisi hendaklah dihantar kepada :

    Pengarah
    Tourism Johor
    Aras 3-24, Pusat Penerangan Pelancongan Negeri Johor (JOTIC)
    No 2, Jalan Ayer Molek,
    80000 Johor Bahru

    Tel : 07 – 2241432 / 2249960

    1. Permohonan dari mereka yang sedang berkhidmat dalam Perkhidmatan Awam, Badan-badan Berkanun atau Pihak Berkuasa Tempatan mestilah melalui Ketua Jabatan masing-masing mengikut Perintah Am 17 Bab A 2005 dan hendaklah disertakan dengan Salinan Penyata Rekod Perkhidmatan yang dikemaskini serta Laporan Penilaian Prestasi Tahunan terkini;
    2. Borang permohonan yang lengkap diisi hendaklah disertakan dengan sekeping gambar berukuran pasport, salinan kad pengenalan, sijil lahir, sijil- sijil persekolahan, kelulusan akademik, transkrip keputusan peperiksaan semua semester dan dokumen-dokumen lain yang telah diakui sah;
    3. Permohonan yang lewat, tidak lengkap atau tidak mengikut syarat di atas akan ditolak;
    4. Hanya calon yang layak selepas tapisan sahaja akan dipanggil untuk temuduga; dan
    5. Pemohon-pemohon yang tidak menerima jawapan selepas enam (6) bulan dari tarikh tutup iklan adalah dianggap tidak berjaya.
    6. Pentadbiran Tourism Johor tidak akan bertanggungjawab atau menanggung segala perbelanjaan berkaitan dengan temuduga.

    Maklumat Lanjut

    Untuk maklumat lanjut berkenaan Jawatan Kosong Tourism Johor Februari 2022 anda boleh terus ke pautan laman rasmi Tourism Johor : https://tourismjohor.my/

    Klik Disini Untuk lagi maklumat jawatan kosong dan peluang kerjaya unutk anda

  • Jawatan Kosong Terkini Di MARA Februari 2022

    Jawatan Kosong Terkini Di MARA Februari 2022

    Jawatan Kosong Terkini Di MARA Februari 2022. Majlis Amanah Rakyat (MARA) telah membuka peluang kerjaya dan jawatan kosong kepada semua warganegara Malaysia yang layak dan menepati syarat lantikan untuk menyandang jawatan seperti maklumat dibawah :

    MAKLUMAT JAWATAN

    Jawatan :

    1. Penolong Pegawai Ehwal Ekonomi (Gred E29)
    2. Penolong Pegawai Tadbir (Gred N29)
    3. Juruteknik Komputer (Gred FT19)
    4. Pembantu Tadbir (Perkeranian/Operasi) (Gred N19)
    5. Pembantu Setiausaha Pejabat (Gred N19)
    6. Pembantu Tadbir (Kewangan) (Gred W19)
    7. Pemandu Kenderaan (Gred H11)

    Lokasi Jawatan : Seluruh Malaysia

    Nama Majikan : Majlis Amanah Rakyat (MARA)

    Gaji : Rujuk Iklan Penuh

    Tarikh Tutup Permohonan : 13 Februari 2022

    Syarat Utama Lantikan

    Syarat utama lantikan bagi Jawatan Kosong Terkini Di MARA Februari 2022 adalah :

    1. warganegara Malaysia
    2. Beruur tidak kurang dari 18 tahun dari tarikh tutup iklan jawatan.
    3. Calon bagi lantikan hendaklah memiliki Kepujian (sekurang-kurangnya Gred C) dalam subjek Bahasa Melayu pada peringkat Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) / Sijil Vokasional Malaysia (SVM) atau kelulusan yang diiktiraf oleh kerajaan Malaysia

    Cara Permohonan

    Untuk membuat permohonan dan mengetahui lebih lanjut mengenai syarat lantikan khusus Jawatan Kosong Terkini Di MARA Februari 2022anda boleh terus laman rasmi Permohonan Jawatan Dalam MARA Secara Online di :

    [adinserter block=”11″]
    • Sila rujuk kepada iklan jawatan terlebih dahulu sebelum memohon bagi memastikan syarat-syarat jawatan dipenuhi
    • Hanya satu permohonan sahaja dibenarkan untuk setiap calon
    • Sila pastikan maklumat yang diisi dengan lengkap dan sempurna sebelum permohonan dihantar
    • Calon yang disenarai pendek sahaja akan dihubungi selepas tarikh tutup iklan jawatan.

    Calon boleh menggunakan permohonan baru, atau juga mengemaskini maklumat sedia ada jika sudah mempunyai akaun di laman berkenaan.

    Maklumat Lanjut

    Untuk maklumat lanjut berkenaan Jawatan Kosong Terkini Di MARA Februari 2022, anda boleh hubungi talian :

    03 – 2613 2000 Sambungan : 34428, 34429, 34430, 34425, 34426, 34351

    Klik Disini untuk lagi maklumat jawatan kosong dan peluang kerjaya untuk anda

  • Tarikh Bayaran BKM Fasa 1 : Semakan Status

    Tarikh Bayaran BKM Fasa 1 : Semakan Status

    Tarikh Bayaran BKM Fasa 1 : Semakan Status. Warganegara Malaysia sekarang ini sedang menunggu dan menantikan keputusan kelulusan BKM (Bantuan Keluarga Malaysia) samada lulus atau tidak.

    Tarikh akhir permohonan baru dan kemaskini telah pun berlalu iaitu 31 Januari 2022.

    Semakan Status Di MyBKM

    Untuk semakan status kelulusan BKM dan Tarikh Bayaran BKM Fasa 1, anda boleh terus ke pautan rasmi MyBKM dibawah :

    [adinserter block=”11″]

    MyBKM adalah kemudahan secara online untuk mengemaskini permohonan, serta membuat semakan BKM 2022.

    Untuk Log Masuk MyBKM, anda memerlukan ID Pengguna dan Kata Laluan yang telah didaftarkan. Jika anda terlupa, atau hilang kata laluan dan gagal menjawab soalan keselamatan semasa log masuk MyBKM, ID MyBKM anda akan disekat dan akan dibuka semula selepas 24 jam.

    Sekiranya anda terlupa jawapan bagi soalan keselamatan berkenaan, anda boleh menghubungi talian Hotline BKM 1-800-88-2747 atau hadir ke LHDNM untuk set semula akaun BKM. Selepas akaun BKM telah diset semula, anda perlu mendaftar semula MyBKM dan menjawab soalan keselamatan yang dipaparkan.

    Cara Membuat Semakan Status

    1. Layari Portal Rasmi MyBKM (Log Masuk MyBKM)
    2. Masukkan No Kad Pengenalan anda (ID Pengguna)
    3. Klik SEMAK
    4. Buat pengesahan “Soalan Kunci Keselamatan
    5. Masukkan Kata Laluan dan Log Masuk
    6. Halaman Utama Portal Bantuan Keluarga Malaysia (MyBKM) akan terpapar
    7. Klik “Semakan Status
    8. Status permohonan anda akan dipaparkan disini, samada Permohonan Diterima, Tiada Dalam Rekod, Lulus dan Tidak Lulus.
    9. Maklumat Pembayaran iaitu tarikh, jumlah kredit bayaran akan dipaparkan oleh pihak LHDN kelak apabila di dikemaskini.

    Kaedah Bayaran MyBKM

    Melalui Akaun Bank

    • Berjaya Kredit : Kredit ke akaun bank terkini yang didaftarkan dalam tempoh pengemaskinian/permohonan BKM; atau Kredit ke akaun bank sedia ada dalam pangkalan data BPR / BKC sekiranya tiada pengemaskinian maklumat dibuat.
    • Gagal Kredit :Tuntutan Tunai di Cawangan BSN; atau Kemas kini maklumat akaun bank perlu dibuat semasa tempoh permohonan/ kemaskini BKM.

    Bagi Penerima Yang Tiada Akaun Bank

    • Tuntutan Tunai di Cawangan BSN atau Kemas kini maklumat akaun bank perlu dibuat semasa tempoh permohonan/ kemaskini BKM.

    Tarikh Bayaran BKM Fasa 1

    Untuk makluman anda, Tarikh Bayaran BKM Fasa 1 adalah pada Bulan Mac 2022. Tarikh tepat untuk Bayaran BKM Fasa 1 masih lagi belum diketahui. Kami di MyPermohonan akan mengemaskini artikel ini jika telah mendapat tarikh yang tepat di masa akan datang.

    Maklumat Lanjut

    Untuk maklumat lanjut berkaitan Tarikh Bayaran BKM Fasa 1, anda boleh muat turun FAQ BKM di pautan seperti dibawah :

    Bantuan Keluarga Malaysia : https://bkm.hasil.gov.my/Download/Faq/FAQ_BantuanKeluargaMalaysia_(BKM).pdf

    MyBKM : https://bkm.hasil.gov.my/Download/Faq/BKM%202022%20-%20FAQ%20MyBKM.pdf

    Wakil BKM : https://bkm.hasil.gov.my/Download/Faq/BKM%202022%20-%20FAQ%20Wakil%20BKM.pdf

    Paparan Portal BKM : https://bkm.hasil.gov.my/Download/Faq/BKM%202022%20-%20FAQ%20Paparan%20Portal%20BKM.pdf

    Klik Disini untuk lagi info semakan dan permohonan bantuan untuk anda