Blog

  • Konsert ‘ROCKMANTIC NIGHT’ Memukau 12,000 Peminat di Bukit Jalil.

    Konsert ‘ROCKMANTIC NIGHT’ Memukau 12,000 Peminat di Bukit Jalil.

     

    Semalam, hampir 12,000 penonton memenuhi Axiata Arena, Bukit Jalil untuk menghadiri konsert ‘ROCKMANTIC NIGHT – JUDIKA & THE GANG’ yang bermula pada jam 8:00 malam. Konsert ini dipersembahkan oleh syarikat penganjur acara dari Indonesia, Dua Anak Deo (DAD) Management, dan telah diisi dengan kegembiraan.

    “Saya ingin menyanyi habis-habisan kerana semangat ‘cinta’ yang diberikan oleh pembeli-pembeli tiket bukan sahaja dari Malaysia, bahkan juga Indonesia, Singapura serta Brunei agar dapat menghiburkan mereka semua sebaik dan juga semaksimal yang mungkin,” kata pemilik nama Judika Nalom Abadi Sihotang, 45.

    Selain Judika, bintang-bintang popular Malaysia seperti Marsha Milan, Haqiem Rusli dan Shila Amzah serta artis-artis tamu dari Indonesia naungan DAD Management seperti Dnanda, Daniel Pattinama dan Dr. Axin turut menyerikan konsert pada malam tadi sebagai pembuka acara dengan menerima sorakan yang tidak kurang hebatnya.

    Momen yang ditunggu-tunggu bermula apabila Judika muncul di tengah-tengah pentas dengan menaiki motor berkuasa besar melaungkan lagu Bukan Rayuan Gombal lantas menerima sorakan paling gemuruh menggamatkan seluruh ruang Axiata Arena.

    Di antara lagu-lagu yang dipersembahkan pada malam tadi adalah Sampai Kau Jadi Milikku, Kisah Yang Ku Inginkan (duet bersama Shila Amzah), Putus Atau Terus, Jikalau Kau Cinta, Cinta Karena Cinta dan lain-lain.

    Istimewanya, konsert malam semalam merupakan sebuah ‘family affair’ dimana Judika membawa keseluruhan ahli keluarganya untuk turut serta terlibat dalam konsert tersebut, seluruh arena menyanyikan lagu ‘happy birthday’ buat anak Judika yang baharu sahaja menyambut hari jadinya beberapa hari yang lepas.

    Selain menyanyikan lagu-lagu hitsnya, Judika turut menyanyikan lagu Sejati oleh kumpulan Wings dan konsert bertambah gamat apabila Judika menyanyikan lagu Cindai yang dipopularkan oleh Dato’ Sri Siti Nurhaliza dengan rendisinya yang tersendiri diiringi penari latar tradisional memeriahkan suasana ibarat sebuah festival kesenian.

    “Sebetulnya, saya sudah mempersiapkan diri selama tiga hari berturut-turut sewaktu latihan kerana mahu memberikan yang terbaik untuk semua dan hasilnya semua yang hadir sangat gembira dan merasa ‘cinta’ yang saya tonjolkan pada malam ini, lebih istimewa kerana keluarga juga berpeluang melihat sendiri konsert sebesar ini yang pertama di Malaysia dan ia merupakaan kebangaan buat saya.

     

    “Terima kasih sesungguhnya buat penonton yang hadir, ‘team’ yang terlibat, artis-artis undangan dari Malaysia dan juga Indonesia, serta kepada para penaja yang menjayakan konsert pada malam ini,” akhiri Judika.

  • Pengalaman PUBGM dalam dunia maya dan realiti: Mountain Dew dan PUBG berkolaborasi mempersembahkan Dew Challenge

    Pengalaman PUBGM dalam dunia maya dan realiti: Mountain Dew dan PUBG berkolaborasi mempersembahkan Dew Challenge

    Dew Challenge yang bertenaga kembali di pentas nasional tahun ini, dengan kerjasama daripada rakan kongsinya, PUBG. Acara ini akan membawa semua aspek yang digemari pemain PUBG ke dunia nyata dengan menggabungkan aksi terbaik dari dunia maya dan realiti dalam salah satu pertandingan paintball bertema PUBG terbesar. Peserta boleh menikmati pengalaman mendebarkan yang penuh dengan konsep segar dan kreatif, bertujuan untuk menarik perhatian golongan muda yang gemar sukan dan pengembaraan, serta perhatian pemain PUBG.

    Mulai 1 Oktober, peserta yang berminat boleh membeli sebotol Mountain Dew 400ml, layari laman web Dew Challenge di dewchallenge.com dan masukkan kod unik di bawah penutup botol untuk mendaftar dan menebus hadiah seperti UC Coins, barangan dalam permainan, merchandise dan baucar rakan kongsi. Setiap penebusan botol memberikan anda sejumlah Dew Coins yang ditentukan secara rawak, dan menyumbang kepada kedudukan leaderboard wilayah mereka. Pemain-pemain terbaik dari setiap leaderboard akan diberi keutamaan untuk menyertai pusingan peringkat wilayah yang menarik dan bertenaga, merangkumi 4 wilayah di Malaysia: Utara, Selatan, Tengah dan Malaysia Timur, pada bulan November ini.

    Pelancaran ini juga akan melibatkan aktiviti pencarian harta karun yang mengambil inspirasi daripada mekanik dalam permainan. Sama seperti cara pemain berpayung terjun ke zon permainan yang diingini pada peta, pencarian harta karun akan bermula dengan pemilihan wilayah oleh peserta untuk menentukan di mana perjalanan mereka bermula. Selain itu, sama seperti cara pemain mencari senjata, perisai dan bekalan dari lootbox pada permulaan permainan, peserta akan mencari lootbox yang akan memberikan mata tambahan di leaderboard dan banyak lagi sebelum pertandingan bermula.

    Lootbox ini akan diisi semula pada setiap hari dan/atau selepas satu tempoh masa yang berbeza pada sepanjang hari di cawangan rakan kongsi seperti MBO Cinemas, Morac Go Kart, Chicago Chicken City, Taco Bell dan Dominos di seluruh negara. Peserta akan menerima pemberitahuan di laman web Dew Challenge mengenai lokasi lootbox di mana mereka boleh mengimbas kod QR pada lootbox maya dan menebus hadiah untuk meningkatkan kedudukan mereka pada leaderboard.

    Bagi mereka yang berada di Lembah Klang, trak jelajah Dew Challenge khas akan membawa keseronokan di pelbagai lokasi seperti universiti, kedai rakan kongsi, pasar malam, pusat komersial dan banyak lagi. Untuk menebus barangan eksklusif dan produk, pelawat boleh mengambil bahagian dalam beberapa aktiviti yang mengambil inspirasi dari PUBG seperti mesin layan diri Mountain Dew x PUBG khas, galeri menembak yang imersif, dan sesi gaming jam yang akan menyediakan pelbagai hadiah lain untuk dimenangi.

    Selain itu, sebagai penaja telefon pintar rasmi untuk Dew Challenge pada tahun ini, HONOR Malaysia akan turut menaja 110 hadiah menarik untuk peserta, menjadikan ini kerjasama jenama pertama untuk keluaran baharunya.

    Mengulas mengenai kerjasama itu, Amy Gan, Naib Presiden Pemasaran Etika berkata, “Kami sangat teruja untuk menyaksikan Dew Challenge pada tahun ini. Ia mewakili komitmen Mountain Dew kepada pelanggan yang ingin menjalani gaya hidup secara sepenuhnya . Dengan berakhirnya babak pandemik dunia, kami boleh membawa dunia alam maya ke realiti melalui pengalaman unik untuk rakyat Malaysia yang bersedia untuk menikmati pengalaman yang luar biasa. Kami mahu menggalakkan lebih ramai orang untuk mencabar diri mereka dan menjalani kehidupan yang terbaik dan penuh bertenaga.”

    Tambah beliau, “Ini kali pertama sebuah jenama dapat melaksanakan aktiviti pada skala ini. Ia hanya boleh dilakukan dengan kerjasama rapat daripada pasukan dan rakan kongsi kami, terutamanya pihak PUBG yang juga berkongsi visi yang sama dan menaruh kepercayaan sepenuhnya ke dalam idea ini. Kami menggalakkan semua orang untuk turut serta bagi mengikuti perjalanan bersejarah ini bersama kami, tidak kira jika anda merupakan seorang pemain atau tidak.”

    Tempoh masa untuk pendaftaran, pencarian harta karun dan trak jelajah akan berjalan dari 1 hingga 31 Oktober, disusuli dengan pertandingan antara wilayah yang akan berlangsung pada November, dan Peringkat Akhir pada Disember. Nantikan butiran selanjutnya yang akan diberikan. Untuk maklumat lanjut, sila layari laman web Dew Challenge (dewchallenge.com) dan halaman Facebook Mountain Dew (https://www.facebook.com/MountainDewMalaysia).

  • GET READY FOR INSTANT GRATIFICATION: VIVO TEAMS UP WITH SHOPEE FOR SWIFT DELIVERIES.

    This image has an empty alt attribute; its file name is vivo%20x%20Shopee.png

    The collaboration between Vivo Malaysia and Shopee will introduce an interactive customer support system. This feature will be available around the clock to address any inquiries or concerns that shoppers may have. With a dedicated team of trained professionals, customers can expect prompt and efficient assistance, further enhancing their confidence and satisfaction in using the “vivo X Shopee Instant Delivery Service”. This customer-centric approach sets a new standard for support in the e-commerce landscape.

    Check out this exciting partnership, which promises a host of benefits for online shoppers, including:

    1. Free Shipping Voucher, Capped at RM5: As a part of this groundbreaking service, customers will enjoy a free shipping voucher, ensuring a wallet-friendly shopping experience.
    2. Enhanced Shopping Experience: With the Vivo X Shopee Instant Delivery Platform, customers can now receive their products quickly, providing instant access to their desired items.
    3. Speed and Convenience: Say goodbye to the days of waiting endlessly for your purchases, as instant delivery ensures a seamless and fast shopping process.
    4. Reduced Waiting Time: No more waiting for extended periods for your deliveries.

    The official Vivo Store on Shopee has become the ultimate destination for all Vivo devices. Come with us as we embrace a new era of online shopping, discover the newest products, and relish the ease of instant delivery, available exclusively on the Vivo Malaysia official store on Shopee.

    For more information, please stay tuned for the latest updates on the Vivo Malaysia official Facebook page and the Vivo Malaysia official website.

  • PENGAKHIRAN EPIK: MEL23, PERINGKAT KEBANGSAAN MENINGGALKAN JEJAK GEMILANG.

    MEL23 atau Liga E-sukan Malaysia 2023 Peringkat Kebangsaan mencapai puncak keseronokan dengan penutupan berjaya. Pertandingan Mobile Legends: Bang Bang (MLBB) Peringkat Kebangsaan berlangsung selama dua hari bermula pada 21 Oktober dan berakhir semalam. Kejayaan Negeri Selangor telah menyaksikan mereka memenangi gelaran Juara MLBB Peringkat Kebangsaan, manakala pemain yang paling berprestij dari negeri yang sama dinobatkan sebagai MVP. L23 Peringkat Kebangsaan mempertandingkan tiga (3) kategori judul permainan iaitu PUBG Mobile, eFootball Mobile dan MLBB. Pertandingan kategori PUBG Mobile dan eFootball telah pun berlangsung pada 14 dan 15 Oktober lalu juga di ESI Hub.

    Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur telah dinobatkan sebagai Juara PUBG Mobile Peringkat Kebangsaan manakala MVP PUBG Mobile turut dirangkul oleh pemain dari pasukan yang sama. Untuk kategori eFootball Mobile pula, Pahang menjadi juara manakala pemain dari Johor diangkat sebagai MVP.

    Berbeza dengan tahun sebelumnya, Finals MEL23 Peringkat Negeri tahun ini dijalankan secara fizikal di lokasi negeri masing-masing dan juara negeri masing-masing juga dapat bertanding secara fizikal semasa di Peringkat Kebangsaan. Tahun ini juga MEL memperkenalkan pingat baru iaitu Most Valuable Player (MVP) untuk semua judul permainan dari Peringkat Negeri, Kebangsaan dan Siri Terbuka.

    Keputusan penuh MEL23 Peringkat Kebangsaan adalah seperti berikut:

      PUBG Mobile eFootball MLBB
    Juara WP Kuala Lumpur Pahang Selangor
    Naib Juara Negeri Sembilan Johor Pulau Pinang
    Tempat Ketiga Selangor Perlis Putrajaya
    Tempat Keempat Kedah Putrajaya Johor
    Tempat Kelima Sabah Perak Melaka
    MVP WP Kuala Lumpur Johor Selangor

    “MEL23 Peringkat Negeri dan Kebangsaan telah berakhir dengan jayanya. Saya amat gembira melihat bakat-bakat muda dalam kategori-kategori e-sukan yang muncul menerusi platform MEL23, dan persaingan sihat yang mereka bawa untuk membanggakan negeri dan wilayah persekutuan mereka sememangnya amat memberangsangkan. Pertandingan berprestij kebangsaan seperti inilah yang boleh membantu lebih banyak bakat-bakat baru untuk cemerlang dalam dunia e-sukan,” kata Ahmed Faris Amir, Ketua Pegawai Eksekutif Esports Integrated (ESI).

    Seterusnya, MEL23 akan diteruskan lagi dengan Siri Terbuka MEL23 yang akan turut memperkenalkan judul permainan baru seperti eFootball (konsol) dan Counter Strike 2. Siri Terbuka bakal berlangsung seperti berikut:

    Jadual Siri Terbuka MEL23

    Tarikh Akhir Pendaftaran 26 Oktober 2023
    Siri Terbuka – eFootball Console 3 – 4 November 2023
    Siri Terbuka – Valorant 3 – 5 November 2023
    Siri Terbuka – Counter Strike 2 10 – 11 November 2023

    Bagi kesemua enam (6) judul permainan yang dipertandingkan di MEL23, wang hadiah yang terkumpul adalah berjumlah RM 317,400.00.

    MEL23 merupakan sebuah platform persaingan e-sukan yang kompetitif dan inklusif bagi bakat-bakat akar umbi tempatan yang dianjurkan oleh Kementerian Belia dan Sukan dan Esports Integrated (ESI) bersama-sama dengan 16 Persatuan e-sukan Negeri dan Wilayah Persekutuan, serta disokong oleh susu Goodday (Rakan Minuman Rasmi), Rakan Muda (Rakan Pelaksana) dan disokong oleh Rakita 107.0 serta MPL Malaysia.

  • Gitaris Tempatan Berkumpul untuk Konsert ‘Tujuh Vibrato Gitar’ di Zepp Kuala Lumpur

    Gitaris Tempatan Berkumpul untuk Konsert ‘Tujuh Vibrato Gitar’ di Zepp Kuala Lumpur

    Sertai kami pada 3 November 2023 di Zepp Kuala Lumpur untuk Konsert ‘TUJUH VIBRATO GITAR’. Ia adalah satu malam yang bakal menggetarkan dengan kehadiran tujuh gitaris terkemuka tempatan seperti Jo Branko, Kidd Search, Man Keedal, Shah Slam, Jemboo Def Gab C, Muzza, dan Anis Kalisa. Mereka akan disokong oleh barisan pemuzik profesional termasuk Rozaimie (bass), Adi Yamin (keyboard), dan Ainoll (drum), manakala vokal yang memukau akan disampaikan oleh penyanyi latar berbakat, Izzat dan Baby. Jangan lepaskan peluang ini untuk merasai pengalaman muzik yang mengujakan dan menggembirakan!

    TUJUH VIBRATO GITAR akan menampilkan 3 orang penyanyi berkarisma sebagai vokalis utama iaitu penyanyi bersuara lantang, Dato’ Hattan, vokalis rock legenda Muss dan vokalis kumpulan rock Kristal, Lan Solo. Mereka akan mempersembahkan lagu lagu rock klasik dan kontemporari dari himpunan karya hebat muzik rock tempatan.  

    Apa yang akan menjadi cabaran dan tumpuan di konsert ini nanti adalah bagaimana tujuh orang gitaris dan tiga orang vokalis berkolaborasi dalam sebuah konsert rock. Susunan muzik untuk setiap lagu yang dipersembahkan digubah semula untuk menepati konsep tujuh gitaris. Persefahaman, kemahiran dan keserasian ketujuh[1]tujuh gitaris di pentas akan teruji, tambahan pula kebanyakan lagu yang dipersembahkan bukanlah lagu yang biasa dimainkan sebelum ini. Setiap lagu adalah satu eksperimentasi. Secara teknikal, koordinasi untuk menempatkan tujuh gitaris, tiga pemuzik, tiga vokalis, dua penyanyi latar dan peralatan lain di atas satu pentas adalah satu cabaran kepada pihak penerbitan.  

    TUJUH VIBRATO GITAR akan menjanjikan kepuasan deria para penonton dengan alunan bunyi petikan gitar solo mahupun harmoni dari para gitaris selain dari lontaran vokal dari barisan penyanyi rock terbaik. Ketika ini, mereka sedang menjalankan latihan secara intensif untuk memberikan persembahan yang ‘all out’. Para penonton juga akan berpeluang mendengar beberapa ‘masterpiece’ dari gitaris yang akan memainkan petikan gitar solo mereka yang ikonik.

    TUJUH VIBRATO GITAR pasti akan menghidangkan kelainan kepada para pendengar terutamanya para peminat instrumen gitar dan para peminat tujuh orang gitaris tersebut, juga tiga orang vokalis utama yang ditampilkan. Ia akan menjadi sebuah persembahan yang padat, dinamik, unik dan memberi kepuasan yang tidak dapat diperolehi dari mana mana persembahan sebelum ini.  

    TUJUH VIBRATO GITAR dibawakan kepada anda oleh Big Stage Entertainment Channel sebagai Penganjur dan Anggerik Event Sdn Bhd sebagai Penganjur Bersama. Untuk maklumat lanjut dan pembelian tiket, sila layari www.tix-box.com  

    Cat 1 Rock Zone (berdiri) RM 188.00

    Cat 2 Normal Seats (bernombor) RM 278.00

    Cat 3 Premium Seats (bernombor)RM 338.00

    Cat 4 VIP Box (8 pax/box) RM 5,000.00