Penantian bakal berakhir apabila HONOR mengesahkan spesifikasi penuh berserta harga telefon pintar ultra-kukuh tiga perlindungan rintangan terbaharu, HONOR X9d 5G akan diumumkan semasa pelancaran rasmi pada 24 September 2025. Model ini susulan kepada telefon pintar kelas pertengahan terlaris di Malaysia, HONOR X9d 5G menampilkan peningkatan ketara pada keteguhan struktur, ketahanan skrin, rintangan air dan haba, serta prestasi bateri. Penambaikan ini sekaligus memberikan pengalaman telefon pintar yang direka untuk kelasakan dan boleh dipercayai kepada pengguna.
Keterujaan terhadap peranti ini memuncak apabila HONOR mendedahkan beberapa ciri utama lebih awal. HONOR X9d 5G bersedia untuk mentakrif semula piawaian ketahanan dengan tiga inovasi yang pertama dalam industri untuk menjadi penanda aras baharu ketahanan dalam segmen kelas pertengahan, sekaligus memperlihatkan peningkatan besar berbanding generasi terdahulu.
Ketahanan Telefon Pintar Generasi Baharu
HONOR X9d 5G memperkenalkan tiga kemajuan besar yang meletakkannya antara telefon pintar paling tahan lasak dalam kelasnya. Direka untuk menahan hentakan tidak sengaja, calar serta kepanasan ekstrem, peranti ini mendapat Pensjilan Prestasi Premium Rintanhan Tiga Tahap SGS yang pertama dalam industri, mengukuhkan lagi rintangan peranti ini terhadap hentakan, air, haba, dan calar permukaan.
Peranti ini turut tampil buat pertama kali dengan penarafan IP69K tertinggi dalam industri untuk rintangan air dan haba, menawarkan perlindungan menyeluruh daripada air, wap, dan habuk bertekanan tinggi. Melengkapkan rekaan yang mementingkan keteguhan ini ialah kapasiti bateri telefon pintar terbesar dalam industry, iaitu bateri silikon-karbon 8,300mAh yang memberikan jangka hayat luar biasa walaupun dalam persekitaran yang mencabar.
Ujian Impak Ekstrem dengan Penembak Plasma dan Paku Tembak Angin Taraf Industri
Bagi membuktikan ketahanannya, HONOR X9d 5G dibawa menjalani siri ujian tekanan ekstrem semasa sesi pratonton eksklusif media. Salah satu demonstrasi yang mencuri tumpuan melibatkan simulasi melangkaui keadaan harian yang sebenar dengan menggunakan penembak plasma binaan khas yang menyembur haba ekstrem serta tembakan bertekanan tinggi ke arah peranti tersebut. Sungguhpun diuji secara ekstrem, telefon pintar ini kekal berfungsi tanpa kerosakan yang ketara.
Dalam ujian lain, skrin peranti tersebut ditembak secara langsung menggunakan paku tembak angin bertaraf industri dan penembak stapler berketahanan tinggi. Paparan pada skrin HONOR X9d 5G langsung tidak menunjukkan sebarang keretakan atau kerosakan walaupun paku ditembak tanpa henti. Sebagai perbandingan, tin minuman ringan dan kaca waja yang diuji dalam keadaan yang sama jelas mengalami kerosakan. Ini menonjolkan kekuatan serta integriti struktur telefon pintar tersebut.
Perlindungan Daripada Air dan Debu Terunggul dengan Penarafan IP69K
HONOR X9d 5G juga hadir dengan pensijilan rintangan air dan habuk tertinggi IP69K, memberikan perlindungan menyeluruh yang jarang dilihat pada telefon pintar. Semasa demonstrasi langsung, peranti ini telah diletakkan ke dalam akuarium selama beberapa jam dan kekal berfungsi sepenuhnya sebaik sahaja dikeluarkan.
Ujian seterusnya dijalankan untuk mendedahkan peranti kepada kelembapan dan haba tinggi dengan meletakkannya di dalam pengukus dapur, diikuti simulasi persekitaran luar yang ekstrem dengan meletakkannya di dalam campuran tanah dan air. Telefon pintar tetap beroperasi dengan baik dalam setiap keadaan, mengukuhkan reputasinya sebagai antara peranti pengguna paling lasak di pasaran.
Kapasiti Bateri Telefon Pintar Yang Terbesar Dalam Industri
HONOR X9d 5G dikuasakan oleh bateri silikon-karbon 8,300mAh, kapasiti tertinggi dalam industri setakat ini. Pengguna boleh menikmati sesi permainan, penstriman video, dan pelayaran yang lebih panjang dengan keperluan pengecasan yang minimum.
Bagi mempamerkan keupayaannya, HONOR telah menjalankan ujian ketahanan melibatkan 20 telefon pintar daripada pelbagai jenama. Dalam ujian ini, HONOR X9d 5G kekal beroperasi dalam ketika kuasa bateri peranti lain semakin berkurangan. Ini membuktikan keupayaan kuasa baterinya yang mengagumkan. Dalam demonstrasi berasingan pula, HONOR X9d 5G berjaya menyalakan papan neon LED untuk tempoh yang panjang melalui pengecasan berbalik, membuktikan kekuatan output dan kecekapan tenaganya, selain kapasiti baterinya yang besar.
Sedia Berdepan Penggunaan Ekstrem Dunia Sebenar
Menerusi siri ujian yang ketat, HONOR X9d 5G membuktikan keupayaannya untuk bertahan dalam persekitaran yang ekstrem, jauh melangkaui jangkaan penggunaan telefon pintar harian. Daripada impak bertekanan tinggi dan pendedahan kepada haba serta air, hinggalah keadaan berhabuk dan berlumpur, peranti ini direka untuk keadaan yang tidak dijangka.
Keupayaan ini bukan sahaja menampilkan kecemerlangan kejuruteraan, malah mencerminkan komitmen HONOR untuk menghasilkan telefon pintar yang memberikan ketahanan jangka panjang dan prestasi yang boleh diharapkan dalam situasi sebenar.
Nantikan Pelancaran Rasmi di Malaysia Pada 24 September Ini
Dengan ketahanan generasi baharu, rintangan air dan haba bertaraf industri, kapasiti bateri yang besar, dan rekaan yang lebih kemas, HONOR X9d 5G sedia untuk meningkatkan mutu telefon pintar kelas pertengahan. HONOR yakin penambahan terbaharu ini akan mengukuhkan kepimpinannya dalam inovasi dan memperteguh kedudukannya dalam pasaran yang amat kompetitif.
HONOR X9d 5G akan dirasmikan secara rasminya di Malaysia pada 24 September 2025.
Menjelang pelancaran rasmi, orang ramai boleh mengikuti laman Facebook rasmi HONOR Malaysia atau kunjungi www.honor.com/my untuk perkembangan dan pengumuman terkini.