Jawatan Kosong Penghantar Notis Gred N11 Di MPAG (Majlis Perbandaran ALor Gajah) kini dibuka. MPAG mempelawa warganegara Malaysia untuk mengisi kekosongan jawatan secara kontrak / tetap. Keutamaan diberikan kepada anak negeri Melaka yang berkelayakan untuk mengisi kekosongan bagi jawatan Penghantar Notis Gred N11 Di MPAG :
MAKLUMAT JAWATAN
Jawatan : Penghantar Notis Gred N11 Di MPAG
Lokasi Jawatan : Melaka
Nama Majikan : Majlis Perbandaran Alor Gajah
Gaji :
Minima RM1,216 | Maksima RM2,983
ITKA : RM 95
ITP : RM300
Bantuan Sara Hidup : RM300
Kelayakan Minima : (Rujuk info dibawah)
Taraf Jawatan : Kontrak ( 1 Kekosongan)
Bidang Jawatan :
- Pentadbiran dan sokongan
Tarikh Tutup Permohonan : 27 September 2021
SYARAT UTAMA LANTIKAN
Syarat utama lantikan bagi jawatan Penghantar Notis Gred N11 Di MPAG adalah :
- Warganegara Malaysia
- Berumur tidak kurang dari 18 tahun pada tarikh tutup iklan jawatan Penghantar Notis Gred N11 Di MPAG
SYARAT LANTIKAN PENGHANTAR NOTIS GRED N11 DI MPAG
Syarat lantikan untuk jawatan kosong ini memerlukan pemohon mempunyai lulusan seperti berikut :
- Pentaksiran Tingkatan Tiga/Penilaian Menengah Rendah atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya oleh Kerajaan serta lesen memandu sekurang kurangnya Kelas B2 yang dikeluarkan oleh Jabatan Pengangkutan Jalan [kecuali Lesen Memandu Percubaan (P)].
(Gaji permulaan ialah pada Gred N11: RM1,216.00)
Calon bagi lantikan hendaklah memiliki Kepujian (sekurang-kurangnya Gred C) dalam subjek Bahasa Melayu pada peringkat Pentaksiran Tingkatan Tiga/Penilaian Menengah Rendah atau kelulusan yang diiktiraf setaraf dengannya oleh Kerajaan.
PERMOHONAN JAWATAN
Permohonan untuk jawatan Penghantar Notis Gred N11 Di MPAG boleh dibuat seperti dibawah :
- Permohonan hendaklah menggunakan Borang Permohonan Jawatan Kosong Majlis Perbandaran Alor Gajah yang boleh didapati melalui laman web MPAG [Klik Sini]
- Semua permohonan hendaklah disertakan dengan salinan sijil-sijil persekolahan, kad pengenalan, sijil kelahiran, gambar terkini berukuran pasport serta lain-lain dokumen sokongan yang berkaitan.
- Ijazah/Diploma/Sijil yang diberi pengiktirafan Kerajaan Malaysia sebelum Januari 2017 boleh disemak menerusi Sistem Pengiktirafan Kelayakan Perkhidmatan Awam (eSisraf) melalui capaian [Klik Sini]
- Manakala Program yang diberi pengiktirafan Kerajaan mulai Januari 2017, semakan boleh dibuat di Daftar Kelayakan Malaysia (Malaysia Qualifications Register, MQR) melalui capaian ini dan melampirkannya bersama borang permohonan. [Klik Sini]
- Pegawai-pegawai Kerajaan yang sedang berkhidmat (Tetap dan Kontrak) hendaklah mengemukakan permohonan melalui Ketua Jabatan dan pastikan Kenyataan Perkhidmatan yang dikemaskini dan Laporan Penilaian Prestasi disertakan bersama.
- Borang permohonan yang telah lengkap diisi hendaklah ditulis nama jawatan di bahagian. atas sebelah kiri sampul surat dan dikirim atau datang sendiri ke Majlis Perbandaran Alor Gajah seperti alamat berikut :
YANG DIPERTUA
MAJLIS PERBANDARAN ALOR GAJAH
LEBUH AMJ 78000 ALOR GAJAH,
MELAKA
INFO TAMBAHAN
- Hanya calon-calon yang berkelayakan selepas ditapis dan didapati sesuai sahaja akan dipanggil untuk temuduga.
- Pemohon yang tidak menerima sebarang jawapan selepas enam (6) bulan dari tarikh tutup iklan adalah dianggap sebagai tidak berjaya.
- Pihak Majlis Perbandaran Alor Gajah berhak memilih mana-mana calon yang difikirkan layak dan bersesuaian. Keputusan adalah muktamad.
- Keutamaan akan diberikan kepada calon yang mempunyai kemahiran dan berpengalaman dengan jawatan yang dipohon.
- Pihak Majlis tidak akan bertanggungjawab atau menanggung segala perbelanjaan berkaitan dengan temuduga.
Klik Sini untuk lagi jawatan kosong dan peluang kerjaya yang lain untuk anda