HONOR X9d 5G, model terbaharu dan laris dalam Siri X telah diangkat sebagai telefon pintar pilihan anggota bomba pada majlis penghargaan Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM), hari ini. Majlis berlangsung di ibu pejabat JBPM di Putrajaya dan dihadiri oleh anggota serta pegawai bomba bersama rakan-rakan media. HONOR menganjurkan majlis tersebut bagi meraikan khidmat dan jasa anggota bomba di seluruh negara.
HONOR X9d 5G bukan sekadar telefon pintar pilihan rakyat Malaysia tetapi juga anggota bomba. Ini kerana peranti tersebut menampilkan ketahanan luar biasa dengan reka bentuk yang mampu mengharungi keadaan ekstrem — sama seperti semangat anggota bomba yang sentiasa berdepan pelbagai cabaran dengan keberanian tinggi ketika menjalankan tugas penyelamatan. Warna merah keperangan atau Reddish Brown HONOR X9d 5G turut sepadan dengan gelaran “Wira Merah” yang sinonim dengan anggota bomba.
HONOR X9d 5G direka dengan daya ketahanan yang memenuhi keperluan pengguna aktif seperti anggota bomba. Setiap kali bertugas, mereka sering berdepan situasi ekstrem yang mencabar. Oleh itu, HONOR X9d 5G hadir dengan peningkatan rintangan air, jatuhan dan haba, menjadikannya amat sesuai untuk kegunaan harian dalam pelbagai keadaan.
Telefon pintar ini dilengkapi dengan penarafan kalis air IP69K, Pensijilan Prestasi Premium Rintangan Tiga Kali Ganda SGS, serta menjadi peranti pertama menawarkan Waranti Perlindungan Kerosakan Cecair selama 1 tahun. Ia turut mempunyai perlindungan retak depan dan belakang selama 365 hari serta waranti lanjutan setahun lagi. Dengan tiga jaminan utama ini, HONOR X9d 5G muncul sebagai telefon pintar pertama di Malaysia yang menawarkan perlindungan komprehensif menyeluruh.
HONOR X9d 5G juga hadir dengan enam peningkatan utama yang sesuai untuk semua lapisan pengguna, termasuk anggota bomba. Ia mempunyai bateri berkapasiti besar 8,300mAh yang mampu bertahan sehingga tiga hari dengan sekali cas. Paparan OLED 6.79 inci beresolusi 1.5K dan kecerahan puncak 6,000 nits memberikan pengalaman visual yang menakjubkan.
Dikuasakan oleh cipset Snapdragon 6 Gen 4, peranti ini menawarkan prestasi lebih pantas serta kecekapan tenaga yang lebih baik berbanding model sebelumnya. Sistem audionya turut dipertingkat dengan pembesar suara stereo dwi bass yang menghasilkan bunyi sehingga 400% lebih kuat. Menariknya, semua ciri baharu ini ditawarkan pada harga yang sama seperti model sebelumnya, bermula dari RM1,499.
Sebagai tanda penghargaan kepada anggota bomba yang berbakti kepada negara, HONOR memberikan diskaun eksklusif 15% kepada JBPM untuk pembelian HONOR X9d 5G di laman rasmi HONOR bermula 10 Oktober. Tawaran ini boleh ditebus menggunakan alamat emel rasmi JBPM.
Setiap pembelian HONOR X9d 5G turut disertakan dengan hadiah percuma bernilai RM946 yang terdiri daripada jam tangan pintar HONOR Watch 2i, Perlindungan Retak Depan dan Belakang 365 Hari, Waranti Lanjutan 1 Tahun serta Waranti Perlindungan Kerosakan Cecair 1 Tahun.
HONOR X9d 5G didatangkan dalam empat pilihan warna menarik iaitu Reddish Brown, Forest Green, Sunrise Gold dan Midnight Black. Varian 24GB (termasuk 12GB HONOR Turbo RAM) + 256GB dijual pada harga RM1,499, manakala versi 512GB berharga RM1,699.
Untuk maklumat lanjut mengenai HONOR X9d 5G, layari laman web rasmi HONOR di www.honor.com/my.

