Category: Sport

  • INNOVATION MEETS TRADITION: MYCEB AND BATIK FUN WALK TEAM UP.

    This image has an empty alt attribute; its file name is Image_1.jpg

    In a vibrant celebration of Malaysia’s batik heritage, the annual Batik Fun Walk returns for its eighteenth consecutive year. This exhilarating event is organized by Yayasan Budi Penyayang Malaysia (PENYAYANG) and receives invaluable support from esteemed partners including the Malaysia Convention & Exhibition Bureau (MyCEB) and Malaysia Tourism Centre (MaTiC). Additionally, it enjoys the endorsement of the Ministry of Tourism, Arts, and Culture Malaysia (MOTAC). Held at the Malaysia Tourism Centre (MaTiC), this event promises to provide an immersive cultural experience, embracing participants of all ages and diverse backgrounds.

    Mr. Zain Azrai Rashid, Acting Chief Executive Officer of MyCEB, underlines the importance of this event: “The Batik Fun Walk represents a fitness journey into the heart of Malaysia’s batik heritage, surrounded by the Kuala Lumpur skyline. Through this event, we celebrate the intricate craftsmanship, creativity, and cultural significance of batik while encouraging the general public to live a healthy lifestyle. MyCEB’s strategic partnership is instrumental in making this journey a reality, extending our reach to a wider audience, and amplifying the cultural significance of this celebration. It is worth noting that the event has attracted over 1000 participants, underscoring its growing popularity and the power of batik in uniting communities.”

    “For over a decade, the Batik Fun Walk has been a fun-filled event that encourages the use of batik in a relaxed and casual environment. While batik is our national heritage and we strive to preserve the traditional elements, we acknowledge the fact that batik has to be contemporized to remain relevant and in keeping with current fashion trends. The Batik Fun Walk offers Malaysians, young and old, the opportunity to be creative and innovative in wearing batik whilst enjoying a leisurely walk on a Sunday morning,” says Dato’ Leela Mohd Ali, Chief Executive Officer of Yayasan Budi Penyayang Malaysia.

    In addition, Malaysian National Sports Day falls in the month of October, and in line with the Agenda Nasional Malaysia Sihat (ANMS), MyCEB and PENYAYANG subscribe to the idea of inculcating the habit of exercising regularly to ensure good health among Malaysians. The Batik Fun Walk is yet another initiative to support the government’s promotion of Malaysian batik.

     

  • KEMUNGKINAN GILA: GEMENCHEH BOYS BERJUANG UNTUK JADI JUARA KRIKET DUNIA

    Kuala Lumpur, 6 September 2023 – Dari FELDA Bukit Rokan Utara, Negeri Sembilan hingga ke pentas kriket antarabangsa. Filem ‘Gemencheh Boys’ membawa kita merenung kisah sebenar yang menginspirasi, tentang sekumpulan anak kampung yang mengejar impian mereka dalam arena sukan antarabangsa.

    Filem ini mengisahkan pandangan dunia seorang atlet kriket kebangsaan, Shafiq Sharif, yang mewakili Malaysia di Piala Dunia Kriket pada tahun 2019 dan meraih pingat emas di Sukan SEA 2017.

    Mengusung tagline ‘no retreat, no surrender,’ ‘Gemencheh Boys’ memaparkan kisah anak-anak kampung yang dikenali sebagai ‘Enam Jahanam’ dan bagaimana mereka berubah setelah seorang guru memperkenalkan mereka kepada permainan kriket. Kisah ini penuh dengan tema persahabatan, pengorbanan, dan harapan, menggugah pelbagai emosi.

    ‘Gemencheh Boys’ akan tayang di pawagam seluruh negara mulai 26 Oktober. Filem ini diarahkan oleh Jason Chong, pemenang Anugerah Cerita Asal Terbaik di Festival Filem Malaysia 2017, dan diterbitkan oleh Eric Ong dengan kerjasama Astro Shaw, GV Corporate Advisory, dan SOL Pictures.

    Filem ini membariskan pelakon hebat Pekin Ibrahim serta enam pelakon kanak-kanak yang dipilih melalui sesi uji bakat iaitu Aqil Yaya, Syed Ahmad, Ayiet Harith, Kimi Norais, Izzue Deen dan Amir Kuziq sebagai tunggak utama. Turut membintangi filem ini Dato’ Ahmad Tamimi Siregar, Zaidi Omar, Farah Ahmad, Azman Hassan, Kamal, Rezuan, Ieda Moin, Arumugam A/L Vedan dan ramai lagi.

    Menurut Penerbit Eksekutif Gemencheh Boys merangkap Naib Presiden, Ketua Astro Shaw & Perniagaan Melayu Nusantara , Raja Jastina Raja Arshad, “Gemencheh Boys adalah sebuah cerita Malaysia yang harus dipersembahkan. Kami menyedari bahawa sukan kriket tidak begitu popular dalam kalangan masyarakat Malaysia seperti mana sukan bola sepak atau badminton. Walau bagaimanapun, jalan cerita yang dipertaruhkan menerusi Gemencheh Boys mampu memberi inspirasi kepada semua penonton. Ia bukan sebuah kisah biasa dan bukan mengenai kriket semata-mata, tetapi tentang enam budak FELDA yang digelar ‘enam jahanam’, membuktikan orang biasa boleh menjadi luar biasa. Mereka juga telah mengharumkan nama negara dengan meraih pingat emas di peringkat antarabangsa. Kami mengharapkan Gemencheh Boys mampu meninggalkan impak tersendiri dan mendapat perhatian penonton berbilang bangsa.

    Sementara itu, Pengarah, Penulis Skrip, Cerita Asal Gemencheh Boys, Jason Chong berkata, “Selain memberikan nilai hiburan, saya percaya Gemencheh Boys mampu meninggalkan kesan mendalam kepada khalayak seperti mana filem terdahulu yang kami terbitkan iaitu Adiwiraku. Menerusi tema inspirasi yang sama, kami harap Gemencheh Boys akan kekal relevan untuk penonton Malaysia dan saya rasa amat berbangga dapat menjadi sebahagian daripada filem ini.”

    Gemencheh Boys mendapat sokongan daripada Malaysia Cricket Association dan Kementerian Belia Dan Sukan. Antara sokongan seperti kolaborasi di acara julung kali diadakan di Malaysia, Internasional Cricket Counsil  – ICC Men’s Cricket World Cup Trophy Tour.

    Siri jelajah Gemencheh Boys bermula bulan Oktober ke sekolah-sekolah serata Malaysia yang dikendalikan oleh Malaysian Cricket Association dengan mengadakan bengkel kriket dalam usaha menggalakkan minat terhadap sukan kriket dalam kalangan pelajar. Selain itu, kami turut bekerjasama dengan kumpulan komuniti sosial dan budaya, Locco menerusi acara Kereta Api Sarong yang akan diadakan pada 16 September 2023 di sekitar Lembah Klang.

    Manakala lagu rasmi filem ini adalah ‘Siapa Kami’ nyanyian penyanyi rap terkenal dari Negeri Sembilan, W.A.R.I.S bersama David Koon, Andrew Lui dan Ronald Mok.

    Gunakan #Gemenchehboys bagi berkongsi pendapat mahupun keterujaan anda tentang filem ini. Ikuti perkembangan terbaru serta klip-klip menarik Gemencheh Boys di platform TikTok, Instagram, X, Facebook Astro Shaw dan Astro Gempak.

    Nantikan filem Gemencheh Boys, sebuah cerita Malaysia adaptasi dari kisah sebenar tentang enam budak FELDA yang digelar ‘enam jahanam’ berjaya mencipta sejarah dalam dunia sukan antarabangsa, yang akan berada di pawagam seluruh negara bermula 26 Oktober 2023 ini.

  • KISAH GEMENCEH BOYS YANG MENCIPTA KEAJAIBAN DALAM ARENA KRIKET GLOBAL

    KISAH GEMENCEH BOYS YANG MENCIPTA KEAJAIBAN DALAM ARENA KRIKET GLOBAL

    Kuala Lumpur, 9 Oktober 2023 – Di tengah-tengah jangkaan semua, ‘6 Jahanam,’ gelaran unik untuk enam anak FELDA, sedang bersedia untuk mengejar pingat emas dalam gelanggang kriket peringkat antarabangsa. Gemencheh Boys, sebuah filem inspirasi yang terinspirasi daripada kisah benar keenam pemuda FELDA dari Bukit Rokan Utara dan guru mereka, Cikgu Azman, bakal mengejutkan pawagam-pawagam di seluruh negara bermula 26 Oktober ini.

    Diterbitkan oleh Astro Shaw, bekerjasama dengan GV Corporate Advisory dan SOL Pictures, filem ini jauh melangkaui konsep biasa filem sukan. Ia menghidangkan pengalaman bercerita yang mengagumkan dengan elemen humor, rasa bangga, dan sentuhan emosi yang mampu menggetarkan hati, semuanya dikongsi melalui tema semangat kesetiaan kawan dan tekad untuk mencapai kejayaan.

    Dengan tagline ‘tiada berundur, tiada menyerah,’ Gemencheh Boys memaparkan cerita mengenai Shafiq dan kelima sahabatnya sepanjang tahun-tahun sekolah mereka. Perbuatan mereka yang mencetuskan kisah di luar sekolah bukan sahaja menjadi bualan dalam kawasan sekolah, malah juga menarik perhatian penduduk kampung yang menjadi saksi kepada perjalanan mereka.

    Demi menjadikan mereka manusia berguna, Cikgu Azman bertanggungjawab untuk membimbing dan mendorong mereka menyertai pasukan kriket sekolah. Meskipun cikgu Azman tidak mempunyai asas tentang sukan yang dianggap elit itu, dia bertekad membimbing ‘6 jahanam’ –  Shafiq, Rashid, Fauzi, Amin, Shukri dan Azad untuk bermain kriket, sekaligus mengubah kehidupan mereka.

    Filem ini diceritakan dari kaca mata atlet kebangsaan Shafiq Sharif yang mewakili Malaysia untuk Piala Dunia Kriket pada tahun 2019 serta berjaya merangkul pingat emas di Sukan SEA 2017. Gemencheh Boys membuktikan kita sebagai rakyat Malaysia, tidak kira apa jua latar belakang, apabila meletakkan kepercayaan dan kesungguhan, pasti mampu meraih kejayaan – ‘from zero to hero’.

    Menarik lagi, babak-babak yang dipaparkan amat dekat dengan masyarakat kita dan ia akan membawa penonton mengimbau kenangan manis zaman kanak-kanak pada era 1990an. Antaranya main cop tiang, mandi sungai, petik buah mangga selepas balik sekolah, berbasikal sekitar kawasan kampung dengan kawan-kawan, lawan labah-labah dan simpan dalam kotak mancis, denda ketuk ketampi, layang-layang dan banyak lagi.

    Gemencheh Boys adalah hasil arahan pemenang Cerita Asal Terbaik Festival Filem Malaysia 2017, Jason Chong bersama Eric Ong. Cerita asalnya diilhamkan oleh Jason dengan kerjasama Sky Khor untuk penulisan skrip.

    Menurut Penerbit Eksekutif Gemencheh Boys merangkap Naib Presiden, Ketua Astro Shaw & Perniagaan Melayu Nusantara, Raja Jastina Raja Arshad, “Filem Gemencheh Boys adalah sebuah cerita Malaysia dengan karakter dan mesej yang amat dekat dengan masyarakat kita. Tema yang dipersembahkan membuktikan kita semua, tanpa mengira latar belakang, mampu meraih kejayaan serta menjadi luar biasa atas usaha dan kepercayaan.” 

    “Astro Shaw percaya Gemencheh Boys mempunyai tarikan hebatnya tersendiri, selain muncul sebagai naskhah berkualiti serta sarat dengan pengisian yang mampu meninggalkan kesan. Harapan kami agar filem ini dapat memberi inspirasi kepada masyarakat Malaysia berbilang kaum serta menyuntik minat terhadap karya tempatan.”

     “Dalam usaha mempromosikan Gemencheh Boys, kami telah mengadakan tayangan eksklusif. Kami berbesar hati apabila menerima maklum balas positif, lebih-lebih lagi apabila penonton bersorak dengan laungan ‘Monceh Mogah’ (Gemencheh Megah), di samping tepukan gemuruh bagaikan di stadium selepas tamat tayangan. Sebuah pengalaman menonton yang sangat berbeza”.

    Gemencheh Boys menampilkan pelakon berpengalaman seperti Pekin Ibrahim, Farah Ahmad dan Dato’ Ahmad Tarmimi Siregar yang mempamerkan persembahan cukup meyakinkan. Pemenang Pelakon Lelaki Terbaik di Festival Filem ke-28, Pekin Ibrahim sekali lagi menonjolkan sisi berbezanya apabila membawa watak Cikgu Azman yang memerlukan dialog dalam dialek Negeri Sembilan. Selain itu, Gemencheh Boys menyandarkan wajah-wajah baru dalam arena lakonan sebagai tunggak utama Aqil Yaya, Syed Ahmad, Ayiet Harith, Kimi Norais, Izzue Deen dan Amir Kuziq. Turut membintangi adalah Zaidi Omar, Azman Hassan, Kamal, Rezuan, Ieda Moin, Arumugam A/L Vedan dan penampilan istimewa Farah Fauzana.

    Lagu rasmi filem ini adalah ‘Siapa Kami’ nyanyian penyanyi rap terkenal dari Negeri Sembilan, W.A.R.I.S bersama David Koon, Andrew Lui dan Ronald Mok.

    Pengarah, Penulis Skrip, Cerita Asal Gemencheh Boys, Jason Chong menyatakan filem ini adalah tentang transformasi dan harapan. “Gemencheh Boys adalah sebuah kisah sebenar yang memaparkan tentang bagaimana seseorang mengubah kehidupan orang lain dengan memberi harapan dan keyakinan. Kami yakin filem ini mampu membuatkan penonton mengakui bahawa semua orang boleh menjadi seperti Gemencheh Boys jika percaya pada diri sendiri.”

    Astro Shaw menjalinkan kerjasama bersama jenama tempatan APOM! dalam rangka promosi filem. Penonton boleh dapatkan t-shirt dan beg eksklusif Gemencheh Boys X APOM! di www.apom.my bermula 9 Oktober atau di outlet APOM! bermula 26 Oktober.

    Gemencheh Boys juga mendapat sokongan daripada Malaysia Cricket Association dan Kementerian Belia Dan Sukan. Antaranya kolaborasi di acara julung kali diadakan di Malaysia, Internasional Cricket Counsil  – ICC Men’s Cricket World Cup Trophy Tour.  Selain itu turut bekerjasama bersama pusat beli belah AEON dan genama DGI dalam rangka promosi filem.

    Pembelian tiket Gemenchech Boys boleh dibeli awal di pawagam seluruh negara bermula 18 Oktober ini.

    Gunakan #Gemenchehboys bagi berkongsi pendapat mahupun keterujaan anda tentang filem ini. Ikuti perkembangan terbaru serta klip-klip menarik Gemencheh Boys di platform TikTok, Instagram, X, Facebook Astro Shaw dan Astro Gempak.

    Nantikan Gemencheh Boys, sebuah cerita adaptasi dari kisah sebenar tentang enam budak FELDA yang digelar ‘enam jahanam’ yang berjaya mencipta sejarah dalam dunia sukan antarabangsa. Filem ini bakal berada di pawagam seluruh negara bermula 26 Oktober ini.

  • PESTA BOLA MERDEKA 2023: PERLAWANAN AMAL UNITI BAKAL MERIAHKAN KARNIVAL BOLA SEPAK

    PESTA BOLA MERDEKA 2023: PERLAWANAN AMAL UNITI BAKAL MERIAHKAN KARNIVAL BOLA SEPAK

    CHERAS, 7 Oktober 2023 – Suasana Stadium KLFA Cheras, Kuala Lumpur berubah menjadi kemeriahan semasa berlangsungnya Perlawanan Amal UNITI sempena Karnival Pesta Bola Merdeka 2023. Ini bukanlah sekadar pertandingan, tetapi juga satu momen penting dalam menyebarkan nilai-nilai perpaduan melalui sukan bola sepak.

    Dalam perlawanan ini, beberapa wira bola sepak negara telah bersatu dengan Selebriti serta ahli Persatuan Penulis Sukan Malaysia (SAM). Di kalangan wajah-wajah terkenal yang turut serta termasuklah Mubik Mokhtar, Nizaruddin Yusof, K Gunalan, Shahrin Majid, Azizon Abdul Kadir, Hardi Jaafar, Shahril Arshad, Ramli Junid, Malek Rahman, Ismail Ibrahim, dan banyak lagi.

    Pasukan Selebriti dan SAM turut memeriahkan perlawanan ini dengan penyertaan pemain-pemain seperti Haji Zainal Abidin Rawop, Abu Bakar Atan, Izhar Hatan, dan banyak lagi.

    Tidak hanya itu, YBhg. Datuk Azman bin Mohd Yusof, Ketua Setiausaha Kementerian Perpaduan Negara turut hadir dan beraksi bersama pasukan selebriti/ SAM bagi menambah semarak acara ini. Perlawanan amal ini adalah sebahagian daripada inisiatif Kementerian Perpaduan Negara bersamasama Persatuan Bolasepak Malaysia (FAM) dengan kerjasama Dewan Bandaraya Kuala Lumpur.

    Perlawanan Amal Uniti ini mengambil tema ‘Bola Sepak Menyatukan Kita’, yang bertujuan untuk menggabungkan masyarakat Malaysia melalui penyertaan lagenda bola sepak negara. Ini juga menjadi acara pra-karnival bagi mempromosikan Karnival Uniti Pesta Bola Merdeka 2023 yang akan berlangsung pada 13 – 17 Oktober 2023 di perkarangan Stadium Nasional Bukit Jalil.

    Karnival Pestabola Merdeka 2023 ini bukan sahaja menawarkan perlawanan bola sepak yang mengujakan tetapi juga pelbagai aktiviti menarik seperti acara larian, berbasikal, kejohanan penalti, kejohanan bola sepak jalanan, persembahan kebudayaan, dan banyak lagi. Orang ramai turut berpeluang untuk menyertai aktiviti ‘Stadium Tour’ sambil merakam kenangan bersama Piala Pesta Bola Merdeka.

    Jangkaan lebih 100,000 pengunjung dari seluruh negara akan hadir memeriahkan karnival in selama lima hari berlangsung. Semangat patriotik dan semarak perpaduan masyarakat Malaysia yang terpancar melalui sokongan kepada pasukan Harimau Malaya dalam dua perlawanan menentang India pada 13 Oktober dan bakal beraksi di perlawanan akhir pada 17 Oktober nanti, memperlihatkan bahawa bola sepak benar -benar memiliki kekuatan untuk menyatukan kita semula.

    Karnival Pesta Bola Merdeka 2023 adalah acara yang menggabungkan sukan, hiburan, dan semangat perpaduan, membuktikan bahawa bola sepak tidak hanya permainan, tetapi juga jalan untuk menyatukan hati rakyat Malaysia.