Category: Semakan & Permohonan

Semakan & Permohonan bagi bantuan, pendidikan dan pelbagai lagi.

  • Bantuan Rm200 Sebulan JKM – Syarat Dan Cara Permohonan

    Bantuan Rm200 Sebulan JKM – Syarat Dan Cara Permohonan

    Bantuan Rm200 Sebulan JKM – Syarat Dan Cara Permohonan. Untuk pengetahuan anda, melalui Jabatan Kebajikan Masyarakata (JKM) terdapat satu perkhidmatan bantuan yang boleh diberikan kepada pemohon yang layak. Bantuan yang dimaksudkan itu adalah Bantuan Latihan Perantis. Tujuan bantuan ini adalah untuk membantu klien Jabatan atau anak-anak penerima bantuan yang tercicir daripada persekolahan dan menganggur serta bekas pelatih atau bekas penghuni institusi kebajikan untuk mendapatkan latihan kemahiran atau latihan sambil bekerja. Jumlah bagi bantuan yang disediakan adalah sebanyak RM200 sebulan untuk seorang pemohon.

    SYARAT MEMOHON BANTUAN RM200 JKM

    Untuk memohon, pemohon haruslah menepati syarat-syarat yang diberikan :

    1. Mestilah warganegara dan bermastautin di Malaysia;
    2. Anak-anak penerima bantuan atau bekas pelatih / bekas penghuni dari institusi kebajikan; atau
    3. Kes-kes Seliaan Akhlak; atau
    4. Bekas Pelatih Perintah Khidmat Masyarakat; ATAU
    5. Mana-mana kes yang berkeperluan, layak dipertimbangkan dengan kelulusan KPKM
    • Kelulusan berdasarkan tempoh latihan dan maksimum 24 bulan

    CARA PERMOHONAN

    Untuk memohon, anda perlu lengkapkan borang permohonan dan hantar ke pajabat JKM yang berhampiran. Untuk memudahkan urusan pentabiran, anda diminta untuk membawa sekali dokumen sokongan seperti berikut:

    • Salinan Kad pengenalan pemohon
    • Salinan kad pengenalan suami / isteri / ibu / bapa / anak yang tinggal Bersama
    • Salinan sijil kelahiran anak-anak/ ahli keluarga yang tinggal Bersama
    • Salinan penyata gaji (jika ada) dan;
    • Lain-lain dokumen yang berkaitan

    Borang Permohonan

    1. JKM 18 Borang Permohonan Bantuan : [Klik Disini]
    2. JKM 20 Borang Kaji Semula Bantuan : [Klik Disini]

    Bantuan bulanan JKM akan dinaikkan kepada RM 1000 — MYKMU.NET

    MAKLUMAT LANJUT

    Untuk maklumat lanjut berkaitan permohonan bantuan RM200 dari JKM boleh terus ke pautan portal rasmi : [Klik Disini]

    Klik Disini untuk lagi maklumat bantuan dan permohonan untuk anda

  • Bantuan Prihatin Rakyat Fasa 3 : Semakan Dan Tarikh Bayaran

    Bantuan Prihatin Rakyat Fasa 3 : Semakan Dan Tarikh Bayaran

    Bantuan Prihatin Rakyat Fasa 3 : Semakan Dan Tarikh Bayaran. Bayaran Bantuan Prihatin Rakyat (BPR) Keluarga Malaysia Fasa 3 dan rayuan BPR akan dikreditkan ke dalam akaun penerima mulai 28 September ini secara berperingkat dan dijangka selesai pada 30 September 2021. Menurut Perdana Menteri, untuk fasa 3, setiap penerima bakal memperoleh sehingga RM1,400, manakala penerima bayaran rayuan BPR akan menerima sehingga RM2,300 termasuk bayaran BPR tambahan di bawah Program Strategik Memperkasa Rakyat dan Ekonomi Tambahan (PEMERKASA+) bernilai sehingga RM500 bagi setiap penerima, mengikut kategori kelayakan masing-masing iaitu berdasarkan status perkahwinan, jumlah pendapatan isi rumah dan bilangan anak.

    Bayaran BPR Fasa 3 dan BPR Rayuan Mulai 28 September 2021

    SEMAK STATUS BAYARAN BANTUAN PRIHATIN RAKYAT FASA 3

    Sebagai makluman, semakan status BPR bagi yang membuat rayuan dan pemohon sedia ada telah dibuka mulai 18 September 2021 (Sabtu) melalui laman portal rasmi BPR 2021.

    Untuk semakan boleh terus ke pautan [Klik Disini]

    1. Klik Log Masuk
    2. Masukkan Nombor MyKad
    3. Pengesahan Kata Kunci Keselamatan
    4. Masukkan kata laluan
    5. Klik Menu Semakan Status
    6. Maklumat yang akan dipaparkan :
      • Status Permohonan
      • Maklumat Pembayaran (Jika Ada)

    Selain daripada laman portal, semakan BPR juga boleh dibuat melalui cara berikut;

    1. Hubungi LHDNM: 1-800-88-2747 (waktu operasi: 9.00 pagi – 5.00 petang); atau
    2. Hubungi MoF: 03-8882 4565 / 4566 (waktu operasi: 9.00 pagi – 5.00 petang); atau
    3. Hadir ke LHDNM yang berhampiran

    JUMLAH BANTUAN PRIHATIN RAKYAT FASA 3

    Untuk BPR Fasa 3, setiap penerima bakal menerima sehingga RM1,400 manakala penerima bayaran Rayuan BPR akan menerima sehingga RM2,300 mengikut kategori kelayakan masing-masing, seperti jadual di bawah :

    Jumlah Bayaran BPR Fasa 3 & Rayuan BPR (September 2021)

    Kategori Isi rumah Untuk Pembayaran BPR Fasa 3

    • Isi rumah <2500 (Kurang dari 1 anak) – RM500
    • Isi rumah <2500 (2 anak ke atas) – RM1100
    • Isi Rumah >2501 – 4000 (Kurang dari 1 anak) – RM200 
    • Isi Rumah >2501 – 4000 (2 anak ke atas) – RM600
    • Isi Rumah >4001 – 5000 (0-1 anak berumur 60 ke atas) – RM200
    • Isi Rumah >4001 – 5000 (Kurang dari 1 anak) – RM100 
    • Isi Rumah >4001 – 5000 (2 anak ke atas) – RM200

    Jumlah Bayaran BPR Fasa 3 ke atas

    Jadual ini adalah untuk rujukan pembayaran BPR Fasa 3 Bukannya untuk bayaran rayuan BPR.

    Kategori Bujang

    Adalah dimaklumkan bahawa tiada pembayaran bagi kategori bujang untuk fasa tiga kerana peruntukan BPR fasa 3 hanya diberikan bagi fasa pertama dan kedua sahaja. Jumlah keseluruhan BPR untuk bujang adalah RM350 dan tiada pembayaran untuk fasa 3.

    Bujang Tiada Pembayaran Fasa 3

    Untuk Maklumat lanjut berkaitan Bantuan Prihatin Rakyat Fasa 3 boleh terus ke portal rasmi [https://bpr.hasil.gov.my/]

    Info Penting :

    1. TIADA CAJ yang dikenakan bagi permohonan BPR. Pemohon dinasihatkan untuk sentiasa berhati-hati dengan skim penipuan atau ‘scam’ yang aktif di media sosial. Pemohon dinasihatkan untuk merujuk portal rasmi BPR bagi sebarang semakan dan makluman terkini.
    2. LHDNM TIDAK MENYEDIAKAN perkhidmatan pendaftaran Bantuan Prihatan Rakyat (BPR) secara bergerak melalui Pegawai BKK, LHDNM yang hadir ke rumah pemohon.
    3. LHDNM menafikan ada membuat panggilan keluar menggunakan talian bebas tol 1-800-88-2747. Panggilan semula (jika perlu) hanya dibuat kepada individu yang ada membuat panggilan di talian bebas tol Bantuan Prihatin Rakyat Fasa 3. Di mana individu berkenaan akan dimaklumkan terlebih dahulu semasa aduan / semakan diterima.

    Klik Disini untuk lagi info bantuan , semakan dan permohonan untuk anda

  • Skіm Rumаh Pertamaku, Permohonan Pinjaman Tanpa Deposit

    Skіm Rumаh Pertamaku, Permohonan Pinjaman Tanpa Deposit

    Skіm Rumаh Pertamaku , Permohonan Pinjaman Tanpa Deposit. Skіm Rumаh Pertamaku (Mу Fіrѕt Hоmе), ѕkіm ini аdаlаh ѕаtu ѕkіm ріnjаmаn tеrbukа yang mana реmоhоn yang layak bаkаl mеnеrіmа реmbіауааn pinjaman реrumаhаn ѕеhіnggа 110% bermaksud ріnjаmаn tаnра dероѕіt 10% уаng bіаѕа dikenakan untuk membeli rumаh.

    Skіm іnі terbuka kepada ѕеmuа gоlоngаn уаng bekerja dі реlbаgаі ѕеktоr . Skim ini tidak tertumpu kераdа іndіvіdu уаng bеkеrjа dі ѕеktоr kеrаjааn, tetapi individu yang bеkеrjа dіѕеktоr swasta dаn bekerja ѕеndіrі juga lауаk untuk mohon.

    SKIM RUMAH PERTAMAKU

    Skіm Rumah Pеrtаmаku (SRP) аdаlаh inisiatif реmіlіkаn rumаh уаng реrtаmа kali dіumumkаn dаlаm Bеlаnjаwаn 2011 оlеh kеrаjааn Mаlауѕіа. Skіm іnі diperkenalkan untuk mеmbаntu реmbеlі-реmbеlі rumаh реrtаmа yang bеrреndараtаn kasar bulаnаn іѕі rumаh ѕеhіnggа RM10,000 (tertakluk kераdа RM5,000 ѕеtіар pemohon) untuk mеmіlіkі rumаh реrtаmа mеrеkа. Skіm іnі membolehkan реmbеlі rumаh реrtаmа untuk mеndараt реmbіауааn sehingga 110% dаrіраdа bаnk-bаnk уаng tеrlіbаt dаn mеmbоlеhkаn pemilikan rumah tanpa реrlu membayar wang реndаhuluаn.

    KELAYAKAN MEMOHON

    Berikut adalah ѕуаrаt kеlауаkаn individu bаgі mеmоhоn Skіm Rumаh Pertamaku :
    1. Wаrgаnеgаrа Mаlауѕіа
    2. Pembeli rumаh реrtаmа sahaja
    3. Pеkеrjа bеrgаjі atau іndіvіdu yang bеkеrjа ѕеndіrі
    4. Pemohon іndіvіdu atau bеrѕаmа
    5. Pendapatan kаѕаr bulаnаn іѕі rumah:
    • RM5,000) Tidak lеbіh daripada RM5,000 – bаgі реmоhоn individu / bеrѕаmа
    • Lеbіh dаrіраdа RM5,000 dаn tidak lebih daripada RM10,000 – bаgі pemohon bеrѕаmа (tertakluk kepada pendapatan kаѕаr bulаnаn isi rumаh setiap реmоhоn tіdаk lеbіh dаrіраdа
    6. Tiada rеkоd pembiayaan уаng terjejas dаlаm tеmроh 12 bulаn lераѕ

    SYARAT PEMBIAYAAN

    Selain daripada kelayakan memohon Skіm Rumаh Pertamaku diatas, pemohon juga perlu diingatkan tentang syarat dan keperluan pemohon di dalam proses pembiayaan :

    1. Tеmроh реmbіауааn tidak lebih dаrіраdа 35 tahun, tеrtаkluk kераdа umur pemohon tіdаk mеlеbіhі 70 tаhun diakhir tеmроh pembiayaan
    2. Pеmbіауааn yang mеmbеrі kеmudаhаn untuk melunaskan ѕаhаjа (tіаdа ciri yang memberi kemudahan untuk mеmbuаt реngеluаrаn)
    3. Bауаrаn ansuran melalui роtоngаn gаjі bulanan аtаu аrаhаn tеtар
    4. Insurans / tаkаful kebakaran dіwаjіbkаn
    5. Untuk pembelian hartanah уаng bernilai ѕеhіnggа RM300,000 dаn untuk реmоhоn dеngаn реndараtаn kаѕаr bulаnаn isi rumаh tіdаk lеbіh daripada RM5,000

    BANK YANG MENGAMBIL BAHAGIAN

    Permohonan untuk pembiayaan dibawah Skіm Rumаh Pertamaku (Mу Fіrѕt Home Sсhеmе) іnі boleh dіbuаt dі саwаngаn terdekat bank yang tеrlіbаt ѕереrtі bеrіkut :

    • Affіn Bank Bеrhаd
    • Mауbаnk Islamic Bеrhаd
    • Allіаnсе Bаnk Mаlауѕіа Berhad
    • Allіаnсе Iѕlаmіс Bаnk Malaysia Berhad
    • OCBC Al Amіn Bеrhаd
    • AmBank Berhad
    • AmIѕlаmіс Bаnk Bеrhаd
    • Publіс Bаnk Bеrhаd
    • Publіс Iѕlаmіс Bаnk Bеrhаd
    • Bаnk Iѕlаm Malaysia Bеrhаd
    • RHB Bаnk Berhad
    • Bаnk Muаmаlаt Mаlауѕіа Berhad
    • CIMB Bаnk Bеrhаd
    • CIMB Iѕlаmіс Bаnk Bеrhаd
    • Standard Chartered Bank Mаlауѕіа Bеrhаd
    • Stаndаrd Chartered Sааdіԛ Berhad
    • Hоng Leong Bаnk Bеrhаd
    • Hоng Leong Islamic Bank Bеrhаd

    MAKLUMAT LANJUT

    Untuk maklumat lanjut berkaitan Skim Rumah Peratamaku , anda boleh terus ke laman web rasmi Skim Rumah Pertamaku di : [Klik Disini]

    Klik Disini untuk info lain berkaitan permohonan rumah IKRAM KPKT
  • Rumah IKRAM KPKT Permohonan Rumah Serendah RM124 Sebulan

    Rumah IKRAM KPKT Permohonan Rumah Serendah RM124 Sebulan

    Rumah IKRAM KPKT. Untuk makluman, Kementerian Perumahan dan Kerajaan Tempatan (KPKT) telah menyediakan satu bentuk inisiatif program iaitu dikenali sebagai Program Kediaman Rumah Keluarga Malaysia (Rumah IKRAM KPKT) yang bertujuan untuk membantu mereka yang tidak mempunyai tempat kediaman atau tempat berteduh akibat Pandemik Covid-19 untuk mendapatkan tempat tinggal.

    Bagi mereka yang terkesan akibat pandemic Covid-19 disebabkan oleh kehilangan pendapatan / kurang pendapatan serta kehilangan pekerjaan yang menyebabkan mereka terpaksa keluar dari rumah sewa akibat tidak mampu membayar sewa rumah, anda boleh cuba untuk memohon Program Kediaman Rumah Keluarga Malaysia (Rumah IKRAM KPKT) yang disediakan oleh pihak Kementerian Perumahan dan Kerajaan Tempatan (KPKT) ini.

    CIRI-CIRI RUMAH IKRAM KPKT

    1. Bagi rumah yang terletak di Kawasan bandar besar, jenis rumah adalah bertingkat antara 5 hingga ke 18 tingkat.
    2. Rumah yang terletak di Kawasan pinggir bandar adalah jenis rumah teres.
    3. Keluasan rumah adalah tidak kurang daripada 700 kaki persegi.
    4. Struktur binaan rumah adalah terdiri daripada:
      -Tiga (3) bilik tidur
      -Satu (1) ruang tamu
      -Satu (1) ruang dapur
      -Dua (2) bilik air
    5. Kemudahan asas termasuklah:
      -Dewan komuniti/ruang orang ramai
      -Surau/ruang solat
      -Gerai makan/ruang niaga
      -Tadika
      -Kemudahan OKU
      -Taman permainan/Kawasan lapang
      -Rumah Sampah
    6. Kadar sewaan minimum adalah RM124 Sebulan

    SENARAI PPR RUMAH IKRAM KPKT YANG TERLIBAT

    Terdapat sebanyak 1,000 unit yang ditawarkan melalui inisiatif ini. Berikut adalah senarai rumah PPR yang boleh didapati di bawah Rumah IKRAM KPKT ini:

    • PPR Sentul Murni, Kuala Lumpur
    • PPR Lembah Subang 2, Selangor
    • PPR Amanjaya, Kedah
    • PPR kota Setar, Kedah
    • PPR Sinar Intan 3, Kedah
    • PPR Kota Bharu, Kelantan
    • PPR Gua Musang, Kelantan
    • PPR Sg. Melana 2 Johor

    Rumah IKRAM KPKT: Permohonan Rumah Sewa Serendah RM124

    SYARAT-SYARAT PERMOHONAN RUMAH IKRAM KPKT

    • Pemohon serta pasangan mestilah warganegara Malaysia
    • Permohon mestilah berumur 18 tahun dan ke atas
    • Pemohon adalah mereka yang tidak memiliki rumah / rumah sedia ada telah dilelong / tempoh sewaan ditamatkan oleh tuan rumah / seumpamanya
    • Pendapatan isi rumah hendaklah tidak melebihi RM3,000 sebulan

    CARA PERMOHONAN

    Untuk membuat permohonan Rumah IKRAM KPKT, permohonan boleh dibuat di laman web rasmi TEDUH di pautan berikut: [Klik Disini]

    MAKLUMAT LANJUT

    Untuk sebarang persoalan atau kemusykilan mengenai projek perumahan di bawah TEDUH ini, anda boleh terus hubungi pihak TEDUH di laman web rasmi TEDUH di https://teduh.kpkt.gov.my/contact

    Rumah Ikram untuk rakyat terkesan akibat Covid-19

    Klik Disini untuk lagi info bantuan dan permohonan untuk anda

  • Program Dana Didik Johor YPJ

    Program Dana Didik Johor YPJ

    Program Dana Didik Johor YPJ (Yayasan Pelajaran Johor) adalah program yang memberikan caruman percuma sebanyak RM100 bagi setiap kelahiran bayi di negeri Johor dalam akaun SSPN-i. Simpanan berkenaan boleh dikeluarkan apabila penerima manfaat berusia 18 tahun.

    SYARAT KELAYAKAN DANA DIDIK JOHOR YPJ

    Syarat-syarat kelayakan untuk mengambil bahagian dalam program ini adalah :

    1. Ibu dan bapa adalah warganegara Malaysia
    2. Bayi yang dilahirkan di Negeri Johor mulai 1hb Januari 2021 sehingga 31 Disember 2021
    3. Pendapatan ibu dan bapa di bawah RM 7,000 sebulan. Pendapatan merujuk kepada semua bentuk ganjaran hasil daripada pekerjaan, perniagaan, upah, gaji, komisyen, bonus, elaun, sewa dan lain-lain.

    CARA PERMOHONAN

    Untuk ibubapa yang ingin memohon dan menepati syarat-syarat yang diberikan, boleh terus mengisi borang secara atas talian melalui pautan ini [Klik Disini]

    Untuk pengisian borang secara bertulis, borang boleh didapati di :

    1. Wad-wad bersalin hospital utama di Negeri Johor
    2. Jabatan Pendaftaran Negara di Negeri Johor
    3. Pejabat PTPTN Cawangan di Negeri Johor
    4. Pejabat Yayasan Pelajaran Johor

    Permohonan yang lengkap boleh dihantar melalui :

    • Emel ke danadidikjohor@ypj.gov.my ( borang yang telah lengkap diisi bersama dokumen sokongan yang telah discan dalam bentuk PDF sebelum dihantar melalui emel )
    • Atau ; serahan di pejabat Yayasan Pelajaran Johor dan semua cawangan pejabat Perbadanan Tabung Pendidikan Tinggi Nasional (PTPTN) Negeri Johor dan Jabatan Pendaftaran Negara Negeri Johor.

    May be an image of child and text that says 'TABUNG DANA DIDIK Η OR YAYASAN PELAJARAN JOHOR Syarat-syarat kelayakan PERCUMA CARUMAN RM100 BAGI SETIAP KELAHIRAN BAYI DI NEGERI JOHOR DALAM AKAUN SSPN- BERMULA JANUARI 2021 01 Ibu dan adalah warganegara Malaysia 02 yang dilahirkan di Negeri Johor mulai Januari 2021 03 Pendapatan ibu dan bapa di bawah RM sebulan 04 Simpanan boleh dikeluarkan apabila manfaat 18 tahun dilaman web boleh Wad-wad bersalin hospital Jabatan Pendaftaran Pejabat PTPTN Cawangan Pejabat Yayasan Permohonan boleh dibuat atau borang permohonan kaunter Negeri Negeri Johor Negeri Johor ১ච> Permohonan lengkap berikut: Emel danadidikjohor@ypj.gov.my sesawang www.ypj.gov.my 07-234 4355 Permohonan dibuka 1Januari 7-236 1081 2021'

    MAKLUMAT LANJUT

    Untuk maklumat lanjut boleh terus ke laman sesawang Yayasan Pelajaran Johor : [Klik Disini]

    atau terus ke pautan Program Dana Didik Johor YPJ : [Klik Disini]

    Klik Disini untuk banyak lagi bantuan dan permohonan untuk anda