Category: Pendidikan

Maklumat dan informasi dalam pendidikan. Pelbagai bantuan, biasiswa pendidikan, tajaan, pinjaman pendidikan serta latihan.

  • Skim Agihan Awal IPT 2022 LZNK : Semakan & Permohonan

    Skim Agihan Awal IPT 2022 LZNK : Semakan & Permohonan

    Skim Agihan Awal IPT 2022 LZNK. Lembaga Zakat Negeri Kedah (LZNK) telah menyediakan Skim Agihan Awal IPT Dalam Negara Dan Luar Negara yang merupakan agihan sekaligus (one-off) kepada pemohon di kalangan Anak Jati Negeri Kedah yang bakal memasuki tahun pertama pengajian tinggi di Institut Pengajian Tinggi di dalam atau luar negara mengikut syarat-syarat kelayakan tertentu.

    Skim Agihan Awal IPT 2022 LZNK

    Skim Agihan Awal IPT2022 oleh LZNK dibahagikan kepada 2 kategori permohonan iaitu Agihan IPT Dalam Nagara dan Agihan Awal IPT Luar Negara. Pelajar yang menerima surat tawaran melanjutkan pelajaran ke IPT hanya boleh membuat permohonan bagi setiap peringkat sekali sahaja sepanjang tempoh pengajian.

    Jumlah Agihan

    Jumlah bayaran Skim Agihan Awal IPT 2022 adalah seperti maklumat dibawah :

    Dalam Negara

    Peringkat PengajianJumlah Agihan
    Sijil/MatrikulasiRM300.00
    DiplomaRM600.00
    Ijazah PertamaRM800.00

    Luar Negara

    Peringkat PengajianJumlah Agihan
    Ijazah Pertama/Master/PhDRM1000.00

    Tarikh Tutup Permohonan

    Tarikh tutup permohonan bagi Skim Agihan Awal IPT 2022 LZNK adalah 31 Disember 2022

    Syarat Permohonan

    Untuk membuat permohonan Skim Agihan Awal IPT 2022 ini, pemohon perlu menepati syarat kelayakan seperti dibawah :

    Syarat Permohonan Skim Agihan Awal IPT Dalam Negeri

    1. Beragama Islam
    2. Pemohon adalah Anak Jati Negeri Kedah atau Bermastautin di Negeri Kedah (mengikut alamat surat tawaran ke IPT)
    3. Pemohon menerima surat tawaran melanjutkan pelajaran secara sepenuh masa bermula tahun 2021 sahaja, dan telah membuat pengesahan pengajian dengan pihak Universiti
    4. PASCA-SISWAZAH & SEPARUH MASA tidak layak memohon
    5. Tempoh minimum pengajian pemohon adalah sekurang-kurangnya setahun pengajian kecuali bagi bidang kemahiran sekurang-kurangnya 3 bulan pengajian
    6. Berumur 18 tahun sewaktu mengemukakan permohonan kecuali bagi kes-kes khas dimana pelajar memasuki IPT dibawah umur.
    7. Pemohon perlulah menyambung pengajian di peringkat Institut Pengajian Tinggi (IPT)
    8. Pemohon yang menyambung pengaijan dalam Program Persediaan Ijazah Sarjana Muda Perguruan ( PPISMP) adalah tidak layak memohon Agihan Awal IPTA
    9. Agihan ini hanya diberikan sekali sahaja sepanjang tempoh pengajian bagi setiap peringkat pengajian yang berbeza
    10. LZNK berhak menolak permohonan sekiranya permohonan tidak diisi dengan lengkap dan sempurna

    Syarat Permohonan Skim Agihan Awal IPT Luar Negara

    1. Beragama Islam
    2. Pemohon adalah Anak Jati Negeri Kedah atau Bermastautin di Negeri Kedah (mengikut alamat surat tawaran ke IPT)
    3. Pemohon menerima surat tawaran melanjutkan pelajaran secara sepenuh masa bermula tahun 2021 sahaja, dan telah membuat pengesahan dan pendaftaran awal pengajian
    4. Tempoh minimum pengajian pemohon adalah sekurang-kurangnya setahun pengajian
    5. Berumur 18 tahun sewaktu mengemukakan permohonan
    6. Bidang Pengajian diiktiraf oleh Malaysian Qualification Agancy (MQA) atau Kementerian Pendidikan Malaysia
    7. Agihan ini hanya diberikan sekai sahaja sepanjang tempoh pengajian bagi setiap peringkat pengajian yang berbeza
    8. LZNK berhak menolak permohonan sekiranya permohonan Skim Agihan Awal IPT 2022 LZNK tidak diisi dengan lengkap dan sempurna

    Cara Permohonan

    Untuk membuat permohonan Skim Agihan Awal IPT 2022 LZNK, anda boleh terus ke pautan rasmi LZNK di :

    [adinserter block=”11″]

    Dokumen Penting Bagi Permohonan

    Dokumen yang perlu dimuat-naik bersama permohonan Skim Agihan Awal IPT 2022 LZNK :

    1. Salinan Kad Pengenalan (pemohon)
    2. Salinan Kad Pengenalan ( Waris / Penjaga )
    3. Salinan surat tawaran melanjutkan pengajian ke Institut Pengajian Tinggi (IPT)
    4. Salinan Slip Bank / resit pembayaran pendaftaran awal pengajian, atau surat akuan pendaftaran masuk IPT yang dikeluarkan oleh IPT atau apa-apa dokumen bukti pengesahan masuk ke IPT
    5. Salinan akaun bank yang tertera nama pemohon
    6. Lain-lain dokumen khusus yang perlu disertakan bersama permohonan seperti Surat bermastautin/ Surat Rayuan Permohonan / Resit Zakat ( bagi yang berkaitan sahaja)

    Klik Disini untuk lagi info dan maklumat berkaitan bantuan pendidikan untuk anda

  • Bantuan Kewangan IPT 2022 Negeri Sembilan

    Bantuan Kewangan IPT 2022 Negeri Sembilan

    Bantuan Kewangan IPT 2022 Negeri Sembilan. Kerajaan Negeri Sembilan telah menyediakan bantuan khas berbentuk kewangan kepada pelajar IPT yang mendaftar ke IPT tahun pertama.

    Bantuan kewangan IPT 2022 adalah bayaran sekali sahaja kepada pelajar atau keluarga yang berpendapatan isi rumah kurang Rm4000

    Semua pelajar dari Negeri Sembilan layak mendapatkan bantuan kewangan IPT 2022 jika berada dalam tahun pertama pengajian di peringkat Ijazah Sarjana Muda, Diploma, atau Sijil.

    11 hari PKP, kerajaan tanggung kos makan lebih 74,500 pelajar IPT - Semasa  | mStar

    Jumlah Bantuan Kewangan IPT 2022

    Jumlah bantuan kewangan IPT 2022 yang diberikan kerajaan Negeri Sembilan adalah seperti berikut :

    PengambilanJumlah Bantuan
    Sijil / MatrikulasiRm500
    DiplomaRm700
    Ijazah / Sarjana / PHDRm1000

    Syarat – Syarat Permohonan

    Hanya pemohon yang memenuhi syarat kelayakan seperti dibawah dapat menerima bantuan kewangan IPT 2022 Negeri Sembilan :

    1. Pemohon adalah anak Negeri Sembilan yang menetap di Negeri Sembilan.
    2. Pemohon hendaklah memohon dalam tempoh tahun pertama pengajian.
    3. Pendapatan isi rumah tidak melebihi RM4,000.00.
    4. Pemohon hendaklah menggunakan borang PK-PSUKNS-31 secara online melalui aplikasi atau portal N9 Digital dan pemohon WAJIB mengisi semua maklumat yang diperlukan.
    5. Bagi pemohon yang merupakan anak peneroka FELDA sahaja; pemohon adalah diwajibkan untuk mengisi Borang Pengesahan Kelayakan Bantuan Pendidikan FELDA.

    Cara Permohonan

    Untuk membuat permohonan dan menepati syarat-syarat yang diberikan di atas, anda boleh terus ke pautan rasmi permohonan di :

    [adinserter block=”11″]

    Pemohon haruslah mendaftar dan log masuk sebelum membuat permohonan.

    Dokumen Sokongan

    Senarai dokumen sokongan berikut perlu dimuat naik bersama permohonan iaitu

    1. Salinan kad pengenalan ibu atau penjaga.
    2. Salinan kad pengenalan bapa atau penjaga.
    3. Salinan Sijil Kematian atau Perceraian (jika berkenaan).
    4. Salinan penyata gaji atau pengesahan pendapatan ibu atau penjaga.
    5. Salinan penyata gaji atau pengesahan pendapatan bapa atau penjaga.
    6. Salinan surat tawaran ke IPT.
    7. Salinan surat pengesahan pendaftaran atau bayaran yuran pendaftaran atau surat pengesahan pengajian.
    8. Salinan Sijil Berhenti Sekolah Rendah atau Menengah.
    9. Pengesahan Bantuan FELDA khususnya bagi anak peneroka FELDA dan disahkan oleh Pengurus FELDA.

    Untuk Borang yang berkaitan seperti di atas, anda boleh memuat turun borang tersebut di bawah :

    1. Borang Permohonan Bantuan IPT
      https://edubestari.com/wp-content/uploads/2020/11/BorangPermohonanBantuanIPT.pdf
    2. Borang Pengesahan Kelayakan Bantuan Pendidikan Felda
      https://edubestari.com/wp-content/uploads/2020/11/BORANG-PENGESAHAN-KELAYAKAN-BANTUAN-PENDIDIKAN-FELDA.pdf
    3. Borang Pengesahan Pendapatan
      https://edubestari.com/wp-content/uploads/2020/11/Borang-Pengesahan-Pendapatan.pdf

    Maklumat Lanjut

    Untuk maklumat lanjut berkaitan Bantuan Kewangan IPT 2022 Negeri Sembilan, anda boleh hubungi talian 06-7659936/31 & 06-7659784/85

    Klik Disini untuk lagi semakan permohonan dan bantuan pendidikan untuk anda

     

  • Pendaftaran Murid Tahun 1 Sesi 2023/2024

    Pendaftaran Murid Tahun 1 Sesi 2023/2024

    Pendaftaran Murid Tahun 1 Sesi 2023/2024. Untuk makluman semua ibu bapa yang mempunyai anak yang akan naik ke darjah 1 pada tahun 2023 dan 2024, perndaftaran akan boleh dilakukan mulai 1 Mac 2022.

    Kepada ibu bapa yang ingin mendaftarkan anak akan bersekolah Tahun 1 pada 2023 dan 2024, anda boleh membuat pendaftaran dan permohonan penempatan bagi sekolah yang dipilih sesi tahun hadapan secara online.

    Pendaftaran Murid Tahun 1

    Untuk membuat pendaftaran secara atas talian, anda boleh terus ke pautan Kementerian Pendidikan Malaysia di [Klik Disini]

    Untuk info anda, Browser yang sesuai digunakan adalah Internet Explorer (IE) 7 ke atas dengan resolusi paparan adalah 1024 X 768 pixel atau Mozilla Firefox 3.0.18 ke atas atau Google Chrome.

    Jika anda adalah pengguna baru, akan dikehendaki untuk membuat pendaftaran pengguna baru iaitu perlu didaftarkan dengan maklumat penjaga.

    Syarat Pendaftaran Murid Tahun 1 2023/2024

    • Murid Tahun 1 Sesi 2023 : Lahir pada 2 Januari 2016 hingga 1 Januari 2017
    • Murid Tahun 1 Sesi 2024 : Lahir pada 2 Januari 2017 hingga 1 Januari 2018

    Dokumen Penting Yang Diperlukan

    1. Buku Rekod Kesihatan murid (tarikh imunisasi/suntikan)
    2. Sijil Lahir murid
    3. Borang permohonan Tahun 1 (yang dicetak selepas mengisi maklumat secara online)
    4. Kad pengenalan ibu bapa / penjaga murid
    5. Sijil nikah/Sijil Daftar Kahwin
    6. Sijil Cerai dan sijil hak jagaan anak (jika berkenaan)
    7. Bil Utiliti : SYABAS/TNB/ASTRO/TELEFON (Sebagai bukti alamat tempat tinggal)

    TARIKH PERMOHONAN

    1. Tarikh Mula : 1 Mac 2022
    2. Tarikh Tutup : 30 April 2022
    3. Tarikh Rayuan : 1 Ogos – 31 Ogos 2022
    4. Keputusan Rayuan : 1 Oktober 2022

    Maklumat Lanjut

    Untuk maklumat lanjut berkenaan pendaftaran tahun 1 2023/2024, anda boleh terus ke pautan untuk pegawai yang boleh dihubungi mengikut negeri dan daerah di [Klik Disini]

    Klik Disini untuk lagi info berkenaan pendidikan dan semakan kelulusan untuk anda

  • Latihan Separa Perubatan Diploma Dan Sijil KKM

    Latihan Separa Perubatan Diploma Dan Sijil KKM

    Latihan Separa Perubatan Diploma Dan Sijil KKM. Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) telah membuka peluang kerjaya dan latihan untuk mengisi jawatan kosong kepada semua warganegara Malaysia untuk mengisi lebih 1,130 jawatan kosong seperti maklumat dibawah :

    MAKLUMAT LATIHAN

    Latihan : Latihan Separa Perubatan Bertaraf Diploma  Dan Sijil (Sesi Julai 2022)

    Lokasi Latihan : Seluruh Negara

    Nama Majikan : Kementerian Kesihatan Malaysia

    Tarikh Tutup Permohonan : 2 Januari 2022

    SYARAT UTAMA LANTIKAN

    Syarat utama lantikan bagi Latihan Separa Perubatan Diploma Dan Sijil KKM adalah :

    1. Warganegara Malaysia
    2. Berumur tidak kurang dari 18 tahun pada tarikh tutup iklan jawatan
    3. Calon bagi lantikan hendaklah memiliki Kepujian (sekurang-kurangnya Gred C) dalam subjek Bahasa Melayu pada peringkat Sijil Pelajaran Malaysia / Sijil Vokasional Malaysia atau kelulusan yang diiktiraf setaraf dengannya oleh Kerajaan.

    [icon name=”plus” prefix=”fas”] Jumlah kekosongan mengikut jantina calon adalah berdasarkan keperluan Kementerian Kesihatan Malaysia

    [icon name=”plus” prefix=”fas”] Calon yang telah mendaftarkan permohonan bagi Latihan Juru X-ray sebelum ini perlu mengemas kini semula permohonan sebelum atau pada tarikh tutup iklan berdasarkan 2 jenis latihan yang terkini iaitu latihan Juru X-ray (Diagnostik) dan Juru X-Ray (Terapi)

    SYARAT LATIHAN SEPARA PERUBATAN DIPLOMA DAN SIJIL KKM

    1. Warganegara Malaysia yang berumur :
      a) tidak kurang daripada 17 tahun dan tidak melebihi 25 tahun pada tarikh tutup iklan atau
      b) tidak melebihi 51 tahun pada tarikh tutup iklan bagi Pegawai Peningkatan Secara Lantikan (PSL) atau
      c) tidak melebihi 38 tahun pada tarikh tutup iklan bagi Pegawai Sedang Berkhidmat (Selain PSL)
    2. Mempunyai Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) serta memiliki Kepujian ( Sekurang-kurangnya gred C) dalam mata pelajaran Bahasa Melayu di peringkat SPM atau kelayakan yang diiktiraf setaraf denganya oleh Kerajaan dan
    3. Memenuhi syarat kelayakan akedemik minimum diperingkat SPM berdasarkan jenis latihan Separa Perubatan yang dimohon.

    MAKLUMAT LATIHAN SEPARA PERUBATAN DIPLOMA DAN SIJIL KKM

    Untuk maklumat lanjut berkenaan latihan yang disediakan, pemohon boleh terus ke pautan rasmi SPA untuk maklumat jawatan dan latihan yang disediakan : [Klik Disini]

    CARA PERMOHONAN

    Calon yang berminat dan memenuhi syarat yang ditetapkan hendaklah memohon secara dalam talian melalui Portal Rasmi Sistem Pendaftaran Pekerjaan Suruhanjaya Perkhidmatan Awam Malaysia (SPA9) [Klik Disini]

    Calon yang telah mendaftarkan permohonan bagi latihan di atas tidak perlu mendaftar semuala sekiranya permohonan masih dalam tempoh sah laku pada tarikh tutup iklan.

    Calon perlu memastikan pusat temu duga dikemaskini pada atau sebelum tarikh tutup iklan.

    Hanya permohonan calon yang diterima sebelum atau pada tarikh tutup iklan akan diproses.

    Tarikh tutup permohonan bagi urusan pengambilan latihan Separa Perubatan Diploma Dan Sijil KKM bagi kemasukan Julai 2022 adalah pada 2 Januari 2022

    Klik Disini Untuk lagi info jawatan kosong dan peluang kerjaya untuk anda

  • Bantuan Dermasiswa Pengajian Tinggi MAIS

    Bantuan Dermasiswa Pengajian Tinggi MAIS

    Bantuan Dermasiswa Pengajian Tinggi MAIS. Lembaga Zakat Selangor (LZS) atau Majlis Agama Islam Selangor (MAIS) telah membuka permohonan Bantuan Dermasiswa Pengajian Tinggi untuk mereka yang bakal masuk ke institiut pengajian tinggi.

    BANTUAN DERMASISWA PENGAJIAN TINGGI MAIS

    Antara bantuan yang ditawarkan :

    1. Surat Bantuan Dermasiswa Pengajian Tinggi (Yuran Pengajian)
    2. Bantuan Persediaan Memasuki IPT
    3. Bantuan Keperluan Pendidikan (BKP)
    4. Wang Saku, Penginapan dan Elaun buku

    OBJEKTIF BANTUAN

    Bantuan Dermasiswa Pengajian Tinggi MAIS ini diwujudkan bagi memberi kemudahan serta membantu pelajar asnaf Fakir, Miskin, dan Muallaf yang berdaftar dibawah Lembaga Zakat Selamgor atau Majlis Agama Islam Selangor.

    SYARAT PERMOHONAN

    Antara syarat permohonan untuk mendapatkan Bantuan Dermasiswa Pengajian Tinggi MAIS ini adalah :

    1. Berdaftar sebagai asnaf Fakir, Miskin dan muallaf di Lembaga Zakat Selangor
    2. Mendapat tawaran pengajian di Panel Pusat Pengajian Lembaga Zakat Selangor.
    3. Memenuhi syarat dan kriteria bantuan yang ditetapkan oleh Lembaga Zakat Selangor.

    CARA PERMOHONAN

    Untuk membuat permohonan, boleh ikuti langkah-langkah seperti dibawah :

    1. layari portal rasmi : [Klik Disini]
    2. Daftar dan lengkapkan maklumat yang diperlukan : [Klik Disini]
    3. Muatnaik dokumen-dokumen yang diperlukan
    4. Hantar permohonan
    5. Semak keputusan selepas 6 hari waktu bekerja
    6. Terima tawaran penjaan
    7. Cetak surat bekenaan dan daftar di pusat pengajian sebagai pelajar tajaan Lembaga Zakat Selangor

    ilks

    MAKLUMAT LANJUT

    Untuk maklumat lanjut bekenaan Bantuan Dermasiswa Pengajian Tinggi MAIS boleh hubungi :

    Telefon : 1 300 88 4343

    Laman Web : https://www.zakatselangor.com.my/pendidikan/

    Facebook : https://www.facebook.com/zakatselangor/

    Klik Disini untuk lagi info semakan permohonan pendidikan terkini untuk anda