Category: Informasi

Informasi bantuan kerajaan, GKP, BKM, bantuan kewangan, BPN dan pelbagai lagi.

  • Rentas Negeri Bermula Isnin 11 Oktober

    Rentas Negeri Bermula Isnin 11 Oktober

    Rentas Negeri Bermula Isnin 11 Oktober, Perdana Menteri Malaysia Datuk Ismail Sabri melalui Sidang Media Khas Perdana Menteri pada 10 Oktober 2021 jam 3 petang mengumumkan pergerakan rentas negeri dibenarkan Bermula Isnin 11 Oktober 2021. Pergerakan hendaklah memerlukan beberapa syarat penting dan perlu dipatuhi oleh semua lapisan masyarakat.

    Jelas Datuk Ismail Sabri Yaakob,  keputusan tersebut diambil memandangkan Malaysia sudah mencapai 90%  kadar vaksinasi populasi dewasa berdasarkan data dan analisis yang dibuat Kementerian Kesihatan (KKM). “Alhamdulilah kadar vaksinasi lengkap orang dewasa menerusi Program Imunisasi Covid-19 Kebangsaan (PICK) sudah mencapai 90%. Walaubagaimanapun data terkini akan dikemasiki pada malam ini ”

    SYARAT UTAMA PERGERAKAN RENTAS NEGERI

    Namun beliau memaklumkan syarat utama kepada mereka yang ingin merentasi negeri 11 Oktober ini adalah mesti lengkap 2 dos vaksin. Ini bermakna inidvidu yang belum lengkap dua dos vaksin atau tidak mengambil vaksin tidak dibenarkan merentas negeri. Meskipun tiada SJR rentas negeri yang khusus bagi menyekat pergerakan, PDRM masih boleh membuat pemeriksaan secara rawak di mana-mana sahaja antaranya di kawasan R&R untuk mengesan kesalahan berkenaan.

    Prosedur Operasi Standard (SOP) yang sedia ada yang dikeluarkan oleh Majlis Keselamatan Negara akan terus dipakai selepas kebenaran pergerakan rentas negeri. YB Khairy Jamaluddin, Menteri Kesihatan berkata SOP berkenaan akan turut terpakai untuk mengawal pergerakan mereka yang enggan menerima suntikan vaksinasi dengan mengawal kebebasan yang mereka ada untuk melakukan pelbagai aktiviti biarpun mereka merentas negeri.

    KAWASAN PKPD TIDAK DIBENARKAN

    Selain berita kebenaran merentas negeri pada 11 Oktober ini, beliau juga memaklumkan bahawa kawasan PKPD tidak termasuk didalam kebenaran merentas negeri ini. Penduduk di dalam kawasan PKPD perlulah menunggu sehingga status PKPD dimansuhkan terlebih dahulu. SJR tetap diadakan di kawasan PKPD seperti biasa.

    AKTIVITI PERLANCONGAN DIBENARKAN

    Dengan pengumuman berkenaan, beliau juga memaklumkan bahawa aktiviti perlancongan juga telah dibenarkan beroperasi dan dengan syarat menjaga SOP yang telah ditetapkan. Pihak berkuasa PDRM juga akan membuat semakan secara rambang untuk memeriksa Sijil Vaksinasi di aplikasi MySejahtera di mana-mana sahaja samada di premis atau pun di sekatan jalan raya.

    PERGERAKAN DARI LUAR NEGARA

    Bagi pergerakan dari luar negara pula, “My Travel Pass” telah pun tidak perlu lagi digunakan. Dengan ini pergerakan ke luar negara juga dibenarkan walaupun untuk tujuan perlancongan. Walaupun sebelum ini pergerakan ke luar negara yang menggunakan “My Travel Pass” adalah tujuan rasmi sahaja, dengan pengumuman terbaru ini, pergerakan ke luar negara untuk perlancongan adalah dibenarkan.

    Untuk kembali pulang ke tanah air, perlulah membuat ” Swab Test” 3 hari sebelum bergerak pulang. Apabila tiba di Malaysia pula, mereka yang pulang dari luar negara perlu membuat “Swab Test’ sebelum memulakan proses kuarantin kendiri di rumah.

    Untuk Video penuh pengumuman ini boleh terus ke pautan portal rasmi Astro Awani : [Klik Disini]

    Klik Disini untuk lebih informasi, semakan dan permohonan, juga jawatan kosong dan kerjaya di MyPermohonan.com

  • Semakan Pra-Pendaftaran Pemilih Automatik – Tarikh Tutup 31 Oktober

    Semakan Pra-Pendaftaran Pemilih Automatik – Tarikh Tutup 31 Oktober

    Semakan Pra-Pendaftaran Pemilih Automatik. MySPR SPPA, Kerajaan Malaysia telah bersetuju untuk memberikan kuasa kepada semua warganegara Malaysia yang berumur 18 tahun dan ke atas untuk mendaftar sebagai pemilih dalam Pilihan Raya yang akan datang. Bagi memudahkan proses tersebut, pendaftaran secara automatik akan dilaksanakan oleh Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR). Oleh itu, seramai 5.8 juta rakyat yang berkelayakan untuk menjadi pemilih secara automatik boleh melakukan semakan di MySPR SPPA : Semakan Pra-pendaftaran Pemilih Automatik bermula 1 hingga 31 Oktober 2021

    Kini, pengundi yang berumur 18 tahun dan ke atas sudah layak untuk mengundi di kawasan masing-masing sekiranya terdapat pilihan raya kecil atau pilihan raya umum. Sebelum ini, had mendaftar untuk menjadi seorang pengundi adalah bagi mereka yang berumur 21 tahun dan ke atas. Langkah ini dapat membantu negara dalam melibatkan lebih ramai golongan muda untuk menentukan halatuju negara melalui proses demokrasi berparlimen yang diamalkan sejak negara mencapai kemerdekaan.

    SEMAKAN PRA-PENDAFTARAN PEMILIH AUTOMATIK

    Berikut dikongsikan maklumat berkaitan MySPR SPPA : Semakan Pra-pendaftaran Pemilih Automatik sebagai panduan untuk anda melihat cara semakan dan informasi lain yang berkenaan. Menurut Facebook rasmi SPR, berikut adalah kenyataan rasmi yang dikeluarkan berkenaan sistem semakan pra pendaftaran pemilih automatik:

    kenyataan media pra pendaftaran pemilih automatik

    kenyataan media pra pendafataran pemilih automatik

    TARIKH SEMAKAN SPPA

    Sebagai warganegara Malaysia, sekiranya anda sudah berumur 18 tahun dan ke atas, anda boleh membuat semakan pra pendaftaran autonatik yang dilakukan oleh SPR pada tempoh:

    Tarikh Buka Semakan: 1 Oktober 2021

    Tarikh Tutup Semakan : 31 Oktober 2021

    CARA MEMBUAT SEMAKAN SPPA

    Secara Online

    1. Sila layari Laman Rasmi : [Klik Disini]
    2. Masukkan nombor kad pengenalan anda tanpa tanda sempang atau jarak
    3. Isi kod captcha yang diberikan
    4. Klik semak
    5. Sekiranya anda menerima mesej berikut :
      a) Anda belum cukup 18 tahun dan tidak terlibat di dalam urusa pra pendaftaran automatik – Anda belum mencapai umur yang dibenarkan
      b) Anda adalah pemilih berdaftar dan tidak terlibat dalam urusn pra-pendaftaran automatik. SEMAK MAKLUMAT ANDA DISINI – Anda telah mendaftar sebagai pemilih
      c) Anda sudah memohon menjadi pemilih. Maklumat anda sedang diproses dan tidak terlibat dalam pra-pendaftaran Automatik – Anda telah memohon sebagai pemilih
      d) Sila hubungi Pejabat Pilihan Raya Negeri-(di talian)- untuk membuat pengesahan rekod atau anda membuat ADUAN- Sila hubungi Pejabat Pilihan Raya yang dipaparkan
      e) No. Kad Pengenalan anda tidak dijumpai. Pastikan no. kad pengenalan yang dimasukkan adalah betul atau anda boleh membuat ADUAN- Maklumat anda tiada dalam rekod SPR

    Cara Membuat Pengesahan Maklumat

    Setelah semakan Pra-Pendaftaran Pemilih Automatik anda berjaya, klik SEMAK MAKLUMAT DI SINI, rekod maklumat anda akan dipaparkan. Ikuti langkah seterusnya iaitu:

    1. Skrol sehingga bahagian pengesahan maklumat
    2. Jawab soalan yang dipaparkan sama ada Ya atau Tidak
    3. Masukkan no. telefon yang sah serta emel jika ada. Jika tiada emel, ikuti langkah seterusnya
    4. Klik Hantar dan mesej pengesahan akan dipaparkan
    5. Klik butang OK, sistem akan paparkan maklumat Tarikh Pengesahan Terakhir, No. Telefon dan emel.

    Cara Membuat Aduan

    Sekiranya anda mendapat mesej yang memberikan arahan untuk membuat aduan, sila ikuti langkah di bawah:

    1. Skrin aduan pengesahan maklumat akan dipaparkan
    2. Sila lengkapkan maklumat seperti Nama penuh anda, Alamat seperti dalam MyKad, Negeri, Bandar, Poskod, Emel, No. Telefon dan Aduan anda
    3. Klik Hantar dan buat pengesahan No. Tiket aduan akan dipaparkan dan simpan untuk semakan status aduan
    4. Aduan boleh dicetak atau dikirim ke alamat emel yang telah anda daftarkan

    Secara Manual

    Anda boleh hadirkan diri ke 604 tempat semakan SPPA di seluruh negara (dikongsikan di bawah)

    Imbas QR kod Bahagian Pilihan Raya Parlimen yang diletakkan Senarai lokasi SPPA adalah seperti berikut:

    senarai tempat semakan sppa myspr

    Untuk Pra-Pendaftaran Pemilih Automatik, Anda dikehendaki untuk menyemak dan mengesahkan maklumat masing-masing dan membuat aduan kepada SPR jika terdapat sebarang masalah. Jika alamat yang dipaparkan adalah alamat lama atau tidak lagi didiami, sila alamat kad pengenalan anda di Jabatan Pendaftaran Negara selewat-lewatnya pada 31 Oktober 2021

    MAKLUMAT LANJUT

    Untuk maklumat lanjut berkaitan Pra-Pendaftaran Pemilih Automatik, boleh terus hubungi Suruhanjaya Pilihan Raya :

    No telefon : 03-8892 7018

    Facebook rasmi SPR : [Klik Disini]

    Portal Rasmi SPR : [Klik Disini]

    Manual Pengguna Sistem SPPA : [Klik Disini]

    Hari mengundi PRK Port Dickson bermula - Semasa | mStar

    Klik Disini untuk bnyak lagi info dan maklumat terkini untuk anda

  • Jangan Kongsi Sijil Digital Vaksinasi Anda!

    Jangan Kongsi Sijil Digital Vaksinasi Anda!

    Jangan Kongsi Sijil Digital Vaksinasi, No Batch & ID MySejahtera. Dengan pelbagai kemudahan yang ditawarkan kepada penerima vaksin lengkap, sijil digital vaksin kini menjadi perhatian ramai yang ingin mengambil kesempatan. Bahkan, sebelum ini tular di mana sijil vaksinasi ‘palsu’ yang dijual dengan harga RM15 di media sosial dan online shopping. Oleh itu, diingatkan bahawa jangan sesekali berkongsi ID, Kata Laluan My Sejahtera serta sijil digital vaksinasi anda di media sosial atau kepada sesiapa pun. Anda seharusnya berhati-hati dalam menjaga kerahsiaan maklumat berhubung Sijil Digital Vaksinasi di MySejahtera masing-masing.

    SIJIL DIGITAL VAKSIN

    JANGAN KONGSI SIJIL DIGITAL VAKSINASI

    3 tips penting untuk mengelakkan pencuri identiti Sijil Digital Vaksin anda. 3 tips penting untuk mengelakkan pencuri identiti Sijil Digital Vaksin anda :

    1. Jangan tunjuk status MySejahtera.
    2. Jangan muat naik sijil digital vaksinasi.
    3. Jangan dedahkan nombor kad pengenalan dan nombor batch vaksin

    Sekiranya didedahkan ketiga-tiga maklumat ini, ia akan membuka ruang kepada ‘pencuri’ identiti dan penggodam. Jangan Kongsi Sijil Digital Vaksinasi.

    SIJIL VAKSINASI TIDAK PERLU DICETAK

    Dalam sebuah laporan oleh Sinar Harian, Timbalan Menteri Kesihatan 1, Datuk Dr Noor Azmi Ghazali tiada keperluan untuk masyarakat mencetak sijil digital berkenaan kerana tindakan itu boleh mengelirukan. Katanya, orang ramai boleh tunjuk sijil digital di MySejahtera ketika ini tanpa perlu mencetaknya.

    Semua pihak mahu membuat perkhidmatan berbayar sedangkan ia tidak perlu langsung untuk mencetak. “Cukup sekadar menunjukkan sijil berkenaan di telefon bimbit masing-masing kepada penguat kuasa termasuk di sekatan jalan raya (SJR),” katanya. Selain sijil digital, Noor Azmi berkata orang ramai boleh menunjukkan kad vaksinasi yang diterima selepas suntikan dibuat.

    Jangan Kongsi Sijil Digital Vaksinasi “Masing-masing ada kad itu dan saya pernah jumpa rakyat yang ‘laminate’ kad berkenaan untuk disimpan seperti MyKad. Itu juga sebagai bukti sekiranya telefon bimbit kehabisan bateri dan sebagainya. “Guna kad yang diberikan dan bukannya yang dicipta atau dijual. Setakat ini, hanya itu sahaja kaedah dan prosedur operasi standard (SOP) yang ditetapkan kerajaan,” katanya.
    MySejahtera selesaikan 500,000 aduan sijil vaksinasi digital - Khairy | Astro Awani
    Klik Disini untuk lagi informasi dan bantuan permohonan untuk anda.
  • Anda Hamil Dan Positif Covid-19. Apa Yang Perlu Anda Lakukan?

    Anda Hamil Dan Positif Covid-19. Apa Yang Perlu Anda Lakukan?

    Anda Hamil Dan Positif Covid-19. Apa Yang Perlu Anda Lakukan? Ibu hamil yang dijangkiti COVID-19 pada usia kandungan 28 minggu dan ke atas berdepan risiko mengalami simptom lebih serius seperti pneumonia, berbanding usia kandungan lebih muda. Sehubungan itu, Pakar Obstetrik & Ginekologi & Feto-Maternal Prof Dr Jamiyah Hassan menyarankan golongan ini agar divaksin segera bagi mengelak risiko tidak diingini. Dr Jamiyah mengakui, ketika ini, kebanyakan ibu-ibu hamil yang dijangkiti COVID-19 akan mendapat simptom yang rendah, namun risiko semakin tinggi bergantung kepada usia kandungan.

    HAMIL DAN POSITIF COVID-19

    Apa yang perlu anda lakukan jika anda hamil dan dalam pada masa yang sama disahkan positif Covid-19? Ini yang perlu anda lakukan :

    1. Hadir ke CAC ( Covid-19 Assesment Centre) untuk penilaian oleh doktor, walaupun anda tidak mempunyai gejala
    2. Ikut Nasihat doktor jika perlu dipantau di fasiliti kesihatan
    3. Sekiranya berada dirumah dan gejala jangkitan bertambah teruk. segera ke klinik atau CAC berdekatan
    4. Ketahui gejala yang memerlukan rawatan segera seperti sesak nafas, sakit dada, kurang tahap sedar atau tidak sedar diri, kelesuan bertambah teruk, ketepuan oksigen kurang dari 95%
    5. Jika kecemasan, hubungi 999 atau segera ke hospital berdekatan
    6. tekan butang SOS di aplikasi MySejahtera jika bantuan segera diperlukan

    KESAN JANGKITAN COVID-19 KEPADA KEHAMILAN

    Apakah kesan jangkitan covid-19 kepada ibu yang sedang hamil?

    Untuk Ibu hamil dan positif covid-19 :

    1. Mendapat jangkitan teruk yang boleh membawa maut
    2. Memerlukan bantuan pernafasan dan rawaatan rapi

    Untuk bayi :

    1. Kelahiran pramatang iaitu kelahiran secara pembedahan kecemasan bagi membantu rawatan ibu
    2. Risiko mati dalam kandungan tinggi

    LANGKAH PENCEGAHAN IBU HAMIL UNTUK TIDAK DIJANGKITI

    Sebagai ibu yang bertanggungjawab, untuk mengelakkan diri dan bayi di dalam kandungan dijangkiti virus Covid-19, ini yang perlu anda amalkan dan lakukan :

    1. Lengkapkan vaksin sebelum fasa akhir kehamilan. Pengambilan vaksin boleh mengurangkan risiko komplikasi jika masih dijangkiti Covid-19. Suami mesti memberi sokongan kepada pasangan
    2. Kekal berada di rumah kecuali untuk tujuan penting dan perlu sahaja
    3. Amal norma baharu- Pakai pelitup muka, elak kawasan sesak dan sentiasa cuci tangan
    4. Beri peringatan kepada ahli keluarga yang lain untuk tidak menjadi punca jangkitan kepada ibu hamil dengan mematuhi SOP sewaktu berada di luar rumah
    5. Jika terdapat ahli keluarga yang menjalanai kuarantin di rumah, pastikan mereka patuh pada prosedur kuarantin sepenuhnya.

    PENYUSUAN SUSU IBU DAN COVID-19

    Selain dari anda Hamil dan Positif Covid-19, tetapi anda telah melahirkan dan menyusukan bayi anda, dan dalam pada masa yang sama anda bergejala Covid-19. Apa yang perlu anda lakukan?

    1. Memakai pelitup muka setiap masa terutama sewaktu menyusukan bayi
    2. Mengamalkan kebersihan tangan sebelum dan selepas bersentuhan dengan bayi termasuk ketika penyusuan.
    3. Tutup hidung dan mulut dengan tisu sewaktu batuk atau bersin dan basuh tangan selepas itu dengan segera.
    4. Pembersihan rutin dan disenfeksi permukaan yang disentuh oleh ibu yang bergejala.
    5. Kurangkan sentuhan fizikal dengn bayi. Pegang bayi hanya untuk penyususan sahaja
    6. Penjarakan fizikal dengan bayi sewaktu tidak menyusu
    7. Pastikan pengudaraan bilik yang baik dan elakkan bilik berhawa dingin

    Untuk Maklumat Lanjut berkaitan Hamil dan Positif covid-19 boleh terus ke portal rasmi KKM : [Klik Disini]

    Klik Disini untuk lebih info berkaitan informasi berguna untuk anda dan keluarga.

  • Persediaan Ke PPV Oleh Ibubapa Penjaga Dan Remaja

    Persediaan Ke PPV Oleh Ibubapa Penjaga Dan Remaja

    Persediaan Ke PPV Oleh Ibubapa Penjaga Dan Remaja. Pemberian vaksinasi bagi remaja dilakukan berdasarkan peringkat umur iaitu 17 tahun dan ke bawah. Buat masa ini, tiada dasar berkenaan pemberian vaksinasi secara bersama dalam keluarga yang sama. Program Imunisasi COVID-19 Kebangsaan (PICK) akan diperluaskan kepada remaja-remaja bagi kategori seperti berikut:

    • Individu berumur 12 hingga 15 tahun dengan masalah kesihatan tertentu; dan
    • Semua individu berumur 16-17 tahun dengan atau tanpa masalah kesihatan tertentu.

    Walau bagaimanapun, implementasi pemberian vaksinasi untuk remaja berumur 12-17 tahun ini adalah bergantung kepada bekalan vaksin yang tersedia. Sehingga kini, vaksin COVID-19 yang telah disetujui untuk didaftarkan melalui mesyuarat Pihak Berkuasa Kawalan Dadah (PBKD) untuk diberikan kepada remaja berusia 12-17 tahun di Malaysia di bawah Program Imunisasi COVID-19 Nasional (PICK) adalah Pfizer-BioNTech.

    PERSEDIAAN KE PPV OLEH IBUBAPA PENJAGA DAN REMAJA

    Ibubapa / Penjaga

    Selepas anak anda telah mendapat tarikh janji temu untuk mendaptkan vaksinasi. Berikut adalah senarai semak oleh ibubapa atau penjaga kepada anak remaja jagaan mereka sebelum, semasa dan selepas pengambilan vaksinasi di PPV terpilih. Pastikan anak remaja jagaan anda :

    Sebelum 

    1. Tidur dan rehat secukupnya
    2. Makan secukupnya sebelum ke pusat pemberian vaksin
    3. Jika anak tidak sihat bawa jumpa doktor dahulu untuk penilaian kesihatan

    Semasa

    1. Pakai baju yang longgar dan sesuai
    2. Pakai pelitup muka
    3. Bawa kad pengenalan/ dokumen pengenalan diri

    Selepas

    1. Beritahu jika tidak sihat atau tidak selesa
    2. Tetap mematuhi SOP sedia ada
    3. Ingat tarikh janji temu dos kedua anak anda
    4. Pastikan anak tidak melakukansenama atau aktiviti berat dalam masa seminggu selepas vaksinasi

    Remaja

    Didalam Persediaan Ke PPV Oleh Ibubapa Penjaga Dan Remaja ini juga persediaan yang perlu remaja lakukan apabila telah mendapat temujanji vaksinasi :

    Sebelum

    1. Tidur atau rehat secukupnya
    2. Makan secukupnya sebelum ke Pusat Pemberian Vaksin
    3. Maklumkan kepada Ibu bapa / penjaga jika anda tidak sihat

    Semasa

    1. Pakai baju yang longgar dan sesuai
    2. Pakai pelitup muka
    3. Bawa kad pengenalan/ passport semasa hari vaksinasi

    Selepas

    1. Terus amalkan SOP untuk elakkan jangkitan COVID-19
    2. Jangan melakukan senaman atau aktiviti berat dalam masa seminggu selepas vaksinasi
    3. Beritahu ibu bapa / penjaga jika badan berasa tidak sihat atau tidak selesa.
    4. Jangan lupa untuk menyimpan kad vaksinasi dengan selamat dan tidak lupa untuk hadir ke temujanji dos kedua.

    Untuk info lanjut berkaitan Persediaan Ke PPV Oleh Ibubapa Penjaga Dan Remaja boleh terus ke portal rasmi Kementerian Kesihatan Malaysia [Klik Disini]

    Klik Sini untuk info lanjut berkaitan program vaksinasi negara untuk remaja