BYD Sime Motors, pengedar rasmi kereta BYD di Malaysia, hari ini memperkenalkan BYD SEAL 6 EV, pelancaran sulung model tersebut di peringkat antarabangsa yang diadakan di Malaysia. Mercu jaya ini merupakan sebahagian daripada komitmen BYD kepada Malaysia, sambil menetapkan penanda aras baharu dalam kategori sedan segmen-C.
BYD SEAL 6 EV meluaskan portfolio BYD di Malaysia, yang menggabungkan teknologi kenderaan elektrik terkini, keselesaan premium dan reka bentuk moden. Dengan model baharu ini, BYD berusaha menjadikan pengangkutan elektrik dan segmen sedan lebih menarik dan mudah dimiliki oleh para pemandu Malaysia.
Slogan/Tagline Produk di Malaysia: BYD SEAL 6 EV – Era Baharu bagi Sedan Segmen-C di Malaysia. Kejituan. Keseronokan. Penjajaran.
Kejituan merujuk kepada sistem suspensi canggih serba baharu, mengetengahkan ciri pacuan roda belakang untuk keseimbangan, kawalan dan keyakinan. Ia memberikan pengalaman memandu yang lancar dan responsif, sesuai untuk menyusuri jalan-jalan sekitar kota atau menempuh lebuh raya. Keseronokan pula menekankan reka bentuk BYD SEAL 6 EV yang dicipta untuk mengembalikan nikmat memandu dengan kabin mewah, senyap, ergonomik dan keterhubungan lancar. Penjajaran ialah gabungan kedua-duanya yang menjanjikan hubungan sebenar dengan setiap pemanduan.
Jeffrey Gan, Pengarah Urusan Sime Motors, Asia Tenggara, berkata, “BYD SEAL 6 EV menetapkan satu lagi penanda aras bagi kenderaan elektrik di Malaysia — menggabungkan reka bentuk menarik, inovasi terkini dan ciri-ciri kegunaan harian yang praktikal. Sebagai model ketujuh dalam barisan BYD, kenderaan ini terus menarik hati kumpulan pelanggan yang luas dan pelbagai dengan segala pilihan menambat minat yang disediakan. Selepas pelancaran hari ini, kami yakin bahawa lebih ramai rakyat Malaysia akan mula menerima pakai pengangkutan elektrik — disokong oleh rangkaian cawangan kami yang semakin luas dan komitmen tidak berbelah bahagi kami kepada kecemerlangan lepas jualan. Setiap model baharu yang kami perkenalkan membawa kami selangkah lebih hampir untuk mencapai wawasan pengangkutan masa depan yang lebih bersih dan pintar di Malaysia.”
Eagle Zhao, Pengarah Urusan BYD Malaysia, turut mengulas, “Dengan BYD SEAL 6 EV baharu, kami ingin memperlihatkan kenderaan elektrik yang canggih tetapi termampu. Model ini menggabungkan harga yang berpatutan dengan daya pergerakan jarak jauh dan ciri teknologi pintar, menjadikannya pilihan menarik untuk pemanduan harian. Saya percaya keseimbangan nilai dan inovasi ini akan mendorong lebih ramai pelanggan untuk beralih kepada pengangkutan elektrik.”

BYD SEAL 6 EV mentakrifkan semula sedan segmen-C di Malaysia, menggabungkan teknologi kenderaan elektrik terkini, reka bentuk moden dan keselesaan luar biasa. Kenderaan ini menjanjikan pengalaman memandu yang dinamik tetapi mewah, dengan ciri-ciri premium dan praktikal yang sesuai untuk perjalanan di sekitar kota dan juga jarak jauh.
Sorotan Produk – BYD SEAL 6 EV membawa 6 ciri terbaik dalam kelasnya: pengendalian luar biasa, pengalaman memandu selesa dan menarik. Pertama, sistem suspensi MacPherson dwisendi bebola dengan suspensi belakang berbilang pautan. Kedua, pacuan roda belakang yang memberikan sentuhan premium gaya sukan. Ketiga, saiz terbesar dalam kelas sedan segmen-C di Malaysia. Keempat, pengendalian unggul dengan pengagihan berat seimbang dan jejari pusingan kecil 5.5 meter. Kelima, 24 ruang simpanan pintar dengan kapasiti kargo 525L. Keenam, keterujaan kuasa dengan output 160 kW, tork 330 Nm dan pecutan 0–100km/j dalam 7.5 saat dengan tiga mod pemanduan.
Tawaran produk di Malaysia termasuk ciri-ciri dinamik premium dengan pilihan warna luar Arctic White, Harbour Grey dan Misty Blue serta warna dalam hitam dan kelabu. Harga bermula daripada RM100,000 hingga RM115,800. Pakej pelancaran eksklusif bernilai sehingga RM6,000 ditawarkan untuk 800 pelanggan pertama. Ini termasuk pengecas dinding percuma bernilai RM3,288, rebat pelancaran eksklusif serta pakej Sime Platinum 4+ untuk penghuni kediaman bertingkat dengan servis pengecasan pintu ke pintu selama 12 bulan.
Setiap pembelian turut disertakan dengan aksesori percuma seperti penyesuai V2L dan kabel pengecas jenis 2 dengan plag 3 pin, serta pakej waranti komprehensif termasuk waranti kenderaan 6 tahun atau 150,000 km, waranti unit pacuan 8 tahun atau 160,000 km, dan waranti bateri bilah voltan tinggi selama 8 tahun atau 160,000 km.
BYD Sime Motors juga mengukuhkan kedudukannya di seluruh negara dengan peluasan rangkaian cawangan berterusan. Kini terdapat 37 cawangan BYD beroperasi di Malaysia dengan sasaran untuk mencapai 50 cawangan menjelang akhir 2026. Sejak pengenalannya di pasaran Malaysia, lebih daripada 20,000 unit telah terjual, mencerminkan keyakinan pengguna terhadap jenama ini. Rangkaian luas ini memastikan pelanggan boleh mendapatkan sokongan jualan, lepas jualan dan penyelesaian pengecasan dengan mudah, sekali gus menggalakkan penggunaan EV jangka panjang di Malaysia.
Tempahan bagi BYD SEAL 6 EV boleh dibuat di cawangan BYD di seluruh negara. Untuk maklumat lanjut, layari https://byd.simemotors.my/ atau ikuti BYD Sime Motors di Facebook dan Instagram. Untuk pertanyaan, hubungi Perkhidmatan Pelanggan BYD Sime Motors di 1300-38-1888.

