Permohonan Baru Dan Kemaskini BKM Anda. Permohonan pendaftaran baru dan pengemaskinian maklumat untuk permohonan Bantuan Keluarga Malaysia (BKM) 2022 telah pun dibuka bermula 1 Januari 2022 sehingga 31 Jaunari 2022.
PERMOHONAN BARU DAN KEMASKINI BKM ANDA
Kemaskini ini adalah bertujuan untuk :
- Pengemaskinian maklumat : Untuk pemohon yang mempunyai perubahan makluamt
- Permohonan baru : Permohonan baru bagi yang masih tiada rekod dalam permohonan
[icon name=”plus” prefix=”fas”] Perkhidmatan kaunter BKM LHDNM dibuka untuk Permohonan Baru Dan Kemaskini BKM Anda. [Klik Disini] untuk Jadual Kaunter Perkhidmatan BKM LHDNM.
[icon name=”plus” prefix=”fas”] Bagi mengurangkan golongan yang tercicir (atau exclusion error), data berikut akan dibawa secara automatik ke dalam sistem BKM untuk disemak silang kelayakan mengikut syarat yang ditetapkan:
- Penerima Bantuan Prihatin Rakyat (BPR) 2021;
- Penerima Bantuan Khas COVID (BKC) B40 2021;
- Pemohon BPR 2021 yang tidak lulus atas alasan menerima Geran Khas Prihatin;
- Data agensi Kerajaan yang lain merangkumi data e-Kasih, bantuan JKM, penghuni Perumahan Awam atau Projek Perumahan Rakyat di bawah DBKL dan KPKT, Orang Asli JAKOA, gelandangan berdaftar dengan KPWKM dan DBKL, ibu tunggal berdaftar dengan KPWKM, penerima Skim Insurans Pekerjaan PERKESO dan penerima zakat atau baitulmal di Lembah Klang.
PERMOHONAN YANG PERLU DIKEMASKINI
Permohonan Baru Dan Kemaskini BKM Anda :
- Individu, pemohon BPR 2021 termasuk tidak lulus BPR 2021 disebabkan menerima GKP dan penerima BKC (B40) yang mempunyai rekod dalam sistem BKM boleh mengemaskini permohonan.
PERMOHONAN BARU
Permohonan Baru Dan Kemaskini BKM Anda :
- Pemohon yang tiada rekod dalam sistem BKM atau tidak menerima BPR 2021, BKC (B40) dan GKP; serta
- Berpendapatan isi rumah RM5,000 dan ke bawah; atau
- Berpendapatan RM2,500 dan ke bawah untuk individu bujang / tiada pasangan / tiada anak menepati syarat
[icon name=”check” prefix=”fas”] Pemohon disarankan untuk membuat semakan BKM 2022 secara dalam talian. Sekiranya tiada rekod BKM 2022 dan menepati syarat kelayakan, permohonan baharu BKM 2022 boleh dibuat.
LOG MASUK MyBKM
Untuk membuat Permohonan Baru Dan Kemaskini BKM Anda, boleh terus ke portal rasmi MyBKM di [Klik Disini]
[icon name=”star” prefix=”fas”] Menu Log Masuk MyBKM merupakan kemudahan secara dalam talian untuk kemaskini permohonan dan semakan BKM 2022 bagi pemohon yang mempunyai rekod permohonan BKM 2022.
• Log Masuk MyBKM memerlukan ID Pengguna dan Kata Laluan yang telah didaftarkan. Untuk makluman lanjut pendaftaran ID MyBKM, sila rujuk Soalan Lazim Pendaftaran MyBKM.
• Bagi pemohon yang terlupa kata laluan dan gagal menjawab soalan keselamatan (percubaan sebanyak 3 kali diberikan). ID MyBKM akan disekat dan pemohon dibenarkan untuk mencuba semula selepas 24 jam. Sekiranya masih menghadapi masalah, pemohon boleh menghubungi Cawangan LHDNM berhampiran atau talian Hotline BKM LHDNM 1-800-88-2747.
INFO TAMBAHAN
Info tambahan untuk Permohonan BKM Dan Kemaskini BKM :
[icon name=”user-secret” prefix=”fas”] LHDNM TIDAK MENYEDIAKAN perkhidmatan pendaftaran Bantuan Keluarga Malaysia (BKM) 2022 secara bergerak melalui Pegawai BKK, LHDNM yang hadir ke rumah pemohon.
[icon name=”user-secret” prefix=”fas”] LHDNM menafikan ada membuat panggilan keluar menggunakan talian bebas tol 1-800-88-2747. Panggilan semula (jika perlu) hanya dibuat kepada individu yang ada membuat panggilan di talian bebas tol Bantuan Keluarga Malaysia (BKM) 2022. Di mana individu berkenaan akan dimaklumkan terlebih dahulu semasa aduan / semakan diterima.
[icon name=”phone” prefix=”fas”] TIADA CAJ yang dikenakan bagi permohonan BKM 2022. Pemohon dinasihatkan untuk sentiasa berhati-hati dengan skim penipuan atau ‘scam’ yang aktif di media sosial. Pemohon dinasihatkan untuk merujuk Portal Rasmi BKM bagi sebarang semakan dan makluman terkini.
Klik Disini untuk baca Bajet 2022 – Bantuan Keluarga Malaysia