Bantuan i-Suri Untuk Ibu Tunggal & Suri Rumah. Dengan adanya i-Suri golongan suri rumah kini boleh memilih untuk mencarum dengan adanya isentif i-suri KWSP ini. Insentif ini khusus buat suri rumah atau ibu tunggal dan ia juga bertujuan memastikan kesejahteraan mereka serta mengiktiraf sumbangan mereka kepada ahli keluarga dan pembangunan negara.
BANTUAN i-SURI
Dengan insentif i-Suri KWSP ini, suri rumah juga boleh menikmati dividen tahunan layaknya seperti ahli KWSP lain yang bekerja. Ia juga banyak memberi kelebihan kepada golongan suri rumah seperti jaminan masa depan kerana isentif ini merupakan satu skim dalam KWSP.
i-Suri adalah program yang membantu golongan suri rumah dan merupakan satu usaha sama yang melibatkan Kementerian Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat (KPWKM), Unit Penyelarasan Pelaksanaan, Jabatan Perdana Menteri (ICU,JPM) dan Kementerian Kewangan.
Skim ini diwujudkan sebagai pendorong para suri rumah atau ibu tunggal untuk mula menabung bagi kegunaan masa depan atau ketika menghadapi kesusahan atau ditimbah msuibah seperti perceraian, kematian suami dan sebagainya.
FAEDAH DAN BANTUAN i-SURI KWSP
Antara faedah dari bantuan i-Suri ini adalah :
- Terima bantuan kerajaan RM480 setahun.
- Menerima dividen tahunan KWSP
- Bantuan kematian RM2,500
- Caruman dalam apa-apa amaun dan pada bila-bila masa mengikut kemampuan mereka dan masih boleh membuat pengeluaran mengikut syarat-syarat yang telah ditetapkan
SYARAT KELAYAKAN BANTUAN i-SURI
Syarat-syarat yang diperlukan untuk mendapatkan bantuan i-Suri adalah :
- Status warganegara Malaysia
- Umur tidak melebihi 60 tahun
- Isteri kepada ketua rumah atau wanita (KIR)
- Golongan suri rumah yang terdaftar dalam Pangkalan Data Kemiskinan Nasional (eKasih) setakat 30 November 2020
- Mencarum minimum RM5 sebulan atau RM60 setahun ke dalam akaun KWSP
NOTA: Suri rumah hanya dibenarkan memilih satu isentif sahaja pada satu masa.
CARA PERMOHONAN
- Borang untuk daftar kali pertama : [Klik Disini]
- Borang untuk semasa pembayaran : [Klik Disini]
CARA PEMBAYARAN BANTUAN i-SURI
Penerimaan pembayaran bantuan ini adalah seperti berikut :
- Pengkreditan ke akaun bank panel KWSP (Akaun bank peribadi ahli yang didaftarakan dan masih aktif).
- Bayaran tunai atau cek di kaunter ejen bank KWSP.
- Kaunter ejen bank (EB) BSN.
- Bayaran tunai di kaunter KWSP Ibu Negeri (Maksimum RM500).
Had bayaran bantuan ini adalah :
- Minimum : tiada had minimum bayaran
- Maksimum : RM60,000 setahun untuk semua Caruman Sukarela
MAKLUMAT LANJUT
Untuk maklumat lanjut berkenaan bantuan i-Suri ini, boleh terus layari portal rasmi KWSP di [Klik Disini]
Selain itu juga, segala maklumat lanjut dan pertanyaan boleh terus hubungi : 03-89226000
Untuk maklumat berkenaan dengan kelayakan insentif, sila layari laman web rasmi Kementerian Pembangunan Wanita Keluarga Dan Masyarakat di [Klik Disini]
Klik Disini Untuk lagi info lain berkaitan semakan dan bantuan untuk anda