ANGKASA meraikan hubungan baik dengan rakan strategiknya melalui penganjuran Majlis Sambutan Hari Raya Aidilfitri ANGKASA 2024 di Dewan Sivik Majlis Bandaraya Petaling Jaya pada hari ini.
Datuk Seri Dr. Abdul Fattah merupakan Presiden ANGKASA, menyatakan bahawa majlis ini diadakan untuk menghargai peranan pihak yang telah memberi sumbangan kepada pembangunan gerakan koperasi di negara ini, yang telah berjaya mencatat perolehan RM64.5 Bilion pada tahun lalu.
“Sebagai badan puncak yang diiktiraf oleh kerajaan, ANGKASA komited untuk memperkukuh kerjasama dengan pihak kerajaan, terutamanya Kementerian Pembangunan Usahawan dan Koperasi (KUSKOP), Suruhanjaya Koperasi Malaysia (SKM), Institut Koperasi Malaysia (IKMa), industri utama, dan Kerajaan Negeri, dalam menyediakan peluang bagi koperasi terlibat dalam aktiviti ekonomi berimpak tinggi.”
ANGKASA juga sejajar dengan Pelan dan Dasar Kerajaan untuk mencipta persekitaran yang kondusif agar gerakan koperasi dapat bersaing dalam pasaran terbuka,” jelas Datuk Seri Abdul Fattah Abdullah.
Dalam majlis tersebut, perjanjian antara MyANGKASA Holdings Sdn. Bhd. (MHSB) dan Carbon Vault Sdn. Bhd. telah ditukar. MHSB, yang diwakili oleh Anggota Lembaga ANGKASA merangkap Lembaga Pengarah (MHSB), menjalinkan usahasama dengan Carbon Vault Sdn. Bhd. dalam Projek Karbon Kredit untuk sektor koperasi di Malaysia. Projek ini bertujuan untuk mengurangkan pelepasan karbon dan menghasilkan pendapatan sampingan tanpa modal.
Selain itu, Memorandum Persefahaman juga ditukar antara ANGKASA dan Masamart Marketing Sdn. Bhd. mengenai platform ICOP untuk gerakan koperasi. ICOP menyediakan produk insurans, takaful, dan pembaharuan cukai jalan bagi warga koperasi dan penjawat awam. ICOP juga menawarkan pembiayaan atas takaful dan insurans dengan kadar faedah 0% serta kaedah pembayaran yang mudah dan tanpa tunai melalui potongan gaji ANGKASA.
ANGKASA juga menyampaikan sumbangan kepada anak yatim dari Pusat Jagaan Darul Sakinah, anak yatim kakitangan ANGKASA, dan kakitangan kelainan upaya sebagai sebahagian daripada majlis sambutan ini.