Tarikh Bayaran Bantuan Awal Persekolahan 2022

Tarikh Bayaran Bantuan Awal Persekolahan 2022. Bantuan Awal Persekolahan (BAP) 2022 sebanyak RM150 seorang akan mula diagihkan kepada anda yang telah memohon dan layak. Tarikh bayaran adalah pada 17 Januari 2022 dan akan dilakukan secara berperingkat.

Bantuan Awal Persekolahan 2022

Kementerian Pendidikan (KPM) menerusi kenyataan hari ini memaklumkan murid Tahun 1 hingga Tingkatan 4 dalam kalangan isi rumah berpendapatan RM3,000 ke bawah yang sedang dalam sesi persekolahan bagi tahun 2021/2022 layak menerima bantuan tersebut.

Sementara itu, bagi murid Tahun 1 yang akan mula mendaftar masuk sekolah pada 21 Mac 2022, pemberian BAP akan dilaksanakan selepas proses pendaftaran selesai

image
Tarikh Bayaran Bantuan Awal Persekolahan 2022 3

KELAYAKAN MENDAPATKAN BAP

Pemberian BAP kepada murid-murid dibuat berdasarkan kriteria-kriteria berikut:

  • Murid warganegara Malaysia (perlu dibuktikan dengan sijil lahir/mykid/mykad yang disahkan atau apa-apa dokumen yang dikeluarkan oleh Jabatan Pendaftaran Negara Malaysia) ;
  • Murid Tahun 1 hingga Tingkatan 5 atau yang setaraf dengannya yang berasal dari kalangan isi rumah berpendapatan bulanan KASAR sebanyak RM3,000.00 dan ke bawah pada tahun semasa.  Pendapatan KASAR bulanan adalah pendapatan yang mengambil kira gaji hakiki/pokok dan elaun-elaun tetap sahaja.  Elaun lebih masa dan elaun-elaun yang bersifat tidak tetap tidak boleh diambil kira sebagai pendapatan KASAR bulanan ;
  • Bantuan ini diberikan kepada murid-murid yang bersekolah di Sekolah Kerajaan (SK), Sekolah Bantuan Kerajaan (SBK), Sekolah Agama Rakyat, Sekolah Agama Negeri dan Sekolah Swasta (selain sekolah antarabangsa).

PERMOHONAN BAP 2022

Untuk membuat permohonan Bantuan Awal Persekolahan 2022, ibu bapa atau penjaga boleh memuat turun borang permohonan melalui pautan dibawah :

Borang PB1 : [Klik Disini]

Borang PB2 : [Klik Disini]

Selain itu juga, ibu bapa atau penjaga perlu melampirkan sekali beberapa dokumen bersama borang permohonan di atas :

1. Salinan Sijil lahir anak

2. Kad pengenalan ibu bapa

3. Bukti pendapatan ( salinan slip gaji) .

4. Sekiranya tiada slip gaji perlu isi borang Pengesahan Pendapatan.( PB2)

*Semua salinan dokumen perlu disahkan salah seorang* :

  • Pegawai kerajaan kumpulan A ( Pengurusan dan Profesional)
  • Pengerusi JKKK
  • Penyelia Pembangunan Mukim
  • Penghulu
  • Penggawa
  • Ketua Kampung

Setiap permohonan lengkap boleh dikembalikan kepada pihak sekolah.

MAKLUMAT LANJUT

Untuk maklumat lanjut berkaitan Bantuan Awal Persekolahan 2022 boleh terus ke pautan portal rasmi Kementerian Pendidikan Malaysia [Klik Disini]

Klik Disini untuk lagi info berkaitan bantuan dan permohonan untuk anda

Penafian! – Artikel yang disiarkan dan dikongsi di laman web MyPermohonan serta artikel berkaitan dengan "Tarikh Bayaran Bantuan Awal Persekolahan 2022" adalah ringkasan daripada sumber asal. Pihak kami tiada kaitan dengan agensi kerajaan, syarikat ataupun pengeluar posting asal. Untuk maklumat lanjut sila ke halaman Penafian.

Leave a Comment