Tawaran Tajaan Pendidikan Lembaga Zakat Negeri Kedah

Tawaran Tajaan Pendidikan Lembaga Zakat Negeri Kedah (LZNK) bagi kategori Universiti Awam Malaysia (UA) kini dibuka. Permohonan terbuka khas untuk anak jati Negeri Kedah. Lembaga Zakat Negeri Kedah (LZNK) mempelawa calon-calon berkelayakan untuk membuat permohonan Tajaan Pendidikan LZNK seperti maklumat berikut :

DASAR AGIHAN TAJAAN PENDIDIKAN LEMBAGA ZAKAT NEGERI KEDAH

Dasar agihan biasiswa pelajar IPTA dalam negara adalah seperti berikut :

  1. Lembaga Zakat Negeri Kedah menawarkan Biasiswa Pendidikan bagi peringkat Ijazah Sarjana Muda di Institut Pengajian Tinggi Awam (IPTA), Malaysia
  2. Biasiswa ini merupakan tajaan penuh sepanjang pengajian kepada mahasiswa/mahasiswi yang berkelayakkan mengikut syarat dan jumlah kuota ditetapkan.
  3. Tawaran ini hanya diberikan kepada pelajar Ijazah Sarjana Muda sepenuh masa di IPTA Tempatan dan bukan pelajar yang melakukan twinning programme iaitu program pertukaran pelajar ke Luar Negara semasa sesi pengajian
  4. Skim ini adalah dibawah asnaf ASNAF FISABILILLAH dimana sumber kewangan adalah HASIL KUTIPAN ZAKAT NEGERI KEDAH DARUL AMAN dan diagihkan kepada 8 GOLONGAN ASNAF yang layak.
  5. Pelajar yang layak selepas proses saringan diperingkat LZNK akan ditemuduga.

KADAR TAJAAN

Tajaan pendidikan lembaga zakat negeri kedah

Kuota tawaran biasiswa adalah seramai 30 orang pelajar tahun 1 sesi kemasukan tahun 2021/22

SYARAT PERMOHONAN TAJAAN PENDIDIKAN LEMBAGA ZAKAT NEGERI KEDAH -IPTA

SYARAT UMUM

1. Pemohon mestilah beragama Islam.
2. Pemohon sedang bermastautin / menetap di Negeri Kedah sekurangkurangnya dua (2) Tahun
3. Keutamaan diberikan kepada asnaf fakir dan miskin
4. Semua bidang pengajian bagi peringkat Ijazah Sarjana Muda sahaja

SYARAT KHUSUS

1. Pemohon merupakan pelajar tahun pertama bagi sesi pengajian 2021/2022.
2. Pemohon mestilah berumur tidak melebihi 25 tahun ketika permohonan dilakukan.
3. Memperolehi Purata Gred Keseluruhan (PNGK) sekurang-kurangnya 3.00 bagi peringkat Diploma/Matrikulasi/Asasi/A-Level atau pangkat sekurangkurangnya Jayyid Jiddan bagi STAM.

SENARAI UNIVERSITI AWAM MALAYSIA

tajaan pendidikan lemabaga zakat negeri kedah

PROSES PERMOHONAN BIASISWA LZNK

tajaan pendidikan lebaga zakat negeri kedah

*tertakluk kepada perubahan dari masa ke semasa

PANDUAN PERMOHONAN TAJAAN PENDIDIKAN LEMBAGA NEGERI KEDAH

  1. Pemohon adalah melalui Portal Biasiswa LZK di http://biasiswa.zakatkedah.com.my
  2. Pemohon wajib mengisi maklumat dengan lengkap dan memuat naik dokumen-dokumen yang diperlukan seperti berikut :
  • Salinan Kad Pengenalan Pemohon
  • Gambar pemohon berukuran passport
  • Salinan Kad Pengenalan Ibu/Bapa atau Penjaga
  • Salinan Penyata Gaji / Pencen / Pengesahan Pendapatan
  • Salinan Kad Pengenalan/Sijil Kelahiran semua ahli keluarga dibawah tanggungan Ibubapa
  • Salinan kelulusan pengajian (PT3/ SPM/ Sijil/ Diploma/ Ijazah)
  • Salinan Surat Tawaran atau Pengesahan Pengajian daripada IPT

3. Permohonan Tajaan Pendidikan Lembaga Zakat Negeri Kedah tidak akan diproses sekiranya dokumen yang dilampirkan tidak jelas atau tidak muat naik pada setiap ruangan yang diminta.
4. Permohonan diuruskan oleh Ibu Pejabat melalui Bahagian Pendidikan, Lembaga Zakat Negeri Kedah

Untuk Maklumat lanjut boleh hubungi :
Bahagian Pendidikan
Lembaga Zakat Negeri Kedah
Telefon : 047331740 / 013-4592071
Email : [email protected]

TAWARAN DIBUKA SEHINGGA 30 NOVEMBER 2021

SENARAI SEMAK DOKUMEN YANG WAJIB DILAMPIRKAN BERSAMA PERMOHONAN TAJAAN PENDIDIKAN LEMBAGA ZAKAT NEGERI KEDAH

Capture 8

Klik Disini untuk lebih info bantuan dan pendidikan lain untuk anda

Penafian! – Artikel yang disiarkan dan dikongsi di laman web MyPermohonan serta artikel berkaitan dengan "Tawaran Tajaan Pendidikan Lembaga Zakat Negeri Kedah" adalah ringkasan daripada sumber asal. Pihak kami tiada kaitan dengan agensi kerajaan, syarikat ataupun pengeluar posting asal. Untuk maklumat lanjut sila ke halaman Penafian.

Leave a Comment