Showcase Jiwa Kacau 2024 Kembali Lagi dengan Penampilan Enam Pemuzik Hebat Tanah Air

Para peminat kugiran Hujan, Masdo, Bunkface, dan Insomniacks kembali mengucapkan ‘JIWA KACAU’ kepada pemuzik-pemuzik handalan tanah air ini dalam siri Showcase Jiwa Kacau 2024.

Setelah berjaya mengumpulkan hampir 8,000 peminat pada Showcase Jiwa Kacau 2023, MND Sport & Event Sdn Bhd tidak mahu keterujaan peminat ‘mati’ begitu sahaja. Kali ini, Jiwa Kacau berkolaborasi bersama Kopi Saigon sebagai penaja utama.

Dengan berbesar hati selaku penganjur, MND Sport & Event Sdn Bhd membawa kembali barisan kugiran yang sama iaitu Hujan, Masdo, Bunkface, dan Insomniacks, yang telah mencetuskan fenomena dalam Showcase Jiwa Kacau 2023, pada Showcase Jiwa Kacau 2024.

Berlangsung pada 22 Jun 2024 di Stadium Hoki Bukit Jalil, Showcase Jiwa Kacau 2024 dihangatkan lagi dengan penampilan kugiran dari Indonesia, Nidji, selain penampilan khas daripada solois tempatan, Luqman Podolski.

JIWA KACAU PHOTO BY @3RDPARTYPROJECT 6

Menariknya, Showcase Jiwa Kacau 2024 ini dihadiri oleh 15,000 penonton yang datang dari pelbagai usia dan negeri/negara bagi memeriahkan showcase dengan penjenamaan JIWA KACAU buat kali kedua ini.

Malah, ini kali pertama konsert diadakan di Stadium Hoki Nasional Bukit Jalil dan telah menerima sijil dari Puan Siti Hajar binti Johor dari Malaysia Book of Records dan Encik Iliyas Bin Jamil yang disampaikan kepada Encik Harith Daniel, CEO bagi MND Sports & Events, atas pencapaian tersebut.

“Showcase Jiwa Kacau 2024 memperlihatkan pertambahan dua lagi pemuzik yang akan menghangatkan malam pesta ini.

Terima kasih buat semua yang hadir serta pihak penaja kami, Naura Pisang Goreng, Copi Kitchen, Masy, Big Boss HSP, Thread Division, Sanggul Event, dan juga Penaja Utama SHOWCASE JIWA KACAU 2024 iaitu Kopi Saigon! Enam penampilan penuh energetik telah menghiburkan pengunjung pada malam Showcase Jiwa Kacau 2024 di Stadium Hoki Bukit Jalil pada 22 Jun 2024.”

“Showcase Jiwa Kacau 2024 bukan hanya menjadi tempat bersuka ria atau pesta semata-mata tetapi penganjuran ini menjadi medan berkembang, semarak sekali gus melestarikan muzik tempatan terutama buat generasi kini dan akan datang,” ujar Daniel Harith dari MND Sport & Event Sdn Bhd.

JIWA KACAU PHOTO BY @3RDPARTYPROJECT 29

INFORMASI

ACARA: SHOWCASE JIWA KACAU 2024

ARTIS: HUJAN, MASDO, NIDJI, BUNKFACE, INSOMNIACKS, LUQMAN PODOLSKI

TARIKH: 22 JUN 2024

LOKASI: STADIUM HOKI BUKIT JALIL

PENGANJUR: MND SPORT & EVENT SDN BHD PENAJA UTAMA: KOPI SAIGON

PENAJA: “ Naura Pisang Goreng, Copi Kitchen, Masy, Big boss HSP, Thread Division, Sanggul Event! Dan juga Penaja Utama kita…Kopi Saigon!!

PENGARAH KONSERT: Azmi Zainal dari Mie Bird Project

JUMLAH PENONTON: 15,000

RADIO RASMI: ERA FM

DIGITAL RASMI: ASTRO GEMPAK

 

SENARAI LAGU JIWA KACAU 2024

1. LuqmanPodolski

  • Bahaya
  • Kembar
  • MYVI
  • MungkinAku Tak Penting
  • KalauKau Rindu
  • RingRing

2. MASDO

  • MedleyLa Obe + Janji Manis
  • MissFlower Learn To Twist
  • InilanJalannya
  • BerdukaLara
  • PerihJerih
  • Dinda
  • MalamPesta Rock N Roll
  • Berchanda

3. INSOMNIACKS

  • IGAUANMALAM
  • REMINISENSI
  • TEMAN
  • KEPALABATU
  • SEMPURNA
  • PULANG

4. NIDJI

  • LalaSong
  • DiscoLazy Time
  • ArtiSahabat
  • SumpahC Matiku
  • Wadow
  • LaskarPelangi
  • Biarlah
  • HapusAku

5. Hujan

  • KotakHati
  • Obsesi
  • AhmoiChantek
  • LonelySolder Boy
  • Empayarmu
  • BilaAku Sudah Tiada
  • PagiYang Gelap
  • AkuSkandal

6. BUNKFACE

  • Hilang
  • MalamIni Kita Yang Punya
  • MedleyHigh School Rockers/ Silly Lily
  • RentakLaguku
  • Panik
  • Situasi
  • Revolusi

Leave a Comment