Semakan BKM Bujang RM350

Semakan BKM Bujang RM350. Dalam Bajet 2022, kerajaan melaksanakan Bantuan Keluarga Malaysia (BKM) iaitu bantuan tunai bertujuan untuk meringankan kos sara hidup yang dalam kalangan rakyat berpendapatan rendah. Untuk kategori bujang pula, kerajaan memperuntukkan Rm350 seorang jika mempunyai pendapatan RM2500 dan kebawah dalam sebulan.

SYARAT BKM BUJANG

Untuk penerima BKM Bujang, terdapat beberapa syarat utama iaitu :

  1. Berstatus bujang atau ibu bapa tunggal/balu/janda/duda yang tidakl mempunyai anak
  2. Berumur 21 tahun hingga 59 tahun
  3. Mempunyai pendapatan sebanyak Rm2500 dan kebawah sebulan

Masih belum ada maklumat terperinci untuk tarikh pembayaran bantuan ini. Makluman tarikh pembayaran akan dikemas kini dari semasa ke semasa.

PERMOHONAN BKM BUJANG

Data penerima untuk BPR 2021, BKC B40 dan data pemohon BPR 2021 yang tidak lulus atas alasan mendapat GKP akan dimasukkan dalam sistem BKM untuk semakan kelayakan.

Pemohon perlu membuat permohonan baru BKM jika tiada rekod dalam pangkalan data sedia ada LHDN. Manakala untuk penerima sedia ada dan mempunyai perubahan maklumat, pemohon perlu membuat kemas kini maklumat dalam masa yang telah ditetapkan. Tarikh kemas kini BKM Bujang boleh dibuat bermula pada 1 Januari 2022 hingga 31 Januari 2022.

image

Untuk maklumat lanjut berkaitan Bantuan Keluarga Malaysia untuk Kategori Bujang boleh terus ke “soalan lazim pengguna mengenai Bantuan Keluarga Malaysia (BKM)” di pautan berikut : [Klik Disini]

Klik Disini Untuk lagi info berkaitan bantuan dan semakan permohonan untuk anda

Penafian! – Artikel yang disiarkan dan dikongsi di laman web MyPermohonan serta artikel berkaitan dengan "Semakan BKM Bujang RM350" adalah ringkasan daripada sumber asal. Pihak kami tiada kaitan dengan agensi kerajaan, syarikat ataupun pengeluar posting asal. Untuk maklumat lanjut sila ke halaman Penafian.

Leave a Comment