Semak Saman Online : Trafik, JPJ & AES.

Semak Saman Online : Trafik, JPJ & AES. Kemudahan teknologi terkini telah banyak memudahkan pengguna untuk menjalani kehidupan seharian dengan hanya di hujung jari. Dengan adanya portal atas talian untuk menyemak atau membayar saman untuk Trafik, JPJ dan AES, ia kini lebih pantas dan mudah.

Berikut disertakan panduan untuk menyemak dan membayar saman atau kompaun daripada Polis Diraja Malaysia, Jabatan Pengankutan Jalan dan juga Automated Enforcement System.

SEMAK SAMAN ONLINE POLIS TRAFIK

  1. Layari Sistem Semakan Online Polis Diraja Malaysia (Klik Sini)
  2. Daftar sebagai pengguna baru
  3. Log masuk di ruangan yang disediakan kepada pengguna sedia ada (login)
  4. Setelah klik masuk dan login, klik ikon Status Saman
  5. Pengguna boleh menyemak saman dengan klik butang semak menggunakan nombor kad pengenalan atau nombor pendaftaran kenderaan

Untuk info anda juga, semakan tidak boleh dibuat ke atas nombor pengenalan orang lain, dan begitu juga nombor pendaftaran. Selain itu, anda boleh membuat pembayaran saman melalui MyBayar dan MyEg. Kaedah pembayaran saman yang diterima adalah tunai, kad kredit, wang pos dan bank draf.

Semakan Melalui Sistem MyEG Services

  1. Layari MyEG.com.my
  2. Pengguna kali pertama perlu mendaftar terlebih dahulu
  3. Log masuk menggunakan nama dan kata laluan
  4. Klik menu dan “search by” dan pilih kaedah semakan
  5. Isi maklumat yang diperlukan pada ruangan yang disediakn dan klik next
  6. bayran saman boleh dibuat melalui perbankan internet

Semakan Melalui SMS

  1. Taip POLIS(jarak)SAMAN(jarak)No. kad pengenalan atau No. kenderaan. Hantar ke 15888 atau 32728
  2. Taip POLIS(jarak)SAMAN(jarak)No. kad pengenalan atau No. kenderaan(jarak)Alamat emel. Hantar ke 32728 (maklumat terperinci akan dihantar ke alamat emel)
  3. Caj penghantaran setiap SMS akan dicaj Rm0.15 dan setiap SMS yang diterima akan dicaj RM0.20

SEMAK SAMAN ONLINE JPJ & AES

  1. Layari portal rasmi JPJ (Klik Sini)
  2. Terdapat paparan pilihan kategori ID iaitu Nombor ID Sahaja atau Nombor ID dan Nombor Kad Pengenalan
  3. Pilih kategori yang sesuai dan masukkan maklumat yang dikehendaki.
  4. Pengguna wajib mengisi ruangan bertanda (*)
  5. Klik Semak dan paparan berkaitan saman akan dikeluarkan dibahagian “Hasil Carian”

Semakan Saman JPJ Melalui SMS

  1. Taip JPJ(jarak)SAMAN(jarak)No. Kad Pengenalan atau No. Pendaftaran Kenderaan. Hantar ke 15888

Diskaun Saman

Untuk informasi anda, Kementerian Pengangkutan Jalan ada menawarkan diskaun hingga 70% bagi bayaran saman boleh kompaun yang dikeluarkan oleh JPJ dan SPAD, selama satu bulan mulai 1 hingga 31 Ogos 2021.

Pembayaran saman boleh dibuat di semua Pejabat JPJ Negeri, cawangan atau UTC serta saluran pembayaran lain JPJ seperti Portal MySikap JPJ, Kiosk JPJ dan JPJ Mobile.

Klik Sini untuk info berkenaan renew lesen dan roadtax secara online sebelum 30 September.

Penafian! – Artikel yang disiarkan dan dikongsi di laman web MyPermohonan serta artikel berkaitan dengan "Semak Saman Online : Trafik, JPJ & AES." adalah ringkasan daripada sumber asal. Pihak kami tiada kaitan dengan agensi kerajaan, syarikat ataupun pengeluar posting asal. Untuk maklumat lanjut sila ke halaman Penafian.

Leave a Comment