Semak Kelayakan Untuk Kadar Tambahan BKM Anda

Semak Kelayakan Untuk Kadar Tambahan BKM Anda. BANTUAN KELUARGA MALAYSIA (BKM) adalah bantuan tunai Kerajaan yang lebih bersasar kepada golongan yang memerlukan bagi meringankan kos sara hidup dan beban rakyat berpendapatan rendah.

BANTUAN KELUARGA MALAYSIA (BKM)

Anda layak menerima Bantuan Keluarga Malaysia (BKM)?
Pemohon layak menerima BKM sekiranya memenuhi kategori kelayakan seperti berikut :

ISI RUMAH

  1. Berkahwin, atau
  2. Ibu atau Bapa Tunggal / Balu / Janda / Duda yang mempunyai anak yang menepati syarat; dan
  3. Pendapatan Isi Rumah adalah RM5,000 dan ke bawah.

WARGA EMAS BUJANG/ TIADA PASANGAN

  1. Bujang atau Ibu atau Bapa Tunggal / Balu / Janda / Duda yang tidak mempunyai anak yang menepati syarat; dan
  2. Had umur adalah 60 tahun dan ke atas; dan
  3. Pendapatan Isi Rumah adalah RM5,000 dan ke bawah.

BUJANG

  1. Bujang atau Ibu atau Bapa Tunggal / Balu / Janda / Duda yang tidak mempunyai anak yang menepati syarat; dan
  2. Had umur adalah 21-59 tahun; dan
  3. Pendapatan Bujang adalah RM2,500 dan ke bawah.

Capture

PERMOHONAN BKM

Data penerima BPR 2021, data penerima BKC B40 dan data pemohon BPR 2021 yang tidak lulus atas alasan menerima GKP akan dibawa secara automatik ke dalam sistem BKM untuk diverifikasi kelayakan.

Permohonan baharu BKM perlu dibuat sekiranya tiada rekod dalam pangkalan data sedia ada LHDNM manakala bagi penerima sedia ada yang mempunyai sebarang perubahan maklumat, kemas kini hendaklah dibuat dalam tempoh yang ditetapkan.

[Klik Disini] untuk SEMAK PERMOHONAN DAN KEMASKINI BKM ANDA DARI 1 JANUARI SEHINGGA 31 JANUARI 2022

JUMLAH PEMBAYARAN DAN KADAR TAMBAHAN BKM

Jumlah bayaran BKM yang akan diterima adalah seperti berikut:

Capture 1

Kadar tambahan BKM hanya diberikan kepada penerima isi rumah seperti berikut :

  1. Tambahan RM500 kepada penerima kategori isi rumah berstatus Ibu Bapa Tunggal (IBT) yang mempunyai anak menepati syarat; atau
  2. Tambahan RM300 kepada penerima kategori isi rumah berstatus Warga Emas.

123

 Isi rumah berkenaan hanya layak menerima salah satu kadar tambahan sahaja

JADUAL PEMBAYARAN

Jadual pembayaran BKM termasuk kadar tambahan BKM adalah seperti maklumat berikut :

Untitled 1

MAKLUMAT LANJUT

Untuk maklumat lanjut bekenaan Kadar Tambahan BKM, anda boleh terus ke pautan portal rasmi pertanyaan berkenaan BKM [Klik Disini]

Info penuh terkini berkenaan BKM dan Kadar Tambahan BKM [Klik Disini]

[Klik Disini] Untuk lagi info semakan dan permohonan bantuan untuk anda

Penafian! – Artikel yang disiarkan dan dikongsi di laman web MyPermohonan serta artikel berkaitan dengan "Semak Kelayakan Untuk Kadar Tambahan BKM Anda" adalah ringkasan daripada sumber asal. Pihak kami tiada kaitan dengan agensi kerajaan, syarikat ataupun pengeluar posting asal. Untuk maklumat lanjut sila ke halaman Penafian.

Leave a Comment