Semak Kelayakan PeKa B40 Anda

Semak Kelayakan PeKa B40 Anda. Skim Peduli Kesihatan untuk Kumpulan B40 (PeKa B40) adalah satu inisiatif Kerajaan melalui Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) yang bertujuan untuk menampung keperluan kesihatan golongan berpendapatan rendah, dengan memberi fokus terhadap penyakit tidak berjangkit (NCD).

INFO PeKa B40

PeKa B40 ditawarkan kepada rakyat Malaysia yang berada dalam lingkungan pendapatan isi rumah 40% terendah, yang dikenali sebagai kumpulan B40.

Semak Kelayakan PeKa B40 : Penerima Bantuan Prihatin Rakyat (BPR) (sebelum ini dikenali sebagai Bantuan Sara Hidup (BSH)) dan pasangan mereka, yang berumur 40 tahun dan ke atas, secara automatik layak menyertai PeKa B40. Tiada pendaftaran khusus diperlukan untuk menyertai PeKa B40.

MANFAAT PeKa B40

Disenaraikan dibawah antara manfaat kepada golongan B40 didalam Skim Peduli kesihatan (PeKa B40)

  1. Saringan Kesihatan di Klinik Kesihatan Kerajaan dan Swasta
  2. Insentif melengkapkan rawatan Kanser
  3. Insentif tambang pengangkutan
  4. Bantuan Alat Perubatan

PeKa B40: Bantuan Kesihatan & Perubatan Sehingga RM20,000 (2021)

PROSEDUR MENDAPATKAN MANFAAT PeKa B40

Untuk Semak Kelayakan PeKa B40 dan membuat permohonan, anda cuma perlu mengikuti langkah mudah dibawah :

  1. Semak Kelayakan
  2. Sekiranya layak, lawati Klinik PeKa B40 terdekat yang boleh dikenalpasti dengan pelekat logo PeKa B40. Pastikan anda membawa MyKad untuk pengesahan.
  3. Logo PeKa B40 seperti berikut :Glass Sticker PeKa B40 01
  4. Pemeriksaan kesihatan akan dilakaukan semsa lawatan pertama di klinik
  5. Lawatan kali kedua untuk mengetahui keputusan makmal daripada doktor dan juga tindakan susulan sama ada rujukan ke Fasiliti KKm atau Program Sihat cergas KKM.

KRITERIA KELAYAKAN

Kelayakan untuk mendapatkan manfaat PeKa B40 adalah :

  1. Penerima Bantuan Rakyat (BPR) dan pasangan yang berdaftar
  2. Berumur 40 tahun dan keatas

Untuk menyemak kelayakan PeKa B40 boleh terus ke pautan rasmi : [Klik Disini]

MAKLUMAT LANJUT

Untuk sebarang informasi lanjut dan terkini berkaitan Skim Peduli Kesihatan untuk kumpulan B40 (PeKa B40) dan Semak Kelayakan PeKa B40 , anda boleh terus ke portal rasmi di : [Klik Disini]

Juga disertakan maklumat perhubungan :

Alamat :

F01 & F02, Tingkat 1, Blok 2300,
Century Square, Jalan Usahawan,
63000 Cyberjaya,
Selangor Darul Ehsan​

Talian Utama :

+603-8687 2525
8:30pagi – 5:30petang (Isnin – Jumaat)
9:00pagi – 4:00petang (Ahad)

Tutup pada Sabtu dan Cuti Umum

Emel :

[email protected]

Emel Khas :

[email protected]
[email protected]
[email protected]

[Klik Disini] Untuk lagi info semakan dan permohonan bantuan untuk anda

Penafian! – Artikel yang disiarkan dan dikongsi di laman web MyPermohonan serta artikel berkaitan dengan "Semak Kelayakan PeKa B40 Anda" adalah ringkasan daripada sumber asal. Pihak kami tiada kaitan dengan agensi kerajaan, syarikat ataupun pengeluar posting asal. Untuk maklumat lanjut sila ke halaman Penafian.

Leave a Comment