Renew Lesen Dan Roadtax

Renew Lesen Dan Roadtax Sebelum 30 September : Perintah Kawalan Pergerakan 3.0 (PKP3.0) yang sedang dilaksanakan sekarang ini sudah tentu akan menyukarkan kita untuk memperbaharui lesen memandu dan juga cukai jalan. Kaunter pula tidak beroperasi. Anda tidak perlu risau kerana :

INFO TARIKH AKHIR RENEW LESEN DAN ROADTAX

  • Seperti yang dimaklumkan sebelum ini, bagi Lesen Kenderaan Motor (LKM) dan Lesen Memandu Malaysia (LLM) (termasuk PSV / GDL) yang akan tamat tempoh dari 1 Jun hingga 31 Julai 2021, diberikan kelonggaran untuk memperbaharui LKM dan LMM mulai dari 1 Ogos sehingga 30 September 2021.
  • Urusniaga pembaharuan Lesen Memandu Malaysia (LMM) dan Lesen Kenderaan Motor (LKM) boleh dilaksanakan secara atas talian melalui portal mySIKAP, atau juga di kaunter JPJ secara temujanji atau melalui rakan strategik JPJ iaitu MYEG dan Pos Malaysia (bermula dari 9 Ogos 2021).
  • Pemandu dan pemilik kenderaan diingatkan bagi memperbaharui Lesen Kenderaan Motor (LKM) dan Lesen Memandu Malaysia (LMM) termasuk Lesen Vokasional (GDL / PSV) yang telah tamat tempoh sebelum 30 September 2021.
  • Aktiviti pemantauan pematuhan dan penguatkuasaan oleh agensi penguatkuasa JPJ dan Polis Diraja Malaysia (PDRM) akan dilaksanakan bermula dari 1 Oktober 2021. Oleh sebab itu anda haruslah renew lesen & roadtax anda sebelum 30 September.

Anda juga diingatkan bahawa kenderaan anda memiliki perlindungan insurans yang sah dan menunjukkan (e-cover insurance) kepada anggota penguatkuasa sekiranya diminta untuk pengesahan.

Info bertarikh 4 Ogos 2021 oleh JPJ :

siaran media jpj 2

RENEW LESEN DAN ROADTAX DI PEJABAT POS BERMULA 9 OGOS 2021

Pihak Jabatan Pengangkutan Jalan telah berbincang dengan pihak POS Malaysia berkenaan pengoperasian semula urusniaga JPJ di semua cawangan POS Malaysia. Bermula 9 Ogos 2021 , Sebanyak lebih 650 cawangan Pejabat POS Malaysia di seluruh Malaysia akan memulakan urusniaga JPJ.

Dalam kenyataan tersebut, JPJ juga mengingatkan orang awam agar terus sentiasa mematuhi SOP yang telah ditetapkan oleh Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) bagi melancarkan urusan secara fizikal di kaunter-kaunter berkenaan. Orang ramai juga disaran membuat urus niaga secara dalam talian iaitu melalui Portal mySIKAP atau menerusi MYEG.  Portal mySIKAP adalah sebuah portal atas talian rasmi Jabatan Pengangkutan Jalan Malaysia.

Ia tidak terhad kepada perbaharui lesen memandu online, anda juga boleh melakukan pelbagai perkhidmatan dalam talian yang melibatkan kenderaan motor dan pelesenan pemandu.

Bagi urusan di kaunter cawangan JPJ, kehadiran secara temujanji dan kehadiran walk-in adalah tidak dibenarkan.

Klik Sini untuk banyak lagi informasi untuk anda

Penafian! – Artikel yang disiarkan dan dikongsi di laman web MyPermohonan serta artikel berkaitan dengan "Renew Lesen Dan Roadtax" adalah ringkasan daripada sumber asal. Pihak kami tiada kaitan dengan agensi kerajaan, syarikat ataupun pengeluar posting asal. Untuk maklumat lanjut sila ke halaman Penafian.

Leave a Comment