Program Rezeki Ternak Ruminan (DVS) Tahun 2022

Program Rezeki Ternak Ruminan (DVS) Tahun 2022. Kepada para penternak yang berminat dan berkelayakan boleh membuat permohonan Skim Rezeki Ternak. Permohonan bagi tahun 2022 kini telah dibuka.

SKIM PROGRAM REZEKI TERNAK RUMINAN (DVS)

Program Rezeki Ternak Ruminan dibangunkan bertujuan membantu penternak bagi mengekalkan sumbangan mereka dalam bidang penternakan disamping mensasarkan peningkatan pendapatan bagi golongan penternak kecil.

Skop bantuan adalah dalam bentuk bantuan induk ternakan ruminan (lembu, kambing, bebiri & kambing tenusu) – dengan konsep geran padanan 10:90) dan bantuan input penternakan, peralatan dan pembaikan kandang / reban.

SYARAT PERMOHONAN PROGRAM REZEKI TERNAK RUMINAN

Permohonan terbuka kepada semua penternak kecil ruminan yang mempunyai kriteria seperti berikut:

  1. Warganegara Malaysia yang berumur tidak kurang 18 tahun dan tidak melebihi 55 tahun pada 1 Januari tahun permohonan.
  2. Penternak kecil sedia ada yang berdaftar dengan e-vetpermit, Jabatan Perkhidmatan Veterinar Malaysia
  3. Mempunyai modal tunai sekurang-kurangnya 10% dari nilai perolehan induk ternakan (bagi geran padanan 10:90 bantuan induk ternakan ruminan)
  4. Mempunyai pengalaman menternak sekurang-kurangnya satu tahun dan masih aktif beroperasi
  5. Mempunyai kawasan menternak yang sah dan kemudahan yang sesuai
  6. Pemohon tidak menerima bantuan yang sama dari agensi / jabatan lain dan pemohon berupaya untuk melaksana dan mengurus projek.

TARIKH PERMOHONAN DIBUKA BERMULA 1 DISEMBER 2021 SEHINGGA 31 DISEMBER 2021

Jutawan ternakan tumpah ilmu kepada anak muda

CARA PERMOHONAN

Jika pemohon layak dan menepati kriteria yang telah disyaratkan seperti dinyatakan di atas, pemohon boleh memohon skim ini seperti dibawah :

  1. Muat turun borang permohonan secara percuma daripada Jabatan Perkhidmatan Veterinar Negeri [Klik Disini]
  2. Lengkapkan borang permohonan tersebut dan hantar ke Pejabat Perkhidmatan Veterinar Daerah berhampiran anda atau Pusat Operasi VetEC yang berhampiran.

Dalam tempoh 3 tahun Perjanjian, peserta harus mencapai KPI atau sasaran prestasi keseluruhan ladang seperti yang dipersetujui di dalam perjanjian Pelaksanaan Program Reseki Ternak yang perlu ditandatangani oleh peserta.

MAKLUMAT LANJUT

Untuk maklumat lanjut dan pertanyaan mengeni Program Rezeki Ternak Ruminan Tahun 2022, anda boleh:

  • Layari website rasmi Jabatan Perkhidmatan Verterinar: http://www.dvs.gov.my/
  • Hubungi pihak urusetia: 03-88702406/ 03-88702421

Klik Disini Untuk lagi info berkaitan semakan dan permohonan untuk anda

Penafian! – Artikel yang disiarkan dan dikongsi di laman web MyPermohonan serta artikel berkaitan dengan "Program Rezeki Ternak Ruminan (DVS) Tahun 2022" adalah ringkasan daripada sumber asal. Pihak kami tiada kaitan dengan agensi kerajaan, syarikat ataupun pengeluar posting asal. Untuk maklumat lanjut sila ke halaman Penafian.

Leave a Comment