Program Penajaan Pengajian Tertiari MARA

Program Penajaan Pengajian Tertiari MARA. Majlis Amanah Rakyat (MARA) menawarkan pinjaman pelajaran bagi pelajar lepasan asasi/ STPM dan Diploma yang ditawarkan pengajian bagi peringkat Ijazah Pertama dalam bidang dan Institusi Pengajian Tinggi terpilih di dalam negara. Pelajar yang sedang mengikuti pengajian di peringkat Ijazah Pertama juga boleh memohon.

PROGRAM PENAJAAN PENGAJIAN TERTIARI

Untuk memohon Penajaan Pengajian Tertiari oleh MARA ini, pemohon hendaklah memahami dan memenuhi syarat-syarat umum serta syarat akademik yang diperlukan.

Syarat Umum Permohonan

  1. Pemohon serta salah seorang ibu atau bapa bertaraf Bumiputera
  2. Memenuhi syarat kelayakan Status Sosio-Ekonomi (SES)keluarga yang ditetapkan oleh MARA dengan jumlah pendapatan bercukai ibubapa adalah tidak melebihi RM250,000 setahun. Bagi yang berkhidmat di Luar Negara atau bekerja sendiri, purata pendapatan bulanan mestilah RM20,000 dan ke bawah.
  3. Ibu dan bapa/penjaga serta pelajar tidak disenaraihitam oleh MARA.
  4. Tidak pernah menerima pinjaman bagi peringkat pengajian yang sama.
  5. Bagi pemohon yang mempunyai masalah kesihatan, pemohon perlu mendapatkan pengesahan dari doktor bertauliah bahawa pemohon adalah sihat dan boleh melanjutkan pengajian.
  6. Had umur pemohon adalah tidak melebihi 40 tahun semasa permohonan dibuat.

Syarat Akademik

Selain syarat-syarat umum, calon-calon juga perlu memenuhi syarat akademik untuk mendapatkan Program Penajaan Pengajian Tertiari MARA ini :

  1. Pelajar Baharu
    > Mendapat CGPA 3.00 di peringkat Asasi / Matrikulasi / Persediaan/ STPM serta setaraf
    > Telah mendapat tawaran/mendaftar di IPT bermula Januari 2021.
  2. Pelajar Sedia Ada
    > Mendapat CGPA 3.00 bagi semester terdahulu, dan
    > Mempunyai baki tempoh pengajian tidak kurang dari satu (1) tahun.
  3. Lain-Lain Syarat
    > Lulus dengan kepujian dalam subjek Bahasa Melayu di peringkat SPM.
    > Kelayakan akademik bagi program Perubatan, Pergigian dan Farmasi mestilah memenuhi kriteria yang ditetapkan oleh Badan-Badan Profesional.

CARA PERMOHONAN

Permohonan Program Penajaan Pengajian Tertiari MARA hendaklah dibuat secara atas talian di Portal Rasmi MARA melalui pautan : [Klik Sini]

Permohonan akan dibuka pada tarikh 21 September sehingga 23 Oktober 2021

Calon-calon yang memohon hendaklah memastikan maklumat lengkap perlu diisi dengan tepat. Calon yan disenarai pendek akan dimaklumkan serta perlu mencetak dan menghantar dokumen yang berkaitan kepada MARA.

Pemohon yang tidak mendapat maklum balas daripada pihak MARA selepas 3 bulan daripada tarikh tutup iklan adalah dianggap tidak berjaya dan keputusan adalah muktamad.

SENARAI INSTITUSI PENGAJIAN TINGGI (IPT) TERPILIH

Disenaraikan Institusi Pengajian Tinggi (IPT) yang terpilih untuk Program Penajaan Pengajian Tertiari MARA :

A. UNIVERSITI AWAM

B. GOVERNMENT LINKED UNIVERSITY (GLU)

1. UNIVERSITI TEKNOLOGI PETRONAS
2. UNIVERSITI TENAGA NASIONAL
3. UNIVERSITI MULTIMEDIA
4. UNIVERSITI KUALA LUMPUR

C. INSTITUSI PENGAJIAN TINGGI SWASTA (IPTS)

1. ASIA PACIFIC UNIVERSITY OF TECHNOLOGY & INNOVATION
2. ASIAN INSTITUTE OF MEDICINE, SCIENCE AND TECHNOLOGY
3. BERJAYA UNIVERSITY
4. CITY UNIVERSITY
5. HELP UNIVERSITY
6. INFRASTRUCTURE UNIVERSITY KUALA LUMPUR
7. INTERNATIONAL MEDICAL UNIVERSITY
8. INTI INTERNATIONAL UNIVERSITY
9. KDU UNIVERSITY COLLEGE
10. KOLEJ UNIVERSITI ISLAM ANTARABANGSA SELANGOR
11. LINCOLN UNIVERSITY COLLEGE
12. MAHSA UNIVERSITY
13. MANAGEMENT & SCIENCE UNIVERSITY
14. NILAI UNIVERSITY
15. PERDANA UNIVERSITY
16. SEGI UNIVERSITY
17. SUNWAY UNIVERSITY
18. TATI UNIVERSITY COLLEGE
19. TAYLORS UNIVERSITY
20. UCSI UNIVERSITY
21. UNIVERSITI TUNKU ABDUL RAHMAN
22. UNIVERSITY OF CYBERJAYA
23. CURTIN UNIVERSITY MALAYSIA
24. MONASH UNIVERSITY MALAYSIA
25. NEWCASTLE UNIVERSITY MEDICINE MALAYSIA
26. SWINBURNE UNIVERSITY OF TECHNOLOGY SARAWAK CAMPUS
27. UNIVERSITY OF NOTTINGHAM MALAYSIA CAMPUS
28. UNIVERSITI TUN ABDUL RAZAK
29. MANIPAL INTERNATIONAL UNIVERSITY
30. ASIA METROPOLITAN UNIVERSITY
31. HERRIOT-WATT UNIVERSITY MALAYSIA
32. QUEST INTERNATIONAL UNIVERSITY PERAK
33. TUNKU ABDUL RAHMAN UNIVERSITY COLLEGE
34. WIDAD UNIVERSITY COLLEGE
35. LINTON UNIVERSITY COLLEGE
36. KPJ HEALTHCARE UNIVERSITY COLLEGE
37. UNIVERSITY COLLEGE BESTARI
38. KUALA LUMPUR METROPOLITAN UNIVERSITY COLLEGE
39. UNIVERSITY COLLEGE OF TECHNOLOGY SARAWAK
40. UNIVERSITI ISLAM ANTARABANGSA SULTAN ABDUL HALIM MU’ADZAM SHAH
41. PENANG INTERNATIONAL DENTAL COLLEGE

MAKLUMAT LANJUT

Sebarang pertanyaan dan maklumat lanjut berkaitan Program Penajaan Pengajian Tertiari MARA boleh diajukan kepada emel dibawah mulai 21 September 2021 sehingga  23 Oktober 2021. Bermula jam 9 pagi sehingga 4 petang.

a) [email protected]

b) [email protected]

c) [email protected]

d) [email protected]

e) [email protected]

Untuk Iklan Penuh Program Penajaan Pengajian Tertiari MARA [Klik Sini]

Klik Sini untuk lagi bantuan pendidikan dan semakan permohonan pendidikan untuk anda

 

Penafian! – Artikel yang disiarkan dan dikongsi di laman web MyPermohonan serta artikel berkaitan dengan "Program Penajaan Pengajian Tertiari MARA" adalah ringkasan daripada sumber asal. Pihak kami tiada kaitan dengan agensi kerajaan, syarikat ataupun pengeluar posting asal. Untuk maklumat lanjut sila ke halaman Penafian.

Leave a Comment