Positif Covid-19. Apa Yang Perlu Anda Lakukan?

Apabila anda sudah membuat pemeriksaan saringan covid-19, dan juga mendapati anda positif Covid-19, apa yang perlu anda lakukan? Bagaimana pula dengan ahli rumah anda yang lain?

WAJIB PATUHI

Mana-mana orang yang telah disahkan positif Covid-19 oleh mana-mana fasilti kesihatan perlu menjalani kuarantin secara kendiri walaupun belum dikeluarkan perintah pengawasan dan pemerhatian.

“Akta Pencegahan Dan Pengawalan Penyakit Berjangkit 1988 [akta 342] memperuntukkan bahawa orang yang dijangkiti tidak boleh bertindak mengikut cara yang boleh merebakkan penyakit berjangkit”

Kegagalan menjalani kurantin kendiri oleh mana-mana orang yang dijangkiti merupakan satu kesalahan di bawah seksyen 12 (3) Akta Pencegahan Dan Pengawalan Penyakit Berjangkit 1988 [akta 342] dan jika disabitkan bersalah, boleh dipenjarakan selama tempoh tidak melebihi dua tahun atau didenda atau kedua-duanya.

ANDA KES POSITIF COVID-19 YANG BERADA DI RUMAH?

Apa yang perlu anda lakukan jika anda positif Covid-19 yang berada di rumah, samada berseorangan atau bersama orang lain. ini yang perlu anda lakukan :

  1. Anda perlu duduk di bilik yang berasingan daripada ahli rumah yang lain. Dan lebih elok jika bilik berkenaan ada kemudahan bilik air.
  2. Jika terpaksa berkongsi bilik air, pastikan bilik air dibersihkan atau disinfeksi setiap kali selepas digunakan
  3. Kerap cuci tangan dengan air dan sabun atau hand sanitizer.
  4. Pakailah pelitup muka dan pastikan penjarakan fizikal 1-2 meter dengan ahli rumah yang lain
  5. Pantau diri sendiri setiap hari untuk gejala yang lebih teruk. Hubungi 999 jika gejala bertambah teruk seperti sesak nafas dan demam dengan suhu yang tinggi

ANDA DUDUK SERUMAH DENGAN KES POSITIF COVID-19?

Bagaimana pula jika ahli rumah lain pula yang positif Covid-19? Ini yang perlu anda lakukan :

  1. Kekal duduk dirumah selama 10 hari.
  2. Tidak berkongsi bilik bersama ahli rumah yang positif Covid-19
  3. Sentiasa memakai pelitup muka dan pastikan penjarakan fizikal 1-2 meter daripada kes positif
  4. Letak makanan dan minuman di luar pintu bilik untuk diambil sendiri oleh ahli rumah yang positif Covid-19
  5. Pakai sarung tangan semasa mengendalikan perkakas yang digunakan oleh kes positif.
  6. Kerap cuci tangan dengan air dan sabun atau gunakan hans sanitizer
  7. Pantau diri setiap hari untuk gejala menggunakan aplikasi MySejahtera

PERINTAH PENGAWASAN DAN PEMERHATIAN (HSO)

Jika anda berada dalam Perintah Pengawasan Dan Pemerhatian (HSO) yang berada di rumah, ini yang perlu anda lakukan :

  1. Pastikan anda boleh dihubungi pada setiap masa
  2. Sentiasa berada dirumah sepanjang tempoh pengawasan dan pemerhatian. Digalakkan untuk berada dalam bilik yang ada bilik air berasingan dengan orang lain
  3. Hadkan pelawat atau tetamu yang datang kerumah
  4. Senaraikan amalkan adab batuk dan bersin yang betul
  5. Sekiranya bergejala, sentiasa pakai pelitup muka.
  6. Hadkan penjarakan fizikal anda dengan mereka yang sihat sekurang-kurangnya 1 meter
  7. Pastikan pengudaraan rumah dalam keadaan baik dengan membuka tingkap
  8. Pada hari ke-8, anda perlu pergi jalani ujian serologi Covid-19 di klinik kesihatan / klinik swasta yang diiktiraf oleh KKM. Pastikan anda mendapat salinan keputusan ujian tersebut.
  9. Pada hari ke-10, hadir ke Pejabat Kesihatan Daerah yang terdekat dengan laporan ujian serologi untuk mendapatkan pelepasan daripada menjalani perintah pengawasan dan pemerhatian di rumah, serta menaggalkan gelang perintah pengawasan

20210126 Tempoh Pengasingan Diri

CARTA ALIRAN PENGURUSAN PESAKIT COVID-19

Carta Alir Pengurusan Pesakit Covid19 1

Carta Alir Pengurusan Pesakit Covid19 2

Carta Alir Pengurusan Pesakit Covid19 3

Untuk info lanjut berkenaan pemantauan kendiri kes positif Covid-19 di rumah boleh ke pautan Kementerian Kesihatan Malaysia (Klik Sini)

Klik Sini untuk info berkaitan Covid-19 berkenaan 3 alat utama pantau gejala Covid-19

Penafian! – Artikel yang disiarkan dan dikongsi di laman web MyPermohonan serta artikel berkaitan dengan "Positif Covid-19. Apa Yang Perlu Anda Lakukan?" adalah ringkasan daripada sumber asal. Pihak kami tiada kaitan dengan agensi kerajaan, syarikat ataupun pengeluar posting asal. Untuk maklumat lanjut sila ke halaman Penafian.

Leave a Comment