PORSCHE DESIGN HONOR Magic V2 RSR Menang Red Dot Award: Product Design 2024

PORSCHE DESIGN HONOR Magic V2 RSR Red Dot Award Product Design 2024

HONOR telah memperoleh satu lagi pengiktirafan, kali ini adalah PORSCHE DESIGN HONOR Magic V2 RSR yang memenangi anugerah Red Dot Award: Product Design 2024. Telefon boleh lipat ini diiktiraf anugerah tersebut kerana rekaan abadi yang dicipta bersama jenama tersohor Porsche Design.

Telefon edisi khas ini telah merangkul anugerah paling berprestij untuk jenama yang dinilai dengan teliti oleh ahli panel yang terdiri daripada pakar antarabangsa untuk mengiktiraf reka bentuk produk dan perindustrian terbaik dunia.

Teknologi Inovatif dengan Sentuhan Kemewahan

PORSCHE DESIGN HONOR Magic V2 RSR menyerlah kerana rekaan fungsian dan sangat nipis selain menawarkan bateri karbon silikon ultra nipis yang dikuasakan oleh teknologi termaju HONOR. Berat peranti ini hanya 234g dengan ketebalan 9.9mm.

Menggabungkan kemewahan dengan teknologi inovatif, panel unik pada bahagian belakang telefon boleh lipat ini mengambil inspirasi daripada rekaan hud kereta ikonik Porsche 911. Pengguna merasakan seolah memandu kereta sport apabila mengenggam telefon ini dalam tangan. PORSCHE DESIGN HONOR Magic V2 RSR didatangkan dalam warna yang sama dengan kereta Porsche tersebut iaitu Agate Grey.

PORSCHE DESIGN HONOR Magic V2 RSR menetapkan standard baru dalam ketahanan dengan Pelindung NanoCrystal Anti Calar yang pertama dalam industri. Teknologi ini mempunyai peningkatan sepuluh kali ganda dalam rintangan calar, melebihi penarafan kekerasan Mohs sebanyak 7. Ini bermakna paparan peranti tersebut mampu tahan haus dan lusuh.

Bagi menambah lagi citarasa kemewahan, PORSCHE DESIGN HONOR Magic V2 RSR mempunyai engsel titanium yang sangat kuat dan ringan. Reka bentuk inovatif ini juga memberi keselesaan apabila peranti ini digenggam dan mudah diselitkan ke dalam poket.

PORSCHE DESIGN HONOR Magic V2 RSR kini boleh dibeli di kedai HONOR Experience Store terpilih di seluruh negara. Sebelum ini, telefon boleh lipat eksklusif ini hanya tersedia menerusi jemputan khas dan individu yang berminat perlu mendaftar untuk mendapatkan peranti ini. PORSCHE DESIGN HONOR Magic V2 RSR hadir dalam RAM 16GB dan storan 1TB pada harga RM10,999.

Untuk maklumat lanjut mengenai HONOR Magic V2 RSR PORSCHE, layari laman web rasmi HONOR di https://www.honor.com/my/phones/honor-magic-v2-rsr-porsche-design/

Penafian! – Artikel yang disiarkan dan dikongsi di laman web MyPermohonan serta artikel berkaitan dengan "PORSCHE DESIGN HONOR Magic V2 RSR Menang Red Dot Award: Product Design 2024" adalah ringkasan daripada sumber asal. Pihak kami tiada kaitan dengan agensi kerajaan, syarikat ataupun pengeluar posting asal. Untuk maklumat lanjut sila ke halaman Penafian.

Leave a Comment