Permohonan Pinjaman Pendidikan Yayasan Pahang Sesi Mei 2022

Permohonan Pinjaman Pendidikan Yayasan Pahang Sesi Mei 2022. Yayasan Pahang (YP) telah mempelawa calon-calon yang berkelayakan untuk memohon Pinjaman Pendidikan bagi melanjutkan pengajian di Institusi-Institusi Pengajian Tinggi Awam/Swasta (IPTA/S) di dalam negara yang diiktiraf oleh Kerajaan Malaysia dan diluluskan oleh Yayasan Pahang.

Kelayakan Permohonan

Untuk membuat permohonan pinjaman pendidikan Yayasan Pahang Sesi Mei 2022, calon hendaklah menepati syarat kelayakan seperti dibawah :

  1. Pemohon atau Ibu atau bapa dilahirkan di Negeri Pahang Darul Makmur
  2. Jika pemohon serta ibu dan bapa lahir di luar Negeri Pahang, dan telah bermastautin lebih dari sepuluh (10 ) tahun dan berhasrat menetap di Negeri Pahang Darul Makmur, perlu mengemukakan surat pengesahan tempoh bermastautin daripada Wakil Yang Dilantik Oleh Yayasan Pahang/ Pegawai Daerah/ Penghulu Mukim.
  3. Bagi pemohon yang ibubapanya bukan warganegara malaysia adalah tidak layak untuk memohon.
  4. Mempunyai sahsiah diri yang baik dan memiliki personaliti unggul
  5. Mempunyai taraf kesihatan yang baik
  6. Medapat tawaran dari IPTA/S mengikut kategori yang diberikan
TPP yp MEI 2022
Permohonan Pinjaman Pendidikan Yayasan Pahang Sesi Mei 2022 4

Jenis Tawaran Pinjaman Pendidikan

Jenis tawaran pinjaman pendidikan yang disediakan oleh Yayasan Pahang adalah seperti berikut :

Diploma @ Politeknik

Kadar Pinjaman : Sepenuh Masa RM4,500 Setahun

  1. Pelajar yang sedang mengikuti pengajian ( semester 2 dan ke atas) di Politeknik yang tidak mendapat penajaan dari mana mana badan penaja

Ijazah Sarjana Muda @ 20 IPTA

Kadar Pinjaman : Sepenuh Masa RM3,000 Setahun (penajaan meliputi kos sara hidup sahaja)

  1. Pemohon perlu memiliki kelulusan di peringkat Diploma dengan mendapat CGPA 3.20 keatas atau Lulus Matrikulasi/ Asasi Atau STPM dengan mendapat CGPA 3.00 ke atas
  2. Memiliki sekurang-kurangnya tahap Band 2 dalam Malaysia University English Test (MUET)

Sarjana/ Kedoktoran @ 20 IPTA

Kadar Pinjaman : Sepenuh Masa RM3,000 Setahun (penajaan meliputi kos sara hidup sahaja), Separuh Masa Yuran Pengajian sebenar atau maksimum RM10,000 sepanjang tempoh pengajian

  1. Memiliki kelulusan Ijazah Sarjana Muda/ Sarjana Kelas Kedua Tinggi atau dengan mendapat CGPA 3.00 keatas

Diploma/ Ijazah Sarjana Muda/ Sarjana

Kadar Pinjaman : Sepenuh Masa (Diploma/ Ijazah Sarjana Muda) RM3,000 setahun, Separuh Masa (Sarjana) Yuran Pengajian Sebenar atau maksimum RM10,000 sepanjang tempoh pengajian

  1. Diploma/ Ijazah Sarjana Muda/ Sarjana di Universiti Islam Pahang Sultan Ahmad Shah (UnIPSAS)

Diploma/ Ijazah Sarjana Muda

Kadar Pinjaman : Sepenuh Masa RM3,000 (kos penajaan meliputi kos sara hidup sahaja)

  1. Diploma/ Ijazah Sarjana Muda di Kolej Universiti Yayasan Pahang (UCYP)

Program Kemahiran

Kadar Pinjaman : Sepenuh Masa (Pinjaman meliputi yuran pengajian dan sara hidup)

  1. Program Kemahiran di Kolej Yayasan Pahang Advanced Skill (KYPAS) @ Pahang Skills

Cara Permohonan

Permohonan boleh dibuat dan dihantar secara atas talian serta dokumen-dokumen yang berkaitan perlu dimuatnaik di laman sesawang Yayasan Pahang dengan memilih ikon SISPEN sebelum atau pada 7 Jun 2022 (Selasa) :

Panduan untuk mengisi permohonan secara atas talian boleh dimuat turun di : https://www.yp.org.my/wp-content/uploads/2021/12/PANDUAN-MENGISI-PERMOHONAN-SECARA-ATAS-TALIAN.pdf

Permohonan Pinjaman Pendidikan Yayasan Pahang Bagi Sesi Disember Kini  Dibuka - pendidikan4all

Maklumat Lanjut

Untuk keterangan lanjut, sila berhubung dengan :

Yayasan Pahang
Kompleks Yayasan Pahang, Tanjung Lumpur,
26060 Kuantan, Pahang Darul Makmur.

Tel : 09 -518 1800
Faks : 09-518 1888

Pn. Zakiah binti Saleh : [email protected]
Mohd Mazni Syamim bin Mohamad : [email protected]

Klik Disini untuk lagi semakan permohonan bantuan pelajaran untuk anda

Penafian! – Artikel yang disiarkan dan dikongsi di laman web MyPermohonan serta artikel berkaitan dengan "Permohonan Pinjaman Pendidikan Yayasan Pahang Sesi Mei 2022" adalah ringkasan daripada sumber asal. Pihak kami tiada kaitan dengan agensi kerajaan, syarikat ataupun pengeluar posting asal. Untuk maklumat lanjut sila ke halaman Penafian.

Leave a Comment