Tawaran Pinjaman Pelajaran Yayasan Kelantan Darulnaim 2021/2022

Tawaran Pinjaman Pelajaran Yayasan Kelantan Darulnaim. Tawaran pinjaman pelajaran ini dikhaskan untuk Ijazah pertama kepada yang melanjutkan pelajaran pengajian di Mesir, Indonesia & Jordan. Ia juga ditumpukan kepada Kursus Pengajian Islam, Bahasa Arab, Ulum Islamiah, Qiraat, Perubatan, Pergigian dan Farmasi untuk sesi 2021/2022.

Tawaran ini dikhas kan untuk warganegara Malaysia serta rakyat negeri Kelantan Darulnaim yang lahir dan bermastautin di Negeri Kelantan yang berkelayakan bagi mendapatkan pinjaman pelajaran YAKIN untuk mengikuti kursus pengajian pereingkat IJAZAH PERTAMA bagi sesi pengajian 2021/2022.

Pengkhususan yang ditaja adalah seperti berikut :
Capture 1

Tawaran Pinjaman Pelajaran Yayasan Kelantan Darulnaim

Syarat-syarat umum

Pemohon yang ingin mengikuti pengajian di universiti-universiti luar negara yang tersenarai di atas hendaklah memenuhi syarat kelayakan minimum yang telah ditetapkan oleh Kementerian Pendidikan Tinggi (KPT) dengan kursus dan universiti yang mendapat pengiktirafan Malaysian Qualifications Agency (MQA).

Syarat-syarat permohonan

Pertimbangan akan diberi kepada pemohon-pemohon yang memenuhi syarat-syarat berikut :-

(i) Telah LULUS peperiksaan IMTIHAN QABUL dan mendapat tawaran ke TAHUN 1 ( Bagi pelajar Kursus Bahasa Arab ).

(ii) Telah menerima surat tawaran dan penempatan ke TAHUN 1 daripada Kementerian Pengajian Tinggi (KPT) bagi Kursus Perubatan, Pergigian dan Farmasi.

(iii) Pelajar perlu mengemukakan surat Non Objection Certificate (NOC) @ Sijil Sokongan Luar Negara (SSLN) yang dikeluarkan oleh KPT.

(iv) Telah diterima masuk mengikuti pengajian peringkat Ijazah Pertama dan :
> Mendapat surat pengesahan berada di tahun tiga (3) atau empat (4) pengajian sesi 2021/2022 bagi Kursus Pengajian Islam di Mesir daripada Jabatan Penuntut Malaysia .
> Mendapat surat pengesahan berada di tahun dua (2) pengajian sesi 2021/2022 bagi Kursus Pengajian Islam di Jordan daripada Jabatan Penuntut Malaysia.
> Mendapat surat pengesahan berada di tahun satu (1) pengajian sesi 2021/2022 bagi Kursus Pengajian Islam di Indonesia daripada Jabatan Penuntut Malaysia .

Syarat-syarat tambahan

Kepujian dalam subjek Bahasa Melayu di peringkat Sijil Pelajaran Malaysia (SPM).

CARA PERMOHONAN

  1. Permohonan Tawaran Pinjaman Pelajaran Yayasan Kelantan Darulnaim ini hendaklah dibuat secara Online (dalam talian) dengan melayari sistem http://www.espmb.com/yakin/ (PORTAL PERMOHONAN PINJAMAN PELAJARAN YAKIN). Pemohon mestilah mempunyai e-mel peribadi untuk permohonan dalam talian.
  2. Borang Permohonan Online HENDAKLAH DICETAK dan DISERTAKAN bersama dengan salinan-salinan dokumen disahkan benar sebagaimana berikut :i) Surat Beranak / Surat Sumpah dan Kad Pengenalan pemohon.
    ii) Surat Sumpah / Kad Pengenalan Ibu dan Bapa / Penjaga.
    iii) Sijil-sijil persekolahan (SPM, STPM, STAM) dan lain-lain berkaitan.
    iv) Satu keping gambar berukuran pasport.
    v) Slip gaji terakhir ibu dan bapa (jika ibu bapa bekerja).
    vi) Surat tawaran kemasukan ke universiti.
    vii) Keputusan peperiksaan yang terakhir (jika sedang belajar).
    dan dihantar ke alamat :YAYASAN KELANTAN DARULNAIM (YAKIN)
    Tingkat 5 , Kompleks YAKIN
    Jalan Gajah Mati
    15000 Kota Bharu, Kelantan.
    Tel : 09-7483213 / 744612
  3. Permohonan Online Tawaran Pinjaman Pelajaran Yayasan Kelantan Darulnaim ini dibuka mulai 15 SEPTEMBER 2021 (RABU) dan tarikh tutup permohonan ialah pada @ sebelum 07 OKTOBER 2021 (KHAMIS) manakala TARIKH AKHIR penerimaan borang permohonan/dokumen ke pejabat YAKIN ialah pada 14 OKTOBER 2021 (KHAMIS).
  4. Keutamaan akan diberi kepada pelajar-pelajar dari keluarga berpendapatan sederhana dan kurang berkemampuan.
  5. Permohonan yang diterima selepas tarikh tutup / tidak lengkap / tidak memenuhi kriteriakriteria sebagaimana di atas AKAN DITOLAK / TIDAK AKAN DIPROSES
  6. Pemohon yang tidak menerima apa-apa jawapan DALAM TEMPOH (1) SATU BULAN selepas tarikh tutup iklan adalah dianggap tidak berjaya.

MAKLUMAT LANJUT

Untuk Maklumat lanjut boleh terus ke pautan Portal Rasmi Yayasan Kelantan Darulnaim (YAKIN) : [Klik Sini]

Klik Sini untuk banyak lagi info berkaitan bantuan pendidikan untuk anda

 

Penafian! – Artikel yang disiarkan dan dikongsi di laman web MyPermohonan serta artikel berkaitan dengan "Tawaran Pinjaman Pelajaran Yayasan Kelantan Darulnaim 2021/2022" adalah ringkasan daripada sumber asal. Pihak kami tiada kaitan dengan agensi kerajaan, syarikat ataupun pengeluar posting asal. Untuk maklumat lanjut sila ke halaman Penafian.

Leave a Comment