Jawatan Kosong Petugas Haji Baharu (Perubatan) 2022

Jawatan Kosong Petugas Haji Baharu (Perubatan) 2022 kini telah dibuka. Banyak peluang kerjaya dan jawatan kosong untuk musim Haji yang telah dibuka untuk permohonan pada 1443(Hijrah) atau tahun hadapan iaitu 2022. KKM telah membuka peluang kerjaya ini kepada penjawat awam Kementerian Kesihatan yang berminat dan bekelayakan. Jawatan-jawatan tersebut adalah seperti dibawah :

MAKLUMAT JAWATAN

Jawatan :

  1. Pakar Perubatan (Physician)
  2. Pakar Perubatan Penyakit Berjangkit
  3. Pakar Orthopedik
  4. Pakar Bius
  5. Pakar Kecemasan
  6. Pakar Psikiatri
  7. Pakar Radiologi
  8. Pakar Perubatan Keluarga
  9. Pakar Kesihatan Awam
  10.  Pegawai Perubatan (Lelaki)
  11.  Pegawai Perubatan (Perempuan)
  12.  Pegawai Pergigian
  13.  Pegawai Farmasi
  14.  Pegawai Dietetik
  15.  Ketua Jururawat
  16.  Penolong Pegawai Perubatan (Lelaki)
  17.  Penolong Pegawai Perubatan (Perempuan)
  18.  Jururawat Terlatih (Perempuan)
  19.  Jururawat Terlatih (Lelaki)
  20.  Jururawat Pergigian
  21.  Penolong Pegawai Kesihatan Persekitaran
  22.  Jurupulih Anggota
  23.  Juru X-Ray
  24.  Penolong Pegawai Farmasi
  25.  Juruteknologi Makmal Perubatan
  26.  Penolong Pegawai Penyediaan Makanan
  27.  Jururawat Masyarakat
  28. Pembantu Pembedahan Pergigian
  29. Skim Perkhidmatan Hal Ehwal Islam (Pegawai Penjagaan Spiritual)
  30. Penolong Pegawai Tadbir
  31. Pembantu Tadbir Pembantu
  32. Perawatan Kesihatan (Lelaki)
  33. Pembantu Perawatan Kesihatan (Perempuan)
  34. Pemandu

Lokasi Jawatan : Malaysia
Nama Majikan : KEMENTERIAN KESIHATAN MALAYSIA
Gaji : (Rujuk info dibawah)
Kelayakan Minima : (Rujuk info dibawah)
Tarikh Tutup Permohonan : IPKKM (13 Oktober 2021) | JKNINSTITUSI (27 Oktober 2021)

Syarat Jawatan :

Permohonan ini dibuka kepada penjawat awam Kementerian Kesihatan seperti berikut :

  1. Bertaraf tetap dan disahkan dalam perkhidmatan awam
  2. Berkhidmat sekurang-kurangnya 5 tahun dalam perkhidmatan awam; dan
  3. BELUM PERNAH menyertai Rombongan Petugas Haji (Perubatan) ke Tanah Suci.

image

SYARAT UTAMA LANTIKAN PETUGAS HAJI BAHARU (PERUBATAN) 2022

Syarat utama lantikan bagi jawatan Petugas Haji Baharu (Perubatan) 2022 adalah :

  1. Warganegara Malaysia.
  2. Menjadi Ahli Pendeposit TH.
  3. Beragama Islam.
  4. Fasih berbahasa Melayu
  5. Disahkan sihat oleh Ketua Jabatan
  6. Disahkan TIDAK MEROKOK / VAPE / E-CIGARETTES oleh Ketua Jabatan.
  7. Berat Badan Unggul ( BMI ) : 18 hingga 31
  8. Umur bagi pegawai lelaki tidak melebihi 50 tahun manakala bagi pegawai wanita tidak melebihi 45 tahun (semua jawatan) pada tarikh tutup permohonan.
  9. Pegawai yang telah berkahwin perlu mendapatkan persetujuan secara bertulis daripada suami/isteri apabila membuat permohonan.

KEUTAMAAN LANTIKAN

Keutamaan akan diberikan kepada pegawai yang sedang bertugas di penempatan berikut:

  • Jabatan Kecemasan dan Trauma
    > Pegawai Perubatan
    > Penolong Pegawai Perubatan
    > Jururawat Terlatih
  • Klinik Kesihatan
    > Pegawai Perubatan
    > Penolong Pegawai Perubatan
  • Wad Rawatan Rapi (ICU) / Wad Rawatan Jantung (CCU)
    > Jururawat Terlatih

Keutamaan juga diberikan kepada pegawai yang mempunyai pengalaman bertugas di penempatan berikut :

  • Pasukan Perlindungan Perubatan (Medical Cover) di stesen pelepasan dan stesen ketibaan di semasa Operasi Haji Tanah Air (OHTA)
  • Pemeriksaan kesihatan bakal haji di Tanah Air

Pegawai yang tidak layak untuk memohon jawatan Petugas Haji Baharu (Perubatan) 2022 adalah seperti berikut:

  • Pegawai yang masih dalam tempoh pengajian (Ijazah Pertama / Master (SubSpecialist) atau sedang menunggu tawaran melanjutkan pelajaran
  • Pegawai Perubatan Siswazah (Housemenship)
  • Pakar Perubatan yang dalam tempoh pewartaan
  • Pegawai yang sedang dalam tindakan tatatertib dan sedang menggunakan kemudahan cuti-cuti lain (cth. : cuti tanpa gaji/cuti sakit/cuti tanpa rekod) yang berkuatkuasa sepanjang tempoh operasi haji
  • Pegawai wanita yang hamil

PERMOHONAN

Borang permohonan untuk jawatan Petugas Haji Baharu (Perubatan) 2022 ini boleh dimuat turun melalui pautan berikut : [Klik Disini]

Selain itu juga , dokumen-dokumen yang WAJIB disertakan bersama borang permohonan dan DISAHKAN adalah seperti berikut:

a. 2 x Salinan Sijil Sarjana (Master)/ Fellowship/ Membership/ Sarjana Muda/ Diploma;
b. 2 x Sijil Perakuan Amalan Tahunan terkini dan belum tamat tempoh;
c. 2 x Sijil Basic Life Support yang masih sah laku dan seumpamanya;
d. 2 x Salinan Sijil Pos Basik; dan
e. 2 x Salinan Sijil Digital Vaksinasi COVID-19.

Borang Permohonan WAJIB melalui Jawatankuasa Pemilihan adalah seperti berikut :

Capture

Senarai semak permohonan jawatan Petugas Haji Baharu (Perubatan) 2022 boleh didapatkan melalui pautan berikut : [Klik Disini]

Iklan penuh jawatan Petugas Haji Baharu (Perubatan) 2022 boleh terus ke portal rasmi KKM : [Klik Disini]

Keputusan Jawatankuasa Pemilihan adalah muktamad dan sebarang rayuan tidak akan dilayan.

Seramai 50 sertai program Jemaah Haji Warga Emas semasa masyair | Astro  Awani

Kumpulan pertama 483 jemaah haji berlepas ke tanah suci | Astro Awani

Klik Disini untuk lagi peluang kerjaya dan jawatan kosong untuk anda.

Penafian! – Artikel yang disiarkan dan dikongsi di laman web MyPermohonan serta artikel berkaitan dengan "Jawatan Kosong Petugas Haji Baharu (Perubatan) 2022" adalah ringkasan daripada sumber asal. Pihak kami tiada kaitan dengan agensi kerajaan, syarikat ataupun pengeluar posting asal. Untuk maklumat lanjut sila ke halaman Penafian.

Leave a Comment