Permohonan Moratorium Automatik selama 6 bulan ini seperti yang diutarakan oleh bekas Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin dalam perutusan khas pada Isnin 28 Jun 2021, Bersama kerjasama pihak bank, moratorium selama enam bulan akan diberikan kepada semua peminjam induvidu, termasuk dari golongan B40, M40, atau T20 dan juga usahawan mikro.
TARIKH PERMOHONAN MORATORIUM AUTOMATIK
Permohonan moratorium ini akan dibuka untuk permohonan bermula 7 Julai 2021. Kelulusan adalah tertakluk syarat dan terma dari pihak bank.
Pemohon juga perlu mendatangani perjanjian pindaan syarat pinjaman berkaitan.
CARA PERMOHONAN MORATORIUM AUTOMATIK
Borang Web :
a) Klik masuk pada borang
b) Isi butiran peribadi dan pembiyaan pemohon
c) Tandakan pada kotak syarat bantuan balik pinjaman
d) Klik “HANTAR” dan bank akan mengesahkan penerimaan
e) Bagi PKS, pengisytiharan kendiri secara dalam talian diperlukan
SENARAI BORANG PERMOHONAN MORATORIUM AUTOMATIK MENGIKUT BANK
Alliance Bank & Alliance Islamic
Hong Leong Bank & Hong Leong Islamic
Public Bank & Public Islamic Bank
Standard Chartered Bank & Standard Chartered Saadiq
SENARAI BORANG PERMOHONAN MORATORIUM AUTOMATIK MENGIKUT INSTITUSI KEWANGAN PEMBANGUNAN
Emel :
a) Layari laman web bank pemohon
b) Klik ke pautan emel yang disediakan
c) Sertakan butiran peribadi dan pembiyaan pemohon di dalam emel
d) Klik “HANTAR” dan bank akan mengesahkan penerimaan
e) Bagi PKS, pengisytiharan kendiri secara dalam talian diperlukan
Panggilan telefon :
Hubungi pusat khidmat pelanggan bank pemohon
Sambungkan kepada operator yang bertugas dan operator akan membimbing pemohon dalam proses permohonan moratorium
KELULUSAN PERMOHONAN MORATORIUM SECARA AUTOMATIK
Peminjam yang layak *akan menerima pengesahan dalam tempoh 5 hari bagi peminjam individu dan 14 hari bagi peminjam PKS
*Peminjam yang tidak mempunyai tunggakan bayaran selama lebih 90 hari dan tidak menghadapi proses bankrap atau penggulungan (winding up)
~sumber dari BNM
Klik Sini untuk bantuan dan permohonan lain