Permohonan Geran PKS Makmur Johor

Permohonan Geran PKS Makmur Johor. Geran PKS Makmur Johor merupakan bantuan berbentuk mesin atau peralatan dan merupakan kesinambungan Geran Orang Lokal (GOL). Nilai bantuan adalah sehingga RM 5,000.00 sahaja.

Bantuan ini terbuka kepada usahawan yang bertaraf mikro sahaja. Mikro bermaksud perniagaan yang mempunyai nilai jualan tahunan kurang daripada RM 300,000.00 atau bilangan pekerja sepenuh masa kurang daripada 5 orang (Merujuk Definisi oleh Majlis Pembangunan PKS Kebangsaan (MPPK), 2013).

Kelayakan Permohonan Geran PKS Makmur Johor

Kluster yang Layak memohon adalah seperti berikut :

  1. Gunting rambut
  2. Pemprosesan makanan dan minuman
  3. Percetakan
  4. Kimpalan
  5. Pertukangan kayu

Kluster yang Tidak Layak adalah seperti berikut :

  1. Agro/Perikanan/Penternakan
  2. Elektrik dan Plumbing
  3. Kedai makan dan minum
  4. Pelancongan dan Penginapan
  5. Sukan dan Hobi
  6. Teknologi Maklumat / Komputer / Gajet
  7. Pemborong dan Peruncitan
  8. Lain- lain kluster yagn tidak dinyatakan diatas
May be an image of ‎text that says '‎PUJE PERBADANAN USAHAWAN AHAW Johor JohorSdnBhd JohorSdnBh Bhd 25 GERAN PKS MAKMUR JOHOR 2022 BANTUAN PERNIAGAAN SEHINGGA RM5,000 DALAM BENTUK MESIN & PERALATAN Terbuka Kepada Permohonan Baru Bagi Usahawan Mikro Mengikut Kluster Berikut: Percetakan Pemprosesan Makanan & Minuman Pertukangan Kayu Kimpalan Gunting Rambut Permohonan bermula pada 20 MOHON SEKARANG DI 26 April 2022 f WWW.PADU.PUJB.MY *Sila Baca Manual Am Terlebih Dahulu Sebelum Membuat Permahonan Perbadanan Usahawan Johor PUJBTV ل #AmazingPUJB #PUJBkesayanganUsahawan #KeusahawananKerjayaPlhan pujb.official‎'‎
Permohonan Geran PKS Makmur Johor 3

Syarat Permohonan

Syarat untuk membuat permohonan Geran PKS Makmur Johor adalah

  1. Penduduk Tetap Negeri Johor atau mereka yang telah bermastautin di negeri Johor sekurang – kurangnya 5 tahun dan berumur 18 – 65 tahun semasa permohonan dibuat.
  2. Mempunyai premis perniagaan atau perniagaan yang dijalankan mestilah berasingan dengan rumah.
  3. Telah menjalankan perniagaan selama 3 bulan dan ke atas mengikut tarikh pendaftaran Suruhanjaya Syarikat Malaysia (SSM).
  4. Perniagaan hendaklah dijalankan secara sepenuh masa dan bukan sambilan.
  5. Ketika permohonan dibuat perlu mengemukakan salinan kad pengenalan (depan dan belakang dalam satu muka surat), salinan pendaftaran Suruhanjaya Syarikat Malaysia (SSM) iaitu merangkumi Maklumat Pemilik Perniagaan dan Maklumat Perniagaan, gambar premis perniagaan, gambar produk yang dihasilkan, mengemukakan salinan penyata akaun syarikat atau penyata akaun simpanan peribadi yang aktif untuk 1 bulan terkini dan gambar mesin atau peralatan yang diperlukan.
  6. Hanya permohonan Lengkap dan memenuhi kriteria sahaja akan diproses dan disaring ke fasa seterusnya
  7. Keutamaan permohonan kepda yang Belum pernah menerima mana-mana bantuan dari Kerajaan Negeri Johor atau Persekutuan dalam tempoh 2 tahun sebelum permohonan dibuat.

Skop Bantuan Yang Akan Diberikan

Bantuan yang diberikan adalah dalam bentuk mesin atau peralatan bernilai sehingga RM5,000 sahaja

Cara Membuat Permohonan

Borang permohonan Geran PKS Makmur Johor boleh diisi menerusi Website Perbadanan Usahawan Johor Sdn. Bhd di :

  1. Hanya permohonan yang layak sahaja akan dihubungi oleh PUJB
  2. Bagi permohonan yang tidak menerima sebarang maklum balas dalam tempoh 3 buan dari tarikh tutup permohonan Dianggap Tidak Berjaya. Tiada sebarang pemakluman bagi permohonan yang tidak berjaya.
  3. Permohonan dibuka semula 20 April 2022 (Rabu), Jam 8 malam hingga 26 April 2022 (selasa) Jam 5 petang
  4. Satu permohonan hanya layak untuk satu syarikat sahaja
  5. Sila pastikan setiap ejaan dan nombor telefon yang diberikan semasa permohonan dibuat adalah tepat dan aktif bagi mengelakkan sebarang masalah komunikasi atau masalah tidak dapat dihubungi.
  6. Pihak PUJB tidak bertanggungjawab terhadap sebarang kesilapan ejaan perkataan atau nombor telefon serta maklumat yang diberikan yang mengakibatkan permohonan tidak berjaya.

Maklumat Lanjut

Untuk maklumat lanjut berkenaan Permohonan Geran PKS Makmur Johor, anda boleh hubungi melalui aplikasi Whatsapp dan juga email :

Whatsapp : 011 – 2075 5135

Emel : [email protected]

Klik Disini untuk lagi info semakan dan permohonan bantuan untuk anda.

Penafian! – Artikel yang disiarkan dan dikongsi di laman web MyPermohonan serta artikel berkaitan dengan "Permohonan Geran PKS Makmur Johor" adalah ringkasan daripada sumber asal. Pihak kami tiada kaitan dengan agensi kerajaan, syarikat ataupun pengeluar posting asal. Untuk maklumat lanjut sila ke halaman Penafian.

Leave a Comment