Peminat Muzik Indie Membawa Pulang Honda RS-X

AVvXsEhfsrdZjZoMEgDY6uwhrnpYXbEIDWYc0PaMaYNOxIMQDwFQg0R6Qr xYA9BqCuE75V5DmSQJ62H kLt1VtUXTeeVhuh2a4hh UrHQA08WdXiah8snxCEDOvvk g1vnjyb2BO3tS0Cr zGs3e6V kKlrxbBEDPYtwcoL6wpGk38P5wkZXPR23bM2nc vYT=w640 h426

Semasa acara penutupan Pentas Akhir Anugerah Lagu Indie 2023 pada 7 Mac yang lalu, satu motosikal Honda model RS-X diumumkan sebagai hadiah kepada individu pertama yang berjaya mengtweet tiga kod rahsia yang diberikan oleh hos acara pada malam itu.

Hadiah motosikal RS-X telah diserahkan oleh AmanRa (Duta Honda RS-X) dengan diiringi oleh Steven Chin, Pengurus Kanan Pemasaran dan Ahmed Faris Amir, Penerbit Eksekutif Anugerah Lagu Indie kepada Mohammad Noor Jumaat di Honda Impian X Bandar Puchong Jaya pada pagi tadi.

Mohammad Noor Jumaat, 36, berkata “Tuah saya menang motor malam Jumaat, terima kasih kepada Honda Motorcycle dan Anugerah Lagu Indie kerana tawarkan hadiah motor RS-X.”

Mengakui terkejut dan terharu ketika namanya diumumkan membuatkan dirinya terkedu seketika dan rasa tidak percaya. Mohammad Noor Jumaat yang bekerja sendiri memberitahu tidak akan menjual motosikal tersebut, sebaliknya ingin menggunakan untuk kegunaan sendiri.

Steven Chin berkata, “Kami berbesar hati dapat bekerjasama dengan Anugerah Lagu Indie 2023 dan berharap pihak pemenang gembira serta berpeluang untuk mengembara ke destinasi-destinasi impian beliau dengan RS-X. Ini sejajar dengan falsafah Semangat Impian dan frasa global kami The Power of Dreams serta How We Move You.”

Ahmed Faris Amir, Penerbit Eksekutif Anugerah Lagu Indie berkata, “Saya ingin
mengucapkan terima kasih yang tidak terhingga kepada Rakan Motosikal Rasmi ALI2023 iaitu Honda Motorcycle Malaysia yang sudi untuk menambah nilai kepada Anugerah Lagu Indie 2023, sekaligus bersama-sama kami dalam menyokong komuniti muzik indie,” tambah beliau lagi.

Kira-kira 200 orang telah hadir menjayakan dan memeriahkan pada malam Pentas Akhir Anugerah Lagu Indie. Sebagai sebuah platform yang dicipta khusus untuk meraikan bakat-bakat muzik indie tempatan, Anugerah Lagu Indie memberi inspirasi kepada penggiat muzik indie untuk terus menghasilkan karya yang asli dan berkualiti dalam arena muzik.

Lagu “Pembunuh Malam” yang dicipta oleh Hazeeq Hilman dan Muhd Haziq serta
dipersembahkan oleh artis ‘Lunar’ tampil sebagai Juara Lagu Terbaik pada malam tersebut.

Penafian! – Artikel yang disiarkan dan dikongsi di laman web MyPermohonan serta artikel berkaitan dengan "Peminat Muzik Indie Membawa Pulang Honda RS-X" adalah ringkasan daripada sumber asal. Pihak kami tiada kaitan dengan agensi kerajaan, syarikat ataupun pengeluar posting asal. Untuk maklumat lanjut sila ke halaman Penafian.

Leave a Comment