Jawatan Kosong Pembantu Tadbir Keselamatan Di LGMPC

Jawatan Kosong Pembantu Tadbir Keselamatan Di LGMPC (LGM Properties Corporation) kini dibuka. LGM Properties Corporation (LGMPC) ditubuhkan pada 1 Januari 2002 di bawah Akta Lembaga Getah Malaysia (MRB) 1996 dan mula beroperasi pada 1 Julai 2002.LGMPC bertanggungjawab mengurus, mengembangkan harta tanah dan aktiviti sampingan lain dari Lembaga Getah Malaysia mempelawa waraganegara Malaysia memohon jawatan kosong Pembantu Tadbir Keselamatan di LGMPC. Maklumat jawatan adalah seperti dibawah : 

MAKLUMAT JAWATAN

Jawatan : Pembantu Tadbir Keselamatan
Lokasi Jawatan : Pahang
Nama Majikan : LGM Properties Corporation (LGMPC)
Gaji : -Tidak Dinyatakan
Taraf : Sepenuh masa/ Tetap
Kelayakan Minima : (Rujuk info dibawah)
Tarikh Tutup Permohonan : Tidak Dinyatakan

Bidang Jawatan :

  1. Bertugas memastikan Ladang LGM Pahang Tenggara dalam keadaan selamat dan mengarahkan para pengawal keselamatan mengawasi setiap pelawat yang memasuki ladang.

Tanggungjawab Utama :

  • Mengawal keadaan keselamatan Perbadanan/Ladang untuk sentiasa berada di dalam keadaan yang selamat.
  • Memastikan operasi Kawalan Keselamatan sentiasa berjalan lancar dan tiada ancaman keselamatan di kawalan pintu masuk utama Perbadanan/ladang. Mendaftar setiap pelawat yang masuk menggunakan MySejahtera dan periksa suhu serta melakukan pemeriksaan fizikal kenderaan keluar dan masuk.
  • Melakukan rondaan di Kawasan Ladang dan mengunci jam ronda.
  • Memastikan pintu pagar ladang, pejabat dan stor sentiasa berkunci dan anak kunci di simpan rapi di tempat selamat.
  • Buku daftar pelawat di guna sebaiknya dengan merekod dengan tepat dan teperinci kehadiran setiap pelawat dan kenderaan keluar dan masuk ladang.
  • Memastikan penghuni dan harta Perbadanan/ladang sentiasa berada dalam keadaan terkawal dan selamat dari ancaman dan kerosakan.
  • Membuat dan melaporkan sebarang kes.
  • Laporan keadaan keselamatan ladang dibuat pada setiap bulan sebelum 5hb dan diserahkan kepada Pengurus Ladang.
  • Menerima arahan dari semasa ke semasa daripada pihak pengurusan.

SYARAT UTAMA LANTIKAN PEMBANTU TADBIR KESELAMATAN DI LGMPC

  1. Sijil Pelajaran Malaysia atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya oleh kerajaan;
  2. Kepujian Bahasa Malaysia / Bahasa Melayu (termasuk lulus Ujian Lisan) pada peringkat Sijil Pelajaran Malaysia atau kelulusan yang diiktiraf setaraf dengannya.

PERMOHONAN JAWATAN

Untuk permohonan Jawatan Kosong Pembantu Tadbir Keselamatan di LGMPC boleh terus ke pautan : [Klik Disini]

Klik Sini untuk lagi jawatan kosong dan peluang kerjaya untuk anda

Penafian! – Artikel yang disiarkan dan dikongsi di laman web MyPermohonan serta artikel berkaitan dengan "Jawatan Kosong Pembantu Tadbir Keselamatan Di LGMPC" adalah ringkasan daripada sumber asal. Pihak kami tiada kaitan dengan agensi kerajaan, syarikat ataupun pengeluar posting asal. Untuk maklumat lanjut sila ke halaman Penafian.

Leave a Comment