Pelancaran lagu terbaru dari Deru iaitu ‘Antipati’

Screenshot 194
Pelancaran lagu terbaru dari Deru iaitu 'Antipati' 4

Dunia muzik menyaksikan perubahan yang berani apabila secara rasminya Fendy Caliph Buskers muncul dengan identity baru, DERU, dan melancarkan lagu terbarunya, ‘Antipati’ di dalam sebuah majlis pelancaran yang diadakan di IDEAS Hotel, Kuala Lumpur pada 8 November 2023.

Lagu sepenuhnya ciptaan oleh Fenalea ini menggambarkan perjalanan sebuah kisah pengkhianatan dan patah hati dalam sebuah perhubungan. Karya yang ditulis dengan penuh emosi yang mendalam ini juga mampu membuatkan pendengar merasai sendiri sakitnya dikhianati.

DERU yang sebelum ini dikenali sebagai Fendy Caliph Buskers, berusaha memberikan pengalaman mendengar yang unik melalui perubahan gaya dan penjenamaan semula. Dalam sidang akhbar selepas acara pelancaran, DERU berkongsi, “Saya sangat gembira dapat berkongsi karya ini dengan peminat-peminat setia saya. Lagu ‘Antipati’ adalah hasil dari perjalanan peribadi saya dan saya berharap ia dapat menyentuh hati setiap pendengar.”

Perubahan nama dari Fendy Caliph Buskers kepada DERU bukan sahaja mencerminkan transformasi artistic, tetapi juga menandakan bab baru dalam kerjaya muziknya, DERU berharap bahawa nama barunya akan membawa pembaharuan dan menonjolkan identity kreatifnya yang lebih matang.

“DERU bukan sekadar nama, tetapi ia adalah manifestasi perjalanan saya dalam muzik. Saya berharap dengan perubahan ini, saya dapat memberikan sesuatu yang baru dan segar kepada para pendengar. Saya juga berharap peminat dapat menyokong karya terbaharu ini dan saya berjanji untuk terus memberikan karya-karya yang bermakna di masa akan datang,” akhiri DERU.

Lagu ‘Antipati’ yang mendapat sentuhan penerbit yang kian mendapat tempat di dalam industri muzik tanahair iaitu Rudy Nastia kini boleh didapati di semua platform muzik digital utama seperti Spotify, Apple Music dan Youtube. Muzik video rasmi Antipati juga boleh ditonton di saluran Youtube NSR Malay.

Screenshot 195
Pelancaran lagu terbaru dari Deru iaitu 'Antipati' 5

Muzik video release: 13 September 2023

Digital release: 22 September 2023 Komposer: Fenalea

Lirik: Fenalea

Penerbit Muzik: DERU

Penolong Penerbit Muzik: Rudy Nastia

Leave a Comment