Pelaksanaan Vaksin Penggalak Covid-19

Pelaksanaan Vaksin Penggalak Covid-19. Melihat kepada pendekatan yang diambil negara seperti Singapura, United Kingdom serta beberapa negara lain yang lebih awal memulakan proses pemberian vaksin, mereka telah mula memberikan dos penggalak berdasarkan bukti-bukti saintifik. Pemberian dos penggalak serta dos tambahan juga adalah selari dengan saranan yang diberikan oleh Strategic Advisory Group of Experts on Immunization (SAGE), WHO terutamanya kepada golongan yang mempunyai imuniti yang rendah dan warga emas berusia 60 tahun dan ke atas. Kumpulan barisan hadapan juga diutamakan.

PELAKSANAAN VAKSIN PENGGALAK COVID-19

Panel Pakar Perubatan KKM meneliti keberkesanan serta keselamatan dos penggalak daripada pelbagai sumber dan mendapati satu (1) dos penggalak (booster) mampu meningkatkan tahap imuniti terhadap COVID-19. Golongan yang diberikan keutamaan untuk menerima dos tambahan serta dos penggalak telah diperincikan di dalam Surat Pekeliling Ketua Pengarah Kesihatan Bil 17/2021 bertarikh 17 Oktober 2021. Kini golongan tersebut sedang dalam fasa pemberian dos penggalak. Strategi KKM seterusnya adalah untuk meluaskan pemberian dos penggalak kepada golongan tersebut :

  • Individu berumur 18 tahun ke atas dengan komorbiditi
  • Individu yang berumur 40 tahun ke atas
  • Ibu mengandung
  • Petugas barisan hadapan (selain petugas kesihatan)

Pemilihan vaksin bergantung kepada kelulusan regulatori dan kelulusan indikasi penggunaan oleh pakar perubatan merawat sama ada daripada jenis homologous atau heterologous dengan dos primer terakhir. Setakat ini hanya vaksin Comirnaty telah diberikan kelulusan sebagai dos penggalak secara homologous selepas tempoh 6 bulan menerima dos primer. Manakala vaksin-vaksin lain dalam proses semakan oleh panel pakar dan regulatori. Sehingga 11 November 2021, dianggarkan sebanyak 144.57 juta dos penggalak telah diberikan di peringkat global manakala sebanyak 825,497 dos telah diberikan di Malaysia.

x5

Untuk pelaksanaan Vaksin Penggalak Covid-19, KKM akan terus memantau perkembangan COVID- 19 dari semasa ke semasa dan pada masa yang sama akan meneruskan PICK dengan pemberian dos tambahan dan dos penggalak bagi memastikan Keluarga Malaysia menerima perlindungan yang optimum daripada COVID-19. Bagi yang langsung belum menerima vaksin namun tidak pernah dijangkiti COVID-19, anda kini berada dalam kumpulan paling berisiko mendapat jangkitan COVID-19. Nasihat KKM, segeralah mendaftar dan dapatkan vaksin COVID-19 agar anda dan keluarga dilindungi daripada virus merbahaya ini.

20211103 PfizerBooster BTN

Untuk info lanjut berkaitan Pelaksanaan Vaksin Penggalak Covid-19 boleh terus ke pautan rasmi [Klik Disini]

Klik Disini untuk lagi informasi terkini dan kemaskini untuk anda

Penafian! – Artikel yang disiarkan dan dikongsi di laman web MyPermohonan serta artikel berkaitan dengan "Pelaksanaan Vaksin Penggalak Covid-19" adalah ringkasan daripada sumber asal. Pihak kami tiada kaitan dengan agensi kerajaan, syarikat ataupun pengeluar posting asal. Untuk maklumat lanjut sila ke halaman Penafian.

Leave a Comment