PELAKSANAAN INSENTIF KHAS KEPADA PENGUSAHA MENU RAHMAH

Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup (KPDN) berbesar hati dengan pengumuman Perdana Menteri bahawa diskaun istimewa akan ditawarkan kepada pengusaha Menu RAHMAH di beberapa pasar raya mulai pertengahan Mei 2023 sebagai sebahagian daripada pelaksanaan insentif khas Menu RAHMAH.

Kementerian yakin melalui Insentif Khas ini, pengusaha-pengusaha Menu RAHMAH dapat terus menyediakan Menu RAHMAH kepada pengguna secara berterusan untuk jangka masa yang lebih panjang. Insentif ini juga dijangkakan akan menggalakkan lagi lebih ramai pengusaha restoran untuk menyertai Inisiatif Menu RAHMAH.

KPDN akan memperluaskan Insentif Diskaun Khas Pengusaha Menu RAHMAH ini kepada pembekal-pembekal bahan mentah melalui sesi libat urus yang akan diadakan dalam masa terdekat.

Oleh yang demikian, Kementerian ingin menyeru lebih ramai pengusaha untuk menyertai Inisiatif Menu RAHMAH dengan mendaftar di 2 portal Menu RAHMAH (http://menurahmah.kpdn.gov.my) untuk mendapatkan inisiatif istimewa tersebut.

Pelaksanaan Inisiatif Menu RAHMAH yang diterajui oleh KPDN sejak 31 Januari 2023 ini telah mendapat sokongan yang amat menggalakkan dengan penyertaan pengusaha makanan dan juga pengguna. Sehingga 15 April 2023, sebanyak 1,706 pengusaha Menu RAHMAH telah mendaftar di portal Menu RAHMAH dengan penyediaan menu makanan yang seimbang dan berkhasiat pada harga dibawah RM 5.00.

Untuk sebarang pertanyaan lanjut, pihak pemain industri dan orang ramai boleh menghubungi Sekretariat Perdagangan Pengedaran dan Industri Perkhidmatan (SPIP) di talian hotline 03- 8882 5881/ 5905 atau melalui emel kepada [email protected].

Penafian! – Artikel yang disiarkan dan dikongsi di laman web MyPermohonan serta artikel berkaitan dengan "PELAKSANAAN INSENTIF KHAS KEPADA PENGUSAHA MENU RAHMAH" adalah ringkasan daripada sumber asal. Pihak kami tiada kaitan dengan agensi kerajaan, syarikat ataupun pengeluar posting asal. Untuk maklumat lanjut sila ke halaman Penafian.

Leave a Comment