Pampasan Kerosakan Rumah LPPSA

Pampasan Kerosakan Rumah LPPSA. Kepada pelanggan LPPSA yang terjejas akibat bencana banjir agar boleh membuat tuntutan pampasan insuran bencana alam kepada panel insuran/takaful LTHO anda masing-masing.

PAMPASAN KEROSAKAN RUMAH LPPSA

Semua pembiayaan perumahan sektor awam di bawah LPPSA adalah dilindungi oleh Polisi Perlindungan pemilikan Rumah Jangka Panjang (LTHO) daripada panel insrans takaful LPPSA yang telah dipilih oleh pelanggan semasa mengemukakan permohonan pembiayaan.

Tuntutan insurans / takaful adalah tertakluk kepada skop / polisi perlindungan insurans / takaful yang telah diambil oleh pelanggan bersama-sama pembiayaan perumahan sektor awam di bawah Bahagian Pinjaman Perumahan (BPP) LPPSA.

INSURANS / TAKAFUL LTHO LPPSA

LTHO adalah Perlindungan Insurans / Takaful Pemilikan Rumah Jangka Panjang. Ia merupakan perlindungan kepada rumah kediaman persendirian terhadap kerugian atau kerosakan mengikut skop perlindungan yang diambil sebagai contoh kebakaran, kilat dan letupan yang berpunca daripada gas yang digunakan untuk tujuan domestik. Selain itu anda juga boleh dapatkan manfaat tambahan lain seperti:

  • Gempa bumi dan letusan gunung berapi
  • Banjir
  • Pemecahan atau limpahan tangki peralatan atau paip air rumah
  • Penggelaman dan pengelinciran tanah
  • Ribut dan taufan
  • Kerosakan oleh pokok tumbang atau dahan atau objek daripadanya.

TUNTUTAN PAMPASAN KEROSAKAN RUMAH LPPSA

Berikut adalah cara membuat tuntuan mengikut panel insurans dan takaful yang terlibat:

  1. Etiqa General Takaful
    • Buat tuntutan melalui Whatsap
      • 011-16306646 / 018-2263288 (24jam)
      • Hantarkan mesej teks, gambar, video atau rakaman suara berkenaan banjir tesebut
    • Dokumen
      • Tidak perlu mengemukakan sebarang dokumen sokongan
    • Kelulusan segera
      • Kelulusan terus bagi tuntutan tidak melebihi RM20,000
  2. Takaful Malaysia
    • Butiran diperlukan
      • Nama, No MyKad, No Sijil Takaful, No Telefon, Email, Anggaran Kerosakan, Alamat Rumah Yang Terjejas Akibat Banjir
    • Hantarkan butiran anda melalui saluran berikut:
      • Portal pelanggan mytakaful
      • [email protected]
      • 1-300 88 252 385
      • NOTA: Pihak takaful akan menghubungi anda dalam amsa 48 jam untuk membuat temujanji penilaian tuntuan
    • Kelulusan segera
      • Kelulusan terus bagi tuntutan tidak melebihi RM20,000
  3. Takaful Ikhlas Malaysia
    • Hubungi
      • Pusat panggilan Takaful Ikhlas: 03-2723 9696
      • Email: [email protected]
      • Kunjungi cawangan Takaful Ikhlas
    • Temujanji Pelaras
      • Pelaras akan menghubungi anda dalam masa 24 jam dari tarikh notis pemberitahuan
      • Penialain kerugian melalui panggilan video / perbincangan atas talian Whatsapp atau lawatan di tempat kejadian
    • Bayaran Tuntutan
      • Dalam masa 3 hari daripada penerimaan tuntutan.

MAKLUMAT LANJUT

Untuk maklumat lanjut dan pertanyaan mengenai tuntutan pampasan kerosakan rumah LPPSA akaibat banjir, anda boleh

Klik Disini untuk lagi info semakan dan permohonan bantuan untuk anda.

Penafian! – Artikel yang disiarkan dan dikongsi di laman web MyPermohonan serta artikel berkaitan dengan "Pampasan Kerosakan Rumah LPPSA" adalah ringkasan daripada sumber asal. Pihak kami tiada kaitan dengan agensi kerajaan, syarikat ataupun pengeluar posting asal. Untuk maklumat lanjut sila ke halaman Penafian.

Leave a Comment